24 November 2012

Mau potong?

Dah tiba masanya aku kena pikir nak sunatkan anak-anak tapi dasarnya aku je yang excited nak menyunatkan dioarang yang tuan punya badan taknak lagi takut katanya.

Macam-macam dah aku saiko diorang nak suruh sunat, macam-macam jugak alasan diorang bagi. Ada satu masa tue aku cakap "apa nak sakitnya sunat tue sekali seumur hidup je lelaki rasa sakit tue, tengok pompuan mcm ibu nie bersalin nak keluarkan korang rasa sakit dah 3 kali, hidupppppppppppp je pun sampai sekarang, ingat senang nak bersalin??". 

Senyap.............

Soalan yang diorang selalu diorang tanye "sakit tak sunat bu?" "manala ibu tau, tanye la abah" "abah, sunat sakit tak?" "sakitttttttttttttttttttt ooooooooo"..hampeh sangatlah bapak ko nie...gggrrrrrrrrrrrr...hahahhaha..

Paling lewat pun sampai pertengahan tahun nie je tinggal sebab hujung tahun 2013 azri dah start sibuk dengan kelas tambahan persediaan masuk darjah 6, so kalau sunat waktu tue ganggu kelas dia plak. Takkan nak tunggu sampai habis darjah 6 oittt..dah tua masa tue liat..hahahha *saje saiko*.

Akhirnya aku minta tolong cikgu2 diorang kat taska..hahahhaha. Hebat cikgu2 diorang saiko diorang siap tunjuk 'sample' yang dah sunat dengan belum sunat..kakakkakak..terkejut aku bila balik sekolah je Azri cakap "ibu abang nak sunat, nekad sangat dah nie"...hahahhahha...

esoknya Fahmi pulak kena saiko, naik je kereta dia cakap

"ibu adik nak sunatlah, adik dah tengok kawan adik sunat" maksud dia, dia dah tengok yang sunat punya bebird

"cantik tak?" hahhahaha..soalan apakah engkau ini, wahai emakkkkkkkkkkkkk 

"cantikkkkkkkkk depannya licin takde kulit macam adik "

"hahahhahahahha"..sumpah aku gelak memang tak hingatttttttt...

"pastu tegak je dia punya, adik punya hitam dia punya putih"....

"hahahahahaha" Ya Allah minta nyawa...semput gelak...hahhahahha

Tolonglah fahmi putih hitam tue sebab keturunan tau, takdenya kalau sunat nanti jadi putih..hahhaha..dah kawan ko tue putih, putihlah dia 'punya'.

Bila anak-anak nak pulak takde tarikh yang sesuai nak sunatkan sebab doktor yang jadi pilihan diaorang tue kene booking awal tambahan pulak sapa nak jaga diorang huhuhuhu..sedia maklum cuti haku dah licin lincau...takkan nak ambik unpaid leave sampai seminggu oh mmmm geeee...

Nampaknya kene tunggu lagila...alahaiiiiiii...  

Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: