24 September 2012

Raya 3 - 2012

Kalau ikut perancangannya raya  ke3 nie aku berkumpul adik beradik & raya sama-sama. Tapi sebab mak mentua aku ikut balik & dia minta  kitaorang hantarkan dia ke rumah adiknya kat banting supaya tak kacau plan kitaorang..huhuhuhu. Serba salah sebenarnya kalau boleh aku nak juga ikut mak mentua aku beraya rumah saudara mara dia.

Pagi-pagi aku dah bangun nak sediakan sarapan..hukhukhuk. Aku buat menu simple jelah. Goreng meehoon bodo sebab takde mende hanya ada telo je, goreng nuget & buat mushroom soup + roti bakar. 

in action!...hehehehhehe..

Siap masak. Hidangkan & sarapanla diorang. Rancangan yang dirancang tak menjadi & yang terjadi semuanya berkumpul kat rumah aku. Adik beradik aku 3 keluarga + pakcik azam yang patutnya aku hantar mak mentua kesana tak jadi sebab dia pun nak keluar beraya jadi dah alang-alang tue dia singgah rumah kitaorang. Berlaga-laga bontot nak jalan ..hahahhaha.. masa nielah terasa nak buat banglo sepuluh bilik ..hahahhahaha... sempitla rumah aku. Nielah yang Azam cakap meriah raya tahun nie sebab semuanya kumpul kat rumah aku. Yelah, aku pun rasa seronok jugak walaupun aku jamu diorang dengan menu simple je..huhuhuhu..

Mula-mula pakcik azam dulu sampai kemudian kakida pastu abang ayeng pastu ateh. Oh meriah oooo... Nak sarapan pun kena tunggu turn...hihihihi. 

sebahagiannya ada kat dapur...

sepupu azam

sarapanlah kamu sebelum kamu disarapankan..hihihihi..
Time adik beradik aku sarapan diaorang layan diri sendiri aku bersiap nak pakai baju raya hihihi. Lepas tue mak mentua & pakcik azam pun bersiap nak minta diri.bye bye mak jangan serik ye..kalau ada masa datangla lagi.. ;-)

Mak mentua on the way nak ke rumah adiknya lagi sorang kat sungai besi nak beraya secara konvoi ke rumah sedara maranya...

Pastu mulala sesi bergambar aku ngan adik beradik dalam rumahku syurgaku ..hihihi.. sesi paling aku suka..ekekkekeke. Meriah!.



pompuannnnnnzzz.. tercantik..muahhahah

jejantanzzzzzzz.. terhangat

 4 family..kurang satu...

cucu's the gengggggg..
Habis dah bergambar masing keluar...Oit diorang tak salam aku pun hahahhaha..hampeh tul terus keluar rumah,  masuk kereta masing-masing. Aku & azam terkial2 kunci pintu, tinggal je rumah hahahha...lantak balik karang aku kemasla.

Kitaorang nak ke rumah makcik aku. Kakak arwah Abah yang sulung. Rumahnya kat bukit pelanduk Negeri sembilan lebih kurang 45 minit je.

Sampai2 je Azam mintak kuaci..hahahha..Oit laki sapalah tue. Sebab tiap-tiap tahun memang ada kuaci hitam tue. Tahun nie wak amat aku cakap dah kehabisan tapi sebab anak buah nak makan wak aku sanggup naik motor gerimis2 pegi beli..adoilaaaaaaaaa..hahhahah..

So apalagi aktiviti biasa aku..jom bergambo lagiii. Nak semua orang ada dalam gambar terpaksalah setting timer...hihihiihi..
aku je yang pandai setting timer..yang lain tukang ready je..cehhhh..



belakang aku tue wak amat..yang terpaksa beli kuaci lagi untuk anak buah bertuahnya..hihihi..

nielah perkara wajib yang berlaku kalau sampai sini..hahahha..tak caya korang carik cerita raya aku tahun lepas...tapi tahun nie tukar orang lain yang belanja...tokey besar belanja..hihihi..
 
mula-mula masing2 taknak makan sebab taknak susahkan wak aku nak masak bagai...tapi dalam hati aku memang nak makan...lapar siot tak sempat sarapan kat rumah tadi..huahuahua..dasar anak buah bertuah...hihihihi. Tapi wak aku dah siapkan masak dah jadi kita makannnnnn dulu. Lauk2 wak memang terbaikkkkkkkk...takde rendang ketupat bagai ye...semuanya masakan kampung yang mabeles...

Habis makan lepak lebih kurang kitaorang pun mintak diri nak balik sebab nak pegi rumah sepupu kitaorang pulak.  Kitaorang dah talipon dia kata nak datang raya..hihihi. Senang dia nak sediakan makanan..hahahhahha. Dasar perut lembu.

makan lagi..hihihi..memamg sedaplah masakan isteri sepupu aku tue..tiap kali datang raya masakan dia boleh jadi teringat-ingat..hahahha... Abang sepupu aku tue yang pakai baju hijau. Abang sepupu yang paling rapat..hihihi..sebab dia membesar sama2 ngan aku adik beradik.

anak dia pun 3 3 lelaki..yang nie yang kecik sekali..dia kata cukupla 3 anak dia..hahahhaha..

masing-masing refreshkan anak-anak..aku je yang lupa bwk baju si Aqil abis mengamuk dia nak mandi jugak..adoila..dah kena bising ngan azam...last-last dapat ehsan baju dari sepupu haku..hahahhaha...

dah makan jangan lupa basuh pinggan!..

budak2 sekarang nie ..kat mana mana jela gameeeeeeeeee je..tak kisah langsung rumah nak terbalik ker oarang yang terbalik ker..huhuhuhu..

sebelum balik..gilo punya posing...
Masa nak balik kelakar. Abang Majid set GPS tapi entah kemana-mana dibawaknya kitaorang..hahahha..last-last sekali masing-masing berpecah..hahahhahaha.. Aku lalu highway adik aku lalu jalan KLIA ngan abang ayeng. Abang majid tak terkesan lalu mana..hahahha. Pastu masing2 janji nak jumpa kat rumah paman lehen.

Tapi sebab ada yang lambat aku lepak rumah ateh dulu zohor kat sana nak tunggu asar sekali Azam sempat tido lagi. Tau-tau Kakida call kata diorang dah kat rumah paman lehen. Apalagi terdesp kesana, kat rumah paman lehen kitaorang makan laksa...makan lagi..miahhahaha. Gambo dalam rumah paman lehen yellek. Pastu terus pegi rumah paman emi. Rumah diorang nie sebelah-sebelah je. Tapi tak masuk pun rumah paman emi, sebab kuih raya dia letak kat gazebo cantik kat depan rumah, so kita lepak gazebo jelah. Sumpah rasa macam dulu2 kala..hahahhaha..bestttttt. Banyak gambar kat sini. 
masuk je dah bergambo dulu hihihihi..

kaknam sedang bergosip sekaligus mengunyah kuih raya..hahahhahha..

paman emi tukang jadi jurufoto hari tue melayan kesengalan anak2 buah...hahhahah..
posing tak agak-agak..puihhhhhhhhhh

Kesian abang majid tak boleh naik atas gazebo...hahahha..tgklah kat atas dah pack gila..muahhahahhaha..

penat bergambo makan lagi..hahahhaha..

family saya.. :p.. aqil pakai baju ehsan dari orang nilai..hahahha..

Sampai maghrib jugak kat sini. Pastu masing-masing pulang ke sarang maksud aku balik rumah masing-masing. Fuhhhhhh..mmg penat gilala..dengan tido tak cukup..tapi seronok sangatla.

Raya ke4 aku nak serang rumah kakida pulak dah suruh dia masak ..muahhahahha. Kitaorang nak datang makan tengahri kat rumah kakida. So tunggu cerita selanjutnya..;P
Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

mmg meriah ;)
bila ramai dtg umah masa tu rasa nak besarkan rumah..rasa jelah,duitnya takde pun.hehe.tp bila bab kemas..rasa nak umah kecik.senang nak kemas.hehe

sib baik tak roboh gazebo tu

ieda berkata...

ingatkan silap nampak tarikh posting tadi...hehehe...