30 Mac 2012

DIA TIDAK BEKERJA?????







Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah:

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit.

Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?????

Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?????

Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!!

Fikir2kan dan renung2kanlah.......
__________________________________________________

Itu kalau 'tak bekerja'. Kalau bekerja? tak ke kerja jadi 2 (double) kan.

Masa tahun 2011, aku plan nak tukar sekolah anak-anak siap gebang kat fb poyo je, lepas tu tak jadi malu..hihihi. Bila ditimbang-timbang, difikir-fikir balik, aku taknak ambil risiko seorang sebab Azam tak berapa setuju bila fikirkan keselamatan anak-anak nanti.

Bila Azam cakap tak setuju, aku juga yang pening sebab aku juga yang nak kena fikir mana nak letak anak-anak masa transit nanti. Selama ni pun urusan mencari penjaga anak-anak aku yang uruskan. Azam lebih suka i followwww gitu.mmm.

Sebelum ni mak yang uruskan anak-anak aku sekolah. Bila mak sakit ada juga aku letak anak-anak di rumah pengasuh Aqil. Rumah kakak pengasuh dekat dengan sekolah tapi tuelah anak-anak komplen penat jalan kaki, dengan cuaca panas, kalau hujan lagilah kesian, basah. Nak harapkan kakak pengasuh ambil hantar anak-anak aku pergi sekolah macam tak patut pula sebab anak-anak dia pun pergi sekolah naik basikal. Memanglah aku bayar, tapi aku segan nak cakap lebih-lebih huhuhu.

Kebetulan kakak ipar aku nak kerja di satu nursery ni. Bila tanya ada pula untuk budak-budak sekolah transit + transport. Masa cuti sekolah hujung tahun lepas cepat-cepat aku booking. Selesai satu  masalah. 

Masuk tahun ni rutin harian aku kembali padat. Pagi-pagi masuk kereta je memang haku berpeluh-peluh. Paling sibuk bila keluar rumah pagi-pagi sebab nak hantar beg anak-anak ke nursery lepas tue hantar anak-anak pergi sekolah lepas tue hantar aqil pula ke rumah pengasuh lepas tue terus pergi kerja. sila kira berapa ada LEPAS TUE. Aku kena pastikan tiada apa-apa yang tertinggal, kalau tak nahaslah haku nak patah balik konpem lambat.

Baru-baru ni aku masukkan Azri tusyen. Setiap khamis jumaat pukul 8.00-10.00 malam Lagilah sibuk wei, mana nak masak dalam masa setengah jam, lepas tue nak hantar dia lagi..huhuhu..memang berpeluhlah. Nasib seminggu 2 kali je. Kena pula dia yang nak pergi tusyen tapi buat dekkkkkkkkk je. Mulut pun kena bergerak sama...aishhh..memang letihlah.

Kalau nak cerita pasal rutin harian jadi pekerja+surirumah memang meletihkan!. Itupun Azam ada juga tolong-tolong haku nie. Gosok baju sekolah memang totally dia buat sampai baju terbakar..ahahhaha.. Kalau dia tak tolong aku nie,  agaknya aku dah kurus kering dah hahaha.

Sabtu Ahad time nak membasuh segala tuala, cadar, mengemas rumah walaupun bertahan 5 - 6 minit je memasak lain sikit dari weekdays, kadang-kadang mak dengan atih datang tumpang makan sebab ateh femalas nak masak wakakakka sebab kalau weekdays masak cincai jekan time cutilah masak sedap sikit sedap ker?.

Merasakan buat semua tue. Atih cakap aku rajin sekarang je dulu-dulu malas juga semuanya mak buat. huhuhuhu.. Fadanlah muka den. Dulu memang semuanya harapkan mak, anak-anak sekolah semua mak uruskan dari basuh baju sampai gosok baju..huhuhu. Allah betul2 suruh mak rehat. Eh dulu tue mak yang rela nak buat semua tue, aku tak pernah paksa mak buat.

Walaubagaimana pun dalam sibuk-sibuk haku masih sempat lagi online FB hakhakhak. Status kena update. nak tunjuk kat kawan-kawan rajinnnnnnnnnnnnnya haku hahhaha..riak sangat ko nie parijah!

Hari tue Azam marah aku sebab asal balik kerja je muka monyok muka mintak penampo. Azam cakap orang lain pun kerja jugak penat tapi takdelah hari-hari muka monyok. Dia cakap berenti kerja jelah kalau macam tue..huahuahua. Ala dia balik kerja bawa badan sorang bolehlah cakap, aku nie kena ambil anak-anak dari sekolah+nursery+pengasuh. Layan ragam anak-anak dalam kereta yang buat kereta tue macam rumah dengan gaduhnya...ala dia tak pahamlah!. eh dah jadi sesi luahan rasa pula..hahaha..

Tapi aku sebenarnya gembira je buat kerja-kerja ni semua. ibarat kata Azam nie semua tanggungjawab haku.


Ini telah menjadi SEJARAH

29 Mac 2012

kisah Pengalaman lucu jadi Majistrate - cerita En zabidi lagi

Sebelum ini aku ada kongsi pasal cerita pengalaman Tuan Zabidi ini kan,  yang ini ada lagi satu cerita yang kelakar. Memang aku ketawa terbahak-bahaklah baca cerita tuan zabidi ni. Baca dari episod pertama lagi dah lucu, yang menariknya ini semua pengalaman betul beliau, bila digarap dengan bahasa dan ayat yang betul cerita ni sangat menarik dibaca. Ini kira koleksi kedua cerita pengalaman jadi Majistrate Tuan Zabidi. Bahagian pertama dulu aku dah simpan yang nie pun aku copy paste ke word, tapi tak cukup lagi episodnya. Ada sesiapa yang nak baca ke cerita ni?..tinggalkan email nanti aku boleh forwardkan kalau dah complete, yang nak terjah sendiri FB tuan zabidi pun boleh pergi sini

ini cerita episod 10
Pengalaman lucu jadi Majistrate. Kisah di rumah S/U MB KELANTAN (10)

Sambung…


Empat lelaki sedang berdiri ke arah kiblat yang bukan menghala ke arah Kaabah yang menjadi kiblat seluruh umat islam. Kiblat yang pada saya hanya menghala ke arah pantai peranginan yang ketika itu dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi. Mereka semua sedang menungggu arahan dari saya untuk memulakan solat maghrib pada jam 5.30 petang di porch perkarangan rumah en Ibrahim. 3 lelaki penagih dadah hanya memakai kain pelaikat milik en Ibrahim tanpa baju.


Dan kami semua bakal solat maghrib tanpa wudhuk.


“Siapa nak azan ni?” Tanya saya pada ketiga-tiga lelaki penagih dadah itu. Mereka hanya berdiri atas sejadah tunduk alim dengan kedua belah tangan mereka diletakkan dalam keadaan bersilang sama saperti jemaah surau berdiri penuh sompan santun sedang menyanyikan selawat nabi sempena sambutan perayaan Maulidul Rasul. Melihat mereka senyap saya memandang ke arah En Ibrahim. En Ibrahim faham saya menyuruh dia melaungkan azan.


“Allahuakhbar Allah hu Akhbar!......” En Ibrahim melaungkan azan.


Seorang pakcik tua yang kebetulan sedang menunggang basikal di luar pagar berhenti mengayuh basikal bila dia terdengar suara azan itu. Cucunya yang berumur sekitar 7 tahun yang membonceng dibelakang turun dari basikal. Mereka menghampiri pagar rumah untuk melihat apa yang sedang berlaku. Pakcik tua itu pelik kenapa azan dilaungkan di porch pada waktu itu. Azan di luar waktu solat kebiasaannya hanya dilaungkan antaranya jika ada kebakaran. Pakcik itu mungkin menyangka ada kebakaran sedang berlaku di rumah en Ibrahim. Tapi tidak ada asap yang keluar malah tanda-tanda rumah itu sedang terbakar juga tidak ada. Pakcik tua bersama dengan cucunya itu memerhati pelik dari luar pagar.


Selesai saja azan, en ibraham terus qamat.


“Luruskan sah, betulkan sah” kata saya sebelum memulakan solat.


Semua mereka ikut arahan saya saperti lagak perbarisan tentera yang sedang membetulkan barisan. En Ibrahim jelas nampak sedang cuba menahan ketawanya. Dia mungkin terasa lucu kerana akan mengikut saya bersolat dengan tiga penagih dadah yang hanya memakai kain pelaikat tanpa wudhu.


Saya menghala ke arah kiblat Pantai Cinta Berahi untuk mula mengimamkan solat ‘maghrib’.


“Usalli fardhal magribihi……..Allahuakhbar”


“Allahuakhbar!” Makmum mengikut dari belakang.


“Bismllahirrahmanirahim, Alhamdulillah hirabbil Alamin….Arrahmanirrahim…..” saya membaca surah al fatihah kuat sama saperti solat maghrib dan isyak yang biasa dilakukan di surau atau masjid. “Aaaaaaammmmmmmiiiiiiiin…..”


“Aaaaaaammmmmmmiiiiiiinnnnnnnnnnn” makmum mengaminkan fatihah yang saya baca.


Pakcik tua bersama cucunya masih tercegat di luar pagar memerhatikan penuh minat. Dua tiga orang penduduk kampong yang kebetulan lalu depan pagar rumah itu juga berhenti untuk melihat apa yang berlaku. Kelihatan kemudiannya mereka berbual bertanyakan sesuatu pada pakcik tua bersama cucunya itu. Tidak jelas kedengaran apa yang mereka bualkan. Tapi saya dapat meneka mereka tertanya-tanya tentang solat apa yang sedang kami lakukan apatah lagi waktu solat maghrib masih jauh lagi. Apatah lagi saya membaca Fatihah dengan nada kuat saperti dalam solat maghrib dan isyak.


Rakaat kedua.


“Bismillah hirrahmannirahim, Alhamdulillah hirabbil Alamin…….” saya membaca fatihah pada rakaat kedua hingga habis. “Aaamiiiiiiiiinnnnnnnnn……”


“Aaaaaaaammmmmmmiiiinnnnnnnnn” makmum menyahutnya.


Ketika saya membaca ayat lazim selepas bacaan fatihah itu, kumpulan penduduk kampong yang berdiri bersama pakcik tua dengan cucunya itu sudah membesar. Kini sudah ada hampir 10 orang berkumpul di luar pagar. Semuanya pelik melihat solat ‘magrib’ kami itu.


Rakaat ketiga.


Isteri en Ibrahim dan pihak polis masih tidak kelihatan. Saya meneruskan solat ‘maghrib’ dengan harapan mungkin pihak polis akan tiba pada saat-saat akhir rakaat ketiga.


Masuk rakaat ketiga dan terakhir.


“Mana polis ni?” Bisik hati saya ketika itu. “Dah rakaat terakhir dah ni”.

Ketika sujud akhir, saya sujud agak lama dengan harapan polis akan tiba. Tapi masih tidak kunjung tiba. Dalam sujud itu apa yang saya dengar hanya suara-suara orang kampong berdiri di pagar luar rumah yang berbual sesama mereka bertanyakan solat apa yang sedang kami lakukan di porch perkarangan rumah banglo en. Ibrahim itu.

Menyedari terlalu lama bersujud mungkin akan menyebabkan ketiga penagih dadah itu pening kepala dan mufarakah saya bingkas bangun. Bukan untuk menamatkan solat ‘magrib’ itu dengan tiga rakaat tapi bangun semula mengimamkan solat ‘maghrib’ itu untuk rakaat ke empatnya.


“By time”.


Istilah yang biasa digunakan oleh para peguam di mahkamah jika mereka mahu menangguhkan perbicaraan sebagai strategi melenggah-lengahkan keputusan mahkamah jika mereka tau tidak akan menang dalam kes mereka. Saya selalu memarahi para peguam jika tektik ‘by time’ itu digunakan untuk melambat atau sengaja mahu menagguhkan bicara di mahkamah saya. Tapi kali ini saya ini terpaksa guna pakai tektik ‘by time’ itu sementara menunggu isteri en Ibrahim kembali bersama pihak polis.


Rakaat ke empat.


“Bismlllah hirrahkamnirrahim, Alhamdulillah hirabbil Alamin” Saya membaca fatihah dengan suara kuat sama saperti dalam rakaat pertama dan kedua tadi.“Aaaaaaaammmmmmmiiiiiinnnnn…”


“Aaaaaaammmmmmiiiiiiiiiiiinnnnnnn….” makmum ikut di belakang. Kedengaran gelak kecil en Ibrahim sedikit terkeluar kerana menahan ketawa. Dia mungkin mula terasa lucu dengan apa yang sedang dialaminya.


Maghrib rakaat ke empat.


Ketika membaca surah lazim selepas tamat bacaan fatihah, mata saya tidak tunduk melihat ke arah tempat sujud di atas sejadah. Tapi mata saya melilau mencari kelibat isteri en Ibrahim. Masih tidak kelihatan.


Masuk rakaat kelima.


Dua puloh minit sudah berlalu. Saya masih mengimamkan solat ‘maghrib’. Di luar pagar rumah jumlah penduduk kampong yang berkumpul sudah makin ramai. Kini sudah ada sekitar tiga puloh orang kampong berada di luar pagar memerhatikan kami. Agak riuh sedikit ketika itu. Saya terpaksa menguatkan lagi bacaan fatihah dan surah-surah lazim yang saya baca pada setiap rakaat bagi mengelak tiga lelaki penagih dadah itu rasa terancam dengan keriuhan dan kehadiran ramai orang di luar pagar ketika itu. Saya sendiri sebenarnya sudah lupa berapa rakaat sebenarnya telah saya buat untuk solat ‘maghrib’ itu. Rakaat terakhir yang saya ingat ilah rakaat kelima sahaja.


Saya meneruskan solat ‘maghrib’ itu lagi.


Ketika sujud akhir saya terdengar suara nyaring cucu pakcik tua tadi bertanyakan soalan pada datuknya.


“Tok ayoh! Demo tu solat ghapo!?”

“Tak ayoh pun tak tha’hu”

“Kalau suboh 2 raka’ak, zohor dan asar 4 rakaak, maghrib 3 raka’ak. Tapi hok ni, doh 9 raka’ak”

“Tok ayoh pun tak tha’hu. Pening jugok tak ayoh dok mikir ni”

Baru saya tahu sekarang. Sebenarnya saya sudah mengimamkan solat ‘magrib’ 9 rakaat.

Ini telah menjadi SEJARAH

27 Mac 2012

Yang pergi block buat apa!

Edisi meroyan..hehhehehe. Ala budak it dah sekat  sesetengah blog kegemaran aku. Aku rasa dia bukan sekat secara terus tapi ada kandungan dalam blog tak menepati piawaian. Banyak jugak web yang aku tak boleh buka. hishhhh...mengadalah diorang ni.

irfa blog ko  dah boleh view kat opis haku..huhuhuhu..
Kena buka dekat rumah atau pakai tab. Kalau pakai tab tue boleh buka time lunch jelah. Kalau buka time kerja nampak sangat mengulonya ponnn. Dahlah bos duduk sebelah, kang kalau tiba-tiba dia hulur dokumen  mau tercampak tab tue dekat bawah kaki..hihihihi..

Lagipun pakai tab lain rasanya, tak best macam tengok dekat PC. AAAARRRRGGGHHHHH..geramlah!!!..geram sendiri huhuhu..

 


Ini telah menjadi SEJARAH

26 Mac 2012

Ada macam-macam cerita

Hari Jumaat lepas, masa on the way balik dari kerja, aku berhenti dekat satu traffic light. Bila kereta tengah berhenti tu, biasalah mata melilau pandang kanan kiri depan belakang (guna cermin pandang belakang). Atas aku tak pandang, kalau pandang pun nampak bumbung  kereta sahaja, nak buat apa.  Masa aku pandang cermin pandang belakang tu, ternampak pemandu kereta belakang aku tengah menangis tersedu-sedu sambil tangan mengesat air mata dekat pipi. Terus aku terkedu. Dalam hati aku yang penuh simpati nie jadikan aku pun ikut sedih bila tengok. Kenapa dia menangis?. Gaduh dengan suami ke? iya, itulah yang terlintas dekat fikiran aku masa tue. Dan terpikir lagi eh, dia nie baca belog aku ke?...huhuhu..ah perasan pulak aku jadinya. Ingatkan aku sorang je yang suka nangis dalam kereta. huhuhu..

Hari sabtu dapat sms dari kayang nun jauh  dekat Kedah sana. Anaknya yang bongsu tue masuk hospital. Demam panas dan jangkitan kuman dekat paru-paru. Kesian. Kalau dekat memang aku dah berdesuppp pergi jenguk.

budak shomel nie yang masuk hospital, kayang cakap berat dia tinggal 7kg je. Cepat sembuh ye sayang.
Kayang cakap jangan bagitau dekat mak pasal anaknya masuk hospital nanti mak risau. Kayang cuma bagitau dekat kitaorang adik beradik je. Kesian dekat kitaorang sekarang nie, kalau dulu ada masalah apa-apa maklah tempat kitaorang mengadu. Nasib ada adik beradik lagi..huhuhu. Mak sekarang memang tak boleh tertekan sebab mak mudah runsing  nanti effect dengan kesihatanya.

Mak baru talipon. Dapat berita yang merunsingkan lagi. Hari nie doktor tengok keputusan CT SCAN kepala mak. Doktor cakap ada 2 ketumbuhan dekat kepala mak, tue sebab mak sakit kepala dan tak boleh fokus baru-baru nie.  Aku tak dapat gambaran jelas ketumbuhan tue dekat mana. Sekarang doktor cakap mak kena buat radioterapi pula. Terkedu aku. Apalagi yang aku boleh buat untuk mak?. Kurangkan penderitaan mak untuk kesan-kesan rawatan tue. YA ALLAH, ENGKAU MAHA KUASA UNTUK SEMUANYA. AKU MOHON PADAMU YA ALLAH SEMBUHKAN IBUKU, RINGANKAN PENDERITAANNYA. AMIN.

Ini telah menjadi SEJARAH

23 Mac 2012

Tema masalah Remajewwwwww bulan ini ialah 'Lari ikut kekasih'

Itulah berita sejak 2 menjak ni, yang tak boleh tahan tu lari ikut boipren tu. Best sangat ke boipren ko tu.  Lelaki yang baik takkan biarkan korang buat benda yang merepek-repek macam ni. Tiba-tiba teringat citer jujur aku dayus. Cara beto melamar Nora Danish. Cute & lawak. Ada satu babak beto cakap "saya takkan kahwin lari dengan awak bla bla bla..".

Pagi tadi dengar sinar fm, Seorang ibu bangga anaknya dapat 5A dalam SPM tapi dalam kegembiraannya terselit kerisauan sebab anaknya taknak sambung belajar lagi. Anaknya (perempuan) nak kahwin dengan sepupunya yang sebelah rumah...huhuhu.

Sebagai anak sulung, ibu tadi sangat berharap anaknya akan sambung belajar dan sanggup membiayai dekat mana pun si anak nak sambung belajar. Ibu ni risau kalau dihalang anak ni akan ambik jalan yang tak sepatutnya. Perbincangan telah dibuat diantara ibu budak lelaki ni (anak kakaknya) dan ibu budak lelaki ni menggalakkan perkahwinan ni.

Sangat Dilemakan?. Tapi aku tertarik dengan pandangan seorang pemanggil ni. Dia cakap buat cara win win situation. Boleh kahwin tapi dengan syarat mesti sambung belajar. Pemanggil ni cakap, terangkan kenapa dia perlu belajar 
1) Tiada jaminan yang suami dia takkan mati dulu kalau betul berlaku macam mana nasib dia selepas suaminya meninggal lebih teruk lagi kalau ada anak-anak. Kalau ada pelajaran boleh kerja & tampung kehidupan.
2)Kalau berlaku penderaan, penganiayaan dalam rumahtangga, sekurang-kurang nanti dia ada perlindungan nafkah untuk diri sendiri dan anak-anak.
3)Kesenangan untuk diri & keluarga, jika tiada pun masalah-masalah diatas kalau dia sambung belajar selepas itu bekerja, dia boleh bantu suami.

Memanglah bukan jaminan belajar pandai kerja bagus boleh jadi kaya tapi kalau ikut cakap makbapak hidup lebih berkat. Lainlah kalau ibunya tak kisah langsung dia nak kahwin ke nak belajar ke. Fahamkan remajewww sekarang tak boleh dihalang kehendak diorang. Kerjanya nak lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiii je. Macam dah takde benda lain nak dibuat.

Cabaran kita nak didik anak zaman sekarang. Semoga Allah permudahkan urusan mendidik anak-anak dan mudah dengar kata. Amin.


Daripada sibuk lari ikut boipren baik lari macam baby ni ada jugak faedahnya. Boleh buang lemak-lemak yang ada. hahaha..


Ini telah menjadi SEJARAH

21 Mac 2012

Fatihah disahkan lari ikut boipren? update terbaru


Gambar dekat atas ni keratan akhbar Kosmo. Tadi aku baca  paper Metro cerita yang sama tapi bertajuk 'DILARI ANGAKARA CEMBURU'. Cerita dalamnya benda yang sama. Tajuk paper metro tu dipetik dari kata-kata ibu Fatihah, dia tak percaya anak dia lari dari rumah. 

Berpakat dengan boipren konon-konon diculik, padahal memang nak ikut boipren kucintaik. Aku baca dalam paper masa dia mula-mula dikatakan diculik, saksi bagitau dia ada menghubungi seseorang meminta supaya mengambil dia dekat kedai tue.

update (dah mengaku pun)
Tekanan emosi? Apalah perasaan mak diakan. Berita lanjut boleh baca dekat sini


Aduhai, aku geram bila baca berita macam ni. 

Wahailah adik fatihah, awak ni masih mentah buat perhitungan dalam hidup chewaahhh, see makcik engkau dah mula nak bagi syarahan ni. Cuba pikir, ingat boleh bahagia ke kalau dapat lari dengan boipren kucintaik tu. Umur baru 15 tahun je pun. Jauh lagi rintangan yang nak ditempuh. Makcik ni dulu pun pernah jadi remajawwww juga, makcik pun ada boipren jugak masa umur macam awak ni tapi tak terfikir pun nak lari ikut boipren. alamak terbuka pekung didada. hahaha. Ala cinta monyetkan nasib makcik tak kahwin ngan monyet tu. Kesian kat ibu adik yang risaukan keadaan adik. Dulu masa makcik remajewwww, bila makcik nak buat sesuatu yang luar biasa makcik teringatkan mak makcik, macam mana keadaan mak makcik bila makcik buat benda-benda tak elok. Kesian dekat mak. Itulah yang makcik fikir. Alhamdulillah makcik masih boleh lagi kawal diri. Cukuplah makcik membebel lenguh dah tangan makcik menaip ni. Otak pun penat pikir masalah remajewwwwww sekarang risau dengan anak-anak makcik juga. 

Aishhhhh, serius aku tak faham apa yang ada dalam fikiran anak-anak remaja sekarang. Masyarakat kita ni dah semakin banyak yang rosak fikiran. Aku bukan setakat risau remajewww-remajewww ni lari rumah je. 

Kes-kes macam suami bunuh isteri, anak bunuh mak, mak bunuh anak, buang anak lagilah jangan cerita, bunuh diri semua pun menyumbangkan kesesakkan fikiran aku nie. dah rupa menteri aku nie pikir masalah masyarakat, maklumlah pilihanraya nak tiba kempen kena lebih..hiks. Baru-baru nie aku ada terbaca seorang ibu campak anaknya berumur 2 tahun (kalau tak silap akulah) dari tingkat 4 sebab gaduh dengan laki lepas tu dia sendiri terjun dari tingkat 10. 2 2 mati ok. Hancur. Aku tak tau berita bila aku baca nie yang aku fikirkan apa yang engkau fikir gaduh dengan laki sampai campak anak engkau sendiri. GILA yang serius. Oit tolonglah jangan ambil tugas malaikat maut. Carilah tugas lain.

Semua orang ada masalah, yang tulis N3 ni pun ada masalah juga. Korang nak tau rahsia aku macam mana hadapi masalah-masalah hidup yang ada?. Mula-mula naik kereta, pakai seatbelt,penting tue keselamatan harus dijaga. Lepas tue nangislah puas-puas dalam kereta huhuhu. Sampai rumah kesat airmata pastu buat-buat macam takde apa. Memanglah masalah tak boleh selesai tapi akan rasa lega sedikit, tak percaya? pergi cari masalah lepas tue buat macam aku suruh tue. hihihi..

Ini telah menjadi SEJARAH

20 Mac 2012

Pertemuan yang tak dirancang itu manis sekali

Semalam punya cerita (19/3/2012)
Plan asal Azam nak pergi KLIA naik motor (nak jumpa mak dia baru balik umrah sebelum bertolak balik naik bas ke Perak) tapikan aku risau pula sebab yang
-pertama-
aku risau dia tak pernah lalu jalan kesana, naik motor.
-kedua-
pepagi buta jalan area itu gelap gelita
-ketiga-
aku ini isteri mithali ahahhaha...*percaya tak?*
cukuplah tiga karang entah apa-apa pula aku merepek

aku tengah belajar nak eja dan taip perkataan dengan betul. Harap-harap menjadi walaupun nampak skema tapi ADA AKU KISAH. kasar sungguh engkau fariza

Kebetulan aku memang dah apply cuti, tujuan cuti tue nak hantar mak kimo tapi sebab dah ada orang hantar jadi bolehlah aku ikut Azam.  ada beberapa perkatan aku tak boleh eja macam buat karangan sebab terlalu skema, geli pula aku baca..hahahhaha.

Kalau ikut jadualnya, mak mertua akan sampai pukul 8.45 pagi. Masing-masing pun dah rancang baik punya nak masuk kerja pukul berapa semua. Sekali tengok flight delayed ke pukul 10.30 gitu. Aduh, pukul berapa pula nak masuk kerja ini. Azam ajak pergi sarapan dulu. Habis sarapan pergi top up TnG, beli surat khabar. Duduk-duduk dekat tempat menunggu tue sambil berfacebooking, Azam baca paper sebab nak membunuh masa (time killer).
masa nak pergi hari tue

Bosan berFB, aku baca paper, Azam pula main angry bird. Tiba-tiba aku rasa macam ada orang perhatikan aku. Pernah tak korang rasa macam ni, kita semua ni kan ada telepati (maksud telepati :daya seseorang untuk menyampaikan sesuatu kpd orang lain yg jauh jaraknya, atau dapat menangkap apa yg ada di benak orang lain tanpa mempergunakan alat-alat yg dapat dilihat), cuba korang test pandang seseorang sambil seru mana dia dalam hati. Mesti orang tue akan pandang korang balik.

Serius nie, masa tu aku tak pandang pun dia lagi, cuma dalam hati aku macam ada orang tengah pandang aku, tue yang aku menoleh kearah dia. Dia pandang aku dengan pandang tak percaya, pelik, terpegun dan yang sewaktu dengannya mula-mula aku takut jugak kenapa dia tengok aku macam tue. Bila otak aku dah dapat scan muka dia dan sampaikan dengan betul yesssss aku konpem itu IRFA Apalagi terjerit-jerit jugaklah kitaorang kat situ. Peluk peluk, laga-laga pipi semua.  Azam seperti biasa muka selamba je. hahaha. Takde reti muka nak heran pun. hahaha.

Sebenarnya masa mula-mula nak datang KLIA ada juga terdetik dekat hati nak bagitau dia aku nak datang KLIA tapi perasaan malu tue menebal betul  tak tau nak nipiskan macam mana. Akhirnya Allah pertemukan kitaorang dengan tak sengaja dan sangat manis.


Ala irfa muka ko tak pakai tabita pun gebu je aku tengok. Aku nak tenung lama-lama muka ko tapi malu. Tak tau nak citer apa dengan ko masa tue huhuhu SPEECHLESS rasanya. Pastu masing-masing bergambar. Terhasillah gambar dekat atas tue. Gila bulat muka aku, dengan selekehnya lagi, eh tapi aku hari-hari memang selekeh pun ahahaha. Borak-borak lebih kurang, irfa pun minta diri masuk opis dia balik.

Aku sambung berFB. Dah hilang bayang irfa barulah Azam tanya "sapa tue?". Aku jawab "kawan, baru pertama kali jumpa". Muka Azam pelik hahaha. Peliklah kot sebab tak pernah jumpa tapi mesranya kemain lagi ahahaha.

Aku dengan Azam terus-terus menunggu mak mertua sampai 10.30, tanda masih merah, bila nak hijau entah. Tepat 10.39 barulah yang merah bertukar jadi hijau bertanda arrival. Fuhhhhh, nak tunggu masuk ke balai ketibaan pun makan 1 jam kan, kitaorang tunggu sampai pukul 12.30 bayang mak mentua takde pun, nampak juga ada beberapa orang yang pergi sama-sama dengan mak mertua dan sampai. Pelik benar pula. Ada saudara Azam yang maknya pun pergi sekali tak puashati talipon ustat yang bawa rombangan umrah tue, rupa-rupanya sebahagian jemaah umrah tue tersangkut lagi dekat jeddah termasuk mak mertua aku. Hangin tak?. Bayangkanlah kitaorang sampai sebelum 8.30 tunggu sampai 12.30 lepas tue pula yang ditunggu masih lagi kat jeddah sana. Sabar jelah. Aku bukan marah dekat mak mertua tapi marah pada agensi yang bawa diorang nie, tak reti ke nak maklumkan pada waris. Kesian waris yang tunggu beriya. Nasib aku tak bawa anak-anak, kalau tak lagi stressss rasanya.

Azam cuba talifon kawan mak mertua yang sama-sama pergi. Makcik tue maklumkan tiket diorang tue dah dijual pada orang lain. Pihak airport dekat Jeddah sanalah yang buat keje macam mana entah...mmm.. Makcik tue cakap "kome baliklah dulu, kitaorang masih dekat jeddah nie, tak payah tunggu, balik bila pun tak tau lagi". huhuhu. Kesian mak mertua aku. Aku bayangkan, dahlah yang pergi kebanyakkannya warga emas. Macam manalah diaorang dekat sana. Sampai hari nie masih lagi takde berita bila diorang boleh balik..mmmm..

Lepas dah konpemkan betul-betul memang diorang tersangkut kat Jeddah. Aku dengan Azam apalagi berdesuppp balik sambil dengar dia membebel marahkan agensi tue. Aku sampai opis dekat pukul 1.30..huhuhu..

Ini telah menjadi SEJARAH

17 Mac 2012

Berlatih men'cuci longkang'.

Sedar diri tue jarang main bowling, kalau main pun selalunya ke longkang..haha. Teringin plak nak melatih tangan nie sebelum ada perlawanan dengan kawan-kawan opis. Ajaklah laki pegi summit. Apalagi moh kita training!

Macam iya-iya je padahal poyo lebih semuanya ke longkang..huhuhu, tak caya? tengok gambar kat bawah..hukhukhuk









kan?, nampak budak kecik yang menyibuk tue, ahahaha..dah macam maskot mcd dah. Kasutnya besarrrrrrrrrrrr..orang lain pakai dia pun nak pakai jugakkkkkkkkkkkk. Tapi malang tak boleh main sebab bola tue lagi berat dari dia..



budak kecewa tak boleh main, kesiankan. Akhirnya dia minta nak main game kat tab, oklah jugak tenang sikit aku nak main...hiks. Tapi kasut tetap jugak dipakainya ponnn dengan stokin kat luar seluar..ahahhaha..apa-apa jelah ko Aqil!!..


Ala nie pun lebih kurang aku jugak. ahahha. Tapi paling tak boleh blahkan masa aku nak membuat balingan paling bergaya kan, bola aku kebelakang..ahhahha..abis tergolek2 turun tangga bola tue..kakakaka..malu siottttttttt..semua orang kat situ pandang sebab bunyinya kuat bila bola tue terhempas kelantai..ahahhahah. Azri pandang aku muka cuak siap tanye "ibu, ibu kenapa?"..kahkahkah.

Oklah masa yang dinanti-nanti pun tiba bertarikh 10/3/2012 jam 3 petang bermulalah pertarungan sengit antara pemain-pemain proooooo...pro ke longkang hakhakhak. Tempat yang di pilih ialah di Ole ole Shah Alam. Pestime pegi sini, dengan bantuan GPS..tiada kesesatan melanda semuanya di jalan yang benarrr..


Sampai-sampai of coz kena pose gedik2. Biasalah nompang kamera canggih orang bataklah sikit..hakhakhak..

Suka gambar nie..auuwww..chomellllllllllnya haku..hahahhah..cirit birit sapa yang baca...

wahhhh..lagilah chomel buat gitu..Agak-agak kalau mak mentua aku tengok mengucap panjang agaknya dia tengok perangai menhantu dia ....ahahha.. Kalau mak aku dia dah biasa dah dengan perangai anak dia yang poyo tak abis2 bajet muda remajewwww tewwww

Oklah nie team-team yang ada untuk bertanding, walaupun markah dikira untuk individu semangat berpasukan tetap adaaaaaaaaaaaaaa..semua sepakat menentukan warna baju kumpulan masing-masing. Terbaikkkkkkkkkk..

Sekarang nie tengok pulak aksi-aksi melontar yang ada. ahhahaha..ada yang nak terbang, ada yang menari cakpong, ada yang menebar jala, ada yang gaya lebih tapi bola tak lepas dari tangan..ahhahahha..haishhhhhhhh..panjang kata macam-macam adaaaaaaaaaaaa...
Kalau boleh nak main lagi 10 game TDDMKA. 2 game pun semput, bukan semput apa gelak lebih...gelak yang tahap mengilai-ngilai, kalau pontianak tengok pun kagum..ahahhahaha.. dah memang lawak sebab semuanya boleh dikatakan pandaiiiiiiii..main..haha longkang tetap pilihan paling baik bila bola dilontarkan..ngeh ngeh ngeh
nielah rupa juara-juara yang ada. Jangan main-main juara longkang pun ada hadiah ..hahaha.. nasib bukan haku. eh kira terror jugak aku main ye..hakhakhak
Gambar beramai-ramai. Masa main kat sana lane 1 sampai 6 kecoh gila. Gila pun tak kecoh macam tue. Rasa macam semuanya baru pertama kali keluar rumah..hahaha. Dia punya happening perrrggghhhhh terbaikkkkkkkkkkkkk..konpem orang yang tengok menyampah + terpegun dengan kekecohan yang melanda. Terjerit terpekik terngilai..kakaka..

Gambar-gambar yang aku sukaaaaaaaaaaaaaa sangattttttttttttt. Belah kiri atas sekali tue sopan-sopan kan semuanya sebab tue snap yang pertama, bila tuan punya camera canggih cakap dia set 10 kali snap (aku pilih 6 je letak kat sini)..abis semuanya tak tentu arah..ahaha tue yang terkeluar semua gaya2 orang utan akulah tue.. tak dan nak pikir gaya apa yang paling gojes..kakaka..belasah je...

Nielah alasan aku kenapa aku susah sangat nak tinggalkan opis nie sebab kawan2 nielah. Time keje tetap keje time enjoy kita enjoy. Oh, kos kitaorang enjoy nie sendirian berhad ok, bukan company support. kalau mintak duit company nanti boleh bankrup pulak.huk..kedek.


Ini telah menjadi SEJARAH

06 Mac 2012

Pengalaman lucu jadi Majistrate - En Zabidi Mohamed

Nak tau sapa Zabidi Mohamed boleh pegi kat fb dia. Sekarang dia jadi penulis skrip. Salah satu drama yang dia tulis skripnya drama dingin lavender kat TV3 setiap jumaat.

Citer Pengalaman lucu jadi majistrate nie pengalaman betul dia. Bila baca citer tue lawak ada, ngeri ada, geram  ada, malu pun ada. Susah sikit nak baca kat fb dia sebab aku pun baru je minta dia add aku jadi kawan, tengok2 dah sampai episod 11. Terpaksa aku godek fb dia cari setiap episod  pastu aku copy masuk dalam word baru senang nak baca.

petikan dari Episod 1


Sewaktu mula-mula dilantik jadi majistrate pada 1986 saya dihantar ke Penjara Pudu untuk melihat procedure hukuman sebat dilakukan ke atas pesalah. Saya pergi bersama seorang majistrate lelaki dan 2 orang majistrate wanita yang juga merupakan rakan sekuliah saya semasa di UM. Tiba di bilik sebatan kami ditunjukkan jenis-jenis rotan yang digunakan dan diberi taklimat tentang tatacara sebatan dilakukan. Bila tiba giliran sebatan dilaksanakan majistrate wanita (si A) yang bersama saya berpesan pada Penguasa Penjara agar procedure sebenar ditunjukkan tanpa ada sebarang tapisan."Puan sanggup ke nak tengok yang sebenar?" tanya Penguasa Penjara. "Kami majistrate. Tunjukkan procedure yang sebenar" jawab si A dengan nada serius. Penguasa Penjara itu kemudian kelihatan berbisik pada seorang pegawai lain yang berdiri disebelahnya. Kelihatan mereka ketawa kecil sambil menjeling ke arah majistrate wanita tadi. Saya sudah merasakan ada sesautu yang tak kena. "Are you sure?" tanya saya pada majistrate wanita itu. "Why not? We must watch the real thing and the actual procedure. Not a dummy thing!" jawabnya selamba. Sambung esok......

Aku tak boleh nak share lelebih sebab tak minta izin pun. Kalau nak baca semua boleh pegi fb dia. Rasanya fb dia open public.


Baru-baru nie dia sambung lagi  Pengalaman lucu jadi Majistrate. Kisah di rumah S/U MB KELANTAN (1) baru sampai episod 2. best jugak nie. 

Aku sukalah baca kisah pengalaman orang nie, realiti hidup. Tue sebab aku suka baca belog orang.



Ini telah menjadi SEJARAH

05 Mac 2012

Kena sondol!

huhuhuhu..

Bawak kete memang macam nie, kalau kita betul orang yang tak betul kena jugaklah.

Citer jumaat lepas

Kebetulan lampu merah, ada satu lagi traffic light untuk pejalan kaki & kete aku berenti kat kawasan pejalan kaki, jadi aku bajet baik aku berenti sebelum garisan putih sebab klu aku berenti lepas garisan putih kete aku betul2 menghalang pejalan kaki nak jalan walaupun masa tue lampu hijau. Dan kebetulan banyak sangat kebetulan dalam citer nie pulak aku memang nak berenti kat kawasan tue untuk ambik opismate yang memang selalu tumpang aku.

Bila kete aku berenti je, aku tengok cermin belakang laju gila kete waja nie, abislah hentam kete aku nie karang. Dummmm!!!...yes seperti yang dijangka orang tue tak perasan kete aku dah berenti. Aku dalam kete terjerit je, dalam hati abislah kete aku. Aku tak keluar tengok kat cermin belakang orang tue dah picit2 kepala. Opismate aku tanye aku taknak keluar ker, aku dah blur2. Keluar jugaklah..org tue cakap suruh aku berenti kat depan. Aku pun ok jelah karang deal kat jalan tue jem pulak ganggu orang lain.


Abis bumper. Orang tue tanye aku macam mane? Aku cakap ntah aku pun tak tau nak cakap. Orang tue nak bagi 100. Pikir2 balik oklah aku ambik 100. Orang tue pun minta maaf. Lebih kurang aku pun blah. Takde ambik no talipon semua. Tapi dia bagitau dia keje kat mana, rasanya klu nak carik takde hal kot. Kete dia takde pape.  

Bagitau Azam. Of cozlah dia bising2..huhuhuhu. Azam cakap 100 tak cukup. Ala aku mana tau. Aku belasah je lebih kurang. Lagipun aku pikir aku pun salah gak. Brek tak cukup panjang, patut aku brek sikit2 bila tau nak berenti supaya orang belakang standby jugak untuk berenti, eh tapi bukan bermakna aku brek emergency tau. Aku rasa dah ok dah aku brek tue cuma mungkin kurang panjang je..Paham tak?, tak paham takpe biar aku je paham, paham

Hari sabtu Azam hantar nak repair, of coz kena ketuk balik bumper tue pastu nak cat. Kos sebenarnya untuk bumper belakang tue je aku tak tau tapi sebab aku nak cat balik bumper depan jugak sebab aku dah tergeselkan kat tiang pagar rumah sewa mak. Kos keseluruhan 250 lepas Azam mintak kurang dari 280. Maksudnya aku kena tambah 150 lagi. Azam bising lagi dia kata 100 tue tak cukup orang lain yang langgar dia yang kena bayar..huhuhuhu. kecik ati jugaklah aku, dia cakap aku jahat..huhuhu. Takpe kos 150 tue aku bayarkan..malas nak gaduh2. Ingat aku suka2 nak kena langgar & melanggar.

Rasa nak merajuk tapi tak berbaloi. Ah lantaklah, benda nak jadi. Azam cakap kete tue bini no2 dia. Kesiankan aku taraf aku disayangi setaraf dengan kete huhuhuhu.



Ini telah menjadi SEJARAH