28 November 2012

Hot Spring Sg Klah Sungkai, Perak.

Asyik terpendam dalam pikiran n hati je so harinie aku timbulkan kat bleog. Cuti Deepavali n awal muharam aritue Azam ajak balik kampung sebab dia cuti 6 hari start hari sabtu. Aku?..mmm cuti tang public holiday je la tapi sebab laki ajak balik kampung terpaksa ambik sehari unpaid leave hari isnin tue..huhuhu berderet unpaid leave aku yang nak kene potong.

Balik hari Ahad, hari isninnya  ajak MIL pegi berkelah2 kat Hot Spring Sungkai. Pestime lah datang sini. Jauh ok ke dalam, Lalu kampung2, kebun kelapa sawit n kebun getah tapi nyamannnnnnnnnnn suasana kampungnya.

depan pintu masuk
nak masuk kena naik tram lepas bayar untuk dpt gelang pink tue..lupa plak berapa bayaranya tapi tak mahal la..dijamin mampu masuk..ehehhehe..tak lama naik tram nie lebih kurang 2 minit je kot..hahahha..klu jalan kaki jenuh gak kot..kita consider bwk barang n bawak warga emas ..ehehheehhe..

Sampai je cari tempak lepak pastu apalagi bebudak terjun terusla...memang dah tak boleh tunggu2 dah. Tempatnya kira ok jela..ala takat buat acah budak2. Nak bawak pegi bercuti tempat lain entah bilakan dpt bawak, pegi sini pun kira ok..
aku lupa bwk tudung extra..mmm...eee..aku sekejap je dalam kolam tue takle tahan naik gatal2 plak sebelum parah aku duduk tebing kolam takut aku pengsan..hahahhaha..mcm kes kat kalumpang dulu..yup aku ada alergic ngan air kolam n sungai klu tak kena gaya boleh tumbuh gatal2 n aku akan pitam...aku pun tak tau sejak bila aku dapat penyakit nie..huhuhuhu..rasanya dulu2 ok je mandi sungai sampai kecut2 badan...


Dah bosan nengok bebudak mandi aku saja jalan2 nak tengok kawasan sekitar n tempat kolam air panas. Tempat rebus telo, telo disediakan tak boleh bawak telo dari luar. Aku tak beli pun malasla nak berebut-rebut ngan orang ramai. Kat sini je tempat yang airnya mengelegak.


dijual siap dengan kicap lagi telo tue...
Tapi kan ada satu citer, aku pun tak perasan sebenarnya. Bila dah balik opis, opismate kawan aku tanye ada tak aku rebus telo, aku jawablah takde. Opismate cakap masa dia nak rebus telo dia terpikir air nie datang dari mana..ehehhehehe..pastu dia tengok air tue air yang sama mengalir tempat orang rendam kaki..muahhahahhaha. Yup baru aku perasan nasib aku tak rebus telo..klu tak teloku perisa kaki..hak hak hak..

nie kawasan orang rendam kaki tue..nampak tak pagar kayu tue depan tue tmpt rebus telo..adoilaaaa..hahhahaha...kalau kawasan rebus telo dulu baru rendam kaki takpe gak...
Tapi kalau orang yang ok, ok jelah nak rebus telo sebab telo tue pun berkulitkan... ehehhehe.. kawasan nie baunya jadi hanyir sebab bau telo rebus....huhuhuhu...

Ada lagi sebenarnya tempat nak rendam kaki, siap ada darjah celcius untuk setiap kolam kalau korang tahan bukan kaki je satu badan pun boleh rendam. Aku masuk kat kolam yang 40-45 darjah celcius terkejut oit..fanas hahahhah..tak berani dah nak celup. Aku rendam yang kat kolam 30-35 darjah celcius yang tue bukan kaki je satu badan aku rendam kan.

mau balik sudah..tue pun diaorang taknak naik paksakan, tengok MIL pun dah penat..comel MIL aku orang nak ambik gambo dia tutup muka ngan botol mineral..
Perjalanan balik mendamaikan bukak tingkap kete...fuhhhhh..nyaman sangat. Siap ada sesi mengenali tumbuh tumbuhan..hahaha..kesian jadi budak zaman sekarang pokok getah pun tak kenal..huahuahua..ker anak aku je yang kesian. Pokok getah kat area kampung haku dah pupus...huhuhu..so bila nampak pokok getah sepanjang jalan dok suruh anak tengok..hahahhaha...

Sampai kat bidor dah niat nak singgah kat sini..ehehhehe...apa ingat kat melaka je ado ker. Kat perak pun adoooooooo jugak tau.
tak penah rasa tue yg nak try tue..sedap sangat ker air kelapa goncang nie

komen aku?..bolehlaaaaaaa...nak kata sedap sampai mimpi2 takdela...tahap biasa-biasa je...ker yang kat melaka tue memang sedap tahap mabeles..idaklah teman tau..

Sampai rumah abis semuanya ketiduran letih gayanya macam menbajak sawah padi secara manual...hahahhaha... Bangun tido makan pulak, perbuatan yang paling bagus. Pastu aqil merengek kat nenek nak tengok keretapi n nenk janji pegi kejap lepas sembahyang maghrib.

Lepas sembahyang aku n Azam lepak kat depan tv ngan anak-anak, tengok2 MIL keluar dah siap cantik2..hahahhaha. Kitaorang yang blur tanye "mak nak kemana?" "la kata nak tengok keretapi?"..hahahhahha..ingatkan tak jadi atau dia saje je nak sedapkan hati Aqil. Dalam malas2 tue pegi jugaklah salin baju..huhuhuhu...

sangat selekeh hahahhaha..main sarong tudung tanpa lihat cermin...vuruk sangat..
Sampai je tengok jadual ada satu keretapi penumpang akan sampai..wah rezeki aqil nak sangat tengok keretapi, nie aktiviti biasa kalau balik kampung..ahhahahha..

Kahkahkah..fenakut punya budak..keretapi sampai kelam kabut lari belakang nenek, peluk nenek..APTB.
Dahla..sampai sini je..malas nak karang lagi dah boleh penutup macam nie...bolehla belog haku kan.. :-P

Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: