31 Oktober 2012

Bestla pulak...

Sekarang aku tengah tengok cerita JANGAN AMBIL PADANG KAMI..oitlaaaaaaaa terbaikkkkkklaaaaaaa citer nie.. baru sampai episod 4 je pun....terjebakla dah kakpnut asyik cakap citer nie best best best...tue yang tertengok,  sekali memang bestttttttttttt pun. Beto hero idamanku..setiap cerita yang ada dia mmg tak mengecewakan.

Telinga sumbat earphone, sambil naip sambil nengok..hahahahha...diam diam tau jangan cakap  sesapa hahahha. Aku nengok kat phone je senang nak campak karang klu kantoi..ehehehhe..pakai tab beso tak pernah bawak dah tab kat opis dah jadi hakmilik aqil secara paksa..citt

Sedih, geram, lawak, semua rasa ada dalam cerita nie memang rugi sapa yang tak tengok. Walaupun ketinggalan sangat dah sebab lama dah episod citer nie habis..tetaapppppppp..kene tengok weiii..

watak semua menjadi...memang best..
Lagu2 dalam cerita nie semua best best.. dah2 aku nak sambung nengok nie..hahahha..sambil2 buat keje yeeeeeeeeeee... ;)


Ini telah menjadi SEJARAH

Ape ajelah korang carik citer lucah kat belog haku nie weiiiiiiii???

Aku sekarang memang dah jarang-jarang nak update belog tapi rajin cek statistik. Memang tiap-tiap hari aku cek pun. 

Ada la yang ngok ngek pie google kata kunci carik benda2 lucah. Hari nie tergerak nak kongsi...saiko sangatla korang carik benda2 tak sepatutnya kat belog aku yang suci nie.


Kelako pun ado yo. Aishhhh..apalah korang nie. Tak baik tau tengok/baca benda2 mcm tue. DOSA!!..Paham!!..

Ini telah menjadi SEJARAH

16 Oktober 2012

Trauma dan rindu jadi satu..

Pagi tadi aku hantar Aqil  macam biasa ke rumah pengasuh. Sampai pintu macam biasa Aqil nak mak (kakak pengasuh) dia sambut dia. Kakak pengasuh panggil dia 'anak menteri' sebab manja terlebih.

Hati ibu, aku memang perasan aqil tue makin kurus dan baru-baru nie jiran aku ada tegur 'eh susutnya badan dia, makin kurus'. Sekarang hati aku semakin risau. Cuma setakat nie selera makan ok, susu pun ok...tapi ketara sangat fizikalnya.

Kakak pengasuh cakap Aqil nie rindu kat arwah neneknya agaknya. Sebelum nie pun ada yang tegur macam tue masa dia demam on off masa raya haritue tapi aku buat tak reti je.

Sebenarnya aqil sentiasa ingat kat arwah neneknya sebab dia selalu/kerap tanya nak pegi rumah nenek ham, kat mana kubur nenek ham, kenapa nenek ham meninggal, jom pegi kubur nenek ham, ambikla nenek..macam macam lagilah soalan/cerita dia. Kakak pengasuh cakap klu kat rumah kakak pengasuh pun, Aqil  ada je dia cerita pasal nenek..huhuh.

Aku lupa sepanjang aku jaga arwah mak, aqil sentiasa menemani aku. Aku mandikan mak, dia setia tunggu kat katil ateh tengok aku mandikan mak, arwah mak berjaga malam aqil duduk sebelah aku teman kan aku urut2 arwah mak. Aku salinkan pampers arwah pun dia sibuk nak duduk sebelah sampai kena marah dengan mak sebab mak malu..huhuhu..

Dan paling yang aku risau Aqil nampak saat-saat akhir arwah. Dia nampak aku meraung sampai pitam. Sedangkan aku sendiri dalam keadaan trauma n sampai sekarang aku tak pernah lupa saat saat tue. Trauma kehilangan orang yang tersayang walaupun dah boleh agak tapi tetap meninggalkan kesan yang sangat dalam. Itu aku...bayangkan aqil yang kecik nie dia nampak semuanya. Pernah aku dengar aqil cakap "ibu nangis masa nenek meninggal".dia cerita dengan abangnya.

arwah dengan aqil..masa nie umur aqil setahun genap....ada satu lagi gambar mula2 aku nak publish tapi aku sebak sangat tengok gambar tue...aku delete. Tak sanggup!!!..

Macam mane aku nak pulihkan semangat dia sedangkan aku sendiri tak kuat. Aku nak bawa dia pegi jumpa doktor la nak pastikan dia memang betul2 sihat dan aku dah minta tolong kakak pengasuh carikan air penawar. Ikhtiar.


Ini telah menjadi SEJARAH

10 Oktober 2012

Syiling jatuh dari langit

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan d
isekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.

Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.

Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

copy dari FB HELIZA AF

Ini telah menjadi SEJARAH

08 Oktober 2012

Jam 11 malam, beras kunyit bertabur depan pintu..

Mistik!!

Tertengok gambar dalam henset baru teringat. Masa lepas aku hantar azri simen tangan tue kebetulan sampai kat area rumah semuanya gelapppppppp gulita rupanya blackout area rumah aku. Jam masa tue lebih kurang menghampiri jam 11 malam. Tak taula dari jam berapa blackout nya.

Macam biasalah, sampai rumah aku tukang bukak pagar diterangi dengan lampu kereta. bukak pagar sambil pandang ke bawah *simen*. Aku nampak putih-putih kat simen, dalam hati aku ...[aikk ulat sampah nie dah keluar plak tapi tak nampak pulak melentik-lentik ulat tue..ah biarla..esok lorry sampah baru nak angkut sampah tue]. Lepas buka pagar pegi plak ke pintu rumah, sampai depan pintu nampak lagi putih2 tue banyak pulak tue siap sampai kat dalam kasut semua...dalm hati lagi sekali [aikk ulat nie takkan sampai depan pintu pulak] Bila kena suluh dengan lampu kereta area depan pintu tue, aku cuba pegang benda 'putih' tue. [Hishhh nie beras, sapa pulak main beras tabur2 kat sini pikir balik rasanya anak-anak takde yang main beras tadi masa nak keluar rumah n aku plak takde buang plastik beras sampai beras boleh bertabur depan nie] ..dalam hati aku lagi. Azam turun kereta je aku tunjuk kat dia. Muka Azam pun blur n terkujat kejap dia cakap "sapa pulala nak dengki dengan kita"..hahahhaha..konpiden kan ada orang nak mandrem kita orang anak beranak..aisshhh..tapi benda yang sama berlegar dalam kepala hotak aku.

Dalam hati nie masih lagi terdetik [jahat sangat ker aku nie sampai orang tak puashati dengan aku]..nak kata kaya tidak, nak kata cantik jauhla lagi..aishhhh. Aku ambik penyapu aku sapu beras2 yang bertabur tue pastu kena tegur dengan azam.."dah gelap-gelap nie sapu buat apa biar jela dulu"..mmm..aku rimas + cemas tue yang aku sapu tue. Blackout plak lebih kurang 1/2 kot dah kepanasan ngan nyamuk banyak sebab bukak pintu nak kasi angin masuk. Bila ada letrik balik semua horeeeyyyyyyy...masuk bilik on aircond beradulah semua sebab masing2 keletihan kan tunggu kat sepital lama. Sampai terlupa pasal beras tue.

Esok pagi bangun tido macam biasa aku kemas rumah semua. Pastu bukak pintu baru teringatkan pasal beras tue. Apalagi jadila aku detective conan, suruh azri ambikkan henset capture gambar beras dari depan pintu sampai ke pagar tengok kiri kanan...yang lagi serammmm beras yang warna putih tue rupanya berwarna kuning!!!..Beras kunyit yang ditabur..aissshhhhhh.. Sebab mlm tadi gelap tak perasan warnanya.

nie masa aku sapu malam tue..aku dapat sapu sikit je nie..
Sampai depan pagar tergerak hari nak toleh ke kiri..mmmmm..malas aku nak cakap....Depan rumah dia lagi melambak rupanya. So aku taulah kerja siapa....


Buat dada aku berdebar-debar, susah sangat ker nak sms aku bagitau dia ada main tabur2 beras nie. Dan yang aku pelik ko nak tabur beras kunyit tue ko punya pasalla kan kenapa mesti sampai depan pintu rumah haku. Sampai kat rak kasut aku. tak paham betul dengan orang mcm nie. Pelik ok..kalau aku nak tabur aku akan pastikan rumah aku sahaja, ganas gila menaburnya pun.

Susah berjiran dengan orang saiko nie...Aku pula jenis malas nak bising-bising..Kucing ko berak dalam rumah aku, aku ok. Kucing ko lompat atas kereta aku sampai calar balar atas kereta pun aku ok, ko letak  kaktus sebelah pagar aku sampai kalau nak bukak pagar mesti tercucuk duri kaktus tu pun aku ok....lagiiiiiiii...yes mmg aku ok ok kan aje..dalam hati sumpah sakit..huahuahua... 



Ini telah menjadi SEJARAH

02 Oktober 2012

11 tahun

Masih bercerita untuk bulan SEPTEMBER..hihihihi..

11 tahun yang macam macam rasa. Kadang tenang kadang badai kadang kosong semua itu biasakan?. 

Kebetulan hari ke 11 tahun tue  aku ada team building diluar daerah so, tiada sambutan eh kalau aku ada pun tiada sambutan yang luar biasa sekadar ucapan gitu-gitu je..Hadiah aku dah dapat sehari sebelum aku ke luar daerah n hadiah DIA pulak aku dah bagi sebulan sebelum tue..hahahhaha..hadiah yang tak suprisela. Janji adoooooooo.

aku bini yang garang DIA cakap...hahhahaha..
Apa yang aku harapkan dengan angka 11, moga cinta sampai syurga. DIA boleh jaga aku lindung aku, pertahankan aku bila rebah dipukul kata-kata fitnah. ada makna ayat nie

Untuk DIA, tarikh 9/9 mungkin tak boleh lupa sampai mati bukan sebab angka unik tapi sebab hari tue aku bergelar isteri DIA. Aku cuba bahagiakan DIA. Terkurang bahagia aku mohon maaf terlebih bahagia..aku SUKA.

Cita-cita  untuk anniversary kali nie..wah anniversary pun ada cita-cita gak. Aku nak tambah zuriat. Doakan kejayaan kami..hahhahahhaha..dush dush dush..

Ini telah menjadi SEJARAH