29 November 2012

Kesayangan Hamba..

Jarang dah cerita pasal anak ke3 haku nie. Dah tak kecik lagi dah tapi mengada dia fuhhhhhhhhhh.. kalah izz qaren (anak adik aku umur setahun). Lagi 2 bulan nak masuk 4 tahun. Mungkin dia pikir dia kecik bajet semua orang sayang kat dia. Sabar jelah. Pengasuh dia gelarkan dia anak menteri..hahhaha sebab anak-anak orang lain datang rumah kakak pengasuh pandai2la masuk n layan diri, kalau aqil yang datang kene sambut depan pintu n berdokong..tak ker mengada namanya tue.

Mulut kalau bercakap pun boleh tahan, kalau abang dia marah dia bahasakan abang dia balik "ada atu tesah" maksud dia ADA AKU KISAH...tapi itu salah mak dia suka cakap ayat tue depan anak2..hukhukhuk.. Aqil sangat terpengaruh dengan UPIN IPIN setiap malam sebelum tido konpem layan youtube UPIN IPIN sampai tertido. Dia boleh tiru dialog UPIN IPIN cakap dengan KAK ROS..hahhahah..lawak kut kalau dengar. Aritu aku cakap dengan dia "aqil tak payah nenen dahlah sebab  dah nak sekolah" tau apa dia jawab "alaaaaaaaa, aqil kan kecik lagiiiiiiiiiiiiii"..hahahha..sebijik UPIN IPIN bila kak ros suruh tolong sesuatu tapi ayat UPIN IPIN "ala kak rosss, kita orang kan kecik lagiiiiiiiii" " betul betul betul"...lor aku pun terhafal sekali dialog nie..hahahhaha..nampak sangat bukan dia je yg layan..ekekekekek..


Aqil nie memang manja, selalu datang kat aku dia peluk aku pastu cakap "saaaaayaaaang mama" lagi kalau nak tido oitla ntah berapa kali peluk2 cium2 bapak ko pun tak macam tue aqil sambil ucapkan perkataan "saaaayaaaang mama" kadang aku balas "ibu pun saaaaaaayang aqil sangat" kadang2 aku balas je ciuman kat mulut or kepala dia. Aku memang suka cium mulut anak masa diorang kecik, kalau dah sekolah rendah tue takdela...busuk dah kot..hahahhaha.. Aqil sorang je yang panggil aku mama..hahahhah..tapi aku tetap bahasakan diri aku ibu memang dah takle tukar kot panggilan dia tue lantakla janji maksudnya sama bervariasi sikit panggilan tue..ekekkeke..

Sebab UPIN IPIN jugakla dia nak sangatttttttttt sunat, kalah abang2nya yang taknak sunat. Teringat ayat dia bila abangnye cakap "ala aqil nie potong rambut pun nangis, lagi nak potong kon*k"..tau dia jawab apa "memanglah potong rambut aqil nangis tapi kalau potong kon*k aqil tak nangis nanti dapat gula-gula"..hahahahhahahahahha...terbahak2 aku ketawa ngan Azam. Boleh pulak macam tue tapi dia nak pegi klinik yang doktornya bagi gula-gula baru dia nak sunat..hahahhaha.. Azam cakap "eleh, kalau macam tue abah boleh belikan gula2 sebalang untuk aqil"..hahahhahahha...aaisshhhhhhhh...


Aqil sangat musuh dengan Fahmi, sebab fahmi suka menyakat. Budak berdua nie kalau ada konpem huru hara. Memang korang takkan sunyi dari tangisan aqil... selalunya dengan aku sekali naik hantu tapi kadang2 aku biarkan je memang tak larat la nak cakap. Nampak aqil lagi kecik kan..tapi dia lagi berani dari fahmi. Kalau fahmi takut nak ke dapur aqil volunteer tawar diri nak temankan "jom aqil temankan"..hihihi.. ataupun  dia ckp "itu pun takut"..hahahhahah... Entahlah si Fahmi tue apa yang dia takutkan sangat padahal rumah bukan macam gedung kalau takat nak ke dapur tue aku pun boleh nampak kalau duduk kat sofa...kadang2 geram dengan ketakutan dia yang tak munasabah tue.

Tak sabar rasanya aku nak bagi dia adik..hahahahhahah...Motip buat n3 pasal aqil sebab nak bagitau nie ker parijah...???????????????????

Ini telah menjadi SEJARAH

28 November 2012

Hot Spring Sg Klah Sungkai, Perak.

Asyik terpendam dalam pikiran n hati je so harinie aku timbulkan kat bleog. Cuti Deepavali n awal muharam aritue Azam ajak balik kampung sebab dia cuti 6 hari start hari sabtu. Aku?..mmm cuti tang public holiday je la tapi sebab laki ajak balik kampung terpaksa ambik sehari unpaid leave hari isnin tue..huhuhu berderet unpaid leave aku yang nak kene potong.

Balik hari Ahad, hari isninnya  ajak MIL pegi berkelah2 kat Hot Spring Sungkai. Pestime lah datang sini. Jauh ok ke dalam, Lalu kampung2, kebun kelapa sawit n kebun getah tapi nyamannnnnnnnnnn suasana kampungnya.

depan pintu masuk
nak masuk kena naik tram lepas bayar untuk dpt gelang pink tue..lupa plak berapa bayaranya tapi tak mahal la..dijamin mampu masuk..ehehhehe..tak lama naik tram nie lebih kurang 2 minit je kot..hahahha..klu jalan kaki jenuh gak kot..kita consider bwk barang n bawak warga emas ..ehehheehhe..

Sampai je cari tempak lepak pastu apalagi bebudak terjun terusla...memang dah tak boleh tunggu2 dah. Tempatnya kira ok jela..ala takat buat acah budak2. Nak bawak pegi bercuti tempat lain entah bilakan dpt bawak, pegi sini pun kira ok..
aku lupa bwk tudung extra..mmm...eee..aku sekejap je dalam kolam tue takle tahan naik gatal2 plak sebelum parah aku duduk tebing kolam takut aku pengsan..hahahhaha..mcm kes kat kalumpang dulu..yup aku ada alergic ngan air kolam n sungai klu tak kena gaya boleh tumbuh gatal2 n aku akan pitam...aku pun tak tau sejak bila aku dapat penyakit nie..huhuhuhu..rasanya dulu2 ok je mandi sungai sampai kecut2 badan...


Dah bosan nengok bebudak mandi aku saja jalan2 nak tengok kawasan sekitar n tempat kolam air panas. Tempat rebus telo, telo disediakan tak boleh bawak telo dari luar. Aku tak beli pun malasla nak berebut-rebut ngan orang ramai. Kat sini je tempat yang airnya mengelegak.


dijual siap dengan kicap lagi telo tue...
Tapi kan ada satu citer, aku pun tak perasan sebenarnya. Bila dah balik opis, opismate kawan aku tanye ada tak aku rebus telo, aku jawablah takde. Opismate cakap masa dia nak rebus telo dia terpikir air nie datang dari mana..ehehhehehe..pastu dia tengok air tue air yang sama mengalir tempat orang rendam kaki..muahhahahhaha. Yup baru aku perasan nasib aku tak rebus telo..klu tak teloku perisa kaki..hak hak hak..

nie kawasan orang rendam kaki tue..nampak tak pagar kayu tue depan tue tmpt rebus telo..adoilaaaa..hahhahaha...kalau kawasan rebus telo dulu baru rendam kaki takpe gak...
Tapi kalau orang yang ok, ok jelah nak rebus telo sebab telo tue pun berkulitkan... ehehhehe.. kawasan nie baunya jadi hanyir sebab bau telo rebus....huhuhuhu...

Ada lagi sebenarnya tempat nak rendam kaki, siap ada darjah celcius untuk setiap kolam kalau korang tahan bukan kaki je satu badan pun boleh rendam. Aku masuk kat kolam yang 40-45 darjah celcius terkejut oit..fanas hahahhah..tak berani dah nak celup. Aku rendam yang kat kolam 30-35 darjah celcius yang tue bukan kaki je satu badan aku rendam kan.

mau balik sudah..tue pun diaorang taknak naik paksakan, tengok MIL pun dah penat..comel MIL aku orang nak ambik gambo dia tutup muka ngan botol mineral..
Perjalanan balik mendamaikan bukak tingkap kete...fuhhhhh..nyaman sangat. Siap ada sesi mengenali tumbuh tumbuhan..hahaha..kesian jadi budak zaman sekarang pokok getah pun tak kenal..huahuahua..ker anak aku je yang kesian. Pokok getah kat area kampung haku dah pupus...huhuhu..so bila nampak pokok getah sepanjang jalan dok suruh anak tengok..hahahhaha...

Sampai kat bidor dah niat nak singgah kat sini..ehehhehe...apa ingat kat melaka je ado ker. Kat perak pun adoooooooo jugak tau.
tak penah rasa tue yg nak try tue..sedap sangat ker air kelapa goncang nie

komen aku?..bolehlaaaaaaa...nak kata sedap sampai mimpi2 takdela...tahap biasa-biasa je...ker yang kat melaka tue memang sedap tahap mabeles..idaklah teman tau..

Sampai rumah abis semuanya ketiduran letih gayanya macam menbajak sawah padi secara manual...hahahhaha... Bangun tido makan pulak, perbuatan yang paling bagus. Pastu aqil merengek kat nenek nak tengok keretapi n nenk janji pegi kejap lepas sembahyang maghrib.

Lepas sembahyang aku n Azam lepak kat depan tv ngan anak-anak, tengok2 MIL keluar dah siap cantik2..hahahhaha. Kitaorang yang blur tanye "mak nak kemana?" "la kata nak tengok keretapi?"..hahahhahha..ingatkan tak jadi atau dia saje je nak sedapkan hati Aqil. Dalam malas2 tue pegi jugaklah salin baju..huhuhuhu...

sangat selekeh hahahhaha..main sarong tudung tanpa lihat cermin...vuruk sangat..
Sampai je tengok jadual ada satu keretapi penumpang akan sampai..wah rezeki aqil nak sangat tengok keretapi, nie aktiviti biasa kalau balik kampung..ahhahahha..

Kahkahkah..fenakut punya budak..keretapi sampai kelam kabut lari belakang nenek, peluk nenek..APTB.
Dahla..sampai sini je..malas nak karang lagi dah boleh penutup macam nie...bolehla belog haku kan.. :-P

Ini telah menjadi SEJARAH

27 November 2012

Cerita lama, baru terasa nak cerita..

Bulan 10 yang lepas, eh bulan sembilan la..tarikh tepatnya 8-9/9/2012. Company tempat keje aku nie buat team building yang pertama. Masa management set tarikh aku tengok tarikh tue betul2 kena pada tarikh Azam off. So tanpa buang masa aku bagi nama secara sukarela tanpa paksaan dari mana-mana pihak untuk menyertai team building tu...hihihihi. Niat dalam hati nak relax2 bersama opismate n lupakan sekejap peristiwa pahit yang jadi kat aku sebelum tue.

Team building nie dibuat di Afamosa Resort, Melaka. Sebab pertama kali buat jadinya aktivitinya hanya yang ringan-ringan je sebab consider pesertanya dah kertu2..hahahhaha..takdelah aktiviti panjat memanjat ker berlari ker, berenang ker dan sewaktu dengannya.

Dari Port Klang kitaorang bertolak pukul 10 pagi naik bas kemudian singgah ke opis nilai untuk ambik staff2 kat nilai pulak kemudian baru bertolak ke Afamosa Resort.

Sampai seperti yang dijadualkan...

Sampai je kene makan dulu sebab mmg sampai waktu lunch..eh nampak tak aku and the geng berlagak taknak pakai tshirt company...sebab kebelagakkan itu aku n the geng kene denda..sat lagi aku citer denda apa yang aku kene...

Habis makan2 semua, aku pegi solat kejap lepas tue aku tengok mana-mana staff yang tak tukar baju dah sibuk tukar tshirt company. Aku pun tumpang menyibuk gak menukar baju. Biasalah pompuan tukar baju pun jadi kecoh. Ada sorang yang tak siap lagi n dengan niat murni aku rela hati tunggu budak nie tukar baju konon2 nak naik sama2, yang di tunggu plak berkial2 pasang tali kasut..hahahhahampeh betul..

Sekali naik atas game dah mula separuh jalan...demmmmm. Pastila kitaorang mengganggu perjalanan game tue n blur...tiba-tiba terdengar Facilitator cakap kitaorang akan didenda siakhir sessi suaikenal tue..ohhhhhhhhhhh nooooooooo..


Abis game sessi suaikenal tue kitaorang 4 orang dipanggil ketengah2 bulatan peserta, tiba-tiba mata  aku nampak kat screen laman youtube dengan lagu oppa gangnam style, walaawei dah boleh agak dah nak kene buat apa..hahahhahha...yang 3 orang tue dah mengelupur hahahhaha...aku masa tue masih steady lagi..ntahla aku mcm teruja plak...kakakkakak..sewel sangat.

Masa game suaikenal tue....aku mcm mengandung 4 bulan gayanya..hahahha yang kene denda tue pompuan yang bertudung semua dari aku, zura, zeehan n noli. yang buat lambat si zeehan tue..hahahha..ikat tali kasut pun terkial2...

Gambo takde tapi video aku menari gangnam style tue ada..hahahah..tapi takde aku nak letak kat sini, karang kalau aku letak kat sini mau kene kutuk 7 keturunan, bodoh sangat aku rasa menari macam tue, sampai sekarang aku terpikir mana hilang kemaluan aku buat semua tue  kat depan 35 org staff yang boleh dikatakan aku tak berapa kenal yang aku kenal staff dari port klangla..  4 5 orang dari nilai tue kenal gitu2 je.

Tapi aku nie kira penyelamat sebab lagi 3 orang tue buat sikit2 je..hahhahaha.. aku beriya buat oppaaaaaaa gangnam style tue, eh tapi zeehan pun boleh tahan yang 2 orang tue cover cun...hahhahahha...then bila fasilitator kata ok tak..peserta lain jerit ok..so selamat tak kena buat lama2 atau sampai lagu habis memang kerja gila mak orang menari terkangkang2 sambil tangan bersilang2...

Habis denda tue kitaorang dibahagikan mengikut kumpulan. Nasibla tercampak kemana-mana atau dapat geng yang tak dikenali, yang paling best kumpulan haku sekali ngan GM fuhhhhh..kecut..hahahha. tapi nasib GM ok je takde gila kuasa boleh terima pendapat kita2 staff bawahan nie bila buat kerja perpasukan.

team haku yang terbaikkkkkkkkk..

Game kedua nie kena buat nama kumpulan tagline & sorakkan kumpulan. eh jap..lupa pulak..salah-salah game kedua kena main ooo sommm ke belakang, lead akan tunjuk isyarat jari kebelakang dan tentera kat belakang kena tau isyarat tue n buat gayanya  kene lawan geng kat depan. hahahha..memang lawak game nie.

nie isyarat burung, so kene buat gaya burung terbanggggggg..tapi lead aku nie takle pakai sebab apa yang dia bagitau kitaorang tak sama dengan yang dia buat..menyebabkan kitaorang kalah..


GM geram so dia sukarela jadi lead pulak...hihihi..tapi kalah jugak..hahahhaha..sangat bersungguh-sungguh gayanya...
Game ketiga baru kene buat nama kumpulan, logo,  tagline dan tagline sorakkan. Idea aku diterima pakai..hihihihi.. SUPER GUPER. Logo ala2 superman.

yehhh..kami menang cipta logo..kumpulan lain malas aku nak letak gambo sebab biasa2 je..hahahahha...

Game ke 4 pula, apa nama game tue lupa la..kena carik barang yang telah dilistkan oleh Facilitator dalam masa 1 jam. Abisla masing2 bertebaran mencari barang2 yang diperlukan. Bendanya biasa2 je tapi susah nak jumpa masa tue..huahuahua..



nasib kitaorang dapat semua..

Benda yang diperlukan kain pelekat, kain batik(susah nak cari sbb takde sapa yang bawak pun huhuhu, nasib aku teringat kain telekung aku..hahahha..tue pun jadi kontroversi sikit), Duit matawang asing 2 jenis, bunga 7 jenis, maskot hidup, paku 2 jenis (aku tak tau mana diorang cabut paku tue..hahahahha) dan uban 7 helai (yang nie istimewa sikit sebab cabut uban GM..hahahhaha..ko mampu cabut uban GM)
Game ke5, berdasarkan barang2 kat atas wujudkan 2 orang bomoh lelaki n perempuan. Happening jugakla game nie nasib semuanya memberi kerjasama yang baik.

ada 4 kumpulan so ada 8 bomoh jadi-jadian...masa nie boleh tengok kreatif jugakla diorang nie..hihihihi

yang nie sudah semestinya dari kumpulan SUPER GUPER...jahanam kain telekung haku...
Setiap game yang kitaorang main ada markah2nya. Tapi tue semua tolak tepi yang penting happy..ehehhehe..rasanya game nie game terakhir untuk hari tue, lepas nie acara bebas menanti. Masa tue pun dah pukul 5 petang tak silap aku, masing2 dah kepenatan ambik kunci terus naik bilik.

Pukul 7 semua dah ready nak makan malam, aku pun turun pukul 7. Tapi sebelum turun tue kita buat acara bebas camera..hihihihi

nielah geng kene denda oppa gangnam style
kalau dibiarkan memang macam-macam gaya yang keluar..hihihihi..

dalam lift pun jadi...
Habis makan malam pukul 8 kitaorang jalan kaki nak ke comboy town pulak, nak tengok show abang api. Kalau takat aku nie yang dah ala-ala kertu memang tak berapa nak layan sangat abang api nie tak kagum pun..hahahhaha.. penat abang api tue kulum minyak tanah boleh aku cakap tak best  malah aku rasa bosan sikit, tapi kalau bawak anak2 seronok kot.

abang api

bersama abang api..

bunga api gak yang best...

sejukkkkkkkkkk...hihihi..aku buat gambar nie jadi profile picture fb..heheheh..tapi ada yang minta suruh tukar sebab geli katanya..so aku sangat memahami permintaan peminat so aku tukarla profile picture tue..hahahha..perasan sangat..pang pempuan nie taula
Dekat pukul 10 gak abis show nie bukan abang api je ada, macam-macam ada gajah, ayam kambing, kuda, tikus putih, pondan semua ada..hahahhaha..kalau ada anak-anak mesti meriah punyaaaaa...tang pondan je tak sesuai untuk anak2 yepp..

mau balik bilik sudahhhh...

takle nak sembunyi dah paha bersaiz balak tue..huhuhuhu..
Esoknya seawal jam 7 sudah mau terpacak kat kafeteria..hahahha,,bab makan memang tak boleh lambat hokeey seperti biasa wajib berkamera dulu kalau tak nescaya hidup ko tak sempurna seperti hajat yang tidak lepas..hahahahha..
yeee..aku paling gajah...

rock kapakkkkkk...hahahhaha..

makan pun kene poseeeeeee.....

Hari kedua nie ada setengah hari je tue pun sampai pkl 12 je, so agak terkejar2la nak abiskan. Aku tak ingat game mana mula dulu aku belasah cerita jela. Game yang nie menarik jugak pembunuh(gangster) yang berlagak baik siang hari tapi bila malam membunuh orang kampung. Sampai kesudah kitaorang dapat tangkap pembunuh tue.

pembunuh dipilih tanpa pengetahuan org kampung

dikala malam orang kampung sedang lena pembunuh memulakan misi membunuh orang kampung...eh aku mcm tido betul je..hahahha..

Lepas tue main belon nie plak, dia bagi satu contoh belon n setiap kumpulan kene hasilkan sebijik macam contoh tue..dah macam budak2 dah..tapi tuelah seronok gak sesekali jadi budak2...huahuauhua..kumpulan aku paling sikit sebab sorang je yang pandai tiru..hahahhaha..
boleh la tengok nama2 kumpulan yang lain..

Ada satu game kene keluar dewan panas deting kat luar tue..huhuhuhu..Setiap kumpulan dapat kertas putih 5 helai, plastik sampah, tali rafia, belon, pen marker dan sehelai kertas A4 untuk arahannya. Masa nielah korang kene test kebijaksanaan korang. Dan yang dapat selesaikan permasalahan adalah GM kitaorang..hahahhaha...nampak sangatla IQ korang tak hebat..hahahha. Tugasannya tue adalah : berdasarkan barang2 tersebut bina sebuah kapal yang panjangnya 20 meter. ambik ko padahal kertas tue hanya berukur 1 meter setiap helai.

rupanya setiap A4 yang kitaorang dapat kena camtum kan baru boleh bina kapal tue..dari 4 kumpulan jadi satu kumpulan besar n mula bincang macam mane nak bina kapal 20 meter panjang.

apa yang penting kerjasama! apa yang penting kerjasama!
ada bentuk kapal ker..hahahhahah..belasah..

Satu lagi game nie memang bestttttttt..hahahha..sakit tekak jerit2. Sorang ahli kumpulan akan ditutup matanya n kene bergerak berdasarkan arahan ahli kumpulan lain untuk ambik bola kat satu kawasan, dah setiap warna bola yang diambil adalah berbeza markahnya yang paling banyak markahnya bola merah 10 n kuning 5.

tengah bagi penerangan kat GM sebadb tadi dia pegi toilet...


GM tengah bagi arahan.. tengok kumpulan sebelah dah tak sabo2 hahhahahha..Game kedua aku plak tutup mata..

hahahha..ko agak ada beza ker bola kat tangan kanan dan  kiri ..hahahha..serius bising sangat dengan jeritan orang  sampai tak tau mana satu arahan dari kumpulan sendiri..huhuhu..jalan ikut naluri je n agak2..
main langgar org je nasibla..hahahhaha..ambik ko siap merangkak-rangkak..

paling corot kumpulan haku..hahhaha...lantakla...yang pakai cap tue main tipu..ahhahah..mata dia boleh nampak bawah so bola yang dia ambik merah ngan kuning je...hahahhahampeh betul..tapi gaya dia mmg tak bleh tahan..hebat lakonannya..cissssssssskek betul..
selesai game....hahahha punyala tak puashati dengan kumpulan satu lagi tue..hahhahah...sampai gitu gayanya..
Sesi akhir adalah bergambar. Memang seronok sangat walaupun game nya banyak kebudak-budakkan sangat habis nak buat game extreme ada yang bangkang..so redha jelah game budak2, tapi oklah untuk team building yang pertama kali dibuat nie..ekekekkeke..jangan yang terakhir sudehhhhhh..Selesai sudah team building 2012. Ada yang mula2 kene paksa pegi bila habis program nie je dah siap-siap bagi nama untuk team building akan datang..hahahhaha...


Lepas tue pegi makan tengahari n packing baju, check out sbb  bas dah tunggu pukul 1, naik bus apalagi membuta la kitaorang. Sampai port klang pukul 4 gitu.



Ini telah menjadi SEJARAH

24 November 2012

Mau potong?

Dah tiba masanya aku kena pikir nak sunatkan anak-anak tapi dasarnya aku je yang excited nak menyunatkan dioarang yang tuan punya badan taknak lagi takut katanya.

Macam-macam dah aku saiko diorang nak suruh sunat, macam-macam jugak alasan diorang bagi. Ada satu masa tue aku cakap "apa nak sakitnya sunat tue sekali seumur hidup je lelaki rasa sakit tue, tengok pompuan mcm ibu nie bersalin nak keluarkan korang rasa sakit dah 3 kali, hidupppppppppppp je pun sampai sekarang, ingat senang nak bersalin??". 

Senyap.............

Soalan yang diorang selalu diorang tanye "sakit tak sunat bu?" "manala ibu tau, tanye la abah" "abah, sunat sakit tak?" "sakitttttttttttttttttttt ooooooooo"..hampeh sangatlah bapak ko nie...gggrrrrrrrrrrrr...hahahhaha..

Paling lewat pun sampai pertengahan tahun nie je tinggal sebab hujung tahun 2013 azri dah start sibuk dengan kelas tambahan persediaan masuk darjah 6, so kalau sunat waktu tue ganggu kelas dia plak. Takkan nak tunggu sampai habis darjah 6 oittt..dah tua masa tue liat..hahahha *saje saiko*.

Akhirnya aku minta tolong cikgu2 diorang kat taska..hahahhaha. Hebat cikgu2 diorang saiko diorang siap tunjuk 'sample' yang dah sunat dengan belum sunat..kakakkakak..terkejut aku bila balik sekolah je Azri cakap "ibu abang nak sunat, nekad sangat dah nie"...hahahhahha...

esoknya Fahmi pulak kena saiko, naik je kereta dia cakap

"ibu adik nak sunatlah, adik dah tengok kawan adik sunat" maksud dia, dia dah tengok yang sunat punya bebird

"cantik tak?" hahhahaha..soalan apakah engkau ini, wahai emakkkkkkkkkkkkk 

"cantikkkkkkkkk depannya licin takde kulit macam adik "

"hahahhahahahha"..sumpah aku gelak memang tak hingatttttttt...

"pastu tegak je dia punya, adik punya hitam dia punya putih"....

"hahahahahaha" Ya Allah minta nyawa...semput gelak...hahhahahha

Tolonglah fahmi putih hitam tue sebab keturunan tau, takdenya kalau sunat nanti jadi putih..hahhaha..dah kawan ko tue putih, putihlah dia 'punya'.

Bila anak-anak nak pulak takde tarikh yang sesuai nak sunatkan sebab doktor yang jadi pilihan diaorang tue kene booking awal tambahan pulak sapa nak jaga diorang huhuhuhu..sedia maklum cuti haku dah licin lincau...takkan nak ambik unpaid leave sampai seminggu oh mmmm geeee...

Nampaknya kene tunggu lagila...alahaiiiiiii...  

Ini telah menjadi SEJARAH