08 November 2012

tak tau nak letak tajuk apa...

mmmmm

Banyak benda nak cerita tapi semuanya sangat personal. Cerita kang bukak aib orang, dosa pulak, tak cerita semak pikiran. Kalau nak kira aku nie orangnya boleh tahan pendendamnya. Susah nak maafkan orang, padahal bila kita redha dengan ikhlas hati akan tenang. Aisshhhh..entahlah. Cakap senang nak buat susah. Kalau aku maafkan pun mesti teringat-teringat, maaf apa macam tue, akhirnya maaf tapi tak ikhlas buat apa...mmm. Setakat nie dalam hidup aku ada 2 orang yang aku rasa susah nak maafkan. Biarla masa yang tentukan nanti. Mudah-mudahan Allah buka pintu hati aku. Amin.

Hampir sebulan aku rasa tak sedap hati sangat sangat. Sampai ada satu masa tue aku berzikir nak hilangkan perasaan tue.  Rupanya satu peristiwa pahit yang jadi dalam keluarga. Kalau dia trauma mengalami peristiwa tue aku pun sama. Masa dia datang mengadu aku peluk dia. Ya Allah berat dugaan yang ditanggung. Aku talipon kayang nangis2. Tak tau dah nak ngadu dengan sapa. Buat masa sekarang nie aku jadi peneman dia.





Minggu nie last sekolah untuk tahun 2012. Tahun depan semua anak2 aku akan kesekolah. Azri darjah 5, Fahmi darjah 4 dan Aqil masuk tadika yang aku suka Azri dan fahmi dah satu sesi tak macam sekarang Sebab azri ngan fahmi lain sesi aku sampai rumah lambat kene tunggu fahmi balik sekolah pukul 6.20 petang padahal azri balik sekolah pukul 5.30 petang. Kene tunggu Fahmi dekat 45 minit jugak, selalunya aku buang2 masa gitu je depan sekolah...aiisshhhh..Kalau kat rumah 45 minit tue macam-macam aku boleh buat. Aqil plak aku tak buat keputusan nak hantar tadika mana. Nak hantar tadika gomen ker tadika swasta kalau gomen jimat duit, kalau swasta cekik duit...huahuahua.

Perasaan nak berhenti kerja makin membara...aisshhh. Kalau ikut hati sekarang jugak aku letak notis. Aku rasa sedikit kecewa, haritu aku ada ngadu ngan Azam pasal duit gaji aku dah nak tinggal serdak2. Azam tanya mana duit gaji aku semua pegi sebab semuanya dia yang bayar...mmmm.. yup dia nampak yang besar2 je yang kecik2 dia tak nampak (Kos aku pegi keje minyak+parking+makan. Duit babysitter+taska, bila balik keje kadang2 singgah kedai runcit beli sayur ngan lauk paling sikit 10 ringgit ambiknya sayur ngan ikan 5 ekor je. Kalau rasa badan penat ada plak pasar malam hari tue kalau bawak anak-anak 30 ringgit konpem lebur kat pasar). Kos ( ) susah nak nampak sebab takde rekod kan kalau hutang bank, bil2 semuanya ada bukti.  So kalau aku nie tak membantu ekonomi keluarga baik aku berhenti kerja kan kan. Mungkin boleh lagi jimatkan.

Aku pun dah berapa lama tak menyimpan. Nak kata aku nie enjoy duit gaji beli baju, kasut hendeg takde pulak. Setahun boleh kira berapa kali aku beli baju, henbeg dengan kasut. Aku suka pakai sesuatu barang sampai lunyai. Kalau beli pun yang biasa-biasa je bukan yang mahal2. Standard aku bawah 50 inggit je hokeeyyyyyy. Atas 50 tue kira mahal bagi hakuuu. So kalau tak keje pun aku takde masalah sebab duit gaji aku pun bukan dihabiskan untuk diri sendiri.

Taklelah citer pasal duit ngan laki nie boleh jadi gaduh tau..hahahhaha. Kadang-kadang aku malas pikir takde duit karang aku korekla tabung kalau ada. Kalau takde pandai-pandaila jaga bajet. Setakat nie tak penahla terbabas sebab ada bantuan lain...ekekkeke. Bukit pun asyik kene tarah lama-lama boleh rata...aisshhhhhhhh. Entah gaya mana nak berjimatla hai.

3 ulasan:

Irfa berkata...

cikja..............
apa yg ko rasa,aku paham sesangat
(bab duit gaji x tahu mana pegi tu)
lelaki nampak kita x bayar apa tp kita bayar yg kecik2 dia x nampak.

cth mcm aku:
gaji bersih mmh x byk mana pun
aku guna utk bayar kutu,makan hari2 kat opis,,bagi belanja anak skolah..beli lauk kdg2,beli apa yg kurang di tengah bulan

dia bayar semua yg besar.umah.keta.pengasuh,van anak.mmg semua dia yg bayar.tp bila cakap bab duit,aku mmg tak berduit.skrg 2 mggu sblum gaji..gi keje dia bg duit belanja macam aku pun gi skolah jugak.huhu

ieda berkata...

akak ni terbalik plk.selalu tanya husband duit dia kemana?sb cepat sgt habis.pastu kenalah dgn dia..."mana beli apa pun..tgk la..minyak keta 20,top up 20,makan lagi.."...hehe...dalam sehari tu.
duit mmg tak pernah cukup pun...pusing2 belanja.kdg2 terbelit jugak.bila anak makin besar,makin besar jugak belanja utk depa.
tapi kalau husband mampu bolehla jadi suri rumah sepenuh masa....senang nk tengok2 anak.zaman sekarang ni masuk ja sekolah menengah macam2 perangai depa.

Cikja berkata...

irfa
heheeh..samalah aku nie lagi 2 minggu gaji duit mmg sangat pada paras bahaya..aiiiyyyooo..

Kak ieda.
eh betul kak ieda bende sikit2 tue tak nampak...tapi bila kumpul2 yup..sehari boleh jadi 50 inggit lesapppppp...

mampu tak mampu dia kena mampukanla..asal makan pakai tempat berteduh ada cukupla....keluarga selesa..ok je..