10 Januari 2013

Itik pulang petang

Takde kene mengena dengan itik pun....

Aku dah cerita betapa sibuknya aku bila pagi hari masa anak-anak sekolah, sekarang aku nak cerita masa balik pula *ada orang kisah nak tau ker? huahua*

Sebab 2 orang anak soleh *korang yang baca tolong aminkan* tue sama sessi jadi, aku tak perlu lagi jadi patung cendana depan sekolah. Diorang balik 5.30ptg naik basikal terus pergi rumah kakak pengasuh. Aku pula sampai rumah kakak pengasuh lebih kurang 5.45ptg selalunya ngam ngamla atau kadang-kadang aku kene tunggu kejap sebab diorang saje lambat-lambat mengetest *hahaha jahanam bahasa* basikal. Angkut semua beg-beg dan anak-anak soleh tue terus balik rumah.

Lebih kurang 6.15 ptg aku dah sampai rumah dah. Syoknya dapat balik awal. Dah 4 tahun aku balik rumah menghampiri jam 7 mlm *time anak-anak sekolah* uhukssss. Sampai rumah angkut beg-beg masuk dalam rumah *amboi detail sangat pula ceritanya*. Tak sempat duduk defrost binatang ternakan dalam peti ais, masak simple-simple jela. Sambil tunggu binatang ternakan boleh dimasak kita masukkan baju-baju kotor dalam mesin basuh, kemas sikit2, angkat kain sediakan bahan nak masak dan masakla kita. Anak-anak soleh tue buat hal masing-masing dah tak kacau dah mak dia nak jadi lipas kudung..eh kecuali Aqil bab dia kene buatkan apa yang dia nak kalau tak boleh huru hara engkau jadinya. Selalunya dia nak nenen je*lepaskan gian sebab kat rumah kakak pengasuh dia dah tak nenen*

*gamba takde kene mengena dengan cerita* hasil melangut 40 minit kat rumah kakak pengasuh, aqil marah taknak ambik gambar tapi maknya syok sendiri ekekek hada haku kesah


Pang pung ping busshhh bashhh dak dik duk *hebat sound effect nya pun* bagai dalam 7.30ptg aku mandi,  solat dan dinner pun siap masak. Rehat kejap + tunggu Azam balik, lepas tue tugas Azam kene gosok baju sekolah anak  *Azam dah sign kontrak gosok baju sekolah selagi anak-anak tak boleh gosok sendiri eheheh*. Aku temankan sambil lipat kain, siapkan barang-barang yang nak dibawa ke rumah kakak pengasuh esok harinya dan sidai kain yang dah basuh tadi.  Habis Azam gosok baju aku pula sambung gosok baju kerja dan sampin *hahaha nie memang pelik Azam gosok baju+seluar, sampin dia tak gosok, boleh macam tue? hahaha*. Tugas anak-anak soleh pula makan, kemas beg sekolah untuk esoknya buat kerja sekolah kalau ada. Dalam pukul 930 mlm diorang kene tidur atau paling lewat pun pkl 10mlm. *aku kene pastikan semuanya beres*

Selalunya dalam pukul 9.30 mlm baru aku dan Azam makan malam *redho jela kalau membuntal*. Pukul 10 aku dah ada atas katil. LETIHnya. Atas katil tak terus tido layan dulu drama-drama yang tak sempat tengok kat tv, online je dari hp, dekat 11mlm baru la tido.

Rutin akan berubah bila Azam kerja malam, aku tak masak ker atau anak-anak ada tusyen. Berubahnya samaada makin sibuk atau kurang sibuk gitu. Kalau Azam kerja malam aku basuh je kain malam tue esoknya Azam yang sidai. Kadang-kadang aku tak masak sebab beli makanan kat pasar uhukss*dapat rehat lebih sikit*. Kalau anak-anak tusyen pula busy lebih sikit sebab diorang kene makan sebelum pergi tusyen atau aku terpaksa hantar diorang tusyen.

Gitula rutin petang hingga ke malam aku untuk seminggu nie.

Busy like bee kata ko..


Feliknya badan sikit pun tak menunjukkan pengurangan ukuran lilit hahaha tetapla comel aisshhhhhh ingat penat lebih sikit badan boleh jadi macam lisa surihani ker. Selera makan pun elok je ekekeke macam mane???

dapat badan mcm nie balik pun dah kira hokeyyy huhuhu. Nie gambar bulan puasa 2012 hari tue. Cepat je badan haku naik kan ambik masa 3 bulan je fuhhhhhh

lagi gambar haku kurus cheewahhhhh kurusla sangat kahkahkah

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

gambar last tu ko kempiskan perut ye?aku gurau je

Cikja berkata...

hahahhaha....tuekan masa bulan puasa memang perut kempis dari biasa..hihihihi...