08 Januari 2013

Bila masuk mulut je masing-masing tergamam

Setiap sabtu memang aku kerja macam biasa tapi setengah hari je. Azam kebetulan memang off hari sabtu tue. Aku pula hari tue rasa tak  sihat sebenarnya sakit kat belakang telinga berdenyut-denyut *macam nak kene beguk* memang mood jatuh ke tanah betul. Azam tanya banyak kali nak pergi makan ke tak anak-anak lapar diorang makan nasi lemak je kot pagi tue. Aku diam pastu tido uhukss *aku tak cakap pun aku sakit, malas nak cakap*. Ala jadi mak-mak nie kalau sakit memang malas nak melayankan badan tue. dalam hati berharap baik sendirila karang uhukss.

Masa tidur terbau benda sedap, rupanya Azam goreng ubi yang aku dah siap potong n bubuh rempah bagai *dalam peti ais entah dah berapa minggu* muahahhaha. Rasanya pun dah masam-masam. Kesianla pula mesti diorang lapar.Lepas tue aku bangun mandi bla bla bla. Tau-tau dah ada dalam kereta set GPS pergi Shah Alam cari kedai nasi arab hahaha.

Google lebih kurang pastu aku decide ikut je GPS tue, kahkahkah aku memandai je buat keputusan Azam ikut je. Pusing sana pusing sini sampai satu bangunan yang tak seperti restoran tapi dia Food court nama kedai tue D'arab cafe dengarnya ada banyak cawangan. Azam pelik mungkin dia membayangkan restoran arab yang memang style2 arab kot kahkahkah. Aku tak terkejutla sebab dah google dah tempat nie. Duduk kat situ datanglah pelayan lepas tue orderla nasi arab untuk 5 orang makan(set). Food court nie kat Shah Alam seksyen 7 tue je yang aku boleh bagitau, direction memang fail sebab aku ikut GPS lagipun Shah Alam memang bukan area aku huahuahua.

Sekali order sampai, terbuntang biji mata aku, dalam dulang sederhana yang nasinya aku ingat kalau 8 orang makan pun takpe. Gila membukit nasinya. Dalam nasi ada ayam dengan lamb.

hasil setelah nasinya aku bahagikan kat pinggan masing-masing (5 pinggan)
Masa suapkan nasi dalam mulut, terdiam kejap Ya Allah apasal sedap sangat nasinya nie hahaha batak sangat! dengan nasinya panjang-panjang perrghhhhhhhhhhh memang terbaikla kalah kot aku rasa nasi bryani.

Azri sampai 3 kali tambah, Fahmi 2 kali, aku 2 kali, Azam sekali je sebab nasi dia memang aku letak banyak sikit masa mula-mula. Anak-anak aku pun suka sangat nasi nie, Azri makan dengan ayam, Fahmi makan dengan lamb. Ada sambal n sup, sambal sedappppppp sup pun mabeles. Lebihnya kitaorang tapau memang tak terhabisla nak makan sekali hadap banyak tue.

Masa nak balik, keluar parking nampak kat atas bukit *jalan sebenarnya tapi dia tinggi sikit dari tempat parking tue* macam orang jual cendol. Azam ajak makan cendol pulak. Oh kegilaan apa nie, perut dah ketat nie weii tapi sebab aku isteri mithali ikut je la *mithali sangat padahal kalau pasal makan memang tak pernah nak tolak*.

Sekali buka pintu kereta apasal bau laksa pula nie, orang nie jual cendol ker laksa. Azam sekodeng dulu rupanya dia jual kedua-duanya sekali ehehehe. Aku pun turun nak order cendol sekali tengok laksa dia takle tahan pulaaaaaaaaaaaaaaa order laksa juga kahkahkah *perut ker lori sampah nie*

sempoi je orang nie jual tapi customernyaaaaaaaaa ramai weiii
Baunya buat aku tak tahan nak merasa. Aku nie memang penggemar laksa. Sebulan sekali mesti buat laksa lepas tue berhari-hari aku boleh panaskan kuah laksa tue makan hari-hari hokey tak pernah jemu. Aku sorang je habiskan seperiuk laksa hahaha.

memang terbaikkkkkkkkkkkkkkk hokey laksanya Azri dengan Fahmi pun belasah jugak, kitaorang order satu je pun kata kenyang lagi...ins shaa allah sabtu nie nak repeat lagi..asyik teringat-ringat je..
best makan atas nie angin kuat...memang nikmat
kawan gaduh..
Aku nie memang tak sedar diri badan dah bowlat makan tetappppppppppp jugak menjadi keutamaan dalam hidup aku, bila tengok gambo menyesalnya makan banyak. Tapi bila makanan depan mata hilang rasa menyesal hahaha bila entah nak insap parijah oitttttttt...






v





v





v






v





v




v





v


paha dah macam batang balak cukup baja..huwaaaaaaaaaaaaaaaaa...*jangan nak nangis sangatla*

Aku ingat berat aku naik mencanak-canak lepas raya hasil daripada makan tak control ikut sedap tekak je, makan nasi macam orang kerja buruh binaan gayanya padahal lepas tue ko terdampar kat bilik macam dugong mana tak bowlatttttttttttttttttt sangat. 

Terima la padahnya. Nak kurus bukan senang!!.. *lap peluh*


Ini telah menjadi SEJARAH

3 ulasan:

Irfa berkata...

adoi..sakit perut gelak.
anak bujang aku duk sebut 'lama x makan nasi arab' pdhal baru 2mggu lepas makan.tp katanya 'itu makan kart rumah.abam nak makan kat kedai'hehe.masa tu akau tapau je.dia paling suka nasi arab kat saba' tp aku malas nak gi jauh2..tapau nasi arab kat nilai je

perghhh mmg terbaik la..lepas makan pun makan lagi(pun risau peha makin kembang.huhu)

Cikja berkata...

irfa
paling femes kat saba tue kan..jauhla nak pegi..huhuhu..
masa aku pegi rumah sepupu kat nilai tue ada nampak gak nasi arab kat area dataran nilai...lain kali boleh cuba makan kat situ..

lainla makan kat rumah ngan kedai..nikmatnya tak sama..hihihi..

Irfa berkata...

yg sebelah dataran nilai tu aku xpenah cuba..aku makan yg dekat into kolej tu..so far ok je dgn tekak aku cuma nasinya xbest sgt mcm kat saba'.selera masing2 la ada yg suka ada yg tak suka