29 Februari 2012

Engkaulah ratu hatiku

 Tolong baca dan renungkanlah. terbaca kat wall neelofa.
Seorang anak bertanya pada ALLAH, 
"Ya Allah kenapa bondaku suka menangis?" 
Lalu ALLAH menjawab,
"Kerana bondamu seorang wanita. 
AKU ciptakan dia sebagai mahluk yang sangat istimewa. 
AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya. 
AKU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman. 
AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia. 
AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat orang lain menyerah.
AKU beri dia rasa kasih untuk mencintai anak-anaknya dalam keadaan apapun. 
AKU kuatkan batinnya untuk tetapi menyayangi meskipun disakiti oleh anak2nya atau suaminya.
AKU beri dia kekuatan untuk mendorong anak2nya belajar mengenal & menuju keredhaanKu. 
AKU beri dia keindahan lahir & kesabaran batin. Bondamu adalah mahluk yg sangat kuat. 
Di saat kau melihatnya menangis, itu kerana AKU beri dia air mata utk membasuh luka batinnya sekaligus memberinya kekuatan baru."
 YA ALLAH, TOLONG SEMBUHKAN IBUKU!
Ini telah menjadi SEJARAH

Bila Ateh mandikan mak, pakaikan baju, mak menangis...

Keadaan mak semalam nampak teruk. Satu hari Aku tinggalkan kat rumah dengan Azam, mak langsung tak bangun. Bila aku ngan Ateh balik, barulah kitaorang dapat layan mak. Satu hari sakit kepala tak makan langsung. Azam urutkan jugak kepala mak + buatkan air milo sikit pun tak disentuh.

Mak cakap dia tak mandi lagi. Aku cakap tak payah mandilah nanti aku ingat nak lap2 je badan mak. Mak cakap dia tak selesa kalau tak mandi... huhuhu...Bawak jugaklah mak kebilik air Ateh yang mandikan mak.

Sejujurnya aku tak berapa pandai layan orang sakit walaupun mak sendiri. kenapa ye?. Kalau tengok Ateh layan mak ok je. Aku nie kasar pun iye jugak. Aku rela pegang anak Ateh, suruh Ateh yang layan mak. Takat nak ambikkan mak air, makan aku ok je, uruskan hal2 hospital pun ok. Kadang-kadang aku perasan bila aku pimpin mak (sekarang mak tak boleh jalan sendiri) aku nie dah macam seret mak..huhuhu..aku dah terbiasa jalan laju2, kalau aku jalan dengan Azam pun Azam boleh tertinggal kat belakang. Aku memang kurang kesabaranlah nak jalan pelan2 buat benda pelan2...huhuhuhu. Masa mak nak minum air semalam aku nak angkat kepala mak , masa tue mak sakit kepala mengerang2 Entah macam mane aku angkat leher mak terjerit2 mak, mak cakap tengkuk dia sakit..huhuhu..Ateh cakap minum pakai sudu je..last2 Ateh yang sudukan air kat mulut mak..huhuhuhu. Pada aku pakai sudu lambat, kalau minum terus pakai cawankan cepat glup glup glup habissssss. Mungkin sebab aku dah terbiasa pagi-pagi buat semua benda satu masa jadi pergerakkan kena cepat & pantas.

Maaf ye mak, anak mak nie gelojoh sikit, tapi takde niat nak sakitkan mak pun.

Semalam aku tengok je Ateh layan mak macam mane, dari mandikan mak, pakaikan baju semua, bagi mak minum. Nanti kalau aku kena layan mak aku taulah nak buat macam mane kena train diri supaya lemah lembut sikit. Masa Last sekali bila mak dah siap, masa tue mak berdiri paut leher Ateh, mak nangis mak cakap "kenapa mak jadi macam nie, susahkan anak-anak".  Ateh cakap "mana susah takde pun, tengok nie ok je tak susahlah". huhuhuhu. 

Tau tak bila kita dah tua kita mesti cakap ngan anak-anak mcm niekan "esok kalau dah tua nak mati (maksudnya sakitlah), biarlah mati dengan senang janganlah sampai susahkan anak2". Betul tak?. Aku rasa aku yang belum tua nie pun (belum tua sangat..hukhukhuk)..akan cakap benda yang sama. Tapi siapa kita nak lawan takdir yang ALLAH dah tentukan untuk kita. Berdoa & Tawakkal jelah.

Hari nie abang ayeng bawak mak pegi hospital lagi. Kita orang bergilir-gilirlah bawak mak ke hospital...Kesiann mak..YA ALLAH ENGKAU YANG BERI SAKIT & ENGKAU JUGA YANG MAMPU HILANGKAN SAKIT . YA ALLAH SEMBUHKANLAH IBUKU.

Ini telah menjadi SEJARAH

28 Februari 2012

Wahai sel kanser yang jahat nyah ko dari badan mak aku

Dah 3 kali mak tukar ubat kimo, sampai sekarang tak nampak perubahan, sel kanser tetap merebak & kanser kat paru2 tak kecut seperti diharapkan. Jumaat lepas, mak buat ct scan dan kebetulan minggu tue mak kena sakit kepala teruk sangat. Lepas buat ctscan terus mak jumpa doktor sebab nak tau kenapa mak sakit kepala. Doktor dapat detect sel kanser baru kat tulang belakang mak dan doktor khuatir sel kanser naik ke kepala.  

Semalam pergi hospital balik sebab nak set appointment buat ctscan kepala & kimo. Bila sampai kat wad 12, nurse cakap boleh terus kimo je. Sementara tunggu mak kimo aku pegi set appointment untuk ct scan, ambik ubat2 mak, pegi makan dulu. Mak buat kimo daycare. Ambik kimo then boleh balik.
Sebelum nie mak memang takde sakit kepala tapi mak dah start lupa-lupa. Kalau tengok mak sekarang nie memang jauh beza dengan mak yang dulu. Sekarang nie mak dah tak ingat macam mane nak pakai baju pakai bra, pakai tudung pun tak pandai. Tapi dia sedar dia tak boleh nak pakai benda tue semua. Bila mak kena sakit kepala nie makin teruk ingatan mak. Semalam aku duduk kat sebelah mak, mak citer pagi tue nak pegi hospital ateh yang tolong pakaikan semua tue. Aku cakap ngan mak bukan mak tak pandai pakai tapi mak tak fokus apa yang mak nak buat tue yang jadi macam tue, Aku cakap sebab nak sedapkan hati mak & sedapkan hati sendiri. Pagi tadi masa aku ambik mak kat rumah aku tengok apasal mak pakai tudung lain macam, rupanya dia pakai tudung terbalik, bayangkanlah pakai tudung awning tue tapi patutnya yang kat dagu tue jadi kat atas kepala yang awning tue kat bawah dagu. Aku nampak memang aku terbahak-bahak gelakkan mak, mak pun ikut ketawa sekali. huhuhu...Mak cuba pakai sendiri lagi sekali tapi tak berjaya. Aku datang dekat mak aku pakaikan tudung tue. Baru mak cantik!. :-)

Sapa yang kenal mak aku taulah mak aku nie macam mana punya bergaya kalah aku nie yang hari2 keje kat opis, pegi opis pakai selipar :P  Mak memang orang yang sangat pentingkan penampilan. Tapi dah 3 4 bulan nie, aku tengok mak pakai semuanya asal boleh. Dalam hati aku YA ALLAH selekehnya mak. Menangis dalam hati bila aku tengok mak. Tabah tak tabahlah nak hadapi. Aku ingat masa mak mula2 masuk hospital nak kena buat biopsi. Mak pakai kasut nie masuk hospital, punyalah bergaya mak. Terpaksa ateh belikan selipar pink tue...sebab susah nak pegi toilet, takkan nak pakai kasut cantik tue pulak pegi toilet.
Sebenarnya mak pun taknak jadi macam nie. Semuanya luar kawalan mak.  Sampai sekarang pun kepala mak masih sakit lagi. Terbaring je mak. Tak mampu nak buat apa2. Selera makan memang takde. Jalan kalau tak dipimpim entah mana-mana karang mak pegi. Tapi Alhamdulillah walaupun mak lupa sesetengah perkara tapi mak masih boleh sembahyang, bila malam masih boleh buat solat sunat tahajud. Kimo kali nie tak tau apa kesannya kat badan mak, tapi semalam mak muntah2. Kimo sebelum nie badan mak sakit2. Harap-harap kimo kali nie respon kat sel kanser tue. 

Semalam masa balik dari Hospital, mak masih ada hati lagi nak ajak cari langsir rumah baru. Kalau ikutkan aku memang aku nak bawak, tapi mak sakit kepala sangat+tak boleh jalan. Bila mak sakit kepala automatik kaki dia tak rasa, pakai selipar tercicir-cicir je. Kesian mak. Aku klu takat nak pimpim mak takde masalah. Rumah baru tue lagi 2 minggu boleh duduk langsir tak buat lagi. Mak risau je. 

HARAP SANGAT  KANSER TAK NAIK KEPALA. YA ALLAH SEMBUHKANLAH IBUKU, PANJANGKANLAH UMUR IBUKU, AKU BELUM PUAS DENGAN KASIH SAYANGNYA YA ALLAH.



Ini telah menjadi SEJARAH

23 Februari 2012

Rambut mak gugur kena kimo.

Semalam aku lepak rumah mak sebab aku minta Azam tolong urut mak. Kesian mak demam & sakit kepala. Rambut mak kan dah mcm rambut azam..huhuhu. Gugur sebab kena kimo. Kalau tengok kepala mak sayu betul hati aku. Mak cakap "Kepala mak dah botak dah". Pastu Azam cakap "takpe mak, kita boleh geng sama2 botak". Sempat lagi si Azam melawak.Aku sebenarnya tak sampai hati nak urut mak. Azam tunjukkan mana nak kena urut tapi buat2 tak paham..huhuhu.

Dah 3 hari mak sakit kepala. Risau haku. Nak bawak mak pegi hospital, mak taknak. Esok mak nak buat ctscan. Kalau mak sakit kepala & demam satu petanda kurang elok untuk badan mak. Ya ALLAH, tunjukkanlah keajaibanMU. Sembuhkanlah MAK. Amin.

Hari isnin 27/2/2012 baru dapat jumpa doktor. Ini Kimo kedua mak. Pertama kali mak kena kimo guna dos yang sikit. Lepas cukup 6 pusingan doktor tengok takde perubahan saiz kanser mak, doktor buat keputusan tukar ubat kimo dengan dos tinggi sikit. Kalau sebelum nie kesannya mak mabuk teruk 2 3 hari, kali nie plak mak tak mabuk tapi badan bisa2 sakit + rambut gugur (hampir botak). Selera makan tetap macam tue. Tak berapa nak makan. Badan mak dah tinggal kulit ngan tulang je. Macam mane ntah nak naikkan selera makan mak. Macam2 kitaorang adik beradik pancing selera makan mak, masakkan apa yang dia suka makan tetap jugak ala2 je, sekadar alas perut.  Aku rasa macam nak tukar selera makan  mak ngan selera makan aku nie..huhuhu.

Sedih? dah biasa sangat sedih bila tengok mak, tapi buat2 happy bila depan mak. Aku harap mak terus kuat & dapat jejakkan kaki ke Tanah Suci. Semoga ALLAH permudahkan setiap urusan MAK.

Sebenarnya ada banyak cerita sebalik penderitaan mak dengan kanser nie. Mak sakit mungkin terlalu stress dengan kehidupan yang mak lalui. Semuanya dah ditakdirkan ALLAH. Mak cakap mak redha dengan apa yang dah berlaku. Cuma dia perlukan sokongan, dah tentu aku sebagai anak baik buruk yang berlaku aku akan sokong mak. Siapa kita nak hukum orang. ALLAH tentukan takdir hidup mak macam nie bagi dugaan macam tue. Kita sebagai anak pulak diduga dengan keadaan mak macam tue mesti kena redha jugak. Benda dah berlaku apa boleh buat, sekarang yang penting carik penyelesaian. Allah tau niat kita. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.Amin.

Ini telah menjadi SEJARAH

22 Februari 2012

Kenduri Rumah Kakida

Malasnya nak mengarang tapi nak bercerita :)))

Sejak Kakida pindah ke kampung nie, dah masuk 5 tahun lebih kuranglah kot dia tak penah buat kenduri. Sebelum nie kakida duduk kuaters kat key ell.


Bila Kakida cakap nak buat kenduri teruja jugaklah aku nie. Kendurinya hari sabtu 4/2/2012. Hari Jumaat lepas mahgrib terus pegi rumah kakida, aku tido sana. Pertama kali aku tido rumah kakida nie tau..hiks. Anak-anak bising lapo sebab balik sekolah, aku ckp makan rumah wak ida karang. Konfiden rumah wak ada nasi. Tapi memang betul pun kakida dah masak siap-siap sebab tau mesti kitaorang minta makan rumah dia..ngeh3x. 

Apa korang ingat makan free ker?..lepas makan jangan nak goyang2 bontot. Banyak benda yang nak dikerjakan. Lepas kenyang apalagi jom nguli koci. Keje dengan bersungguh-sungguh tau, nampak inti koci kat pangku aku tue...hahhaha. Gentil aku pandai, bungkus aku fail..hehe, tapi boleh gaklah bungkus setelah diajar walaupun tak cantik hiks..belasahlah  korang bukan nak makan daunnyakan.

Dah abis kerjakan koci tue, diorang sambung siang batang keladi satu guni..eh eh yang tue aku surrender lah tak rela gatal2 miang melekat hiks. Yang buat tue semua ipar2 kakida. Aku selamatlah aqil merengek-rengek ajak tido, baik punya alasan.

Bila siang memang takleh tahan fenatttttttttttt..gila & hampir-hampir jadi gila..ahahhaha..
pekerjaan wajid anak beranak..ahahhaa..abg majid cakap boleh bukak syarikat...cis.

rewang...

Menyediakan menu2 makan tengahari & kenduri lepas asar nanti. Makanan semuanya mabeles. Murah rezeki Kakida & Abg Majid ramai orang sedekah makanan.
See babysitter pun hakuuuuuuuuuuuuu jugak..mcm nak tercabut tumit kaki aku nie. Masa nielah si Ateh nak pegi pilih tile rumah dia..aiyooooooooo, mana nak dapat kakak baik macam haku..hakhakhak..
Betul2 masa majlis aku memang kepenatan..ngan aqil mengamuk nak tido buai. Mana ada buainya punnnnnnnnnnn. Dari pagi sampai ke malam baju tue je aku pakai..ahhahahha..lantak sana. Bukan ada orang nak ngurat punnnnnnnnnnnn.

Kenduri lepas asar, aku balik malam lepas maghrib sebab tolong kemas semua. Kesian plak tinggal kakida ngan abg majid nak kemas anak beranak. Mana yang boleh dikemas+basuh kita tolonglah. Abis semua baru balik. Esoknya hari ahad Azam ajak balik kampung, so jumpa next N3 ye.

punyalah lama kat draf citer nie..hulala..

Ini telah menjadi SEJARAH

09 Februari 2012

Red & Yellow Glamorous Nite lah kononnya...DINNER 2012

Masih lagi cite-cite di bulan January. 

Nie dinner company untuk tahun 2012. Tiap tahun Lepas CNY mesti ada dinner company. Temanya seperti tajuk kat atas nun. Pelikkan merah kuning...ahahahha..masing-masing merungut sebab susah nak carik 2 kombinasi warna tue, pilihan terakhir pakai bendera selangorlah..ahahahhaha..kalau tega. Kecuali suai & padan macam aku buat...ahaks.
Suasana sebelum majlis mula...company kecik dinner pun simple jelah...takde nak panggil penyanyi apa pun..yang ada pondan2 menari..eeeeeeeee..aku tunggu lucky draw jelah..grand prize LCD 42'.
meriah..sebahagian opismate...satu group tapi lain2 company. Diorang susah nak cari merah kuning pakailah merah...senang nak cari baju merah. Aku takde dalam gambar sebab bontot berat nak bangun padahal meja aku kat sebelah je pun.
yeeeee sanggggg!!!!..kata kawan chinese aku lagi tinggi angkat yee sang tue lagi ong...:)
Sorang je anak dara..cer teka yang mana...hiks..gojeskan diorang siap mekap2...aku punya muka bedak pun taknak lekat uhukss..
kahkahkah yang paling depan tue paling ceria

ngeh ngeh ngeh orang yang sama je...nie gambar kat meja registration...tengah takde orang kita posing duluuuuuuu...

lagi sekali..hakhakhak.. terlebih gula kan?

dan lagi...ahhahahhhaa..

oklah mak orang yang over memeluk anak dara..ouchhhhhhhhhhhh..ternoda sudah...

2 dari kiri mak dara,  2 dari kanan anak dara.. itu faktanya...hiks..

ala mak dara pun nak join anak2 dara tue..adoyaiiiiiiiiiiii..lah..
beratus gambar dinner tapi yang nie paling mengancam...lapolah pulak tgk gambo nie..
poyo je kan..hakhakhak..
Nie dah nak balik masing-masing tengah tunggu drebar...hiks. Aku patutnya balik paling awal sebab dari rumah ngan tempat nie lebih kurang 15 minit je tapi akulahhhhhhhhhhh..paling last sekali balik sebab jalan jemmmmmmmmmmmmmmm..kata AZAM. Dah tengah malam pun jalan jem..hishhhhhhh..korang nie tak reti duduk rumah ker..
Aku lucky nie...so masa orang cabut untuk cash seribu ngan lcd aku duduk diam2 je..huhuhu..tapi oklah dari takde. Boleh soping masa j card nanti buat beli baju raya anak2 hiks.. 


Aku taknak letak gambar2 persembahan pondan2..suweiiiiiii doh. Dahlah masa Dinner tue ada 3 orang lelaki melayu islam aku tau diaorang islam sebab berdasarkan rekod yang ada duduk meja kitaorang tanpa segan silu tonggak arak bergelas2...gggrrrrrrrrrrr..spoil mood aku. Sumpah menyampah betul aku tengok muka dioarang. Sebenarnya meja kitaorang tue khas untuk committe je tapi ada plak 3 kerusi kosong..kebetulan ada yang takde tempat duduk sebab masing2 nak duduk ngan geng2 kan..tue yang tarik 3 ekor tue duduk semeja.



gambar-gambar yang cantik nie semua dari kamera mcm nie..sebijik seperti gambar diatas dan yang bestnya bukan aku punya...uhuhuhu. Cantiklah DSLR nie tapi dengarnya dah takde stok warna merah nie yang ada hitam je..huhuhuhu..Macam nak rembat satu macam nie tapi takde stok plak...hukhukhuk. eh tapi kalau tgk gambar yang blur2 tak cantik tue dari camera cabuk aku..:)

oklah asyik tgk gambar bahagian atas je kan...mari tengok gambar full body aku, nightmare ke tak klu tengok..uhuksssssssssss....

































































fail betul gambar nie...huhuhu..kurusssssssssssnya ko fariza...kena plak bergambar ngan anak dara kurus yang gojes lagilah...kesian haku..ahaks..bila ntahlah nak diet... :( Saya nak kurus yang sihat


Ini telah menjadi SEJARAH

03 Februari 2012

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari bebbbbbbb..

Dia belanja makan tapi aku yang buat arrangment. ngeh3. Sibuk tanye aku 20 kali dah tempah ker tak. Dah tempat tue bukak pukul 5 tapi dari pukul 3 aku dah call, jadah tul..ahahhahha..mana ada orang jawab. Takut takde tempat sebab hari cuti.
Nielah org yang murah hati belanja kitaorang..pastu bil sampai bijik mata terbuntang..muaahahhahhaa. Aku harap nie bukan kali terakhirlah dia belanja..ahaks
Seperti yang dijangkakan. Tempat memang full!. Nasib dah booking. Gila betul orang malaysia nie. termasuklah family aku. Korang nie takleh ker makan kat rumah je. Tak berapa puaslah makan sebab service jadi lambat banyak stok seafood dah abis yang ada udang je, sotong pun lembik2.  Ikan pun tak berapa nak ada sangat. Orang yang datang masih ramai..mmmm. Tapi oklah banyak yang abis kalau tak mau jadi double plak bil..wakakakkaka.
Sapa punya pinggan nie. Tak padan ngan kurus..ahahhahhahaha...........


ntahlah tunggu berapa lama..masing2 dah kebulur datang 8.30 mungkin dapat makan dalam 9.30 kot, tue pun hidangan datang satu2..kesian maklah..bila lauk2 sampai ngan nasi aku pun mak bedal..ahahhahha...

budak baik. ngamuk sikit2 je sebab ganggu time tido dia,

budak gemuk...yang tak berapa kuat makan...TDDMKA *budak kata ko..pegi tengok cermin fariza oiiiiiiiiiii*..hihihihi..
Gitulah citernya. Harap jadikanlah aktiviti tahunan tak melampaukan?. Semoga makin lebat rezekiMU. hihihihi..

Ini telah menjadi SEJARAH

01 Februari 2012

Besday AQIL ke 3

Besday Aqil 20 jan 2012 (Jumaat). Ada rezeki lebih, buatlah makan2 cikit panggil adik beradik je. Tempah kek bertemakan otomen kegemaran Aqil. Buatnya sehari lepas besday dia iaitu  bersamaan hari sabtu lepas maghrib. Balik keje terkejar2 aku menyiapkan semuanya. huhuhu. Tempah satay cikit, rebus nasi impit & buat sizzling je.


tengah tunggu tetamu..

kakmiza, ateh, ain & puan belog.

sengih2 aqil nampak kek nie. Tempah ngan kawan sekolah. Terbaikkkkkk..

Mohlah kita nyanyi...eh habis nyanyi doh...tengah nak potong kek..nampak tak mak kesayangan puan belog kat tepi tue...I LOVE U mak banyak2..
Kebetulan masa hari yang sama tue besday abang ipar haku..so, suprise!..dari kakida ngan anak2 mereka

Aqil perasan kek dia jugak..aiyakkkkkkkk..

Tengok sapa yang excited nak bukak hadiah...ahaks tuan punya besday sikit pun tak heran...

Otomen tue bertahan sempurna sehari je. Esoknya kepala otomen tue disembelihkan....ahaks.
Terima kasih pada adik beradik & jiran yang bagi hadiah kat Aqil ye. RM banyak jugak aqil dapat. Ok, tahun depan boleh buat lagi siap pasang khemah sebab balik modal..wakakkakakka...

Ini telah menjadi SEJARAH