20 Disember 2012

Dia kembali pada PENCIPTANYA..

Adoila apasal aku blur sangat nie...

Nak tunggu mood aku datang memang konpem belog nie tinggal kenangan je..huhuhu..

Karangan yang ke 2 kali, isi sama cuma ayat entah kemana la ye

Khamis 6/12/2012 masa aku otw balik ke rumah dapat panggilan dari kakak sepupu (kak T) bagitau kakaknya (kak L) tengah nazak. Kakak sepupu yang aku sempat lawat 2/12 aritue. Ceritanya ada kat sini. Aku khabarkan berita pada saudara mara yang lain. Setelah diam pikir diam pikir aku buat keputusan nak ke johor ziarah lagi sekali. Aku anak beranak, kakida anak beranak kecuali along, abg ayeng sefamily dan Ateh sama izz.

Bertolak dari sini jam 2 pagi sampai johor pukul 9 pagi jumaat (7/12/2012) tue. Dekat   6jam biasalah banyak sangat berhenti makan solat rehat. Kat sana keluarga kak L dah berkumpul. Dengar rintihan keluhan kesakitan yang dirasai oleh kak L buat hati rasa simpati yang amat sangat. Kenangan mengadap mak di saat-saat akhirnya menerpa ke fikiran. Sangat-sangat sayu dan sedih. Sempat buat bacaan yasin jugak. Kak L hanya bertahan dengan Morfin sebab doktor pun memang dah tak boleh buat apa-apa.

Tak lamala kat sana sebab malam tue Azam kerja, lebih kurang jam 12 tengahari kita orang undur diri. Fuhhh..kalau tak kerana perkara mustahak, macam buat kerja gila pegi johor baharu macam aku ulang alik pegi kerja. Paling kesian Azam la, sebab dia yang memandu entah berapa kali berenti asal nampak perhentian je berenti. Dekat jam 6 petang sampai rumah.

Sabtu 8/12/2012 jam 12 tengah malam  aku terima sms n panggilan memaklumkan bahawa kak L telah pergi buat selama-lamanya tepat jam 11.40 malam. Innalillah...Dia kembali pada PENCIPTANYA. Seorang pengidap dan pejuang kanser payudara. Alfatihah kak. Aku tak dapat ziarah jenazah sebab baru balik semalamnya. Kesian tukang driver huhuhuhu. Aku iringi dengan sedekah Alfatihah dari jauh. Moga Rohnya dicucuri Rahmat.

Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

alfatihah..aku juga sedang berdoa moga Allah sembuhkan sahabat yg aku ada tulis kat blog..dia disahkan kanser sama tahun lepas dan baru lepas bersalin 2bulan lepas..skrg kat ppum tgh buat rawatan.katanya dia pun kena morfin jugak.aku harap keajaiban dr Allah utknya