30 Januari 2012

Hasil 2 minggu bertabita

Percaya tak kalau aku cakap aku tak pakai bedak langsung!..Nie gambar dinner sabtu lepas. Aku cuba pakai bedak tapi jadi mcm kena sopak pulak..ahahhahhahaa..last2 aku sapu krim tabita tue pakai lipstik, calit eyeshadow..

Muka mengelupas jangan cakaplah sampai sekarang pun masih ada lagi..tue sebab tak boleh pakai bedak. Minggu pertama pakai rasa nak give up je tapi memikirkan mahalnyaaaaaaaaaaa...ngan bukan senang nak dapat, pakai gaklah..hiks. Tu belum lagi kena marah ngan Azam ngan mak haku. Azam punya ayat "muka dah cantik2, lagi nak kasi mengelupas mcm tue selama nie abg takde komplen pun ibu tak cantik". menusuk tak ayat tue..hakhakhak.

nie gambar pakai kamera cap hayam aku

nie gambar pakai DSLR...
nie gambar pagi tadi...muka jadi lembuttttttttttt...serius wa cakap lu..

Ini telah menjadi SEJARAH

27 Januari 2012

Jangan selesa sangat walaupun ko duduk kat kerusi empuk.

Hujung tahun lepas baru 30 hari berlalu. Aku ngan Azam uruskan SSPN anak-anak kat  meybeng lama gila  sebab orang ramai padahal urusannya tak sampai 15 minit pon aku tunggu dari jam 12 tengahari sampai 3 petang. Sempat Azam pegi sembahyang jumaat. Masa aku tengah tunggu tue tiba-tiba aku dengar bunyi benda meletop kuat sangat. Terkejut! sambil urut dada aku menoleh. Aduhai bang oit mcm mane kerusi yang empuk tue boleh patah pastu abang tue terjerumus kat rangka kerusi tue nasib baik besi kerusi tue tak tercucuk kepala dia. Nauzubilah. Tapi bagus orang ramai kat dalam meybeng tue sama2 tolong abang tue bangun. Staff meybeng mampu tolong tengok je. mmmm..

Sebenarnya tu mukadimah je, yang aku nak citer nie tentang comfort zone. Rasanya irfa penah buat N3 pasal nie. Aku pun macam dia jugak suka berada dalam keadaan selamat je tak suka ambik risiko apa2. Play safe lebih selesa. 

Ada kawan fb letak dalam status dia lebih kurang macam nie ayatnya "orang yang tak keluar dari comfort zone dia taknak kemana-mana". Ibaratnya orang yang suka duduk kat zon selesa menunggu keajaiban berlaku. Tiba2 dapat surat mengatakan kita nie pewaris harta 20 juta...miaahahhaha...yelah kalau dah selesa nak buat apalagi kan? just follow the flow jelah.

Baru-baru nie ada kawan fb jugak link kan satu forum pasal ASB LOAN. Sangat menarik bila dibaca. Teruja sangat. Kebetulan ada duit sikit, tanpa pikir panjang aku try buat 150K terus. Yessssszaaaaa.. aku cuba keluar dari comfort zone aku sebab selama nie aku tak penah ambik apa-apa hutang. Komitmen yang ada pun tanpa bertulis macam bayar babysitter, kos petrol+makan pegi keje, soping..eh eh eh.. dan lain2..laaaaaaa. Tapi Loan ASB nie pun kira play safe jugak sebab boleh dikatakan risiko sangat rendah. Sampai aku saiko semua orang ambik loan nie..hiks. Opismate aku, Ateh & Azam dah terjebak sama. Ngeh3x. Kiranya aku ngan azam lambat bertindaklah...orang lain dah capai target masing2. Aku baru terkial-kial nak mula...umur plak makin tua dah nak capai 35 lagi 5 tahun. Azam lagi sadis dah nak capai 40 lagi setahun...mmmm. Biar lambat asalkan ado.

Dalam forum tue cakap loan ASB nie hanya tool nak capai target  kita, so apa target aku? Aku nak KEBEBASAN KEWANGAN dalam keluarga aku!. Tapi tuelah kebebasan kewangan apa yang aku nak, aku sendiri takde hutang :-), yang berhutang plak selamba je..mmm... Rugi sapa yang tak study loan ASB,  memang kena rajinlah sebab page dia dah sampai 480++. Tabah jelah klu nak baca, berpinar2 mata ngan angka2 & term2 yang ada.

Tapi Loan ASB ni untuk jangka masa panjang. So sabar tue penting. Aku nak citer banyak pun takut jadi ajaran sesat baik korang pegi page nie. Baik hamba Allah tue. Setiap persoalan dia jawab. So Selamat melabur!.




Ini telah menjadi SEJARAH

20 Januari 2012

Kos rawatan pesakit kanser memang tinggi

Aku cakap berdasarkan pengalaman. Bila aku baca belog Kak jee, aku akui memang kos rawatan pesakit kanser sangat tinggi tak kira rawatan moden atau rawatan altenative. Penah aku tanye doktor kat hospital swasta kos rawatan kanser nie, harganya boleh mencecah setengah juta. Masa dengar tue aku, kakida ngan mak terkedu. Mana nak cari duit banyak tue. Kalau ambik insuran pun belum tentu boleh cover kecuali ko bayar coverage tinggi.

Tu yang hospital swasta, kalau hospital kerajaan pun sama jugak tapi murah banyaklah. Murah2 pun mau puluh ribu jugak. Sebab ubat kimo tue mahal sangat, paling murah sekali ambik RM300 ratus kalau tak silap aku, yang paling mahal dekat 8-10 ribu sekali ambik dan selalunya ubat kimo ditanggung oleh pesakit. Kalau ambik kimo kena buat 6 pusingan (1 pusingan 2 kali kimo). Kira sendiri berapa kos yang diperlukan. Nasib mak ada anak keje gomen rawatan ditanggung oleh gomen sepenuhnya. Kecuali kimo yang mahal kita kena dulukan duit pastu baru claim kat gomen. Itu kalau kat PPUM dan citer tue berdasarkan pengalaman mak. Hospital lain & org lain mungkin berbeza. Tapi aku jamin kosnya tak lari banyak.

Penah, lepas mak buat biopsi doktor suruh buat pet scan. Pet scan nie pulak kat Malaysia hanya ada 2 je, satu kat putrajaya satu lagi kat Hospital Pulau Pinang (aku tak tau nama hospital tue). Kalau Hospital swasta ada kat Sime Darby Medical center. Pet scan nie lebih kurang macam ct scan tapi lebih detail lagi boleh tahu kanser tue dah merebak kemana. Bila dah tau kanser tue dah merebak kemana senang doktor nak mulakan rawatan yang betul. Doktor cakap kalau kat gomen nak tunggu memang panjanglah Q nya tapi murah banyak cuma bayar RM500 je. Nak cepat kena pegi swasta kosnya sekali buat RM3500. Pulak tue masa nie mak dah mula berubat dengan rawatan altenative jadi kitaorang adik beradik memang dah kehabisan duit. Bagi orang RM3500 tue sap sap soiiiiiii je kan. Korek sana sini tak cukup jugak. Ateh cuba buat personal loan tapi tak lepas. Kayang duit simpanan dia pun dah susut. Aku memang dah kering kontang. Akhirnya aku gadai perhiasan aku yang satu2nya aku beli hasil titik peluh aku. Takpelah kalau ada duit boleh beli lagi yang lain. Aku tak kesal pun. Emas boleh carik Emak satu je kat dunia.

Peringatan ya bila kita susah takde sapa pun nak tolong dan nak dekat. Nak pinjam sedara mara pun kena tengking walaupun bukan ckp direct tapi tuhan tu maha kuasa dia tunjukkan perangai orang tue. Mak aku sakit bukan sakit main2. Lagi pun mak nak pinjam je & lepas mak dapat duit insuran nanti mak nak bayar balik...mmmm. Nasib mak ada ambik insuran bila kena sakit kritikal nie insuran bagi RM10 ribu. Pastu RM3500 tue dapat balik sebab kayang claim balik kat gomen. Syukur. Peritnya cuma masa nak kumpulkan RM3500 tue je.

Pasal rawatan altenative banyak yang mak dah cuba, Transfer factor, B17, Monavie semuanya dah tapi nampaknya setakat nie takde yang serasi. Tue pun makan ribu2 ringgit Transfer factor tue sekali beli RM1000++ tahan 2 minggu je (lebih kurang). B17 sekali beli RM500++ tahan sebulan. Monavie RM100 tahan seminggu...hmmm. Nak baik punya pasal kita cubalah mana yang mampu, tak mampu pun terpaksa buat2 mampu. Tapi kitaorang takdelah beli serentak. Bila tengok takde perubahan kat mak cariklah produk alternative lain.

So kesimpulannya kalau korang rasa kesihatan tue penting ambiklah insuran. Peringatan kat aku jugak nie..huhuhu...



Ini telah menjadi SEJARAH

19 Januari 2012

Sikap perempuan yang pelik, sanggup sakit sebab nak cantik..

Aku tak cakap perempuan lain, tapi aku cakap diri sendiri ngeh ngeh ngeh. Baru- baru nie bila aku baca belog ???.. tengok kulit muka dia jadi cantik. Aku rasa macam nak try je . Kebetulan dapat vitamin B, apalagi saje gatal email  tanye pasal tabita tue. Aku tunggu sehari dia tak balas. Lepas tue aku malas nak tengok dah email aku pikir mesti dia sibuk atau dia dah tak beli lagi tabita tue. Ntah mcm mane aku saje nak clear email aku ternampak plak dia balas. Aku terlambat untuk batch minggu tue. Kali kedua email pun terlepas jugak..ahahahha. Lepas tue aku geram aku transfer je duit aku cakap bila2 klu ada batch yang kosong baru belikan untuk aku.


Panjang citernya kan. Sekarang aku baru pakai 4 hari tabita tue. So far macam yang dia citer kat belog dialah. Seksa oooooooo..pakai tabita nie. Masa cuci pakai cleanser dia fuhhhhhhhh...pedih gilo. Kulit muka dah start mengelupas. Kadang2 muka rasa macam pijar kena cili..muahahhaha...Muka bintik2 merah + gatal2. Kalau ikut penerangan tabita nie, muka akan jadi macam tue lebih kurang -10+20 hari. Gitulah dia tulis. Dah sebenarnya aku carik penyakit sebab seminggu lepas nie aku ada company dinner..waaaaaaaaaa.. Tahanlah ko pegi dinner ngan muka mengelupas2 mcm nie..waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Kalau pakai cleanser tabita tue, aku rasa kulit muka jadi teganglah. Serius macam pakai mask rasanya. Lain-lain efeck yang best belum kelihatan lagi. Mungkin kena tungggggggguuuuuuuu lagi seminggu 2 kot.

Ini telah menjadi SEJARAH

18 Januari 2012

Rumah Pusaka yang tinggal kenangan.

Kalau nak ikutkan memang sayang, tapi nak buat macam mana? Hidup dengan kenangan tak kemanalah jawapnya. Sentimental value nya sangat tinggi kat rumah ini. Aku dan adik beradik dibesarkan & kahwin kat rumah nie. Arwah abah jugak meninggal kat rumah nie. Lepas aku kahwin, aku menumpang teduh kat rumah nie selama 2-3 tahun. Banyak pahit manis kat rumah nie. 

Sekarang dah jadi kenangan!. Tanah tempat rumah nie bertapak dah kena jual. Banyak sebab kenapa dijual. Salah satu sebabnya kawasan persekitaran yang dah tak sesuai. kanan kiri depan semuanya dah ada KILANG.

Rumah nie arwah abah yang bina, buat sikit-sikit. Tak lama lepas rumah nie siap terus abah jatuh sakit.
Keuzuran rumah ni memang terserlah. Sebab dah tau nak kena jual kitaorang takde nak betulkan pun.

Tempat lepak sekeluarga. Masa nie barang-barang semua dah kena angkut.

Bilik ... kakida-->aku--->ateh.
Dapur, kabinet tue pun arwah abah yang buat.

Tempat menyimpan khazanah aka Jamban kenangan. Jauh dari rumah kalau malam2 nak memerut..mmmm..agak menyeramkan..ngeh ngeh ngeh..


Tuan belog yang kurussssssss sangat bergambar kenangan dengan rumah pusaka...
Sabtu (14/1) lepas rumah nie dah jadi mcm nie!...semalam (17/1) aku lalu dah tinggal dinding batu je..dapur pun dah habis...
tanah baru yang akan menggantikan tanah yang terjual...

yang semak tadi dah jadi padang jarak padang tekukur....rumah yang nun jauh kat sana tue,rumah pusaka baru, sebelah tue rumah abang ayeng....
berselut...balik rumah terpaksa aku memberus kaki azri, fahmi , aqil, azam & kaki aku sendiri sental kuat2 sampai menjerit2 diorang muahahhahaa...
Rumah pusaka baru yang diamanahkan kat ateh. Buat kat tanah dia, supaya rumah nie dapat menggantikan rumah pusaka lama walaupun tak sama. Rumah nie akan jadi tempat anak, cucu & cicit berkumpul. Insyaallah.

Banyak perasaan aku bila tanah pusaka tue terjual. Sedih, terharu, gembira semuanya jadi satu. Sedih sebab tu jelah tanah yang arwah abah tinggalkan untuk anak2nya walaupun kitaorang dapat gantikan tapi tak sama. Gembira sebab mak merasa duduk rumah yang selesa. Kalau tanah tue tak dijual macam mane mak nak rasa duduk rumah cantik, nak harapkan kitaorang binakan untuk mak, ________________. (sapa yang baca sila isikan sendiri)

Ini telah menjadi SEJARAH

06 Januari 2012

Pasal tahun 2011

Kalau ikutkan hati aku, aku taknak review tahun 2011. Banyak sangat yang pahit terjadi.  Tapi itulah lumrah kehidupan. Siapa kita nak mempertikaikan takdir yang terjadi. Semuanya ada hikmah yang tersendiri. 

Untuk tahun 2012 nie, aku takde azam yang nak di realisasikan cuma aku berharap semoga Allah permudahkan segala urusan & jalan untuk aku & keluarga terutama mak aku. Lepas nie mak akan menjalani kimo yang lebih kuat lagi. Harap2 mak kuat & terus bertahan.  

Ini telah menjadi SEJARAH

Laki bini

Beberapa minggu lepas balik dari pasar aku jerit kat Azam.. (jerit sebab atas motor, ckp lemah lembut nanti tak dengar..hahahaha)

Aku: cepat cepat cepat..nak tengok botak!
Azam: botak apabenda pulak nie
Aku: hish lajulah cikit...dah nak mula dah citer tue
Azam: Citer apa?
Aku: ala citer yang ada botak tue..
Azam: abang pun botak apa....
Aku: abang botak..tapi tak hensem..hahhaha
Azam: cis..tido luar malam nie.
Aku:...kahkahkahkahkah...


Berani cakap laki tak hensem derhaka terang terangan tu. Kalau Azam keje malam kadang-kadang dia saje je kacau aku.Tapi hari nie aku kacau dia dulu..kehkehkeh..







Ini telah menjadi SEJARAH