09 November 2012

Anak korang dapat nombor berapa?

Dari tahun lepas setiap peperiksaan atau ujian yang anak-anak kita lalui keputusannya  boleh check kat laman nie  


Sejak ada laman nie jugak anak-anak aku tak pernah pulak bagi report card seperti kelazimannya. Diorang nie sign sendiri ker apa???..pelik..tapi takpelah, aku kalau tau diorang ada ujian dan periksa 1-2 minggu lepas tue aku check kat sini print n pass kat Azam. Azam akan buat tindakan seterusnya. 

Anak-anak aku yang 2 orang nie boleh disamakan macam paku aku pulak jadi tukul. sekali ketuk sekali jalan 2 kali ketuk 2 kali jalan kalau tak ketuk memang tak jalan...gggrrrrrr. Hari tue nak periksa suruhla tengok2 buku. Dalam kiraan 10 buku yang tengok dia...tido ok!! kat meja belajar geram betul haku. Cuba kalau aku kasi main game santak sampai 1 pagi pun mata tahan..

Awal tahun nie aku habiskan beratus beli buku latihan diorang lepas tengok keputusan periksa akhir tahun 2011 anak-anak. KECEWA!!. Sebab apa aku belikan buku latihan macam jawab soalan periksa sebab diorang takde skill jawab padahal jawapannya memang diorang tau cuma bila soalan tue pusing sikit dah tak boleh jawap. Awal tahun nie jugak aku dah mula tusyenkan Azri. Dalam pada cakap tak risau tue sebenarnya risaula jugak tengok Azri dengan Fahmi nie. aaisshhh...kenapala korang tak ikut gen ibu...ibu nie walaupun tak belajar tinggi tapi budak yang bijak tau..cuma takde peluang je...hahahaha..nie kalua bapak ko baca mesti makan hati nie

Tahun nie nampaknya ada perubahan sikit. Dapatla naik kelas setakuk walaupun masih duduk kelas tengah2 tapi aku suka diorang duduk kelas tengah2 ..hehehhe.. kalau periksa biasa2 je pun nombor mesti dapat kurang dari 10..miahahhahah. Kalau takat baru darjah 1-5 nie orang tak tanya dapat berapa A tapi orang tanye dapat no berapa..kan kan..hahahha..dasar mak nak uppppppppppp anak je. Sebenarnya aku tak suka tanya anak-anak orang periksa dapat no berapa?..nyampah tau tak..hahahha..sebab aku pun tak suka orang tanye anak aku periksa nombor berapa...hahhahah..bukan anak-anak je yang akan rendah diri makbapaknya pun jadi rendah diri sama kalau nombornya bukan 5 kebawah.

Azri tahun depan tak boleh main-main lagi dahhhhh kene usaha lebih lagi. At least darjah 6 nanti (2014) dia tinggal prepare mental n fizikal nak hadap UPSR. Sebagai mak mestila aku nak yang terbaik untuk anak-anak. 

Secara dasarnya aku tau kejayaan seseorang tak boleh diukur dengan diploma, ijazah..bla bla..tapi sekurang-kurangnya pelajaran tue penting untuk bantu diorang berjaya. Tapi yang penting sekali kejayaan akhlak mesti kena tip top.

Tengok status budak nie....aiyoyo..gitu sekali marah kat maknya.

sedihkan bila anak sendiri mendoakan begitu...aku suka komen lubna ngan abang long...
Akhlak mak bapak pun kena kaunter check jugak nie. Baik ker korang bila komplen perangai anak-anak...mmm...

Ya Allah pelihara Akhlakku sebagai ibubapa yang baik & Akhlak anak-anakku sebagai anak yang baik. Semoga anak-anakku berjaya dunia & akhirat. Amin.

Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: