06 Disember 2012

Pra Legoland

Aku sampai sekarang geram dengan si Azri. Masa aku ziarah kakak sepupu tue boleh dia tanya aku depan2 kakak sepupu "ibu bila kita nak pegi legoland, ibu cakap nak pegi"..geramnya hakuuuuuuuuuuu..kalau orang tak nampak tue memang haku kutil dah paha dia. Aku takut diorang salah paham pulak, aku nie tujuannya ke johor memang nak ziarah kakak sepupu cuma aku cakap dengan anak-anak kalau sempat kita singgahla legoland atau mana-mana tempat menarik kat johor tue. Tak sangka pulak dia tanye depan2 orang macam tue..aisshhhhhhhhhh..rasanya tebal 20 inci muka haku nie.

Lepas keluar rumah kakak sepupu, first sekali kena cari hotel murah dulu kat kawasan sekitar on GPS, on google map segala. Last decide ke arah Dangan bay sebab Azam cakap nanti mlm bleh jalan2 kat pantai katanya. Danga Bay rupa  macam mane pun tak tau..hakhakhak. Sampai kat area Danga Bay tue, baru carik hotel. Nampak hotel tune suruh azam tanye,  ada bilik kosong cuma ada katil je 150 tambah tv aircond jadi 180 klu family aku kena ambik 2 bilik sbb takde ruang nak letak katil extra jadi 300++ fuhhhhhhh..gilala cuma nak tido malam je kot. Berdekatan hotel tune ada lagi hotel bajet kat sekitar tue, ada 2 hotel yg aku nampak. Tanye salah satu hotel tue ada kosong tapi bukan kat hotel tue, mcm cawangan dia gakla hotel yang kosong tue sebenarnya Banglo sebijik harga semalam 68 ringgit je. Kat tingkat atas tue ada 5 ker 6 bilik dan  1 bilik air(so kene share bilik air ngan org lain). Bilik ada TV, air panas n aircond, bolehla buat tido kejap je pun sebab kitaorang kat situ pun dah maghrib karang lepas mandi nak keluar plak kan.

Seperti yang dirancang lepas mandi, rehat kejap dalam pukul 8.30 macam tue kitaorang keluar nak carik makan. Lepas dah pening2 nak makan kat mana kitaorang redah je ke restoran singgah selalu femes gak restoran nie bila aku google. Okla kesanala kita berpandukan GPS sebab jalan kat area danga bay tue banyak kena buat U turn. Lalu kat Istana Serena setelah sesat barat entah kemana-mana akhirnya sampai jugak padahal dari simpang mula-mula kitaorang sesat tue hanya beberapa langkah je ke restoran singgah selalu nie..sabo jela.

Gambar kurang clear sebab pakai HP je, kamera tinggal kat bilik..dalam nie macam2 ada restoran singgah selalu nie bukak 24jam. Orang pun ramai jugak malam tue tapi service ok.

siakap 3 rasa small size, chicken lime small size, brokoli scallop small size, sup cendawan small size..walaupun semua small size cukup sangat untuk aku sefamily harganya pun boleh tahannnnn jugak..mungkin sbb 24 jam..rasanya pun boleh laaa..

Habis makan singgah la kejap kat marina club danga bay tempat kapal2 layar berlabuh, Sebelah tue pulak ada funfair sibuk anak-anak nak singgah. Aku cakap mana nak, funfair atau legoland. Of cos la diorang pilih legoland..huahuahua.


Takde mendelah kat sini, lagipun gelap apa yang nampaknya pun. ehehehhe...tak lama kat sini lebih kurang 15 minit je kot pastu balik bilik terus.


Ok masa nak masuk parking arah banglo sementara kitaorang tue dah ada 4 kete parking gak...Azam sibuk dok tengok kete orang..sekali tue....prakkkkkkk..tayar kete sebelah kanan masuk longkang ...fuhhhhhhhhhhh... bestkan ..aarrrrrrrrrrghhhhhhhhhhhhhhh..tensen. Mula aku nak angkat kete hahahha..adahati nak angkat kete, poyo parijah nie mcm badang sangat azam reverse tak jalan, pastu tukar plak Azam angkat aku reverse pun tak jalan...tengah pening2 tue keluar plak 1 family dengan orang yg uruskan banglo tue kim namanya. Lepas tue 3 orang angkat kereta aku reverse percubaan pertama gagal kali kedua baru ok. fuhhhhhhhhhhh...tengok rim dengan tayar calar sikit, yang lain2 ok. Alhamdulillah.

Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

ieda berkata...

budak2 mmg takleh nak bersabar bila kita dah cakap nk bawa pi mana2....akak dgn husband dari dulu lg jenis tak bgtau awal2...kadang2 sampai dah dalam kereta pun depa still tak tau nak pi mana...malas nak layan soal jawab depa.
tapi bila dah besar ni ok lah..mmg bgtau awal2 sebab barang2 depa semua kena siapkan sendiri..takde masa akak nak kemaskan...hehe..