27 November 2012

Cerita lama, baru terasa nak cerita..

Bulan 10 yang lepas, eh bulan sembilan la..tarikh tepatnya 8-9/9/2012. Company tempat keje aku nie buat team building yang pertama. Masa management set tarikh aku tengok tarikh tue betul2 kena pada tarikh Azam off. So tanpa buang masa aku bagi nama secara sukarela tanpa paksaan dari mana-mana pihak untuk menyertai team building tu...hihihihi. Niat dalam hati nak relax2 bersama opismate n lupakan sekejap peristiwa pahit yang jadi kat aku sebelum tue.

Team building nie dibuat di Afamosa Resort, Melaka. Sebab pertama kali buat jadinya aktivitinya hanya yang ringan-ringan je sebab consider pesertanya dah kertu2..hahahhaha..takdelah aktiviti panjat memanjat ker berlari ker, berenang ker dan sewaktu dengannya.

Dari Port Klang kitaorang bertolak pukul 10 pagi naik bas kemudian singgah ke opis nilai untuk ambik staff2 kat nilai pulak kemudian baru bertolak ke Afamosa Resort.

Sampai seperti yang dijadualkan...

Sampai je kene makan dulu sebab mmg sampai waktu lunch..eh nampak tak aku and the geng berlagak taknak pakai tshirt company...sebab kebelagakkan itu aku n the geng kene denda..sat lagi aku citer denda apa yang aku kene...

Habis makan2 semua, aku pegi solat kejap lepas tue aku tengok mana-mana staff yang tak tukar baju dah sibuk tukar tshirt company. Aku pun tumpang menyibuk gak menukar baju. Biasalah pompuan tukar baju pun jadi kecoh. Ada sorang yang tak siap lagi n dengan niat murni aku rela hati tunggu budak nie tukar baju konon2 nak naik sama2, yang di tunggu plak berkial2 pasang tali kasut..hahahhahampeh betul..

Sekali naik atas game dah mula separuh jalan...demmmmm. Pastila kitaorang mengganggu perjalanan game tue n blur...tiba-tiba terdengar Facilitator cakap kitaorang akan didenda siakhir sessi suaikenal tue..ohhhhhhhhhhh nooooooooo..


Abis game sessi suaikenal tue kitaorang 4 orang dipanggil ketengah2 bulatan peserta, tiba-tiba mata  aku nampak kat screen laman youtube dengan lagu oppa gangnam style, walaawei dah boleh agak dah nak kene buat apa..hahahhahha...yang 3 orang tue dah mengelupur hahahhaha...aku masa tue masih steady lagi..ntahla aku mcm teruja plak...kakakkakak..sewel sangat.

Masa game suaikenal tue....aku mcm mengandung 4 bulan gayanya..hahahha yang kene denda tue pompuan yang bertudung semua dari aku, zura, zeehan n noli. yang buat lambat si zeehan tue..hahahha..ikat tali kasut pun terkial2...

Gambo takde tapi video aku menari gangnam style tue ada..hahahah..tapi takde aku nak letak kat sini, karang kalau aku letak kat sini mau kene kutuk 7 keturunan, bodoh sangat aku rasa menari macam tue, sampai sekarang aku terpikir mana hilang kemaluan aku buat semua tue  kat depan 35 org staff yang boleh dikatakan aku tak berapa kenal yang aku kenal staff dari port klangla..  4 5 orang dari nilai tue kenal gitu2 je.

Tapi aku nie kira penyelamat sebab lagi 3 orang tue buat sikit2 je..hahhahaha.. aku beriya buat oppaaaaaaa gangnam style tue, eh tapi zeehan pun boleh tahan yang 2 orang tue cover cun...hahhahahha...then bila fasilitator kata ok tak..peserta lain jerit ok..so selamat tak kena buat lama2 atau sampai lagu habis memang kerja gila mak orang menari terkangkang2 sambil tangan bersilang2...

Habis denda tue kitaorang dibahagikan mengikut kumpulan. Nasibla tercampak kemana-mana atau dapat geng yang tak dikenali, yang paling best kumpulan haku sekali ngan GM fuhhhhh..kecut..hahahha. tapi nasib GM ok je takde gila kuasa boleh terima pendapat kita2 staff bawahan nie bila buat kerja perpasukan.

team haku yang terbaikkkkkkkkk..

Game kedua nie kena buat nama kumpulan tagline & sorakkan kumpulan. eh jap..lupa pulak..salah-salah game kedua kena main ooo sommm ke belakang, lead akan tunjuk isyarat jari kebelakang dan tentera kat belakang kena tau isyarat tue n buat gayanya  kene lawan geng kat depan. hahahha..memang lawak game nie.

nie isyarat burung, so kene buat gaya burung terbanggggggg..tapi lead aku nie takle pakai sebab apa yang dia bagitau kitaorang tak sama dengan yang dia buat..menyebabkan kitaorang kalah..


GM geram so dia sukarela jadi lead pulak...hihihi..tapi kalah jugak..hahahhaha..sangat bersungguh-sungguh gayanya...
Game ketiga baru kene buat nama kumpulan, logo,  tagline dan tagline sorakkan. Idea aku diterima pakai..hihihihi.. SUPER GUPER. Logo ala2 superman.

yehhh..kami menang cipta logo..kumpulan lain malas aku nak letak gambo sebab biasa2 je..hahahahha...

Game ke 4 pula, apa nama game tue lupa la..kena carik barang yang telah dilistkan oleh Facilitator dalam masa 1 jam. Abisla masing2 bertebaran mencari barang2 yang diperlukan. Bendanya biasa2 je tapi susah nak jumpa masa tue..huahuahua..



nasib kitaorang dapat semua..

Benda yang diperlukan kain pelekat, kain batik(susah nak cari sbb takde sapa yang bawak pun huhuhu, nasib aku teringat kain telekung aku..hahahha..tue pun jadi kontroversi sikit), Duit matawang asing 2 jenis, bunga 7 jenis, maskot hidup, paku 2 jenis (aku tak tau mana diorang cabut paku tue..hahahahha) dan uban 7 helai (yang nie istimewa sikit sebab cabut uban GM..hahahhaha..ko mampu cabut uban GM)
Game ke5, berdasarkan barang2 kat atas wujudkan 2 orang bomoh lelaki n perempuan. Happening jugakla game nie nasib semuanya memberi kerjasama yang baik.

ada 4 kumpulan so ada 8 bomoh jadi-jadian...masa nie boleh tengok kreatif jugakla diorang nie..hihihihi

yang nie sudah semestinya dari kumpulan SUPER GUPER...jahanam kain telekung haku...
Setiap game yang kitaorang main ada markah2nya. Tapi tue semua tolak tepi yang penting happy..ehehhehe..rasanya game nie game terakhir untuk hari tue, lepas nie acara bebas menanti. Masa tue pun dah pukul 5 petang tak silap aku, masing2 dah kepenatan ambik kunci terus naik bilik.

Pukul 7 semua dah ready nak makan malam, aku pun turun pukul 7. Tapi sebelum turun tue kita buat acara bebas camera..hihihihi

nielah geng kene denda oppa gangnam style
kalau dibiarkan memang macam-macam gaya yang keluar..hihihihi..

dalam lift pun jadi...
Habis makan malam pukul 8 kitaorang jalan kaki nak ke comboy town pulak, nak tengok show abang api. Kalau takat aku nie yang dah ala-ala kertu memang tak berapa nak layan sangat abang api nie tak kagum pun..hahahhaha.. penat abang api tue kulum minyak tanah boleh aku cakap tak best  malah aku rasa bosan sikit, tapi kalau bawak anak2 seronok kot.

abang api

bersama abang api..

bunga api gak yang best...

sejukkkkkkkkkk...hihihi..aku buat gambar nie jadi profile picture fb..heheheh..tapi ada yang minta suruh tukar sebab geli katanya..so aku sangat memahami permintaan peminat so aku tukarla profile picture tue..hahahha..perasan sangat..pang pempuan nie taula
Dekat pukul 10 gak abis show nie bukan abang api je ada, macam-macam ada gajah, ayam kambing, kuda, tikus putih, pondan semua ada..hahahhaha..kalau ada anak-anak mesti meriah punyaaaaa...tang pondan je tak sesuai untuk anak2 yepp..

mau balik bilik sudahhhh...

takle nak sembunyi dah paha bersaiz balak tue..huhuhuhu..
Esoknya seawal jam 7 sudah mau terpacak kat kafeteria..hahahha,,bab makan memang tak boleh lambat hokeey seperti biasa wajib berkamera dulu kalau tak nescaya hidup ko tak sempurna seperti hajat yang tidak lepas..hahahahha..
yeee..aku paling gajah...

rock kapakkkkkk...hahahhaha..

makan pun kene poseeeeeee.....

Hari kedua nie ada setengah hari je tue pun sampai pkl 12 je, so agak terkejar2la nak abiskan. Aku tak ingat game mana mula dulu aku belasah cerita jela. Game yang nie menarik jugak pembunuh(gangster) yang berlagak baik siang hari tapi bila malam membunuh orang kampung. Sampai kesudah kitaorang dapat tangkap pembunuh tue.

pembunuh dipilih tanpa pengetahuan org kampung

dikala malam orang kampung sedang lena pembunuh memulakan misi membunuh orang kampung...eh aku mcm tido betul je..hahahha..

Lepas tue main belon nie plak, dia bagi satu contoh belon n setiap kumpulan kene hasilkan sebijik macam contoh tue..dah macam budak2 dah..tapi tuelah seronok gak sesekali jadi budak2...huahuauhua..kumpulan aku paling sikit sebab sorang je yang pandai tiru..hahahhaha..
boleh la tengok nama2 kumpulan yang lain..

Ada satu game kene keluar dewan panas deting kat luar tue..huhuhuhu..Setiap kumpulan dapat kertas putih 5 helai, plastik sampah, tali rafia, belon, pen marker dan sehelai kertas A4 untuk arahannya. Masa nielah korang kene test kebijaksanaan korang. Dan yang dapat selesaikan permasalahan adalah GM kitaorang..hahahhaha...nampak sangatla IQ korang tak hebat..hahahha. Tugasannya tue adalah : berdasarkan barang2 tersebut bina sebuah kapal yang panjangnya 20 meter. ambik ko padahal kertas tue hanya berukur 1 meter setiap helai.

rupanya setiap A4 yang kitaorang dapat kena camtum kan baru boleh bina kapal tue..dari 4 kumpulan jadi satu kumpulan besar n mula bincang macam mane nak bina kapal 20 meter panjang.

apa yang penting kerjasama! apa yang penting kerjasama!
ada bentuk kapal ker..hahahhahah..belasah..

Satu lagi game nie memang bestttttttt..hahahha..sakit tekak jerit2. Sorang ahli kumpulan akan ditutup matanya n kene bergerak berdasarkan arahan ahli kumpulan lain untuk ambik bola kat satu kawasan, dah setiap warna bola yang diambil adalah berbeza markahnya yang paling banyak markahnya bola merah 10 n kuning 5.

tengah bagi penerangan kat GM sebadb tadi dia pegi toilet...


GM tengah bagi arahan.. tengok kumpulan sebelah dah tak sabo2 hahhahahha..Game kedua aku plak tutup mata..

hahahha..ko agak ada beza ker bola kat tangan kanan dan  kiri ..hahahha..serius bising sangat dengan jeritan orang  sampai tak tau mana satu arahan dari kumpulan sendiri..huhuhu..jalan ikut naluri je n agak2..
main langgar org je nasibla..hahahhaha..ambik ko siap merangkak-rangkak..

paling corot kumpulan haku..hahhaha...lantakla...yang pakai cap tue main tipu..ahhahah..mata dia boleh nampak bawah so bola yang dia ambik merah ngan kuning je...hahahhahampeh betul..tapi gaya dia mmg tak bleh tahan..hebat lakonannya..cissssssssskek betul..
selesai game....hahahha punyala tak puashati dengan kumpulan satu lagi tue..hahhahah...sampai gitu gayanya..
Sesi akhir adalah bergambar. Memang seronok sangat walaupun game nya banyak kebudak-budakkan sangat habis nak buat game extreme ada yang bangkang..so redha jelah game budak2, tapi oklah untuk team building yang pertama kali dibuat nie..ekekekkeke..jangan yang terakhir sudehhhhhh..Selesai sudah team building 2012. Ada yang mula2 kene paksa pegi bila habis program nie je dah siap-siap bagi nama untuk team building akan datang..hahahhaha...


Lepas tue pegi makan tengahari n packing baju, check out sbb  bas dah tunggu pukul 1, naik bus apalagi membuta la kitaorang. Sampai port klang pukul 4 gitu.



Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

xleh bca kt pc opis.gigih aku bca kt hp skrin cinonet nih.huhu

Cikja berkata...

alahai kesiannya..