31 Disember 2012

Alhamdulillah...dah boleh senyum sampai telinga

Syukur sangat2 Allah permudahkan urusan aku.

Atas pertolongan pengasuh aqil akhirnya aqil dapatla sekolah kat Tadika KEMAS ..hihihi yang paling manis aqil akan bersekolah kat tadika yang sama aku bertadika 25 tahun dulu. Sekarang banyak yang dah upgrade semestinya.

Hari sabtu hari tue Azam round kampung jugak nak carik tadika sekitar tue, ada satu tadika (tadika C) yang masih terima pelajar yurannya RM300 untuk sessi 6 bulan pertama so setahun kene bayar RM600, bulanannya pulak RM100 tak campur duit van sebab tadika C tue jauh sikit dari rumah pengasuh so nak selamat baik naik van sekolah..huhuhu. Setakat yuran tahunan tue insyaallah bolehla kot sebab kalau tadika Pasti pun yurannya dalam banyak tue jugak, cuma bulanan tue macam berat sikit..huhuhu.. Dan aku akan pilih tadika C nie sebagai pilihan terakhir, dalam pada masa yang sama aku tak berharap tadika2 lain ada kekosongan. 

Bila bincang balik kos yang akan dikeluarkan untuk tahun 2013 nanti, azam cakap dengan aku "ibu berenti jela, kalau ibu berenti anak2 takyah tusyen, ibu ajar diorang je kat rumah"..hahahhaha... Tak sangka terkeluar ayat tue dari Azam. Alahai aku pun mcm terpikir tak berbaloi keje sebab memang duit gaji aku akan habis untuk bayar transit anak2. mmmm...

Hari nie pula dah nak bayar duit yuran kat tadika C tue, sekali kakak pengasuh sms inform ada tadika kemas yang ambik budak 4 tahun n masih boleh daftar. Kakak pengasuh sanggup naik motor pergi jumpa dengan cikgu tadika kemas tue dan pastikan memang ada kosong. Tak terbalas budi aku kat Kakak pengasuh. Pastu aku call Azam suruh pegi daftar  hari nie tadika kemas tue bukak sampai pukul 12.

Terkejut bila Azam wasap gambar resit daftar tadika Kemas tue..gila murah. Bulan-bulan pun baru 20 ringgit. Nanti aqil pergi sekolah bawak diri je, kat sana dia siap bagi beg dan kelengkapan alat tulis. ok yang nie betul2 murah kalau nak bandingkan dengan negara zimbabwe..ehehehhehe..



Jadinya offer untuk meletak jawatan secara rasminya telah dibatalkan oleh Azam..muhahahahha...sabo jela. Takpelah aku pun belum tentu nak letak jawatan, belum sampai seru lagi, boring kot klu duduk rumah anak-anak semua sekolah.

Tadi jugak Azam bawak Aqil pegi buat gambo..eheheh...Comel la pulak muka dia nie rasa nak lempang2 kan *mak syok sendiri* ..hahahhahha...


Mudah-mudahan untuk 2013 nie kehidupan aku berjalan dengan lancar dan Allah permudahkan setiap urusan aku sekeluarga. So 2hb aku akan bercuti sempena hari pertama anak-anak ke sekolah. Aku pulak rasa dup dap dup dap anak nak sekolah...

Ini telah menjadi SEJARAH

28 Disember 2012

Sedih n Speechless :-(

Dah gebang kat mana2 nak sekolahkan Aqil lepas tue pulak dah beli barang sekolah semua complete tinggal nak bayar yuran je tapi sebenarnya aku tak daftarkan dia kat mana-mana tadika pun sebab aku dah plan nak masukkan dia kat satu tadika nie sekali tadi Azam konon nak ambik borang rupanya dah penuh. Azam suruh aku call cikgunya, memang untuk 4 tahun dah penuh...huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Azam cuba carik2 tadika lain ada yang taknak ambik budak 4 tahun. 

aqil masa umur 2 tahun..nak jadi cameraman paling muda..

Ya ALLAH, macam mana aku nak terangkan kat Aqil dia tak boleh sekolah tahun nie. Aku pun confident sangat ingat boleh walk in je. Azam cakap kalau tahu dah daftarkan lama dah. Iye, kalau tahu dia tak payah cakap aku pun boleh daftarkan...

Mungkin ada lagi tadika lain tapi kalau jauh susah jugak aku nak plan sapa ambik n hantar dia. Ibu mintak maafla aqil rancangan ibu yang last minute nie buat Aqil tak boleh sekolah tahun depan...


Ini telah menjadi SEJARAH

27 Disember 2012

Diari seorang ibu di pagi hari

Ala ceritanya sama je setiap tahun, takde beza...

Lagi 5 hari nak mulakan sesi persekolahan 2013. "r u ready kids!!"..hihihi..tapikan patutnya pertanyaan tue lebih kepada mak kids.." r u ready mom!!" ready untuk berpeluh dipagi hari seperti berlari di treadmill dengan kelajuan 90kmj semuanya kene bergerak pantas dan tuntas, ready jugak untuk lontaran vokal paling agung di jalan pandan 16 untuk membangkitkan anak-anak daripada tido silap gaya anak2 jiran pun boleh terbangun sekali..hahahahah, ready memory otak supaya tidak lupa untuk mengangkut barang2 yang perlu dibawak dipagi hari.

Tapi takpe kita bayangkan yang indah2 je. 

Bangun pagi dengan senyuman kejutkan anak dengan lemah lembut, anak bangun dengan senyuman terus masuk bilik air, pakai baju sekolah, perform solat subuh, ready untuk sarapan ringan dengan segelas air milo dan roti. Ibu hantar kesekolah dengan perasaan gumbira. Yessssssss tanpa ada suara "mandi cepat sikit".."Cepatttttttttttttttttt pakai bajuuuuu sekolah tue" "Dah sembahyang belummmmmmmmm". Make up ibu tak cair sebab berpeluh, semuanya berjalan dengan tenang dan lancar. Eh macam citer drama melayu je tak logik langsung ..hahahhahahha...

Harap-harap aku boleh manage masa dengan baik, eh tapi kalau masa in shaa Allah boleh kot, nie nak deal dengan perangai anak2 dipagi hari mmm..harap2 tahun nie anak2 boleh bagi kerjasama yang baik...amin.


Ini telah menjadi SEJARAH

26 Disember 2012

6 kali gaji

Kerja dengan badan sakit-sakit..uhuk, macam baru lepas merentas desa je gamaknya. Semalam ada orang betulkan aircond pastu ntah macam mane salah pasang ker mende sekali airnya masuk ke dalam rumah, bukan ikut saluran paip kat luar ...pergghhhhhhhhhhhh.. banjir bilik haku, yang lagi best orang repair tue baik hati pegi tolak balik katil tue rapat ke dinding habis dengan tilam2 sekali basah pastu yang buat lagi geram fahmi masuk bilik dia buat terjunan bebas atas katil tue prapppppppp kayu katil tue jatuh sebab mood memang tahap merah iaitu tahap amukan kene piat jugakla telinganya. Bayangkanlah nak angkat tilam spring tue..huhuhu..sorang2 hokey...sebab bawah katil airnya banyak bertakung+ betulkan kayu yang jatuh tue..rasa nak nangis je.

Tinggalkan la cerita tilam basah tue..hihihi...bila malam kering dah sebab aku pasang kipas kasi kering klu tak kene tido luarla Azam..hiks..


Aku ambik dr FB tuan Suzardi (Pakdi). Perancang kewangan islam boleh klik sini
Sebelum nie ramai yang cakap kene buat simpanan at least 10% dari gaji n lepas tue kene ada simpanan 6x gaji jugak untuk kecemasan. Tapi masih blur lagi macam mane nak buat. Bila dia bagi carta simple macam nie baru nampak mana hala tuju duit gaji tuekan. Mana simpanan mana perbelanjaan. Korang jangan cakap duit gaji tak cukup nak simpan. Penting simpan dulu baru belanja. Bukan belanja dulu baru simpan memang sampai kesudahlah tak simpan. Nasib aku tolak gaji siap2 duit yang nak simpan tue sebab kalau nak suruh aku berjalan kaki pergi bank semata-mata nak simpan RM100 sebulan memang takla.. kene plak nak pegi bank tue lalu KFC, Pizza Hut bla bla kene hasut ngan setan sikit terus tak nampak bank dah..hiks..

Kalau tak boleh simpan sampai 30% at least simpan 10% (minimum). Dari 10% mungkin korang boleh pecahkan jadi 5% setiap bahagian. Contoh kalau 10% dari gaji tue 100. simpan RM50 akaun sendiri RM50 untuk kontigensi. Aku pun bukan penyimpan yang baik hihihi..last aku buat simpanan bulan 4 2012. Lepas tue stop sampai sekarang, yang aku perasan aku simpan banyak ker sikit ker atau tak simpan langsung ker duit gaji tetap jugak macam tue. PELIK. Kalau simpan, hujung bulan sangap tak simpan pun sangap jugak. Memang misteri nusantara betul.

Aku nak cuba plan duit gaji 2013 ikut carta simple tue, tadi aku dah buat dah masukkan figure yang betul sekali tue gaji aku jadi negatif..muahahhahah..nampak sangat kehendak lagi tinggi dari apa yang ada. Terpaksa main tarik sana sikit tarik sini sikit. Aiyo tue pun ada figure yang tak pasti macam yuran bulanan taska aqil, duit tusyen anak..uhuk uhukkkkkk..mana yang boleh aku cantas aku nak cantas mcm bil selkom tab haku tue...bayar mahal2 tapi tak guna pun sebab kat rumah dah ada Steamyx. Tab tue pun anak2 buat main game je. Terpaksa tunggu sampai habis bulan nie sebab terikat dengan kontrak kalau tak kene penalti.

Harap-harap aku boleh konsistenla buat simpanan tue....hihihi..10 tahun keje baru nak sedar..hahahha.agak2 kalau konsisten dari dulu lagi haku dah ada 6x gaji kot...uhukkkkkkkkks..takyah banyak kalau konsisten RM50 sebulan kira 10 tahun dah ada 6000 tue belum campur dividennya..mmmmm...

PENTING KONSISTEN MENYIMPAN dengan TIDAK MENGELUARKAN..hihihi..nie simpan 100 bulan depan keluarkan jugak 100 hahahhaha..akula tue



Ini telah menjadi SEJARAH

24 Disember 2012

Simpanan 8 Juta..perghhhhh..

Photo: Pengasas Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim.

Semasa berbual-bual dengan beliau tempoh hari, beliau berkata...

"Ketika simpanan saya ada RM 8 juta di dalam bank, saya masih memandu MyVi. 

Sekarang pun saya lebih selesa memandu Toyota Prius dari rumah ke pejabat. 

Handbag saya pula hanya berharga RM 200 dari Guangzhou!"

Sambung beliau lagi....

"Bagi saya, kecantikan wanita itu pada 'otaknya'. Apa guna pakai barang-barang berjenama tetapi tiada 'otak' dan malas berusaha"

via Emas 916
Pengasas Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim.


Semasa berbual-bual dengan beliau tempoh hari, beliau berkata...


"Ketika simpanan saya ada RM 8 juta di dalam bank, saya masih memandu MyVi.


Sekarang pun saya lebih selesa memandu Toyota Prius dari rumah ke pejabat.


Handbag saya pula hanya berharga RM 200 dari Guangzhou!"


Sambung beliau lagi....


"Bagi saya, kecantikan wanita itu pada 'otaknya'. Apa guna pakai barang-barang berjenama tetapi tiada 'otak' dan malas berusaha
___________________________________________________________ 

nie yang simpanan ala2 serdak kuih raya sibuk dok aim henbeg 'JURULATIH', ....huahuahua...
 
AKu pernah jumpa puan Rozita nie masa mula2 dia mulakan bisnes sendayu tinggi, masa tue dia belum terkenal lagi. Dia datang sendiri kat opis lama aku promote barangnya kat surau opis..huhuhu...orangnya memang baik, peramah n humble. 
 
Ini telah menjadi SEJARAH

Nilaikan

Semalam tau je Azam nak pegi kerja, sambil pejam mata aku cakap kat dia aku nak duit, dia bagi sekeping pastu tanye aku "cukup tak?"..aku cakap "tak cukup", "aikk tak cukup" "nak beli lauk stok seminggu terus senang"..pastu dia tambah sekeping lagi. Dia letak duit tue atas tilam sebelah aku baring..hahahhahampeh punya bini laki pegi keje ko sedap membuta. 10 minit lepas tue baru aku bangun solat subuh tanpa usik duit tue pun...hahahhaha..

Lepas solat cek dalam peti ais ada apa yang boleh dimasak utk sarapan pagi. Ada mee sebungkus udang sikit sotong sikit ayam sikit n daging burger Keluarkan semua kelentang kelentung siap mee goreng belasah aje janji sedap..eh sedap ker?. Pastu dengan bahan2 tue terus masak tengahari. Lepas dah masak aku malas dahla nak keluar beli lauk..huhuhu..aku pikir dalam purse aku ada 7 ringgit je campur duit Azam bagi 2 keping subuh tadi, lepas tue baru perasan minyak masak habis, tisu dapur abis kunyit serbuk abis bla bla bla habis..uisshhshhhh tak cukup 2 keping duit tue,  lagi2 karang aku bawak sekali bebudak 3 orang tue silap gaya jajan diorang je dah sekeping duit tue..aiisshhhhh..takle jadi tunggu azam balikla pegi sama2...sekali petang sampai ke malam hujan lebat...adoiii..memang tak kemanala.
memang taklah nak bawak 2 keping note nie pegi beli barang2...kita bukan kat tahun 1998 tapi tahun 2012..huhuhu..
Minggu lepas dah bawak anak-anak beli stationery kat mydin, mcm biasa aku beli untuk stok setahun harap2 yelah. Sabtu lepas borong baju sekolah pulak, itu pun aku ganti je baju yang koyak+sempit itu pun lebur RM340.00, stationery aritue habis RM150.00, buku sekolah kebangsaan  RM140 kot belum campur yuran. Sekolah Agama belum lagi itupun kasut, beg semua aku tak belikan sebab masih elok lagi. Agak2 kalau semua tukar baru rabak gak RM1500 untuk 2 orang anak, nie pun dah hampir2 jumlahnya belum masuk yuran tadika Aqil. Gaji bulan nie jugak nak bayar yuran pendaftaran taska untuk transit + yuran bulan 1 dah tentu RM400.00 hangus...uhuk uhuk. Baju sekolah tue sebahagian aku beli jenama canggih pastu sebahagian lagi takde brand pun. Jenama Canggih tue mahal wei..huhuhu..tapi kualiti bagusla senang gosok. Arwah mak dulu yang suruh beli jenama canggih sebab mak yang gosok n basuh baju sekolah anak-anak haku ..huhuhuhu.. mak memang terbaik dunia akhirat.

Nasibla anak-anak aku setakat nie takde cerewet sebab budak lelaki kot sangat nak itu ini, aku dengar opismate cerita anak2nya demand kasut sekolah nak tapak rata la, beg sekolah yang begitu begini..hahhahha...macam2 budak2 sekarang nie.

Kalau tak ber Uwang memang menyeramkan bila tiba sessi persekolahan baru. Nak berjimat macam mane lagi pun tak taula. Kata je takde yuran sekolah, abis buku2 yuran ntah apa2 tue pun konpem lebur lebih RM50.00. Tapi masih bersyukur la anak-anak masih boleh sekolah dengan aman dan perbelanjaan yang paling rendah kalau nak bandingkan dengan negara zimbabwe..hahahha..ayat klise sangat kan ; -p

Esok Public holiday time nak menjahit lencana kat baju sekolah n nak balut buku teks segala bagai.....pastu bolehla basuh baju2 sekolah tue. Gosok karang tugas orang lain hihihihi...aku dah pencen gosok baju sekolah anak..

Ini telah menjadi SEJARAH

21 Disember 2012

Dividen ASB 8.9 untuk tahun 2012

untung kan adik aku dapat kakak yang baik, lucu macam haku nie dia patut bersyukur sangat nie..hahhahaha..*blushing*


Tetiba dapat PM dari adik aku, sebagai minah kipochi harusla aku kene siasat kesahihan berita. Buat kerja detective conan nie sampai aku tak perasan dah waktu lunch..cehhhh..sabo jela ..nasib ko la cacing kesayangan kelaparan tunggula petang karang kita mintak Azam belanja makan sebab dia baru dapat vitamin B..ehehhehehe..

Aku klik kat web PNB..tetiba server down..hahahha..konpem ramai yang terjahkan. Oklah berita diterima boleh disahkan halal statusnya,  boleh klik kat sini.

Ok sekarang bolehla call kontraktor nak renovate rumah sikit..muahhahahhha... *tuela melayu ada duit sikit tukar kereta, renovate rumah bla bla bla*..ehehehheheh

Alhamdulillah syukurrrrrrrrrr :-)


Ini telah menjadi SEJARAH

Suaminya berkulit hitam legam, perut buncit dan kepala licin


kalau mama terbaca, saya minta izin tepek status mama kat belog..huhuhu..hihihi..dah tepek baru nak mintak izin oittt...tak senonoh punya perangai..

Dari status seorang kawan FB. Memang macam-macam betul hidup nie.  Komen opismate. dia doa tak detail..hihihii.. mungkin dia minta nak suami kaya je. Aku sambung hahahha..mungkin la doa kena spesifikkan sikit contoh macam nie 'Ya Allah kurniakan aku suami yang kaya baik budi pekerti, cantik paras rupanya'... gitu kan. Tapi hebatla lelaki tue walaupun berkulit hitam legam, perut buncit dan kepala licin isteri 3 ok yang hensem pun belum tentu dapat 3 ..ehhehehhehe...Dia punya keyword adalah DUIT..kan kan. mmmmm...

yeeehaaaaaaaa..betul cakap ustaz..
Masalah isteri kat atas tue dia tak boleh nak tido ngan suaminya kan..so apalagi tutupla lampu..hihihihi..cool je petua ustaz nie. Pada akulakan,  dah ko yang pilih, kenapa dah kahwin baru timbul isu tue. Takkan masa jumpa mula2 tak pikir. Alahai. Dia punya keyword adalah DUIT..ehehehe..berapa kali nak ulang daaaaaaa...

Dulu masa aku anak dara, citerla ngan kawan-kawan sebaya nak lelaki yang macam mane. Ada yang nak chinese look la, yang macam pelakon bla bla lah, yang caringla ..hahhaha.. macam poyo pulak ingat zaman anak dara sunti dulu. Tapi aku ada satu je impian kat lelaki idaman, aku nak boipren atau suami aku bukan lelaki perokok. Nak tau tak sebab apa sebab arwah abah adalah perokok tegar sampai disahkan kanser paru2 dan arwah abah nasihatkan abang aku sendiri jangan merokok!. Aku pikir masa tue rokok adalah punca penyakit. Dan sampai sekarang pun aku memang tak tahan dengan bau asap rokok, aku boleh sesak napas dekat dengan org yang merokok.

Dan Allah makbulkan cakap2 kosong aku kat kawan2. Masa ada boipren dulu pun memang bukan perokok walaupun perangai tak senonoh..hahahha...dan sekarang suami aku bukanlah perokok...ehehehe. Aku tak mintak supaya dapat lelaki hensem kacak bergaya sebab aku sedar diri..ko cantik sangat ker pompuan nak lelaki hensem..so aku yang ala2 nie dapatla suami yang ala2 jugak..ahhahahhah...mampus Azam baca nie karang... 

Kitaorang tido tutup lampu!!!.. meraba dalam kegelapan.....muahahhhhhhhhhhhaaaaa...

Ini telah menjadi SEJARAH

20 Disember 2012

Dia kembali pada PENCIPTANYA..

Adoila apasal aku blur sangat nie...

Nak tunggu mood aku datang memang konpem belog nie tinggal kenangan je..huhuhu..

Karangan yang ke 2 kali, isi sama cuma ayat entah kemana la ye

Khamis 6/12/2012 masa aku otw balik ke rumah dapat panggilan dari kakak sepupu (kak T) bagitau kakaknya (kak L) tengah nazak. Kakak sepupu yang aku sempat lawat 2/12 aritue. Ceritanya ada kat sini. Aku khabarkan berita pada saudara mara yang lain. Setelah diam pikir diam pikir aku buat keputusan nak ke johor ziarah lagi sekali. Aku anak beranak, kakida anak beranak kecuali along, abg ayeng sefamily dan Ateh sama izz.

Bertolak dari sini jam 2 pagi sampai johor pukul 9 pagi jumaat (7/12/2012) tue. Dekat   6jam biasalah banyak sangat berhenti makan solat rehat. Kat sana keluarga kak L dah berkumpul. Dengar rintihan keluhan kesakitan yang dirasai oleh kak L buat hati rasa simpati yang amat sangat. Kenangan mengadap mak di saat-saat akhirnya menerpa ke fikiran. Sangat-sangat sayu dan sedih. Sempat buat bacaan yasin jugak. Kak L hanya bertahan dengan Morfin sebab doktor pun memang dah tak boleh buat apa-apa.

Tak lamala kat sana sebab malam tue Azam kerja, lebih kurang jam 12 tengahari kita orang undur diri. Fuhhh..kalau tak kerana perkara mustahak, macam buat kerja gila pegi johor baharu macam aku ulang alik pegi kerja. Paling kesian Azam la, sebab dia yang memandu entah berapa kali berenti asal nampak perhentian je berenti. Dekat jam 6 petang sampai rumah.

Sabtu 8/12/2012 jam 12 tengah malam  aku terima sms n panggilan memaklumkan bahawa kak L telah pergi buat selama-lamanya tepat jam 11.40 malam. Innalillah...Dia kembali pada PENCIPTANYA. Seorang pengidap dan pejuang kanser payudara. Alfatihah kak. Aku tak dapat ziarah jenazah sebab baru balik semalamnya. Kesian tukang driver huhuhuhu. Aku iringi dengan sedekah Alfatihah dari jauh. Moga Rohnya dicucuri Rahmat.

Ini telah menjadi SEJARAH

14 Disember 2012

Terdelete pulakk!!!!

Adoilaaaaaaaaaaaa...
Punyala panjang aku mengarang ter delete plak. huhuhuhu...

Malas aku nak karang balik. hilang mood dah

Ini telah menjadi SEJARAH

10 Disember 2012

Legoland Nusajaya Johor Malaysia

Seawal jam 8 pagi kitaorang dah keluar tujuannya nak mencari keperluaan perut dulu. Berpusing-using carik kedai makan..adoila sebab tak biasakan tak tau mana kedai makan dah pusing2 dekat 1/2 jam akhirnya nampak kedai makan satu tue terus tuju tapi hampe napsu haku sebab makanannya tak banyak huhuhu..dah duduk belasah jela makan apa yang ada.
nyaman kawasan sekitarnya..belakang rumah banglo nie banyak rumah banglo besar2 n cantik2 sebab dekat ngan istana serena..

nak check out sudah, nampak tak belakang aku tue ada tiang..kat sebelah tuelah tayar kereta aku terjunam kedalam...
Habis sarapan call si kim(orang yg urus bilik banglo) sebab dia cakap dia boleh dapatkan tiket murah n tak payah beratur kalau nak ke legoland sebab family yang tolong angkat kereta aku tue pun bagitau Q memang panjang kat sana. Kitorang datangla jumpa dia kat hotel yang mula2 kitaorang sampai lagipun nak serahkan kunci sekali. Tiket legoland dewasa 140 n kanak-kanak 110. Sebelum datang sini aku dah tengok kat web legoland dan masa tue tak sempat nak order online (7 hari sebelum), booking online lagi murah dewasa 105 n kanak2 82.50. Azam pun dah call legoland tanye pasal tiket tue, staff yang angkat talipon tue cakap kalau bawak IC ada diskaun. Tapi bila sampai sana ada 2 benda yang aku tertipu. kalau nak tau teruskan baca hokeyyy...

Legoland nie kan tempat baru jadi GPS aku tak boleh detect jalan kesana sebab tak upgrade. GPS sytem patutnya kena upgrade 6 bulan sekali sekurang-kurangnya. Merasala ko ntah kemana-mana peginya. Legoland nie ke arah gelang patah kemudian cari nusajaya, Bila dah sampai nusajaya tue adalah singboard ke Legoland. Aku dah tersesat lalu jalan dalam kalau lalu highway senang kot. Sesat sesat pun sampai jugak akhirnya.  Masa tue dah pukul 11 pagi, Legoland bukak 10.00 pagi hingga 8 malam. Ada 2 tempat parking yang luasssssss satu ko akan naik ke tempat macam shopping mall kemudian baru jumpa entrance, satu lagi parking (agaknyala sbb aku nampak ada laluan terus) ko akan terus ke entrance legoland tempat beli tiket.

aku masuk lalu mall dulu...

mall lebih kurang je..belakang aku tue terusssssssss je nanti sampai entrance legoland.

yeh sampai sudahhhhhhh...

Punyala ramai umat, fuhhhhhhhh..belum lagi tengok orang nak beli tiket memang berlinkau2 barisannya nasib ada 5 6 kaunter yang bukak.*Tertipu 1*Si kim tue kata kitaorang takyah beratur panjang sebab ada voucher tue, bila tanya memang kene beratur hampeh betul . 

nampak tak barisan yang berlingkar2 tue...larat ambik gambo dari jauh je...
Bila dah dekat sangat kat kaunter Azam panggil aku, sebab nanti nak tunjuk IC kan. Bila sampai kaunter *tertipu 2* takdenya dia tengok ko punya IC, sikit pun tak tengok bila cakap berapa orang terus punch harga takde diskaun langsung still 140 dewasa n kanak 110.

Tapi yang bagusnya kim dah selamatkan duit haku sebanyak RM190 hihihi..dia bagi voucher RM120 n 2 pas kanak2 yang berharga RM220. Aku hanya bayar kat dia 150 je + campur kat kaunter RM270 so total aku bayar hanya RM420 sahaja. okla tue kan takpelah beratur panjang pun sebab murah lagi compare ngan beli online.

aqil paling yang tak tentu arah...kalau tengok memang takde gambo dia yang elok pandang kamera...fuhhhh...kejap2 hilang...sabo jela


tengok aqil...


semua game barisanya berlingkau2...1/2 jam nak menunggu..habis masa beratur je..huhuhu


fuhhhh...ramaiiiiii...


dapat main tak sampai 5 minit..huhuhuhu..sabo jelah..


Driving School
tunggu lagi nak naik keretapi

keretapi sampai

tengok aqil hahahha..memang takkan pandang kamera punya budak..

see lagi sekali..hahahhahaha...

ah pening naik bende alah nie...temankan aqil..hahahha

mabuk haku..huhuhuh

hahhaha..aqil oh aqillllll...

paksaan...dan kepenatan...tunggu nak main tembak2..



takde mende pun aku lelebih jerit2..entah pape..hahahha




suka bukan main si aqil..mentang2 duduk ngan awek...eleh eleh..

hahahha..mak pun nak rasa gak..

Kitaorang makan kat dalam nie, macam biasalah kalau tempat2 macam nie dah boleh agak macam mane mahalnya makanan yang ada. Burger biasa RM15 inggit. Aku beli Spagetti (set) air bikarbonat ngan sup harganya RM23...fuhhhh...Keluar je dari restoran hujan lebat sangat, banyak tempat game terpaksa ditutup, so yang boleh jalan2 kawasan sekitar jela.

terpaksa beli plastik sampah nie klu tak, mmg tak bergerakla kitaorang..sekeping 15 inggit..melayang RM75 beli plastik sampah nie...huahauhaua..

jalan kat kawasan miniland..kagum sangat kat sini ada KLIA, KLCC, menara



nampakkkkkkk..memang lebat sangat
Terpaksala keluar dari situ..huhuhuu...memang tak puasla kat dalam tue aku ingat suku bahagian je kitaorang sempat jelajah..huwaaaaaaaaaaaaa...tahun bila la pulak nak pegi lagi..alahai..takde rezeki kan...


Kitaorang tukar baju dalam kereta, bahagian bawah memang lencunla..atas je yang terselamat..hihihihi

Hujan memang tak berhenti pun sampai malam, sepanjang balik ke rumah memang hujan je pun...


Ini telah menjadi SEJARAH

06 Disember 2012

Pra Legoland

Aku sampai sekarang geram dengan si Azri. Masa aku ziarah kakak sepupu tue boleh dia tanya aku depan2 kakak sepupu "ibu bila kita nak pegi legoland, ibu cakap nak pegi"..geramnya hakuuuuuuuuuuu..kalau orang tak nampak tue memang haku kutil dah paha dia. Aku takut diorang salah paham pulak, aku nie tujuannya ke johor memang nak ziarah kakak sepupu cuma aku cakap dengan anak-anak kalau sempat kita singgahla legoland atau mana-mana tempat menarik kat johor tue. Tak sangka pulak dia tanye depan2 orang macam tue..aisshhhhhhhhhh..rasanya tebal 20 inci muka haku nie.

Lepas keluar rumah kakak sepupu, first sekali kena cari hotel murah dulu kat kawasan sekitar on GPS, on google map segala. Last decide ke arah Dangan bay sebab Azam cakap nanti mlm bleh jalan2 kat pantai katanya. Danga Bay rupa  macam mane pun tak tau..hakhakhak. Sampai kat area Danga Bay tue, baru carik hotel. Nampak hotel tune suruh azam tanye,  ada bilik kosong cuma ada katil je 150 tambah tv aircond jadi 180 klu family aku kena ambik 2 bilik sbb takde ruang nak letak katil extra jadi 300++ fuhhhhhhh..gilala cuma nak tido malam je kot. Berdekatan hotel tune ada lagi hotel bajet kat sekitar tue, ada 2 hotel yg aku nampak. Tanye salah satu hotel tue ada kosong tapi bukan kat hotel tue, mcm cawangan dia gakla hotel yang kosong tue sebenarnya Banglo sebijik harga semalam 68 ringgit je. Kat tingkat atas tue ada 5 ker 6 bilik dan  1 bilik air(so kene share bilik air ngan org lain). Bilik ada TV, air panas n aircond, bolehla buat tido kejap je pun sebab kitaorang kat situ pun dah maghrib karang lepas mandi nak keluar plak kan.

Seperti yang dirancang lepas mandi, rehat kejap dalam pukul 8.30 macam tue kitaorang keluar nak carik makan. Lepas dah pening2 nak makan kat mana kitaorang redah je ke restoran singgah selalu femes gak restoran nie bila aku google. Okla kesanala kita berpandukan GPS sebab jalan kat area danga bay tue banyak kena buat U turn. Lalu kat Istana Serena setelah sesat barat entah kemana-mana akhirnya sampai jugak padahal dari simpang mula-mula kitaorang sesat tue hanya beberapa langkah je ke restoran singgah selalu nie..sabo jela.

Gambar kurang clear sebab pakai HP je, kamera tinggal kat bilik..dalam nie macam2 ada restoran singgah selalu nie bukak 24jam. Orang pun ramai jugak malam tue tapi service ok.

siakap 3 rasa small size, chicken lime small size, brokoli scallop small size, sup cendawan small size..walaupun semua small size cukup sangat untuk aku sefamily harganya pun boleh tahannnnn jugak..mungkin sbb 24 jam..rasanya pun boleh laaa..

Habis makan singgah la kejap kat marina club danga bay tempat kapal2 layar berlabuh, Sebelah tue pulak ada funfair sibuk anak-anak nak singgah. Aku cakap mana nak, funfair atau legoland. Of cos la diorang pilih legoland..huahuahua.


Takde mendelah kat sini, lagipun gelap apa yang nampaknya pun. ehehehhe...tak lama kat sini lebih kurang 15 minit je kot pastu balik bilik terus.


Ok masa nak masuk parking arah banglo sementara kitaorang tue dah ada 4 kete parking gak...Azam sibuk dok tengok kete orang..sekali tue....prakkkkkkk..tayar kete sebelah kanan masuk longkang ...fuhhhhhhhhhhh... bestkan ..aarrrrrrrrrrghhhhhhhhhhhhhhh..tensen. Mula aku nak angkat kete hahahha..adahati nak angkat kete, poyo parijah nie mcm badang sangat azam reverse tak jalan, pastu tukar plak Azam angkat aku reverse pun tak jalan...tengah pening2 tue keluar plak 1 family dengan orang yg uruskan banglo tue kim namanya. Lepas tue 3 orang angkat kereta aku reverse percubaan pertama gagal kali kedua baru ok. fuhhhhhhhhhhh...tengok rim dengan tayar calar sikit, yang lain2 ok. Alhamdulillah.

Ini telah menjadi SEJARAH

05 Disember 2012

Kanser di sekeliling aku

Hakikat yang pahit untuk diterima. Takdir Allah untuk keturunanku. Sapa aku nak menidakkan kuasa Allah. Allah yang berhak sepenuhnya. Bukan menyalahkan takdir atau Allah tapi aku nak mendidik hati supaya REDHA atas kehendakNYA.


Adik aku dapat sms dari kakak sepupu kitaorang pastu dia forward kat aku. Aku rasa tak sedap hati sangat. Terasa nak pegi ziarah. Plan dah lama nak jenguk kakak sepupu nie. Kalau dekat memang aku dah berdesup ke rumah dia nie jauh nun kat Skudai johor. Perjalanan makan masa 5 jam jugak.

Kakak sepupu (mak dia dengan arwah abah adik beradik) disahkan menghidap kanser payudara tahap 1 pada tahun 2010 dah buat pembedahan membuang ketulan dan kimo. Kemudian pertengahan tahun 2012 kanser dia kembali menyerang dan merebak ke hati n paru-paru sekarang pada tahap 4. Aku jumpa kakak sepupu aku last masa arwah bapanya meninggal 4 bulan lepas (2 hari sebelum mak meninggal) oh masa mak meninggal pun dia ada datang jugak. Masa tue dia masih sihat cergas lagi sebab belum mulakan kimo. Kesihatan dia merosot bila kene kimo (aku agakla berdasarkan pengalaman jaga mak) sebab tau kan kimo tue akan membunuh semua sel dalam badan kita.


Jadi ahad lepas aku cuba sedaya upaya nak ke sana. Terasa sangat nak jumpa dia. Kebetulan pulak azam off ahad n isnin. Pukul 3 lebih aku sampai rumah dia. Hanya orang yang pernah menjaga orang sakit kanser je tau betapa teruknya keadaan dia. Tapi semua nie kuasa Allah, aku cakap dengan kakak sepupu aku yang lain bagi dia semangat cerita yang best-best je. Sekurang-kurangnya ada perubahan sikit dari tak boleh jalan, sekarang dah boleh jalan pelan2. Selera makan pun ada itu dah cukup baik sangat. Ada keluarga yang sangat supportive sanggup bergilir nak happykan kakak sepupu aku nie. Itulah semangat untuk dia lawan kanser tu.

Sebelum dia buat kimo haritue aku ada hadiahkan dia, buku tulisan Dr hasanah. Seorang Pejuang kanser payudara. Aku dah habis baca buku nie. Kebetulan aku beli 2 buah patutnya satu untuk arwah mak n satu untuk simpanan peribadi aku sendiri.  Kakak sepupu aku ada datang rumah nak melawat arwah mak jadi aku hadiahkan untuk dia. Bagus buku nie. Bukan pesakit kanser je patut baca kita yang sihat pun patut baca dan bukan hanya untuk kanser payudara tapi semua jenis kanser boleh baca buku nie. Sebab masa tue aku baru dapat tau dia akan mulakan kimo. Jadi bile dia baca buku nie dia boleh bersemangat nak lalui rawatan kimo tue. Patut aku buat review khas untuk buku nie tapi asyik tak berkesempatan je...huhuhuhu.. sapa yang nak tau lanjut buku nie boleh email Dr hasanah terus dengan cara klik la kat blog DR kat sini
Bahasa yang mudah difahami.




aku dah betulkan gambar nie tapi bila masukkan kat sini  jadi teleng balik...tak reti aku nak betulkan mcm mane dah

Budak paling tak boleh dikawal..huhuhuu. Aku tak tau Aqil nie sepanjang masa macam terlebih gula. Boleh plak dia panjat katil kakak sepupu aku tue pastu dia baring kat sebelah huhuhu..Relax je tanpa bersalah. Aku ngan Azam tengok dia niekan beso kecik beso kecik je. Aku risau dia terpijak kakak sepupu aku tue..huhuhu.. Memang stress jugak bawak anak kecik yang aktif pegi melawat orang sakit..huwaaaaaaaaaaaaaaa...nak dilempangkan kat situ memang tak bolehla tangan rasa ringan je...sabo parija saboooooooo. Pastu dia sentuh kaki kakak sepupu haku dia cakap "eee keciknya kaki nenek"..hukhukhuk..selamba dia panggil nenek, patutnya dia panggil wak. Pastu aku cakap "aqil urutla kaki wak tue, wak sakit"..Aqil pun urut kaki kakak sepupu, pastu kakak sepupu aku cakap "amboi sedapnya dia urut, pandai dia"...pastu aqil cakap "dah ke belum nie"..muahahhaha..kurang asem betul aqil nie urut tak sampai 3 saat kot..ceh.

Aku tak lama kat sana, dalam tak lama tue sempat makan nasi, goreng pisang n makan mee goreng..huahuahaua. Kakak-kakak sepupu aku pelawa tido sana tapi aku ngan azam taknak susahkan diorang. Lagipun kat sana dah ada 3 keluarga tambah keluarga aku konpem bingit nanti..huhuhu. So aku tolak cara baik, aku cakap aku nak carik hotel muarh2 je dan nak jalan-jalan kawasan sekitar Johor Bahru nie. Almaklum pertama kali jejak kat Johor nie..huahuahua. So diorang pahamla...

Insyaallah ada rezeki nanti aku datang sana lagi. Aku doakan semoga kakak sepupu aku sembuh. Amin. ALLAH tolong dengar doa hambamu nie.

Ini telah menjadi SEJARAH