20 November 2012

Minta maafla nak suruh aku tengok dia bersanding

Genap mak meninggal 4 bulan, bapak tiri aku dah kawin lagi.

Kecoh dia nak kawin lagi lepas sebulan mak meninggal. Sejujurnya aku takde masalah langsung dia nak kawin lagi andaikata baru sehari pun mak meninggal.

Selagi tiada apa-apa yang melibatkan keluarga aku, aku taknak ambik tau dah pasal dia. Biarlah orang kampung nak cakap aku nie anak tiri kuang ajo..korang tengok yang luar tak tau yang dalam so baik DIAM.

Minggu lepas masa aku rewang kenduri kahwin rumah sedara kat kampung, ada yang tegur

"ko tak ngiring bapaknya" maksud dia tak hantar bapak tiri aku pegi nikah ker

"tak kuasa" hahaha..puaka kan mulut haku..

"la kenapa, dia tak jemput korang..bla bla bla....".

"ala bagi kad jemputan pun orang lain yang hantar".

"dia tak datang jumpa sendiri ker?"

"takde"

Cepat2 aku buat keje aku pastu aku blah dari situ, malasla aku nak panjang-panjangkan cerita. Tapi kalau dia sendiri yang datang hantar kad jemputan tue pun aku memang takkan datang. Hati aku akan hancur kat situ.

Lepas mak meninggal baru aku tau cerita2 derita dia. Bukan aku takde mata dan rasa  cuma yang lebih hebat banyak mak simpan. Hanya Allah yang akan balas. Dulu masa mak nak kawin dengan dia aku adalah anak yang paling kuat membangkang! sampai aku kene maki dengan dotdotdot nasibakutahanmaki  dan bila semuanya terserlah salah sorang yang maki aku tue speechless..bingo! dan rasanya aku tak silap nilai orang noktah

Ini telah menjadi SEJARAH

3 ulasan:

Nisah Mat Noh berkata...

ye lah kan, cerita kuage baik buruk org luar tak tau pun... jadi org luar ni lebih baik jgn banyak bunyi :)

Irfa berkata...

dah boleh komen w,pun entri cuma baca kat google readers..hehe

mesti mak byk makan hati masa hidupnya

Cikja berkata...

Nisah : tanye & cerita boleh tapi jangan over..kadang2 diorang nie soalsiasat mcm polis pencen je..kadang menyampah nak layan

Irfa: yehhhhhhhhhhhaaa irfa dah sampai..mmm..tuelah yang terjadi irfa mak jarang burukkan suaminya ngan kitaorang adik beradik..mcm aku cakap aku ada mata yg nampak..n mak luahkan kat seseorang...orang tue yang bagitau cerita tue...mmm...

nie perkahwinan dia(bapak tiri) yang ke3..aku harap dia taubat n tak buat isteri baru dia mcm dia buat isteri2 dia sebelum nie...