28 September 2012

Azri jadi binaan sebab tangannya bersimen

ekekkekek..

Adoila anak-anak nie macam-macam tau. Buat hati keibuan aku merisau je. Sebelum kes azri nie, fahmi hilang sejam lebih masa balik sekolah pagi. Patutnya dia balik 11 pagi tapi cikgu taska talipon aku pukul 12.30tgh tanye fahmi sekolah ker tak sebab cikgu taska tunggu, dia tak naik van dan cikgu tue balik hantar budak2 lain pastu pusing lagi sekali ke sekolah fahmi takde jugak. 

Hati aku nie jangan cakap la..rasanya nak balik jam tue jugak. Tapi cikgu taska tue cakap takpe dia pegi sekolah lagi sekali tengok, 10 minit lepas tue dia talipon lagi kata fahmi ada. Aku tanya cikgu tue mana dia pegi cikgu tue cakap tak tau tapi ada kawan-kawan fahmi cakap aritue dia ada tangkap belalang. Tangkap belalang????...dari merisau nak menangis terus tukar rasa nak marah berapi dah nie. Dalam hati siapla ko balik nanti fahmi..hahahhaha..geramnyaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Balik aku ambik dia terus aku tanye. "fahmi apasal tadi umi(cikgu taska) ambik, ko takde kat sekolah, sampai umi pusing 3 kali, pegi main kat mana?"..ambik bertubi-tubi mak ko tanye. Fahmi jawab "masa nak balik tue adik sakit perut nak berak, adik berakla dulu pastu bila keluar tgk umi dah takde, adik tunggula kat depan pagar." Abis umi pusing berapa kali pusing ko takde jugak, ko tunggu kat pagar mana?". "Mula tu adik tunggu kat depan pagar pastu dah takde orang ada acik tue ckp nak temankan adik, adik takut masuk sekolah balik"."lain kali kalau ada orang tak kenal tegur2 adik pegi tempat selamat tau jangan ikut sapa-sapa yang tak kenal, paham?". "paham". Ngeri pulak aku dengar cerita dia...huhuhuhu. Aku cakap kat fahmi "lain kali sekolahkan bontot ko tue jangan time nak balik sekolah baru nak berak..aishhhhhhhhhhh"...macam macam tau.

Selang beberapa minggu lepas tue,  30/8/2012 khamis lebih kurang 5 petang ustazah Azri pulak call. Ustazah azri nie mak kawan sekolah aku dulu..hihihi. Bila dia cakap kenal tak mak faiz alamak terkedu jap..hahhaha....aku blur..ekekekek..apa daaa. Ustazah tue cakap azri jatuh pastu tangan bengkak dan 2 orang ustaz hantar dia ke klinik, baru je pegi so dia minta aku ambik azri kat sekolah nanti. Memang tugas akula nak ambik anak-anak nie, cuma tak sempat nak ambik  tepat 5.30 sebab aku keluar opis pukul 5 perjalanan lebih kurang 40 minit + ambik aqil dulu. Sampai sekolah dalam pukul 6 mcm tue. Terus aku masuk sekolah tengok Azri aku disambut dengan seorang ustazah n seorang ustaz. Hihihihi..yang ustazah tue pulak kawan sekolah aku alahai..hahahha.. Ustazah azri yang talipon aku tue dah balik sebab ada hal jadi dia minta ustazah(kawan sekolah haku) lain tunggu.

Bila aku tanye kat ustaz mcm mane azri boleh jatuh. Ustaz tue suruh azri yang cerita..hahahhaha. Aku tengok tangan dia berbalut n ustaz tue pesan suruh bawak pegi hopsital Xray sebab bengkak doktor klinik biasa tak berani nak buat apa-apa. Adoilaaaa..surat refer ke hospital disertakan sekali..mmmm.

nielah rupanya masa aku ambik balik sekolah tue doktor cuma balut gitu je..

Call azam bagitau, balik rumah dulu mandi2 makan semua tunggu azam balik. Aku tanya azri sakit tak dia cakap sakit. Masa jatuh tue dia nangis pulak tue doktor kat klinik tak bagi ubat tahan sakit just balut je..risau pulak kan takut patah ker,  kang malam tak boleh tido pulak berdenyut-denyut. So pegi jelah Hospital. Angkutla semuanya kesana..huhuhuhu..

Terus tuju wad kecemasan daftar ambik nombor tunggu tak lamala pegi tempat saringan terus ke bilik Xray. Nasib cepattttttt. Kat Xray pun cepat n pantas. Dapat result bwk ke wad kecemasan balik, kelip mata takdelah kejap sangat lebih kurang seminit 2 camtu terus kena panggil masuk bilik rawatan. Azam lah yang ikut aku tunggu luar dengan Aqil & fahmi. Masa nie memang lambatttttttttttttttttttttt..dekat 1 jam jugak aku tunggu sms azam tak balas. Si Aqil dah gelisah keluar masuk kat area wad kecemasan tue..oitlaaaaaaa..rimas aku.

Lepas 1 jam lebih menunggu, Azam call suruh pegi balik bilik Xray. Aku pun lari2 kesana tengok si Azri dah duduk kat wilcha...sambil tangan bersimen...ekekekkeke..memang aku gelak tengok dia masa tue..Aku tanye azam patah ker?. Azam cakap tak patah retak je. ooo..ok. Azam cerita masa nak simen tue ngeri plak haku..nasib bukan aku yang temankan dia. Azri dibagi ubat tido cucuk kat tangan mcm drip tue, agaknyala..hahahha..pandai2 je haku..tapi yang pasti memang ada drip n ubat tido tue. Sebab apa dia nak bagi azri tido sebab dia nak tarik tulang tue dulu baru disimennnn..oooooo..ngerinya. Azam cakap meleleh gakla airmata si Azri..hihihihi..kesiannnnnnnn..yang si Azri tue tak tido pun dia macam mamai mamai je. Masa kat bilik Xray tue dia bangun nak berjalan pun mcm nak langgar dinding..aiyok.
kat bilik xray..baru lepas simen n kena xray lagi sekali...

Lepas Xray lagi sekali tue, ambik ubat terus balik rumah...sampai rumah dekat pukul 11 rasanya...nasibbbbbbbbbbbb esoknya cuti merdeka...huhuhu.


Hari Isnin aku cuti, petangnya aku jumpa ustazah azri nak ucap terima kasih & update pasal Azri sebab sebelum nie ustazahnya asyik hantar SMS tanye khabar. Macam tak sedap pula kan. Lagipun pagi isnin  tue aku mintak izin supaya Azri boleh pakai baju sekolah kebangsaan. Baju sekolah agama kan susah nak pakai kalau tangan bersimen camtu tapi sebab azri nie taknak nampak lain ngan kawan2 nya tetap jugakla pakai baju sekolah agama..macam mane dia pakai tue pandai2 la dia padahal ustazahnya dah minta izin dengan guru besar dah...sukahati diala.

Masa jumpa ustazah nielah dia cerita azri jatuh macam mane..hahahhaa..terus kena jeling ngan Azam..ekekeke. Ala biasalah budak2 kerjanya berlari je tak reti nak jalan ustazah yang nampak tue cakap dia lari dengan kawan2 nak ke kantin..tue yang azri jatuh tue..yang Azri plak cakap kawan dia tolak dari belakang maksudnya masa dia tengah lari tue kawannya tolak...tue yang jatuh terseret hampir2 masuk longkang...aisshhhhhhhhh.  Aku tak salahkan sesiapa pun dah namanya budak-budakkan. Sekarang dah jadi macam nie jadi pengajaranla kat dia dan kawan kawan dia sebab ustazahnya cakap sapa lari2 nanti jatuh, tangan bersimen macam azri..muahhahahha... Sedappppppppppp???..hahahha..tue ayat aku kat Azri.

Seminggu lepas tue kena jumpa buat check up n Doktor Xray  nak tengok tulang tue dah ok ker tak n doktor cakap tulang tue dah lurus cantik...tapi kena simen balik..huhuhu.

seminggu je nie..habis kena conteng2..muahhahaha...bila simen baru azri warning jangan conteng kotor dia cakap..hahahhahha..
Mula2 kena simen pakai baju mandi cebok semua aku buatkan lepas seminggu Azri berdikari sendiri sekarang semua dah boleh buat tanpa bantuan..hihihihi.

tengok anduh pun dah tak pakai...dah mcm robotcop...ekekekke..

Minggu depan 5/10/2012 appointment ngan doktor. Harap-harap dah boleh bukak, simen tue pun dah macam belacan..eeeee..geli....

Ini telah menjadi SEJARAH

27 September 2012

Bontot mengancam!

Sebab mengancam sangat sampai kena sondol padahal duduk diam2 je pun...aishhhhh. Nasib ada orang nampak dan melaporkan kejadian kat opismate, opismate terus bagitau aku. Kalau tak orang yang langgar tue buat tak tau je. Bila aku jumpa dia, dia cakap "i tau tue kete staff guper tapi tak tau mana satu". Rasa nak pang sedas..masa tue baru reti nak senyum2 kat haku kalau tak tue muka macam mintak kena lempar tahikkkkkkkkk je..hihihihihi...

Kejadian kat parking lot depan opis. Aku tak taula macam mane dia nie undurkan kereta dia sampai boleh langgar kete aku yang duduk elok dalam petak kuning nak kata kete aku terkeluar petak sampai ko susah nak keluar takde pulak. Orang yang nampak tue kata sampai beralih kete aku masa dia langgar. Vangang sangat.

bukti mmg kereta aku dalam petak

sedihhhhhhhhh..aku tengok..teragut lagi kesucian ko wahai kereta...huhuhu
Dia tanye aku nak buat macam mane, samaada aku nak hantar ke workshop pilihan aku atau nak suruh pegi workshop dia. Aku cakap apa-apa ajela janji kereta aku elok macam biasa. Pastu dia senyum je. Senyum ok takde pun cakap sorry pun. Dasarrrrrrrr...mmmm. Dia langgar hari Jumaat Senin pukul 10 dia janji nak settlekan.

Dan seperti yang dijanjikan dia hantar repair kereta aku pkl 10 n pukul 4.30 siap dah. Masa aku ambik tue dia bagi kunci aku terus bla macam tue je..hahahhah.. no TQ ..hahahhaha.. dah dia tak beradab, aku pun malas nak beradab dengan orang yang tak beradab ...huhuhu...

Terus terang aku cakap kat dia, aku fobia parking sebelah dia...nampak je kete dia ada walaupun parking sebelah tue kosong...aku sanggup carik parking lain..huahuahua..FOBIA..!!!..

Ini telah menjadi SEJARAH

26 September 2012

Urusan pusaka

Masa puasa hari tue kitaorang dah plan nak berkumpul adik beradik tapi tak menjadi sebab kayang tak jadi balik seperti yang dirancang. Kayang balik bila kitaorang dah kerja. Jadi nak berkumpul tue susah. Aku sempat jugak jumpa sekejap malam raya ke5. Balik kerja je terus pegi rumah ateh. Dapatla aku sembang & bincang pasal pusaka mak.

Segala urusan kayang minta aku uruskan. uhukkkk..dan ada beberapa perkara aku dah selesaikan. Alhamdulillah. Aku pun rasa tenang sikit. Ingat senang nak menguruskan pusaka berat tanggungjawabnya..huhuhu...tapi nak buat macam mane nak taknak kena buat jugak. Hutang piutang mak mana yang aku tau aku dah selesaikan semuanya,...rupanya  3 4 bulan sebelum mak meninggal kebanyakkan hutangnya mak dah langsaikan huhuhuhu..

Duit dalam tabung haji pula, aku sebagai penama pertama jadi aku je yang boleh keluarkan duit tue. Jangan salah sangka ye, masa mak bukak akaun tabung haji aku yang bawak mak, masa tue bila aku tanya mak "mak penama nak letak sapa" mak laju je jawab "letak nama ko lah" tapi aku tak sedap hati aku sms abg ayeng mintak ic dia lambat pulak dia jawab jadi nama dia jadi penama ke2. Urusan bila ada penama nie sangat cepat & senang. Urusan kat tabung haji tak sampai 5 minit. Duit masuk ke akaun aku lebih kurang seminggu je. Padahal masa kat kaunter pegawai tue cakap dalam masa 3 minggu..huhuhu. So sapa-sapa yang ada akaun tabung haji atau apa2 akaun sekali pun kalau boleh buatla penama supaya menyenangkan waris2 yang tinggal. Kalau takde penama kena kumpulkan adik beradik semua..adoi memang leceh sangat. Angkat sumpah, surat kuasa..bla bla bla...pening!..

tengok perkara 4, yang tue yang berat sebenarnya..huhuhuhu..
Pembahagiannya aku dah buat pada yang berhak. Upah haji mak pun aku dah peruntukkan. Tahun nie tak sempat nak buat. Kalau untuk tabung haji dibuka setiap 1 rejab setiap tahun dan kouta ada 3 ribu orang je untuk 1 malaysia siapa cepat dia dapat..huhuhuhu..so aku kena alert tarikh tue sebelum subuh kena terpacak depan tabung haji..huhuhuhu..

Alhamdulillah setakat nie urusan mak takde yang menyusahkan, cuma yang buat susah orang yang dipertanggungjawabkan. Sekarang yang tak settle lagi urusan tanah & insuran mak. Insuran nie nak je aku maki agent tue..huhuhuhu. Sangat menyakitkan hati...gggrrrr. Geram. Nak menguruskan tue aku kena ambik cuti maklumla cuti pun dah takde huhuhu..pastu asyik nak masuk lewat je..apa ko pikir nie campany bapak ko..sayup2 terdengar suara org..hahahhha. urusan tanah pulak nak kena isi borang bagai untuk permohonan pusaka. Borang dah ambik tapi belum isi..sebab  copy ic adik beradik nak kena kumpul dulu.

Persoalannya kenapa bukan abang aku yang uruskan..hihihihi.Sebab kebanyakkan urusan semasa hayat mak dulu banyak yang aku tahu. Jadi bila ko tau ko kena uruskan..huhuhuhu. Macam insuran, agent tue memang aku kenal dan mak ambik insuran pun sebab aku yang kenalkan dengan agent tue. Tanah aku kena uruskan sebab tanah tue aku dah beli cuma tak sempat tukar ke nama aku. Tabung haji mcm yang aku cerita kat atas tue. Tapi tak kisahla sapa uruskan..weiii..baiknya haku..hahahhahah..janji semua settle.

Alhamdulillah pusaka yang mak tinggalkan dapatla anak-anak merasa sorang sedikit. Demi Allah semasa hidup dan mati mak sedikit pun tak menyusahkan aku & adik beradik. Urusannya sangat lancar. ALFATIHAH untuk mak. Sayang MAK!.


Ini telah menjadi SEJARAH

25 September 2012

Raya 4 - 2012

Nak tergelak aku bila Kak ieda komen "ingatkan silap nampak tarikh posting...hehehe..."..muahahhaha..adoila.. Tiada kesilapan pada tarikh N3 harap maklum.

Ada jugak beberapa komen daripada n3 tabita, nanti kalau aku dah habiskan n3 wajib yang perlu aku publish,  aku akan cuba jawab persoalan yang ada  ye. 

Ok sambung

Raya ke 4, janji plak dengan ateh nak ke rumah makcik2 yang berada kat sekitar kawasan jajahan..hihihihi. Terus tuju rumah wak siah. Kakak arwah abah yang ke2. Kebetulan suami wak siah meninggal 2 hari sebelum mak meninggal. Memang tahun kesedihan untuk ahli keluarga aku & wak siah.

sebelah aku kak enon, waksiah, abang aris, ijam, ima & kakliza.

Borak lebih kurang, pastu terus ke rumah adik arwah abah pulak. Rumah bik sara. Gambarnya non ado..huahuahua.

Adik beradik arwah abah ada 3 orang semuanya perempuan. Abah anak tunggal lelaki. Memang tiap kali raya akan ziarah diorang walaupun arwah abah dah takde. Adik beradik mak pulak ada 2 orang. Tahun nie tak sempat aku nak ziarah adik mak. Patutnya masa kitaorang pergi ke rumah wak non nak singgah tapi bila call cikjah cakap dia nak keluar huhuhu...esoknya pulak masing-masing dah kerja susah dah nak carik masa kesana..huahuahua.

Lepas pegi rumah bik sara sedang elok masa tue tengahari. Apalagi rumah yang memang nak diserbu..rumah kakida. Sampai2 tengok diorang tengah makan. Ada bihun tomyam. Pastu masa pegi rumah wak non dia bagi kulit lembu...hihihi kitaorang suruh kakida masakkan. ekekekeke..pandai2 adikmu..dengan alasan kitaorang tak tau masak...


perut lembu, ikan kembung goreng, pucuk ubi rebus..nyamannyaa..*kulit lembu bukan kulit yang ada bulu tue tau tapi lapisan bawah kulit yang keras tue*

budak2 sekarang..mmmmm..

happy family!!!...

Ok habis dah cerita raya aku. Cerita lebih kurangla..aku pun dah lupa apa aku buat..hahhahaha..

Raya ke 4 tue pun Azam dah mula kerja tapi kerja malam la. Tahun nie dia cuti raya awal, 3 hari sebelum raya dah mula cuti. Aku plak raya ke 5 baru kerja. Bila dah kerja memang susahla nak ziarah ke rumah saudara mara & kawan-kawan sebab waktu cuti azam tak sama dengan aku.



Ini telah menjadi SEJARAH

24 September 2012

Raya 3 - 2012

Kalau ikut perancangannya raya  ke3 nie aku berkumpul adik beradik & raya sama-sama. Tapi sebab mak mentua aku ikut balik & dia minta  kitaorang hantarkan dia ke rumah adiknya kat banting supaya tak kacau plan kitaorang..huhuhuhu. Serba salah sebenarnya kalau boleh aku nak juga ikut mak mentua aku beraya rumah saudara mara dia.

Pagi-pagi aku dah bangun nak sediakan sarapan..hukhukhuk. Aku buat menu simple jelah. Goreng meehoon bodo sebab takde mende hanya ada telo je, goreng nuget & buat mushroom soup + roti bakar. 

in action!...hehehehhehe..

Siap masak. Hidangkan & sarapanla diorang. Rancangan yang dirancang tak menjadi & yang terjadi semuanya berkumpul kat rumah aku. Adik beradik aku 3 keluarga + pakcik azam yang patutnya aku hantar mak mentua kesana tak jadi sebab dia pun nak keluar beraya jadi dah alang-alang tue dia singgah rumah kitaorang. Berlaga-laga bontot nak jalan ..hahahhaha.. masa nielah terasa nak buat banglo sepuluh bilik ..hahahhahaha... sempitla rumah aku. Nielah yang Azam cakap meriah raya tahun nie sebab semuanya kumpul kat rumah aku. Yelah, aku pun rasa seronok jugak walaupun aku jamu diorang dengan menu simple je..huhuhuhu..

Mula-mula pakcik azam dulu sampai kemudian kakida pastu abang ayeng pastu ateh. Oh meriah oooo... Nak sarapan pun kena tunggu turn...hihihihi. 

sebahagiannya ada kat dapur...

sepupu azam

sarapanlah kamu sebelum kamu disarapankan..hihihihi..
Time adik beradik aku sarapan diaorang layan diri sendiri aku bersiap nak pakai baju raya hihihi. Lepas tue mak mentua & pakcik azam pun bersiap nak minta diri.bye bye mak jangan serik ye..kalau ada masa datangla lagi.. ;-)

Mak mentua on the way nak ke rumah adiknya lagi sorang kat sungai besi nak beraya secara konvoi ke rumah sedara maranya...

Pastu mulala sesi bergambar aku ngan adik beradik dalam rumahku syurgaku ..hihihi.. sesi paling aku suka..ekekkekeke. Meriah!.



pompuannnnnnzzz.. tercantik..muahhahah

jejantanzzzzzzz.. terhangat

 4 family..kurang satu...

cucu's the gengggggg..
Habis dah bergambar masing keluar...Oit diorang tak salam aku pun hahahhaha..hampeh tul terus keluar rumah,  masuk kereta masing-masing. Aku & azam terkial2 kunci pintu, tinggal je rumah hahahha...lantak balik karang aku kemasla.

Kitaorang nak ke rumah makcik aku. Kakak arwah Abah yang sulung. Rumahnya kat bukit pelanduk Negeri sembilan lebih kurang 45 minit je.

Sampai2 je Azam mintak kuaci..hahahha..Oit laki sapalah tue. Sebab tiap-tiap tahun memang ada kuaci hitam tue. Tahun nie wak amat aku cakap dah kehabisan tapi sebab anak buah nak makan wak aku sanggup naik motor gerimis2 pegi beli..adoilaaaaaaaaa..hahhahah..

So apalagi aktiviti biasa aku..jom bergambo lagiii. Nak semua orang ada dalam gambar terpaksalah setting timer...hihihiihi..
aku je yang pandai setting timer..yang lain tukang ready je..cehhhh..



belakang aku tue wak amat..yang terpaksa beli kuaci lagi untuk anak buah bertuahnya..hihihi..

nielah perkara wajib yang berlaku kalau sampai sini..hahahha..tak caya korang carik cerita raya aku tahun lepas...tapi tahun nie tukar orang lain yang belanja...tokey besar belanja..hihihi..
 
mula-mula masing2 taknak makan sebab taknak susahkan wak aku nak masak bagai...tapi dalam hati aku memang nak makan...lapar siot tak sempat sarapan kat rumah tadi..huahuahua..dasar anak buah bertuah...hihihihi. Tapi wak aku dah siapkan masak dah jadi kita makannnnnn dulu. Lauk2 wak memang terbaikkkkkkkk...takde rendang ketupat bagai ye...semuanya masakan kampung yang mabeles...

Habis makan lepak lebih kurang kitaorang pun mintak diri nak balik sebab nak pegi rumah sepupu kitaorang pulak.  Kitaorang dah talipon dia kata nak datang raya..hihihi. Senang dia nak sediakan makanan..hahahhahha. Dasar perut lembu.

makan lagi..hihihi..memamg sedaplah masakan isteri sepupu aku tue..tiap kali datang raya masakan dia boleh jadi teringat-ingat..hahahha... Abang sepupu aku tue yang pakai baju hijau. Abang sepupu yang paling rapat..hihihi..sebab dia membesar sama2 ngan aku adik beradik.

anak dia pun 3 3 lelaki..yang nie yang kecik sekali..dia kata cukupla 3 anak dia..hahahhaha..

masing-masing refreshkan anak-anak..aku je yang lupa bwk baju si Aqil abis mengamuk dia nak mandi jugak..adoila..dah kena bising ngan azam...last-last dapat ehsan baju dari sepupu haku..hahahhaha...

dah makan jangan lupa basuh pinggan!..

budak2 sekarang nie ..kat mana mana jela gameeeeeeeeee je..tak kisah langsung rumah nak terbalik ker oarang yang terbalik ker..huhuhuhu..

sebelum balik..gilo punya posing...
Masa nak balik kelakar. Abang Majid set GPS tapi entah kemana-mana dibawaknya kitaorang..hahahha..last-last sekali masing-masing berpecah..hahahhahaha.. Aku lalu highway adik aku lalu jalan KLIA ngan abang ayeng. Abang majid tak terkesan lalu mana..hahahha. Pastu masing2 janji nak jumpa kat rumah paman lehen.

Tapi sebab ada yang lambat aku lepak rumah ateh dulu zohor kat sana nak tunggu asar sekali Azam sempat tido lagi. Tau-tau Kakida call kata diorang dah kat rumah paman lehen. Apalagi terdesp kesana, kat rumah paman lehen kitaorang makan laksa...makan lagi..miahhahaha. Gambo dalam rumah paman lehen yellek. Pastu terus pegi rumah paman emi. Rumah diorang nie sebelah-sebelah je. Tapi tak masuk pun rumah paman emi, sebab kuih raya dia letak kat gazebo cantik kat depan rumah, so kita lepak gazebo jelah. Sumpah rasa macam dulu2 kala..hahahhaha..bestttttt. Banyak gambar kat sini. 
masuk je dah bergambo dulu hihihihi..

kaknam sedang bergosip sekaligus mengunyah kuih raya..hahahhahha..

paman emi tukang jadi jurufoto hari tue melayan kesengalan anak2 buah...hahhahah..
posing tak agak-agak..puihhhhhhhhhh

Kesian abang majid tak boleh naik atas gazebo...hahahha..tgklah kat atas dah pack gila..muahhahahhaha..

penat bergambo makan lagi..hahahhaha..

family saya.. :p.. aqil pakai baju ehsan dari orang nilai..hahahha..

Sampai maghrib jugak kat sini. Pastu masing-masing pulang ke sarang maksud aku balik rumah masing-masing. Fuhhhhhh..mmg penat gilala..dengan tido tak cukup..tapi seronok sangatla.

Raya ke4 aku nak serang rumah kakida pulak dah suruh dia masak ..muahhahahha. Kitaorang nak datang makan tengahri kat rumah kakida. So tunggu cerita selanjutnya..;P
Ini telah menjadi SEJARAH

19 September 2012

Langsung terpinggir sepi belog nie...

Cerita Raya tergantung macam tue aje..huahuahua. Ada separuh kat draft nak kena edit lagi..hihihi..Syawal pun dah berlalu wei macam tak syok nak post cerita-cerita raya tapi kalau tak post nanti takde kenangan. Tengokla kesempatan masa yang ada nanti. Harap-harap minggu depan free sikit. 

Alhamdulillah hidup masih berada dalam lingkungan bahagia. Ada keluarga ada kawan-kawan. Seronok melalui hidup.

Banyak benda aku nak cerita. Cerita Raya aku yang tak abis lagi, cerita aku pegi team building cerita azri tangannya bersimen. Macam- macam nak cerita.

Harap-harap aku sempat habiskan semua cerita tue sebelum semangat hilang.

Ini telah menjadi SEJARAH

06 September 2012

Raya 2 - 2012

Plannya raya kedua dah nak balik ke selangor. Bontot haku dah panas nak balik...ekekekkek.. Aku ingat nak balik lepas sarapan macam tue..huhuhuhu..tengok Azam buat tak reti je...Aku nak cakap takut..hahahhahhaha. Aku nak balik pagi sebab mengenangkan rumah macam tongkang pecah + dengan langsir tak bertukar..huhuhu.. sampai sekarang pun tak sempat tukar..hahahhahhaha..APTB. At least balik pagi sampai dalam waktu zohor sempatlah aku berkemas sikit2. mmmm...harapan jelah kemas dalam mimpi. So sepanjang pagi tue aku bantai tido lagi kena pulak masing-masing kena cirit birit..hahahhahah..menambah kelemahan badan je. Fahmi dari malam tue dah nangis2 sakit perut, mana taknye dia paling banyak bantai rendang. Siap suruh aku masak bagai nanti kalau balik rumah..hahhahahha.. 

Tido sampai tengahari lepas tue bangun makan..hahahhahha..gila femalas. Agak-agak kalau anak dara konpem tak laku. Masa makan tue mak mentua cakap dia nak ikut kitaorang balik. Lagi sekali kejutan..hahhahahha. Kecil tapak tangan niru aku tadahkan. Cuma pening rumah bersepahhhhhhhhhhhhh..adoilahhhhhhhhhhhhh. Teringat baju yang aku longgokkan kat dalam bilik..aiyokkkkkkk.

pakaian rasmi raya ke2..hebat tak?..hahahhahaha

Raya ker tak raya nie..hahahhahha... Bantai tengok tv pastu tunggu ada tetamu nak datang. Eh mandi ker tak masa nie ntahlah..rasanya aku mandi masa nak sembahyang zohor kot muahahhahhaa..jimat baju.

Pakcik azam, adik mak mentua...meriah!!...

see..cantik baju raya kitaorang anak beranak kan..hahhahahha..
Pakcik azam balik sebelum mahgrib, aku pun kemas-kemaslah apa yang patut. Masa tue hujan lebat sangat. Rancangannya nak bertolak lepas maghrib..tup tup....Pakcik Azam lagi satu sampai. Pang pung pang pung...dalam pukul 10mlm jugak baru dapat bergerak balik ke selangor...huhuhuhuhu. Jalan sesak jugaklah malam tue.

Sampai area rumah aku dalam pukul 1 lebih kot. Adik ipar Azam minta carikkan kedai makan. Berentilah kat  depan petronas bt 9 tue. Kitaorang tak pernah makan kat situ tapi sebab kedai tue je yang nampak masih bukak. Belasah jelah. Bolehla buat alas perut.  Habis makan aku ajak Azam pegi SEGI nak beli barang sikit untuk sarapan esok pagi. Nasib ada pasaraya 24jam. Terkesima kejap mak mentua aku tengok ada pasaraya bukak 24jam ekekekkekek. Mak mentua cakap kalau macam nie tak risau ada sedara mara datang mengejut..hihihihi..ada pasaraya bukak 24jam anytime boleh beli barang.

Sampai rumah....mmm..Skiplah cerita aku kelam kabut mengemas bilik..hahahhahha.

Pastu semua zzzzzzzzzzzzzzzzzz...habis citer raya ke2..raya ker mcm tue..hahahhahah..

bersambung lagi...


Ini telah menjadi SEJARAH

05 September 2012

Raya 1 - 2012

Lepas subuh aku terus gosok baju-baju. Karang diorang nak pegi sembahyang raya baju tak ready lagi. Pastu sambung golek-golek kat bilik sampai mak mentua ketuk pintu suruh buat air..muahahhahaha..dasarrrrrrrrrrrrrrrr sangat.

Siapkan semuanya untuk sarapan dulu sebelum pergi sembahyang buat alas perut. Dah habis sarapan. Masing2 bersiap nak pergi sembahyang raya. Azam ajak aku pegi tapi aku tolak. Aku ada sebab kenapa aku taknak pegi, yang lebih afdalkan lelaki yang pergi, pompuan tak pergi pun takpe..takde salahkan.

sebelum nak ke masjid..aqil merengek nak ikut, nasib Azam nak bawak...huhuhuhu... bolehlah ibu ko sambung tido kejap..muahhahahhaha..
diorang pergi masjid je aku pun mulakan sangap..nampak bunga nie..jadi bahan dalam kameralah ia..hihihihi takde kerja kan..adalah 3 keping aku main2 function bokeh..tak tau bokeh pie google..
Sesi bermaafan di pagi raya yang mulia..sedia maklum Azam nie 2 beradik je. Jadi kekecohan tue kurang sikitlah..anak-anak aku je yang suka buat kecoh...eh tapi masa nak salam-salam pun kalut jugaklah..hahahhahah...

keluarga kecil haku...masa nie mood aqil kelaut sangat suruh salam langsung taknak tapi abang-abangnya dapat duit raya dia menangis..sabojelah haku..salam taknak duit raya nak

gambo yang adoooooooo...

Habis bergambo, kita makan lagi. Tadi sebelum pegi masjid makan sikit je buat alas perut, la nie kita bantai cukup-cukup apa yang ada ..hihihhihihi..


makan makan jangan malu malu..

nasi goreng????...
Alhamdulillah tahun nie raya aku dapat kontrol pengambilan makanan secara berlebihan Lagipun raya duduk rumah je, kalau pegi rumah orang konpem aku sebat semuanya. So berat aku tak naik masa raya.. yeehhhhaaaaaa... sukalah sebab puasa hilang 4kg, walaupun hilang air je tue sebenarnya..kekekke..ade aku kisah..

Lepas habis makan, rehat-rehatlah kita sambil berfb..aishhhh..fb je minah nie..hihihi..nak buat cam mano rumah ada wifi...ekekkekeke.. Rehat tak lama, nampak kereta parking kat depan..yessss..tetamu dah datang. Mari kita layan.

 tetamu first batch
Kerja aku buat air, angkat cawan, basuh pinggan, huwaaaaaaaaaaaa...kesian kan kena buat sorang-sorang penat tau kedepan kebelakang..huahuahua..tapi Azam tolong gaklah beranilah dia tak tolong nanti aku boikot taknak balik kampung taulah dia..hihihihi kalau berani nak boikotlah.hihihihii..ampun bang. kalau nampak aku kelam kabut tambah lauk potong ketupat semua. Anak-anak pun aku suruh tolong basuh cawan angkat cawan..hihihihi...

Nie cerita paling best. Kalau perasan gambo kat atas takde gambo aku salam Azam kan?. sebabnya bila dah kalut kalut terlupa nak salam, tapi yang peliknya azam bagi dah duit raya kat haku..ahhahahhaha. Itu pun aku ada cakap sesuatu pastu Azam tanye aku "eh, ibu dah minta maaf kat abang ker?"..hahhahahha..baru teringat tak salam lagi.

saya minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki, halalkan makan minum saya...gitulah lebih kurang aku cakap...

tetamu balik mak sambung makan...

 tetamu 2nd batch

tetamu 3rd batch
3 tetamu je pun pastu habis dah. Malam time berehat-rehat. Aku memang tak kenama pun, raya kat sana konpem memang tak kemana..hihihihi. Tapi oklah, takde penat, eh takde penat?...lagi penat kot..hahhahahha... Anak-anak aku walaupun raya tak ke mana duit raya tetap berkepuk jugak dapatnya..ehehheheh. So tamat raya pertama. Jumpa raya kedua plak.

Ini telah menjadi SEJARAH