16 Oktober 2012

Trauma dan rindu jadi satu..

Pagi tadi aku hantar Aqil  macam biasa ke rumah pengasuh. Sampai pintu macam biasa Aqil nak mak (kakak pengasuh) dia sambut dia. Kakak pengasuh panggil dia 'anak menteri' sebab manja terlebih.

Hati ibu, aku memang perasan aqil tue makin kurus dan baru-baru nie jiran aku ada tegur 'eh susutnya badan dia, makin kurus'. Sekarang hati aku semakin risau. Cuma setakat nie selera makan ok, susu pun ok...tapi ketara sangat fizikalnya.

Kakak pengasuh cakap Aqil nie rindu kat arwah neneknya agaknya. Sebelum nie pun ada yang tegur macam tue masa dia demam on off masa raya haritue tapi aku buat tak reti je.

Sebenarnya aqil sentiasa ingat kat arwah neneknya sebab dia selalu/kerap tanya nak pegi rumah nenek ham, kat mana kubur nenek ham, kenapa nenek ham meninggal, jom pegi kubur nenek ham, ambikla nenek..macam macam lagilah soalan/cerita dia. Kakak pengasuh cakap klu kat rumah kakak pengasuh pun, Aqil  ada je dia cerita pasal nenek..huhuh.

Aku lupa sepanjang aku jaga arwah mak, aqil sentiasa menemani aku. Aku mandikan mak, dia setia tunggu kat katil ateh tengok aku mandikan mak, arwah mak berjaga malam aqil duduk sebelah aku teman kan aku urut2 arwah mak. Aku salinkan pampers arwah pun dia sibuk nak duduk sebelah sampai kena marah dengan mak sebab mak malu..huhuhu..

Dan paling yang aku risau Aqil nampak saat-saat akhir arwah. Dia nampak aku meraung sampai pitam. Sedangkan aku sendiri dalam keadaan trauma n sampai sekarang aku tak pernah lupa saat saat tue. Trauma kehilangan orang yang tersayang walaupun dah boleh agak tapi tetap meninggalkan kesan yang sangat dalam. Itu aku...bayangkan aqil yang kecik nie dia nampak semuanya. Pernah aku dengar aqil cakap "ibu nangis masa nenek meninggal".dia cerita dengan abangnya.

arwah dengan aqil..masa nie umur aqil setahun genap....ada satu lagi gambar mula2 aku nak publish tapi aku sebak sangat tengok gambar tue...aku delete. Tak sanggup!!!..

Macam mane aku nak pulihkan semangat dia sedangkan aku sendiri tak kuat. Aku nak bawa dia pegi jumpa doktor la nak pastikan dia memang betul2 sihat dan aku dah minta tolong kakak pengasuh carikan air penawar. Ikhtiar.


Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

diANa hARiS berkata...

sabar yer... sedekahkan al-fatihah kat arwah byk2..
sedeyy baca entry ni.. rs macam nk nangis jgk.. =(

http://dianaharis.blogspot.com

Irfa berkata...

emm dia tak tahu nak ngadu ngan sapa sbb tu sampai demam2 ..cubalah jumpa yg bijak pandai bagi dia pulih semangat