30 Mei 2012

Kanser mak menganas!. Jahat ko kanser!..

Sepanjang setahun setengah mak mengidap kanser belum ada lagi berita gembira tentang berkesannya rawatan yang mak lalui. Kimo & radioterapi yang mak buat menampakkan perubahan sementara. Sel kanser tue tetap menjalani metasis keseluruh badan. Hari tue ke kepala bila dah kena radioterap baru sakit kepala mak hilang.

Sekarang sel kanser tu merebak ke tulang paha mak, dah hampir sebulan mak tak boleh jalan. Semalam jumpa doktor, doktor maklumkan mak tak boleh berjalan sangat doktor risau tulang mak akan patah!. Allahuakbar. Kimo yang baru2 ni pun tak menunjukkan kesan. Ketumbuhan kat paru-paru pun start membesar balik sebelum nie doktor cakap kecut sikit.

Dah 3 minggu juga mak tak lalu makan, bila makan muntah balik. Dari berat mak 46kg sekarang dah jadi 40kg. Perut lapar mak cakap tapi baru nak suap dah muntah-muntah. Kesian mak. 

Doktor terpaksa tukar kimo lagi. Kimo ni pulak terpaksa beli sendiri sebab hospital tak bekalkan. Untuk sebulan kimo nie berharga 8K!. Ya ALLAH, hanya engkau yang mengetahui yang terbaik untuk hambamu ini. 

Bila mak talipon aku lepas jumpa doktor separuh jiwa aku terbang. Tabah tak tabahlah kena lalui jugak. Nak menangis rasanya tapi airmata dah kering. Bila teringat boleh buat hati berdebar-debar. 


Hari-hari Ateh yang mengadap mak, aku 2 hari sekali ker baru dapat tengok mak. Aku sekarang memang tak nak talipon mak pun, bukan aku tak suka tapi sebab nanti aku sedih dengar suara dia kat talipon suara tak bermaya.

Macam ni aku nak cuti-cuti malaysia pun tak sedap hati. Sekarang nie bergantung dengan semangat mak je. Kitaorang dah pujuk mak macam-macam cara nak bagi mak makan. Tanye mak kalau-kalau dia teringin nak makan apa-apa. Selalunya pertanyaan tue balik ketuan yang tanye..huhuhu "nak makan apa ye?". Gitulah selalunya.

Nak paksa-paksa mak sangat pun kita tak tau apa yang mak rasa sekarang nie kan. Nanti cakap lebih-lebih kecik ati pulak mak. Kalau mak tak makan keadaan akan semakin buruk. Itu yang kita nak elakkan. 

Esok aku teman mak pegi PPUM untuk Radioterapi & jumpa doktor onkolgi. Ya ALLAH Kasihani Ibuku!. Dari awal masa mak disahkan kanser aku dah prepare kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi, cabaran-cabaranya. Nak tak nak kena hadap semuanya.

Tapi aku masih terlalu mengharap doa-doa aku diperkenankan ALLAH supaya mak panjang umur, sihat sejahtera, permudahkan setiap urusan mak dunia akhirat. amin.

Ini telah menjadi SEJARAH

29 Mei 2012

Oh pelis lah orang gemuk pun ada perasaan!

Tak payahlah nak cakap "eh ko, dah tembam!".."eh, ko dah besar sikit!". Menyampah aku dengar. Seriusly menyampah!. Oh aku bukan sensitif tak tentu pasal. Tapi 2 situasi yang buat aku sangat kecik hati.

Ada satu 'bapak' kat opis aku nie yang suka sangat tegur pasal berat badan aku. Entahlah apa dosa aku kat dia. hahahhaha. Baru-baru ni, masa borak-borak dengan 'bapak' ni dia cakap "siti, saya rasa badan u dah naiklah, berapa berat u, 65kg ada kan?, mesti sekarang dah naik 1kg kan?" hangin tak?hahhahha..geramnyalah aku tapi sebab aku nie penuh dengan sopan santun aku senyum je aku cakap "ntahlah saya tak timbang pun sebab timbang kat rumah dah rosak".  "takpe kat sana ada timbang jom timbang, yelah saya rasa berat awak dah naik 1kg, nie kat sini nampak besar (tunjuk punggung aku)"..kurang ajar sangatlah tue. Malas aku nak layan. Mula-mula dulu aku ok jelah bila dia buat joke pasal berat aku, lama-lama aku rasa sangat menjengkelkan. Siap kalau nampak aku makan nasi, fastfood mesti kena tegur!. Dosa sangat ke kalau jadi pompuan gemuk!.

Baru-baru ni sepupu aku kawin jumpa kawan (masih sedara lagi) yang dah 4 tahun tak jumpa, aku yang cuit dia dulu. Of cos gembira sebab dah lama jumpakan masa dia pusing & nampak aku terus dia jerit "oit iza tembamnya ko, tembamnya, tembamnya" jerit & repeat banyak kali. Bayangkan semua orang aku rasa pandang-pandang aku! sebab masa tue pengantin tengah bersanding & kejadian tue kat tepi pelamin!. Sedih gila aku masa tue :-( . Apa dosa jadi pompuan gemuk!. mmmm...

Cakaplah aku nie sensitif benda macam tue pun nak kecik ati. Walaupun aku gemuk tapi aku ada jugak perasaan malu!. Ingat orang kurus je ker yang ada perasaan!. Kalaulah diaorang cakap berdepan dengan aku 2 orang aje takde masalah, silap gaya aku boleh buat joke balik nie berdepan dengan orang ramai + kita jarang jumpalah kalau nak joke2 kasar macam tue. 

Aku rasa aku gemuk tak susahkan orang. Ada aku minta korang belikan nasi, baju, aku jalan kena dukung? takde kan? so apa dosa aku!. Sebenarnya aku pun bukan suka nak sentap-sentap kalau orang buat joke pasal badan aku, tapi paham tak kadang-kadang bergurau nie boleh jatuhkan air muka orang bila tak kena gaya dan masanya. Berpada-padalah bila berkata-kata. Tapi kalau takat adik beradik aku yang kutuk memang takde hal paling-paling kalau adik aku yang cakap aku tampokan aje....hahahhaha..

gambar 11 tahun dulu, masa nie kentut pun wangi muahahhahah...tak silap berat aku masa nie 52kg. Rambut Azam pun masih penuh masa nie..hahahhaha....


Gambar kenduri aritue, yang kena sound dah tembam...Lepas bersalinkan Azri 10 tahun dulu berat aku naik hampir 30kg percaya?...hakikat tue, lepas bersalin turunlah 15kg, so 15kg masih tertinggal kat badan aku..hahahhaa..nak dpt 52kg kena berkerja keras sungguh2 setakat nie usaha hangat2 taik ayam je..muahahhaha. *tips ambik gambar nampak kurus mengiring plis*. Tiap kali mengandung berat aku akan naik 20kg...

Hakikat jadi ibukan, see Aishwarya Rai pun bertambah berat masa mengandung, sekarang dah 6 bulan bersalin pun still gemuk!. Tapi aku rasa dia takde masalah nak turunkan berat tue...konpem sebelum hujung tahun nie dia boleh dapatkan balik badan dia yang gojes tue..

Kata kakak aku "ala biarlah gemuk janji laki sayang"..ekekekkeke. Sekarang nie aku cuba diet tapi lebih kearah kesihatan. Kalau diet boleh kurus satu bonus. Diet tue kan pemakanan seimbang, gaya hidup sihat so kalau aku cakap aku diet tak bermaksud aku nak kurus nak cantik semua..pelis pahamkan.


Ini telah menjadi SEJARAH

25 Mei 2012

Mo & Mu sama tapi tak serupa.

Salam Jumaat semua..

Syok tido kan sejuk-sejuk ni. Kat rumah aku hujan dari pukul 4 pagi rasanya. Aku nak bangun pun malas bila dengar guruh terdentum. Konpem takleh senam macam selalu. Alasan baik punya nak tarik selimut. Akhirnya aku bangun 5.45 pagi. Lagipun hari nie aku tak berniat nak puasa sunat rejab (aku buat sebab Allah & rehatkan usus perut). Pasal puasa sunat rejab ni boleh baca kat sini.

Dah jerang air untuk anak-anak kesayangan mandi pagi, aku kemas beg-beg diorang nak bawak ke taska. Bila ada benda aku nak ambik kat ampaian cari-cari kunci rumah takde. Alamak! kunci rumah tertinggal dalam kereta...huwaaaaaaaaaa. Cuba carik kunci spare pun yellek kata orang india. Nak tak nak terpaksa SOS pertolongan ke Azam. Bila Azam tau kenalah marah little-little. Aku tau time nie selalunya dia sibuk menda lah kat kilang dia tu kaya laki aku tu ada kilang sendiri hakhakhak. Sebelum dia sampai bukakan pintu rumah baik aku mandi..hahahahaa..nanti kena bebel.

Keluar rumah pun hujan renyai-renyai tadi. Nasib tak lebat sangat. Kalau tak susahlah aku nak hantar anak-anak. Mana yang aqil tido kat pangku aku, nak payungkan anak-anak ke sekolah...fuhhhhh. Tue pun terlambat sikit sampai sekolah, biasalah kalau hujan macam ni kereta banyak tentu-tentu jalan jem.

Eh, tiba-tiba teringat cerita Azri petang semalam. Biasalah anak-anak balik sekolah berebut-rebut nak cerita aktiviti diorang. Kadang-kadang kena denda ngan cikgu pun balik bukan main seronok cerita dengan ibunya..hahahhaa..Aku dulu kalau kena denda ker  rotan ker memang tak berani cerita dengan mak, mau kena tambah sedas 2 karang.

"ibu abang dapat hadiah" (hadiahnya berupa 2 batang pensil & pemadam jenama stabilo)
"Pasal apa dapat hadiah?"
"abang menang, masa minggu jawi tue"

oklah kita potong perbualan sebab aku lupa hahahha..Point yang aku nak timbulkan kat perbualan yang ini

"Cikgu panggil mo je abang terus bangun ambik hadiah tue"
"aik konpidennya, mana abang tau cikgu nak sebut nama abang, kat kelas abang takde budak lain mana mohamad ker"
" adalah, tapi abang sorang je mo yang lain mu"
"hahhahahhha..."

korang paham tak? Nama Azri depannya MOHAMAD patutnya ejaan yang betul MUHAMMAD kan, tue yang nama dia diantara yang peliklah bagi dia..hahahhahaha..

"ibu, kenapa nama abang Mohamad bukan Muhammad"
"sebab ikut ejaan nama abah"
"tue kalau mohamad tue kira keturunanlah"
"aaaa..keturunan?..hahhahahhaha"

Adoilah anak kenapalah ko feeling-feeling macam keturuan Raja, tengku, syed nie nak oit ..hahahhahaha...

Tapi nama tue dapat diwarisi oleh Azri dengan Fahmi je Aqil dah tak boleh letak Mohamad pejabat pendaftaran tak bagi kena eja dengan betul MUHAMMAD. Hari tue masa bukak akaun SSPN kat maybank orang kaunter tue tanya kenapa nama Aqil sorang je lain..hihihihi...



Ini telah menjadi SEJARAH

23 Mei 2012

Gelang tue dah takde

Dah seminggu rupanya takde entry baru. Cerita ada tapi malas nak mengarang. Lagipun aku tengah sakit hati dengan seseorang. Seseorang yang menyakitkan hati mak aku!. Demi Allah sesiapa yang sakitkan hati mak aku, aku tak maafkan dia. Aku tau mak aku tue seorang pemaaf dia selalu bersangka baik dengan orang. Tapi sebagai anak aku tak sanggup tengok mak aku disakiti. Dalam hati sapa yang tau kan?

Takpelah lupakan kisah tue. Itulah salah satu cabaran hidup. 

Rasanya aku penah cerita masa mak nak buat PET SCAN kat SJMC aku gadaikan gelang emas aku. Satu-satu gelang emas lebih tepat lagi emas pertama  yang aku beli dengan duit hasil titik peluh aku berkerja yang aku kumpul ntah dari zaman bila...hihihihi.  Gelang tue aku dah tebus balik. Patutnya masa tue aku suruh jual je. Sebab aku taknak ada komitmen bayaran apa-apa. Tapi mak cakap sayang kat gelang. So ikut jelah mana-mana janji dapat duit..huhuhu. Bila dah tebus balik aku macam tak syok pulak nak pakai sebab dah masuk pajak gadai. Jadi aku jual gelang tue pastu aku tukar yang lain. Ambik patern terkini punya. Tukar gitu-gitu jelah sebab aku tengok harga emas tengah turunnnnnnnnnnn je. Tapi untunglah beli emas dulu sebab harga masih ok,  bila aku jual sekarang lebih 300 dari harga aku beli dulu lepas tue tolak 15% susut nilai pun aku still untung lagi.

gelang  bulat-bulat tuelah yang aku jual (atas), yang jurai-jurai tue hadiah kahwin 11 tahun dulu dari azam (batal sembahyang)

Dah tinggal kenangan dah gelang tue. Tapi dapat yang baru oklah terubat hati. hihihihi. Bagus jugak ada emas nie walaupun sikit, sesak-sesak boleh dijual/gadaikan. Nak harapkan simpanan = masuk, korek korek korek..hahhahah..banyak korek dari masuk macam mano..


Ini telah menjadi SEJARAH

15 Mei 2012

Hari-hari, hari ibu

Ustaz cakap boleh wish hari ibu tapi tak boleh rayakan. Oklah. Since anak-anak pun diajar kat sekolah suruh ingat hari ibu & prepare kad hari ibu. So dengan niat kita gembirakan hati anak-anak jelah nak wish yang diorang sayang ibu diorang nie. :-)


Biasanya hari minggu pagi2 kalau azam ada memang kitaorang akan keluar cari makan sebab kadang2 haku malas masak. tapi selalunyalah bukan kadang2 je hehehehhe... Baru nak melangkah keluar tiba-tiba Azri keluarkan kotak dari dalam almari, terus bagi kat aku. Apalagi tersengih-sengihlah aku dapat hadiah.


Ok Zoom sikit kad kat kotak tue. UNTUK IBU KU YANG TERCINTA DI ALAM INI...hahahhaha..power tak ayat azri nie bisa menutupi segala keburukkan tulisan yang maha hebat..hahahaha. Asal boleh baca je kan...

Saje ajak Azam pegi tempat yang tak penah pegi walaupun sangatlah dekat ngan rumah. Kalau set GPS hanya lebih kurang 13++ km je dari rumah. Sebenarnya ada barang nak cari kat tempat nie. Nak pergi yang kat subang parade jauh sangat. Tapi bila dah sampai tak masuk pun, Azam cakap tak best sebab tak besar..boleh?..hahahhahha. Cariklah kedai makan kat dalam tue takde yang menepati piawaian tekak. Tekak teringin nak makan pezahat hehehehe..masuk kete set GPS lagi. hihihihi...sampailah kat pezahat nie. Ini Semua kesayangan haku walaupun kadang2 boleh buat darah naik..huahuahua..





terliur tak tengok, sekarang niekan pezahat macam-macam menu. Lain kali nak cuba chicken chop nyalah. Tengok macam sedap.

ibu dulu rasmikan, luar sejuk dalam berasap-asap panas. Rasanya bolehlahhhhhhhhhhhhhhh



Tolong suap ibu!. Sayang Azri!

Berebut pula nak suap abah. Nampak tak budak kecik baru hijau kat bawah ketiak Azri hahahhaha. "Ada aku pedulik, korang nak gaduh rebut2 nak suap abah, baik suap dalam mulut haku sendiri"..dalam hati aqil. Hebat aku boleh tau dalam hati Aqil..hehehehhe..

Hahahhahahhahahhahha..... Orang yang menyuap ngangannya lagi besar dari oarang yang nak disuap..hahahhahahhahahah.. Aku ketawa sampai terduduk-duduk bila tengok gambar nie...


Ok, dalam kotak tadi ada sehelai tudung yang paling muslimah. Panjangnya tutup dada. Memang terbaiklah ustazahnya. Yang paling aku terkejut ingatkan diorang packing balik tudung aku, sebijik warnanya..hahahahhah. Tapi silap aku jugak hari tue Azri ada tanya aku "ibu suka warna apa". Aku pun selamba je jawab "hijau"..tue yang dapat tudung hijau tue, kalau aku tau aku cakap ibu suka warna "merah, kuning, biru......."..muahahhahahhaha..Kecik jelah gambarnya. sebab saya pemalu..auuwwwwwwwww..*gedik!*.

Ini telah menjadi SEJARAH

09 Mei 2012

Tarik balik cita-cita tue

HAHAHHAHAHA

Semalam aku jadi babysitter+bibik tersohor ngeh ngeh ngeh. Malam sebelum tue kakak pengasuh talipon kata neneknya meninggal (rupanya salah dengar, sekali tengok sijil kematian atuknyalah yang meninggal hahahha). Pulak kampung nun jauh di tanjung karang sana. Azam pulak kerja pagi, kalau tak boleh suruh dia jaga Aqil+izz..hahahhaha.


Konpem aku kena cuti nie sebab Ateh baru cuti jumaat lepas (Makluman Ateh dah hantar anaknya ke babysitter yang sama dengan haku) Jadinya salah sorang kena cutilah kalau kakak penagsuh ada hal (setakat nie memang jaranglah dia ada hal). Jadi aku dengan sukahati lah sangat terpaksa cuti. ehehhehehhe.

Rutin macam biasa jugaklah pagi-pagi hantar anak-anak. Pukul 7.30 dah tercongok depan rumah mak. Aku ingat nak bawak izz balik kerumah biar aku jaga kat rumah, tapi kesian pula dengan mak, kalau aku kat rumah maka  boleh aku tengok2kan  mak sekali. Mak mesti taknak ikut aku balik rumah. Mak nak jalan pun susah. Semalam seharian mak baring je, bangun sebab nak solat. Mak tak sihat dah 3 4 hari nie, malam sebelum tue mak pergi PPUM (emergency) sebab mak cakap dia sesak nafas, bila check doktor cakap bukan masalah paru-paru tapi jantung mak..huhuhuhu.

Ateh pegi kerja, tengok izz macam mengantuk cuba buai dia. Siap dengan pakej nyanyian merdu waknya berzikir boleh izz gelak-gelak dalam buai, Ah sudah budak nie nak tido ker main-main nie..hahahhahhaa sabo jelah. Tapi lama-lama layu jugaklah matanya. Sebelum tido tue aku dah bawak izz+Aqil round sejalan naik motor..hahahhahha. Terpegun kejap muka dia, tue testing nak ambik Azri balik sekolah petang karang.

Bila izz tido, aku mandikan aqil pulak + masak nasi+ masak bubur izz. Basuh pinggan sikit. Buatkan mak air. Aku pun buat air tapi tak sempat nak sarapan. Sampai sejuk air haku tak sempat nak sarapan. Sarapan sambil riba izz memang tercekik haku..ahhahahha..sebab dia pun sibok nak makanan tue. Budak tue tido tak lama 15 je kot..hahahhaha..sabo jelah. Main-main kejap dengan dia, Mandikan pula.

Aku letak dia kat walker sambil aku potong carrot nak letak kat bubur dia, keluarkan ikan semua. Meraung ok dia padahal dia kat kaki aku je..hahahhahahha...APTB budak nie. Bagi susu tak lama dalam pukul 9.30 aku tidokan dia lagi. Sempatlah aku blendkan bubur dia semua sementara tunggu dia bangun nanti. Mak asyik tanye izz tak makan ker..hahahha..alo alo mak , den taulah bila nak bagi budak tue makan. Aku target pukul 10 ker 10.30 time dia makan.Tidur dalam 15 minit juga. Susahlah dia nak nyenyak Aqil buat bising pakai selipar kepek kepek kat tepi buaian dia rasa nak jadi hulk je haku...hahhahahhaha...

Masa tengah bagi izz makan, kakida sampai. Kakida yang masak..ehehhehe. Aku just sempat masak nasi + rebus pucuk ubi lagi,kakida cakap takde sayur lain ker?..aku cakap dah rumah mak ada pokok ubi je cuba kalau ada pokok kobis ker, terung ker..hahahha..bolehlah aku petik..kakakkakaka. Sempatlah haku makan dulu sebelum kakida balik ehehehhehe..

Ala panjang pulak cerita nie, pendek citer izz makan 2 kali, tidor 3 kali, susu berkali2..hahhahahha..nangis pun berkali-kali. Berak sekali, mandi 2 kali...hahahhaha..Paling takleh tahan dah petang2 dia nak makan, sambil panaskan bubur dia sambil dukung dia, dia pun sibuk nak capai itu nie...Otot haku macam nak terbina. Masa nak blend pun sama..aishhhhhhhhh..hahahhaha..manja tau. Pastu melayan Aqil lagi yang ngada-ngada. Asyik ajak balik je si Aqil..hahahhahha.. last-last tertidur sendiri hukhukhuk.. Masa petang nak mandikan izz tue aku mandikan Aqil sekali, bayangkan nak sabun badan aqil tangan sebelah, yang sebelah pegang izz, izz pulak semua benda dia nak pegang..hahahha..hampir2 terlentang kat lantai..licin..nasib aku terror..huhuhuhu..Hebat betul penangan budak 2 orang tue...huwaaarggggggggg..

Paling best masa nak ambik Azri balik sekolah. Bawak izz pakai kanggaro (aku tak tau menda apa nama tue tapi macam poket  kanggaro), aqil kat belakang..hahahhaha..muka izz pelik. Naik motor bawak pelan-pelan takut angin kuat. Suruh aqil peluk haku kuat-kuat..kekekkeke. Sampai sekolah Azri..eh apasalah senyap sunyi je sekolah nie. Tengok basikal penuh lagi..lorrrr..balik 5.30 lah dol bukan pukul 5.00..hahahahhaa..apa punya mak daaaaaaaaaaa...anak balik pukul berapa pun tak tau. Pusing terus pegi rumah kakida..ehehhehehe...

Settle semua, balik rumah fuhhhhhhhhhhhhh..dia punya letih sampai tumit kaki sakit2..hahahhaa...nak masak dah tak larat nasib ada pasar malam suruh Azam belikan makanan. Hari nie baru terasa sakit otot2 tangan aku..hahahhhaa..

Pagi tadi masa hantar aqil nampak izz elok duduk dalam walker,  diam je dia menikmati biskut kat tangan dia. Ceh sajelah ko dera wak semalam kan.  Aku babai dia terus nangis..hahahhahha. Izz sekarang pantang nampak orang pakai tudung..hahahhahha. Nangis siap teran-teran..kesianlah pulak..

So, kesimpulannya takmau lah jadi babysitter, dulu penah cakap ngan ateh nak berenti keje pastu jadi bibik dia..hahahhahaha..kensellah. Fenattttttttttttttt wei, baik aku keje opis Stress2 boleh layan fb, blogging..huahuahua..



Ini telah menjadi SEJARAH

04 Mei 2012

2 cerita yang buat aku menangis lagi

Selesai sudah siri pembacaan aku. Aku rasa karya terbaik yang pernah aku baca. Pengisiannya tak sia-sia. Takde cinta yang meleret-leret bosan.

MOGA BUNDA DISAYANG ALLAH.

Cerita pasal seorang pemuda bernama Karang yang ada sentuhan ajaib untuk kanak-kanak. Karang memang suka kanak-kanak tapi ada satu peristiwa yang membuatkannya jadi bersedih sepanjang 3 tahun dan paling memburuk Karang jadi pemabuk tegar ok tak ayat haku ngeh ngeh ngeh. Melati seorang anak comel berumur 6 tahun tapi menjadi buta, pekak dan lebih parah dia tak terkawal suka mengamuk. Bukan faktor semulajadi Melati jadi macam tue, tapi ada kejadian yang tak terjangka menyebabkan dia kehilangan upaya tersebut. Tiba-tiba Bunda Melati meminta bantuan karang untuk memulihkan anaknya. Macam mana seorang pemabuk tegar nak pulihkan seorang kanak-kanak buta , pekak sekaligus bisu nie. SILALAH BACA




Rupa-rupanya ceritanya diilhamkan daripada kisah nyata. Patutlah cerita  bagus banget. huahuahua walaupun ada sesetengah perkataan & ayat aku tak paham tapi bukan masalah nak tau jalan cerita keseluruhannya. 

Habis cerita tue aku sambung baca cerita kat bawah nie. Betul, dalam buku lebih syok ceritanya. Nasib aku tengak Filem dulu baru baca bukunya. Kalau tak Mesti aku kecewa bila tengok filemnya. Banyak watak yang ditukar. Contoh macam watak Ustaz Rahman dalam filem watak tue sebenarnya dari watak Ubai + Ustaz Rahman sendiri. 2 watak jadi satu. Tentera (smith) yang menyelamatkan Delisa tue dalam filem dia tak masuk islam pun tapi dalam buku dia mengucap syahadah saat terjumpa Delisa yang bercahaya walaupun masa tue Delisa luka teruk terdampar. Lepas tue watak Sarjan Ahmed pun takde dalam filem disatukan jugak dengan watak smith rasanya.  Watak Sophi dalam buku hanya nurse tapi dalam filem jadi watak Sophi jadi doktor.


Pengakhiran cerita dalam filem dengan dalam buku pun sedikit berbeza. Aku lagi puas tau akhirnya cerita nie dalam Novel dari dalam filem. Terbaekkkkkkkkkkk.


Sekarang aku nak sambung pula baca cerita yang kat bawah nie. Dah dapat dari hari isnin lepas tapi macam sayang nak baca..hahahahaha..boleh macam tue?. Habis bajet aku nak beli henbeg, baju,  bla bla bla...ekekkekekek


Takpe aku rela takde baju baru, henbeg baru..janji dapat buku. suka suka suka..

Ini telah menjadi SEJARAH