26 September 2012

Urusan pusaka

Masa puasa hari tue kitaorang dah plan nak berkumpul adik beradik tapi tak menjadi sebab kayang tak jadi balik seperti yang dirancang. Kayang balik bila kitaorang dah kerja. Jadi nak berkumpul tue susah. Aku sempat jugak jumpa sekejap malam raya ke5. Balik kerja je terus pegi rumah ateh. Dapatla aku sembang & bincang pasal pusaka mak.

Segala urusan kayang minta aku uruskan. uhukkkk..dan ada beberapa perkara aku dah selesaikan. Alhamdulillah. Aku pun rasa tenang sikit. Ingat senang nak menguruskan pusaka berat tanggungjawabnya..huhuhu...tapi nak buat macam mane nak taknak kena buat jugak. Hutang piutang mak mana yang aku tau aku dah selesaikan semuanya,...rupanya  3 4 bulan sebelum mak meninggal kebanyakkan hutangnya mak dah langsaikan huhuhuhu..

Duit dalam tabung haji pula, aku sebagai penama pertama jadi aku je yang boleh keluarkan duit tue. Jangan salah sangka ye, masa mak bukak akaun tabung haji aku yang bawak mak, masa tue bila aku tanya mak "mak penama nak letak sapa" mak laju je jawab "letak nama ko lah" tapi aku tak sedap hati aku sms abg ayeng mintak ic dia lambat pulak dia jawab jadi nama dia jadi penama ke2. Urusan bila ada penama nie sangat cepat & senang. Urusan kat tabung haji tak sampai 5 minit. Duit masuk ke akaun aku lebih kurang seminggu je. Padahal masa kat kaunter pegawai tue cakap dalam masa 3 minggu..huhuhu. So sapa-sapa yang ada akaun tabung haji atau apa2 akaun sekali pun kalau boleh buatla penama supaya menyenangkan waris2 yang tinggal. Kalau takde penama kena kumpulkan adik beradik semua..adoi memang leceh sangat. Angkat sumpah, surat kuasa..bla bla bla...pening!..

tengok perkara 4, yang tue yang berat sebenarnya..huhuhuhu..
Pembahagiannya aku dah buat pada yang berhak. Upah haji mak pun aku dah peruntukkan. Tahun nie tak sempat nak buat. Kalau untuk tabung haji dibuka setiap 1 rejab setiap tahun dan kouta ada 3 ribu orang je untuk 1 malaysia siapa cepat dia dapat..huhuhuhu..so aku kena alert tarikh tue sebelum subuh kena terpacak depan tabung haji..huhuhuhu..

Alhamdulillah setakat nie urusan mak takde yang menyusahkan, cuma yang buat susah orang yang dipertanggungjawabkan. Sekarang yang tak settle lagi urusan tanah & insuran mak. Insuran nie nak je aku maki agent tue..huhuhuhu. Sangat menyakitkan hati...gggrrrr. Geram. Nak menguruskan tue aku kena ambik cuti maklumla cuti pun dah takde huhuhu..pastu asyik nak masuk lewat je..apa ko pikir nie campany bapak ko..sayup2 terdengar suara org..hahahhha. urusan tanah pulak nak kena isi borang bagai untuk permohonan pusaka. Borang dah ambik tapi belum isi..sebab  copy ic adik beradik nak kena kumpul dulu.

Persoalannya kenapa bukan abang aku yang uruskan..hihihihi.Sebab kebanyakkan urusan semasa hayat mak dulu banyak yang aku tahu. Jadi bila ko tau ko kena uruskan..huhuhuhu. Macam insuran, agent tue memang aku kenal dan mak ambik insuran pun sebab aku yang kenalkan dengan agent tue. Tanah aku kena uruskan sebab tanah tue aku dah beli cuma tak sempat tukar ke nama aku. Tabung haji mcm yang aku cerita kat atas tue. Tapi tak kisahla sapa uruskan..weiii..baiknya haku..hahahhahah..janji semua settle.

Alhamdulillah pusaka yang mak tinggalkan dapatla anak-anak merasa sorang sedikit. Demi Allah semasa hidup dan mati mak sedikit pun tak menyusahkan aku & adik beradik. Urusannya sangat lancar. ALFATIHAH untuk mak. Sayang MAK!.


Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

alfatihah utk mak dn semoga dipermudah semua urusan

ieda berkata...

bab uruskan pusaka ni kalau semua adik beradik sporting mmg mudah.
masa akak dulu tak adala nak uruskan apa2 pusaka sb makbapa tinggalkan ilmu saja utk kami...hehe..
lain2 harta benda yg ada semua cari sendiri bila dah kerja.cuma sekarang ni ada sikit tanah harta turun temurun yg sedang diuruskan oleh bapa sedara...malas nak ambil kisah sgt.ada depa bg, terima saja...takdak kalu...tak pa ja..