31 Disember 2012

Alhamdulillah...dah boleh senyum sampai telinga

Syukur sangat2 Allah permudahkan urusan aku.

Atas pertolongan pengasuh aqil akhirnya aqil dapatla sekolah kat Tadika KEMAS ..hihihi yang paling manis aqil akan bersekolah kat tadika yang sama aku bertadika 25 tahun dulu. Sekarang banyak yang dah upgrade semestinya.

Hari sabtu hari tue Azam round kampung jugak nak carik tadika sekitar tue, ada satu tadika (tadika C) yang masih terima pelajar yurannya RM300 untuk sessi 6 bulan pertama so setahun kene bayar RM600, bulanannya pulak RM100 tak campur duit van sebab tadika C tue jauh sikit dari rumah pengasuh so nak selamat baik naik van sekolah..huhuhu. Setakat yuran tahunan tue insyaallah bolehla kot sebab kalau tadika Pasti pun yurannya dalam banyak tue jugak, cuma bulanan tue macam berat sikit..huhuhu.. Dan aku akan pilih tadika C nie sebagai pilihan terakhir, dalam pada masa yang sama aku tak berharap tadika2 lain ada kekosongan. 

Bila bincang balik kos yang akan dikeluarkan untuk tahun 2013 nanti, azam cakap dengan aku "ibu berenti jela, kalau ibu berenti anak2 takyah tusyen, ibu ajar diorang je kat rumah"..hahahhaha... Tak sangka terkeluar ayat tue dari Azam. Alahai aku pun mcm terpikir tak berbaloi keje sebab memang duit gaji aku akan habis untuk bayar transit anak2. mmmm...

Hari nie pula dah nak bayar duit yuran kat tadika C tue, sekali kakak pengasuh sms inform ada tadika kemas yang ambik budak 4 tahun n masih boleh daftar. Kakak pengasuh sanggup naik motor pergi jumpa dengan cikgu tadika kemas tue dan pastikan memang ada kosong. Tak terbalas budi aku kat Kakak pengasuh. Pastu aku call Azam suruh pegi daftar  hari nie tadika kemas tue bukak sampai pukul 12.

Terkejut bila Azam wasap gambar resit daftar tadika Kemas tue..gila murah. Bulan-bulan pun baru 20 ringgit. Nanti aqil pergi sekolah bawak diri je, kat sana dia siap bagi beg dan kelengkapan alat tulis. ok yang nie betul2 murah kalau nak bandingkan dengan negara zimbabwe..ehehehhehe..



Jadinya offer untuk meletak jawatan secara rasminya telah dibatalkan oleh Azam..muhahahahha...sabo jela. Takpelah aku pun belum tentu nak letak jawatan, belum sampai seru lagi, boring kot klu duduk rumah anak-anak semua sekolah.

Tadi jugak Azam bawak Aqil pegi buat gambo..eheheh...Comel la pulak muka dia nie rasa nak lempang2 kan *mak syok sendiri* ..hahahhahha...


Mudah-mudahan untuk 2013 nie kehidupan aku berjalan dengan lancar dan Allah permudahkan setiap urusan aku sekeluarga. So 2hb aku akan bercuti sempena hari pertama anak-anak ke sekolah. Aku pulak rasa dup dap dup dap anak nak sekolah...

Ini telah menjadi SEJARAH

4 ulasan:

Irfa berkata...

eh bagus apa KEMAS ni
(kalau dapat Kemas yg bagus la)
tp anak aku si abam tu ada pengalaman x bagus dgn KEMAS..huhu.takpelah

kemas kat taman aku ni bagus,dhla
yuran murah..lawatan sekolah pun free je.setakat nak belajar mengira dan kenal huruf tu oklah

Cikja berkata...

aah kat kampung nie ada 3 kemas yang dengarnya yg elok ada 1 kemas nie tapi pendaftaran dah full, aku tak kisahlah sebab aqil baru 4 tahun pun..nak bagi dia rasa sekolah je..insyaallah tahun depan boleh daftarkan PASTI kot..sekurang2nya dia tak boring kalau tukar2 kan sekolah nanti mcm abgnya2 3 tahun kat PASTI dah lemau je bila dah hujung2 tue..huhuhu

Nisah Idham berkata...

haa dah masuk tadika kan.. tahniah.. belajar rajin2 tau !! (^_~)

Cikja berkata...

aah..tq auntie nisah ;-)