26 Disember 2012

6 kali gaji

Kerja dengan badan sakit-sakit..uhuk, macam baru lepas merentas desa je gamaknya. Semalam ada orang betulkan aircond pastu ntah macam mane salah pasang ker mende sekali airnya masuk ke dalam rumah, bukan ikut saluran paip kat luar ...pergghhhhhhhhhhhh.. banjir bilik haku, yang lagi best orang repair tue baik hati pegi tolak balik katil tue rapat ke dinding habis dengan tilam2 sekali basah pastu yang buat lagi geram fahmi masuk bilik dia buat terjunan bebas atas katil tue prapppppppp kayu katil tue jatuh sebab mood memang tahap merah iaitu tahap amukan kene piat jugakla telinganya. Bayangkanlah nak angkat tilam spring tue..huhuhu..sorang2 hokey...sebab bawah katil airnya banyak bertakung+ betulkan kayu yang jatuh tue..rasa nak nangis je.

Tinggalkan la cerita tilam basah tue..hihihi...bila malam kering dah sebab aku pasang kipas kasi kering klu tak kene tido luarla Azam..hiks..


Aku ambik dr FB tuan Suzardi (Pakdi). Perancang kewangan islam boleh klik sini
Sebelum nie ramai yang cakap kene buat simpanan at least 10% dari gaji n lepas tue kene ada simpanan 6x gaji jugak untuk kecemasan. Tapi masih blur lagi macam mane nak buat. Bila dia bagi carta simple macam nie baru nampak mana hala tuju duit gaji tuekan. Mana simpanan mana perbelanjaan. Korang jangan cakap duit gaji tak cukup nak simpan. Penting simpan dulu baru belanja. Bukan belanja dulu baru simpan memang sampai kesudahlah tak simpan. Nasib aku tolak gaji siap2 duit yang nak simpan tue sebab kalau nak suruh aku berjalan kaki pergi bank semata-mata nak simpan RM100 sebulan memang takla.. kene plak nak pegi bank tue lalu KFC, Pizza Hut bla bla kene hasut ngan setan sikit terus tak nampak bank dah..hiks..

Kalau tak boleh simpan sampai 30% at least simpan 10% (minimum). Dari 10% mungkin korang boleh pecahkan jadi 5% setiap bahagian. Contoh kalau 10% dari gaji tue 100. simpan RM50 akaun sendiri RM50 untuk kontigensi. Aku pun bukan penyimpan yang baik hihihi..last aku buat simpanan bulan 4 2012. Lepas tue stop sampai sekarang, yang aku perasan aku simpan banyak ker sikit ker atau tak simpan langsung ker duit gaji tetap jugak macam tue. PELIK. Kalau simpan, hujung bulan sangap tak simpan pun sangap jugak. Memang misteri nusantara betul.

Aku nak cuba plan duit gaji 2013 ikut carta simple tue, tadi aku dah buat dah masukkan figure yang betul sekali tue gaji aku jadi negatif..muahahhahah..nampak sangat kehendak lagi tinggi dari apa yang ada. Terpaksa main tarik sana sikit tarik sini sikit. Aiyo tue pun ada figure yang tak pasti macam yuran bulanan taska aqil, duit tusyen anak..uhuk uhukkkkkk..mana yang boleh aku cantas aku nak cantas mcm bil selkom tab haku tue...bayar mahal2 tapi tak guna pun sebab kat rumah dah ada Steamyx. Tab tue pun anak2 buat main game je. Terpaksa tunggu sampai habis bulan nie sebab terikat dengan kontrak kalau tak kene penalti.

Harap-harap aku boleh konsistenla buat simpanan tue....hihihi..10 tahun keje baru nak sedar..hahahha.agak2 kalau konsisten dari dulu lagi haku dah ada 6x gaji kot...uhukkkkkkkkks..takyah banyak kalau konsisten RM50 sebulan kira 10 tahun dah ada 6000 tue belum campur dividennya..mmmmm...

PENTING KONSISTEN MENYIMPAN dengan TIDAK MENGELUARKAN..hihihi..nie simpan 100 bulan depan keluarkan jugak 100 hahahhaha..akula tue



Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

huhu..sedih aku tgk carta tu
sbb lgsung takde simpanan
moga 2013 ni aku boleh simpan utk diri sendiri atleast rm50 sebulan

Cikja berkata...

in Sha Allah takpe irfa janji konsisten, aku pun nak cuba biar sikit janji simpannya tetap.