31 Julai 2012

Mahal tapi berbaloi

Hari kelima mak meninggal (hari isnin) aku sambung cuti lagi sebab nak uruskan hal-hal arwah mak. Dari Socso ke PPUM kemudian lajak ke JJ bukit tinggi *sekarang dah tukar nama AEON*

Aku bawak voucher yang aku dapat masa Annual Dinner bulan satu dulu. Punyalah sayang nak guna sebab konon-kononnya nak belikan baju raya anak-anak huhuhuhu. Sale memang merata kat AEON tue tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..tetaplah mahal walaupun ada diskaun 50%-70%. Tak jadi aku nak beli baju raya anak-anak. Beli kat pasaraya hari-hari sudahhhhhhh. hihihihi..

Pastu Azam ajak ke bahagian Produk elektrik, aku pula tuju tempat periuk belanga. Satu tujuan aku nak beli pan non stick dengan harapan nanti senang nak buat roti jala *yang entah tahun bila*. Terpandang pan tefal. eeeeeeeeeee..suka suka suka, belek-belek harga. Congak-congak cukup voucher aku nie. Harganya RM109.00 ada mcm2 harga sebenarnya walaupun bentuknya lebih kurang RM109.00 tue paling murah untuk saiz 26cm.

gambar google

Lebih kuranglah macam gambar kat atas tue tapi aku punya rasanya cantik lagi sikit sebab pemegang tue warna coklat2 maron. nak jugak ckp sendiri punya cantik..hihihihi.

Pastu Azam ajak aku tawaf ke bahagian periuk2 steamboat & dia berkenan nak beli macam kat bawah nie memang dah lama berkenan dengan periuk tue harganya tak silap aku RM199. Masa tue kat tangan aku dah ada tefal. Azam cakap bolehlah beli tambah sikit je nanti. Aku cakap mana cukup voucher tue kalau beli tefal + periuk steamboat nie. Azam suruh aku letak balik tefal. Sukahati dia je. Dan dan tue muncung aku panjang..hahhahaha.. Akhirnya aku menang!..ehehhehehhe..Alasan aku steamboat tue masak sesekali je tapi tefal nie boleh jadi barang yang digunakan sentiasa.

kredit to duniacarasaya.blogspot.com

Abis membayar tefal idamanhatiku. Turun bawah nak beli barang2 nak masak berbuka kononnya. Sekali ternampak lamb yang dah siap marinate. Rembat 3 ketul. Dekat-dekat dalam pukul 6.30 petang mcm tue aku pun grill lamb atas tefal. Masak sempurna ok, tak melekat, daging lembut & juicy dagingnya. Sedappppppppppppp... Memang terbaiklah tefal. Lepas nie impian aku nak beli periuknya pulak lah *sapa nak kasi voucher kat aku lagi nie*. eh tapi kalau dapat daging liat pun tak guna pakai tefal agaknya..hihihihihihi..

Semalam buat serawa durian pastu buat lempeng..wah bestlah buat lempeng takyah pakai minyak langsung. cantik masaknya. Tak melekat plak tue..Harus aku cuba buat roti jala pulak pas nie.


Ini telah menjadi SEJARAH

27 Julai 2012

Masuk hari ke tujuh aku terdengar dia memanggil

Sejak mak meninggal, aku dah tak tidur kat rumah aku. Balik pun sekejap-sekejap. Kebetulan pulak Azam kerja malam 4 hari, kalau aku duduk rumah pun aku anak beranak je, jadi Azam izinkan aku duduk rumah arwah mak untuk sementara. Apa khabarlah rumahku syurgaku tue.

Selalunya kalau aku sahur kat rumah sendiri, lepas sahur aku jarang tido balik takut terlambat + lesu. Sementara tunggu azan subuh aku buat kerja rumah. Bila bulan puasa je takdelah 'gunung kinabalu' muncul macam bulan-bulan biasa. (gunung kinabalu = longgokan kain).

Hari ketujuh mak meninggal (rabu 25/7/2012), lepas sahur aku tidur balik. Aku dengar Azan subuh dari surau sebelah rumah memang bergema. Aku ni nak kata tidur tak, nak kata jaga pun tak sebab aku dengar azan subuh dari surau tu. Lepas habis je azan subuh. Aku terdengar suara arwah mak panggil aku jelas & terang "kakkkkkkkk". Suaru tue dari arah pintu bilik. Panggilan yang biasa dia panggil aku semasa hayatnya. Allahuakbar!. Aku pula dengan konpiden menyahut panggilan suara tue "iyee". Terus aku bangun dari katil. Ya ALLAH mak kan dah takde..huhuhuhuhu..sayunya aku.

Aku cerita dengan kakida ngan Ateh diorang cakap aku nie terbawak-bawak..huhuhuhu...Tapi sangat jelas suara tue..sangat-sangat jelas...sampai aku pun konpiden menyahut. Hanya ALLAH je yang tau disebalik peristiwa tue. Mungkin jugak aku terlalu rindukan mak.... iye aku sangatttttttttttttttt rindukan mak.

Setakat ni aku pun tak pernah lagi mimpi jumpa arwah mak. Mungkin Mak bahagia kat 'Sana'. Al Fatihah setiap solat 5 waktu & bila2 aku teringatkan arwah mak. Insyaallah.
Dah beberapa hari nie aku sahur anak beranak + abng ayeng + kakmiza. Masa sahur tadi aku tengok abg ayeng makan macam esok dia kena kerja kontrak, padahal lepas sahur membongkang tido sebab dia kerja petang. Dulu kalau mak ada, bila abg ayeng kerja petang mesti mak masakkan nasi goreng untuk bekal berbuka abg ayeng pastu nanti mak tempahlah kuih  singgit  ke 2 ringgit kat wak sebelah rumah(niaga kuih). Benda Wajib yang mak buat walaupun abg ayeng tue dah kawin. Kalau aku jadi abg ayeng mesti aku sedih gilaaaaaaaaaa..bila kenang2kan perbuatan mak tue. Tapi tak jadi dia pun aku sedihhhhhhhhhhhh gilaaaaaaaaaa..huhuhuhuhu...

AL FATIHAH untuk mak.

Ini telah menjadi SEJARAH

26 Julai 2012

Aku bukan kehilangan barang tapi aku kehilangan Emak tersayang - Alfatihah untuk Mak

Lepas peristiwa kehilangan itu ada yang tanya aku "awak ok?". Of coz aku ok, cuma aku perlukan masa untuk merawat kesedihan kehilangan mak tersayang. Mak Menghembuskan nafas terakhirnya dirumah dan dikelilingi orang-orang yang menyayanginya. Tepat jam 2.05 petang hari Khamis 19/7/2012 lagi sehari nak menyambut puasa.

Aku belum ada kekuatan nak mengabadikan detik detik terakhir mak. Insyaallah satu masa nanti akan aku coretkan disini.

Sampai sekarang ni pun aku adik beradik macam tak percaya mak dah takde. Aku rasa macam mimpi. Mimpi ngeri. Aku harap sangat aku bangun nanti mak ada kat sisi aku. Tapi aku tahu itu mustahil!  sebab ini realitinya. Nak tak nak aku adik beradik kena laluinya jugak.

Buat masa sekarang aku masih temankan adik & abang aku kat rumah arwah mak. Aku pun tak tau sampai bila duduk sana. Mungkin sampai masing-masing boleh terima. Redha tetap redha. 

AL-FATIHAH untuk arwah mak KAMSIRAH BINTI SADALI. Semoga Rohmu dicucuri rahmat. AMIN.

Ini telah menjadi SEJARAH

11 Julai 2012

Tak tau dah nak cakap apa..

Aku berdoa jika Allah berkehendak Mak sembuh cepatkan penyembuhannya, Andai Allah sayangkan MAK, ambillah MAK dengan cara yang paling baik & permudahkan setiap urusannya. YA ALLAH Kasihankan MAK ku. Hilangkan deritanya. Ringankan kesakitannya.

Aku teringat masa borak2 dengan makcik yang dari perlis tue. Dia cakap "banyak2 penyakit, penyakit kanser yang sukar diubati & dijaga". Memang betul. Hanya orang yang lalui tau betapa deritanya. 

Malam tadi aku tido rumah mak, Aku kalau boleh setiap saat aku nak ada dekat mak. Malam tadi aku usap-usap kepala mak, badan mak. YA ALLAH kasihan Mak aku. Cakap mak pun dah tak berapa jelas. Kena dengar betul2 & baca gerak bibir mak. 

Maya ko buat aku sedihhhhhhhhhhhh. Aku pun terkenang-kenang abah ko. Teringat dia hantar ambik kita pergi balik kerja kan?...huhuhuhu. Alfatihah.

Ini telah menjadi SEJARAH

09 Julai 2012

MAK...............

Semakin hari keadaannya semakin merosot. Dari boleh jalan, bertatih, kemudian disorong guna wilcha dan sekarang langsung tak boleh bangun. Hanya katil tue jadi tempat mak menghabiskan masa. Saat bertukar minit, minit bertukar jam, jam bertukar hari......tidur adalah keadaan yang baik untuk mak menghilangkan rasa sakit dan bosan. 

Dari minggu lepas mak dah mula guna lampin pakai buang. Mak dah hilang upaya nak duduk lama-lama. Mungkin jugak hilang rasa nak 'membuang'. Kadang-kadang mak tak sedar pun dia dah B****. Mak sangat lelah. Mak tiada pilihan bila kami cadangkan mak mesti guna lampin pakai buang. Mak tak perlu risau kami anak-anak mak akan cuci kotoran mak. Tak perlu malu sebab kami anak-anak mak. Kami lagi kasihan melihat mak bila mak keletihan, mengaduh bila didudukkan. 

Kami hanya mampu lap badan mak. Bukan kami tak boleh mandikan mak atau kami tak kuat angkat mak tapi mak dah tak upaya. Kami kasihan tengok mak. Bila dah terlalu kerap guna lampin pakai buang, punggung mak dah mula melecet kemerah-merahan. Setiap kali kami salin lampin tue kami buat selembut boleh supaya mak tak kesakitan. Sejak dua menjak nie airmata mak asyik mengalir. Kenapa?.

Aku? Sebolehnya taknak dah menangis. Ikrar aku selagi boleh aku jaga & uruskan mak selagi tu aku akan buat. Taknak mengeluh. Setiap masa kalau aku ada kat rumah mak aku tanya mak & layan mak sebaik-baiknya. Tanya dia nak makan, minum atau nak salin lampin.  Mungkin dasarnya aku nie happy go lucky, kasar tapi jujur aku nak mengelak dari airmata aku jatuh. Masa mula-mula mak pakai lampin, mak mengalami kesukaran membuang. Perut sakit memulas-mulas tapi takde 'benda' yang nak dikeluarkan. Mak sampai menggigil-gigil. "Allah, Allah..sakitnyaa"..tue je yang mampu mak sebut. Masa tue aku baring kat sebelah mak, aku usap-usap belakangnya.

adik aku yang berkorban jaga mak...

Sekarang ni mak nak anak-anak mak ada dekat dengan dia. Kalau salah sorang takde mesti mak tanya. Aku Sayang MAK!.
Ini telah menjadi SEJARAH

06 Julai 2012

Merah jadi pilihannya

Semalamkan aku kena pergi Nilai. Kebetulan pula Azam off, jadi aku hangkut dia sekali ke sana...eh dia jadi driver haku..hehehehehhe.. 

Dah habis mengajar, mengajar kata ko ekekkeke..bajet bagus sangat..huahuahua..  aku pun berdesup ke Nilai 3. Lima minit je dari tempat aku mengajar.  Dengan niat sahaja aku pergi nilai 3 untuk beli baju raya @ baju melayu Azam dan anak-anak. Belilah siap-siap senang. Aku tak laratlah nak beli masa puasa nanti. Beli siap lagi murah. Kalau beli kain ela pastu suruh orang jahit, silap gaya upah jahit lagi mahal dari kain. huhuhuhuhu..Sebelum keluar rumah aku dah tengok saiz baju diorang yang tahun lepas punya . Aku up kan je nanti kalau azri tahun lepas saiz 30 aku up jadi saiz 32..gitu. Tapi kena tengok jugak bajunya..ala jadi mak nie naluri dia selalunya tepat, saiz badan anak ada dalam kepala dah.

Sebab kitaorang tak pernah bincangkan tema apa untuk tahun nie, jadi ada berlaku kerambangan mata bila tengok semua warna cantik. Azam tanya aku, aku tanya Azam balik. ehheheheh.. Aku nak pilih warna tue dia tak berkenan, dia pilih ni aku tak berkenan. Last-last Azam pilih Merah mak ngah..hahahhaha..aku setuju sebab sebelum nie Merah belum lagi jadi warna tema.. ah belasah jelah...diorang pakai merah aku pakai ikut suka boleh..hahahha sebab tahun nie walaupun baju aku 8 pasang tapi satu pun takde warna merah mak ngah.

Aqil dah cuba memang ngam-ngam kat badan dia kalau besar sikitkan best adoilahhhhhhh nak tukar saiz jauhhhhhhhhhhhh plak..lagipun semalam hazab jugak nak cari sedondon tau. Ada je yang takde saiz & tak sama patern. Gerammmmmmmmm..

Hari nie nak suruh Azri & Fahmi cuba pula. Semalam tak sempat nak suruh diorang cuba. Harap-harap muatlah. Aku rasa muat cuma aku lagi suka kalau besar sikit..ehehhehe..boleh pakai sampai raya haji..huahuahua..






Ini telah menjadi SEJARAH

04 Julai 2012

Ap cer?

Bergaya sangat buat perkataan separuh-separuh macam tu..hihihihi.. ayat penuhnya APA CERITA?

Mengada sangat kan..ngeh ngeh ngeh..

2 Hari aku cuti, jaga mak. Aku jaga siang je. Lepas maghrib aku balik rumah. Uruskan rumah aku pula. Dengan anak-anak lagi. Baru-baru nie kan ada sessi ambik laporan adab pelajar kat sekolah. Aku tak sangka Azri yang pendiam tue boleh ada 12 kesalahan & kebanyakkan kesalahan tue tak buat kerja sekolah yang cikgu bagi. Dia adalah murid yang paling banyak kesalahan dalam kelas dia, kawan-kawan yang lain cuma takat 2 3 kesalahan je. Adoilahhhhhhhhhh..tue sebab aku tak boleh balik malam-malam sangat & aku kena pastikan dia siapkan kerja sekolah kalau ada. Bertambah serabut kepala otak aku. Nasib prestasi dia ok...cuma perangai jelah nak kena monitor. Fahmi tak payah cerita sebab perangai dia memang dah boleh agak..huhuhuhu...macam mana kat rumah macam tuelah kat sekolah.

Mana nak tengok mak, mana nak tengok anak-anak. fuhhhhhhhhhhh... mencabar sangat kehidupan tahun ni. Hidup dalam tekanan je.

Keadaan mak makin uzur walaupun dah 2 hari nie dia boleh makan nasi 2 sudu. Makan cara mak. Mak dah tak boleh telan pepejal. Nasi tue pun dia hisap2. Aku ingat lepas 2 bulan mak tak makan makanan pepejal saluran tekak mak mungkin mengecut, tue yang mak susah telan. Mak pun dah ingat-ingat lupa. Semalam masa aku mandikan mak, tak lama pun kurang dari 10 minit je. Dah siap aku bilas badan mak, aku nak keluar nak ambik tuala belum sempat aku melangkah keluar aku tengok mak nak angkat kaki. Lebih kurang macam gambar kat bawah nie lah..tapi kaki kanan  masih kat bawah, kaki kiri je dia nak naikkan ke atas. Masalahnya mak tak boleh dah nak imbang badan, masa dia naikkan kaki kiri tue badan dia dah condong nak jatuh ke tepi...bayangkan aku yang tengok nie panik, nasib aku sempat pegang dia kalau tak mak dah jatuh.  Tapi sebelum aku sempat tampung badan mak, mulut aku dulu terjerit, "mak buat apa nie!, kalau jatuh macam mane!?"..huhuhuhu..aku takde niat nak tengking mak macam tue sebenarnya tapiiiiiiiiiiiii..aku panik+terkejut...aku pulak yang tercungap-cungap macam tak cukup napas...fuhhhhhhhhhhhhh..

goodlah kalau ada toilet macam nie..

Mak jawab "mak penatttttttttttt"..sambil nafas dia macam baru lari pecut. Jadi aku cepat2 ambik kain aku balut badan mak aku papah mak sambil peluk dia, tenangkan. Aku dudukkan mak kat wilcha. Lelah sangat mak, padahal mak cuma duduk je. Aku yang sabunkan, siramkan tapi kudrat mak tak larat betul. Muka mak terkejut dengar aku menjerit tadi..huhuhuhuhu.. Betullah jaga orang tua sakit perlukan kesabaran yang tinggi. Pertama kali aku mandikan mak siap berpeluh2..selalu aku buat dengan santai je.

Masa nak angkat naikkan ke katil, mak memang dah kehilangan kudrat betul. Terpikir aku nie macam mana nak baringkan mak kat katil. Nak tak nak aku kena dukung mak.  Mak cakap "ko kuat angkat mak kak"..huhuhuhu.. Aku cakap "tue sebab aku tak boleh kurus mak, nanti aku tak kuat angkat mak..hehehhehe". Aku pun tak sangka aku kuat angkat mak. Lebih kurang macam nie aku angkat mak, tapi takdelah kain tue tangan aku je yg ampu badan mak. Selalu abang aku je yang kuat angkat mak macam nie. Tapi aku angkat tak jauhlah takat dari birai katil ke tengah katil je...

sayu tengok gambar nie....
Semoga Allah permudahkan urusan mak. Tak sanggup tengok mak dalam kesakitan. Sekarang kalau nak sakit kitaorang hanya mampu bagi mak ubat tahan sakit je. Lepas tue mak akan tertidur. 

Pastu macam biasa lepas anak-anak balik surau terus aku balik, dalam kereta tiba-tiba Azri cakap "ibu, macam mane nie kerja tusyen tak siap lagi esok dah tusyen, malam nie nak siapkan kerja sekolah"...adoilahhhhhhhhhhhhhhhhhhh..budak nie. Memang terbakar aku..bayangkan last dia tusyen hari jumaat dia ada masa sabtu sampai selasa. 4 hari tue..tapi dia tak buat kerja tusyen tue. Aku suruh dia siapkan semuanya...nasiblah kalau kena tido pukul 12 pun... sabarnyalah aku. Penat wei hari-hari nak membebel..huahuahua...

Hari nie aku dah kerja macam biasa. semalam sebelum balik dah cakap dengan mak hari nie aku tak datang sebab dah kerja. Tapi malam nanti insyaallah nak jenguk mak kejap. Esok nak ke nilai pula, atas urusan kerja.. hukhukhuk.. Rasa macam nak berenti kerja jelahhhhhhhhhhhhhhhhhhh..huhuhuhu

Ini telah menjadi SEJARAH