04 September 2012

Pra Raya 2012

Bismillah

Sehari sebelum raya kitaorang dah sampai Perak. Sabtu jam 5 pagi, ngam ngam nak sahur kitaorang sampai setelah menempuh perjalanan macam nak balik Kedah huhuhuhu. Kitorang bertolak jam 12 tengah malam sampai rawang kereta dah terkemut-kemut ..fuhhhhhh Sakit pinggang aku dengan meriba aqil tido kat pangkuan.  Aku memanglah membuta walaupun tak selesa hihihihi. Yang paling azab Azamlah kot..hehehehhe. Dah itu perjanjiannya..Azam cakap aku boleh tido dalam kereta. So, Aku tunaikan janjinyalah..ekekkekekke.

Mak mentua dah menunggu sambil panas2kan lauk nak sahur. Lepas sahur tunggu azan subuh apalagi bentang tilam ketiduranlah kitaorang sampai pukul 9 macam tue Azam kejut aku nak cari tulang lembu nak buat sup. Adoilah kacau tau. Alasan dia sebab mak mentua aku teringin jugak nak makan aku masak sup tulang bagus alasan Azam kan. Dalam malas-malas tue pegi jugaklah. Ko agak dah pukul 10 macam tue ada lagi ker tulang2 lembu...aishhhh..jawapannya adalah tapi part yang tak best. Ambiklah jugak sikit buat hilang kempunan..huhuhuhu.

Sampai rumah angkat barang-barang, pastu aku masuk bilik sambung tido..hahahhahha...Mak mentua kelentang kelentung kat dapur. Nampak sangat menhantu nya. Tapi tak lamalah kejap je pastu Azam panggil suruh rebus tulang tue nanti lambat nak masak..huhuhuhu. Takat masak sup tulang sap sap soilah sangat. Humban semua dalam periuk biarlah sampai empuk daging daging kat tulang tue. Settel. Tolong kacau-kacau mak mentua masak rendang. Kacau jelah aku pandai, suruh masak....hihihihihi..tak tau.

terkenang mak...huhuhuhu...
Tahun ni ada sedikit kejutan sebenarnya. Kalau ikutkan tradisi mak mentua aku, pagi raya hidangannya wajib nasi ayam, takde ketupat rendang bagai. Dah sepuluh tahun kawin tak pernah mak mentua aku masak ketupat. Tahun nie aku terkejut tengok ada kelongsong ketupat dah rendam dalam bilik air. Tue yang mak mentua aku buat rendang ayam pencen, kuah kacang semua. yesssssssssss..tiada nasi ayam untuk tahun nie...hihihihi.Sebelum balik perak aritue aku ada sms kayang aku cakap nanti kalau dia balik sini, masaklah kuah kacang rendang semua sebab konpem aku tak rasa..hihihihi..rupanya salah da, so takdelah kalut suruh kayang masak.

Lepas zohor mak mentua aku dah bising-bising suruh Azam carik lemang pulak. Yang Azam plak cakap nanti nanti. Mak mentua aku takut habis..hihihihi. Pergilah kitaorang mencarik lemang. Beli sekali 3 batang. Dah alang-alang keluar sampai pekan tapah kitaorang ronda-ronda sebab nak cari butang baju melayu jejaka2 terhangat lah sangat. Sampai rumah tengok rendang dah nak masak, sup dah masak, ketupat dah rebus & tengah nak buat daging masam manis. Pandai aku ngulo kan..ekekekkekke..

Pang pung pang pung...sebenarnya aku tak ingat aku buat apa lepas tue. Tibalah masa nak berbuka hari terakhir bulan ramadhan. Sambil bukak tv kuat2 nak dengar pengumuman raya bila..hihihihi.

Habis buka masing-masing melepak. Aku buzy dengan FB sambil tengok tv, anak-anak dengan game..hahahhaha..tak boleh blah betulkan?. Lepas isyak Azam ajak main mercun, yehhaaaa...sukalah anak-anak. Mana dapat mercun tue aku tak tau...tau tau dia dah bawak balik. Kat sana masih lagi ada orang yang buat meriam buluh. Memang malam tue berlawan-lawanlah bunyinya...kebom sana kebom sini...nasib aku takde anak kecik kalau tak, maunya stressssssssss...

Masa ni aqil demam on off kejap panas kejap sejuk badannya. Bagi ubat berpeluh lepas beberapa jam panas balik....huhuhuhu. Nasib memang bawak ubat dari rumah. Kat sana susah carik klinik private 24jam ada pun hospital tapah. 

Abis main mercun semua berehat-rehat. eh, tak rehatlah kena isi kuih raya dalam balang. Mak mentua aku pulak masak kuah kacang, aku tolong tengok je huhuhuhu. Sebab mak mentua aku masak kuah kacang unik aku rasa..hihihi. Kacang tanah disangan tanpa minyak sampai garing pastu masukkan kan dalam kain/napkin  pukul-pukul kain tue pastu nanti kulit kacang tue akan terlerai..so kacang tanah tue tanpa kulit baru blend macam biasa. Kalau yang biasa arwah mak aku masak atau aku masak goreng kacang tanah tue pakai minyak pastu blend je terus...hihihihi..takde buang kulit. Tiba tiba kuah kacang mak mentua aku dah pun masak...ekekekke dasar betul menhantu nie.

Tamatlah citer pra raya..nanti sambung cerita raya..yang meriah sangat tue.

Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: