27 Disember 2012

Diari seorang ibu di pagi hari

Ala ceritanya sama je setiap tahun, takde beza...

Lagi 5 hari nak mulakan sesi persekolahan 2013. "r u ready kids!!"..hihihi..tapikan patutnya pertanyaan tue lebih kepada mak kids.." r u ready mom!!" ready untuk berpeluh dipagi hari seperti berlari di treadmill dengan kelajuan 90kmj semuanya kene bergerak pantas dan tuntas, ready jugak untuk lontaran vokal paling agung di jalan pandan 16 untuk membangkitkan anak-anak daripada tido silap gaya anak2 jiran pun boleh terbangun sekali..hahahahah, ready memory otak supaya tidak lupa untuk mengangkut barang2 yang perlu dibawak dipagi hari.

Tapi takpe kita bayangkan yang indah2 je. 

Bangun pagi dengan senyuman kejutkan anak dengan lemah lembut, anak bangun dengan senyuman terus masuk bilik air, pakai baju sekolah, perform solat subuh, ready untuk sarapan ringan dengan segelas air milo dan roti. Ibu hantar kesekolah dengan perasaan gumbira. Yessssssss tanpa ada suara "mandi cepat sikit".."Cepatttttttttttttttttt pakai bajuuuuu sekolah tue" "Dah sembahyang belummmmmmmmm". Make up ibu tak cair sebab berpeluh, semuanya berjalan dengan tenang dan lancar. Eh macam citer drama melayu je tak logik langsung ..hahahhahahha...

Harap-harap aku boleh manage masa dengan baik, eh tapi kalau masa in shaa Allah boleh kot, nie nak deal dengan perangai anak2 dipagi hari mmm..harap2 tahun nie anak2 boleh bagi kerjasama yang baik...amin.


Ini telah menjadi SEJARAH

4 ulasan:

Irfa berkata...

hehe..ada2 je ko ni :)
aku sorang je yang kena urus so far takde mslh bab kejut bangun..mandi @ bersiap ;)

jeles tak?hahaha

Cikja berkata...

jelesnya jelesnya... ekekekekek.. :-p

ieda berkata...

bayangan2 indah tu macam khayalan ja...hehehe..good luck anyway.
akak alhamdulillah...budak2 dah besar.nak bangun pi sekolah takde masalah.yg masalahnya nak buatkan abah mereka keluar awal...terlalu relax dia ni.

Cikja berkata...

ekekek..tq kak, senang kan kak anak2 dah besar...hihihi..lor abahnya pulak..hihihi...