28 September 2012

Azri jadi binaan sebab tangannya bersimen

ekekkekek..

Adoila anak-anak nie macam-macam tau. Buat hati keibuan aku merisau je. Sebelum kes azri nie, fahmi hilang sejam lebih masa balik sekolah pagi. Patutnya dia balik 11 pagi tapi cikgu taska talipon aku pukul 12.30tgh tanye fahmi sekolah ker tak sebab cikgu taska tunggu, dia tak naik van dan cikgu tue balik hantar budak2 lain pastu pusing lagi sekali ke sekolah fahmi takde jugak. 

Hati aku nie jangan cakap la..rasanya nak balik jam tue jugak. Tapi cikgu taska tue cakap takpe dia pegi sekolah lagi sekali tengok, 10 minit lepas tue dia talipon lagi kata fahmi ada. Aku tanya cikgu tue mana dia pegi cikgu tue cakap tak tau tapi ada kawan-kawan fahmi cakap aritue dia ada tangkap belalang. Tangkap belalang????...dari merisau nak menangis terus tukar rasa nak marah berapi dah nie. Dalam hati siapla ko balik nanti fahmi..hahahhaha..geramnyaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Balik aku ambik dia terus aku tanye. "fahmi apasal tadi umi(cikgu taska) ambik, ko takde kat sekolah, sampai umi pusing 3 kali, pegi main kat mana?"..ambik bertubi-tubi mak ko tanye. Fahmi jawab "masa nak balik tue adik sakit perut nak berak, adik berakla dulu pastu bila keluar tgk umi dah takde, adik tunggula kat depan pagar." Abis umi pusing berapa kali pusing ko takde jugak, ko tunggu kat pagar mana?". "Mula tu adik tunggu kat depan pagar pastu dah takde orang ada acik tue ckp nak temankan adik, adik takut masuk sekolah balik"."lain kali kalau ada orang tak kenal tegur2 adik pegi tempat selamat tau jangan ikut sapa-sapa yang tak kenal, paham?". "paham". Ngeri pulak aku dengar cerita dia...huhuhuhu. Aku cakap kat fahmi "lain kali sekolahkan bontot ko tue jangan time nak balik sekolah baru nak berak..aishhhhhhhhhhh"...macam macam tau.

Selang beberapa minggu lepas tue,  30/8/2012 khamis lebih kurang 5 petang ustazah Azri pulak call. Ustazah azri nie mak kawan sekolah aku dulu..hihihi. Bila dia cakap kenal tak mak faiz alamak terkedu jap..hahhaha....aku blur..ekekekek..apa daaa. Ustazah tue cakap azri jatuh pastu tangan bengkak dan 2 orang ustaz hantar dia ke klinik, baru je pegi so dia minta aku ambik azri kat sekolah nanti. Memang tugas akula nak ambik anak-anak nie, cuma tak sempat nak ambik  tepat 5.30 sebab aku keluar opis pukul 5 perjalanan lebih kurang 40 minit + ambik aqil dulu. Sampai sekolah dalam pukul 6 mcm tue. Terus aku masuk sekolah tengok Azri aku disambut dengan seorang ustazah n seorang ustaz. Hihihihi..yang ustazah tue pulak kawan sekolah aku alahai..hahahha.. Ustazah azri yang talipon aku tue dah balik sebab ada hal jadi dia minta ustazah(kawan sekolah haku) lain tunggu.

Bila aku tanye kat ustaz mcm mane azri boleh jatuh. Ustaz tue suruh azri yang cerita..hahahhaha. Aku tengok tangan dia berbalut n ustaz tue pesan suruh bawak pegi hopsital Xray sebab bengkak doktor klinik biasa tak berani nak buat apa-apa. Adoilaaaa..surat refer ke hospital disertakan sekali..mmmm.

nielah rupanya masa aku ambik balik sekolah tue doktor cuma balut gitu je..

Call azam bagitau, balik rumah dulu mandi2 makan semua tunggu azam balik. Aku tanya azri sakit tak dia cakap sakit. Masa jatuh tue dia nangis pulak tue doktor kat klinik tak bagi ubat tahan sakit just balut je..risau pulak kan takut patah ker,  kang malam tak boleh tido pulak berdenyut-denyut. So pegi jelah Hospital. Angkutla semuanya kesana..huhuhuhu..

Terus tuju wad kecemasan daftar ambik nombor tunggu tak lamala pegi tempat saringan terus ke bilik Xray. Nasib cepattttttt. Kat Xray pun cepat n pantas. Dapat result bwk ke wad kecemasan balik, kelip mata takdelah kejap sangat lebih kurang seminit 2 camtu terus kena panggil masuk bilik rawatan. Azam lah yang ikut aku tunggu luar dengan Aqil & fahmi. Masa nie memang lambatttttttttttttttttttttt..dekat 1 jam jugak aku tunggu sms azam tak balas. Si Aqil dah gelisah keluar masuk kat area wad kecemasan tue..oitlaaaaaaa..rimas aku.

Lepas 1 jam lebih menunggu, Azam call suruh pegi balik bilik Xray. Aku pun lari2 kesana tengok si Azri dah duduk kat wilcha...sambil tangan bersimen...ekekekkeke..memang aku gelak tengok dia masa tue..Aku tanye azam patah ker?. Azam cakap tak patah retak je. ooo..ok. Azam cerita masa nak simen tue ngeri plak haku..nasib bukan aku yang temankan dia. Azri dibagi ubat tido cucuk kat tangan mcm drip tue, agaknyala..hahahha..pandai2 je haku..tapi yang pasti memang ada drip n ubat tido tue. Sebab apa dia nak bagi azri tido sebab dia nak tarik tulang tue dulu baru disimennnn..oooooo..ngerinya. Azam cakap meleleh gakla airmata si Azri..hihihihi..kesiannnnnnnn..yang si Azri tue tak tido pun dia macam mamai mamai je. Masa kat bilik Xray tue dia bangun nak berjalan pun mcm nak langgar dinding..aiyok.
kat bilik xray..baru lepas simen n kena xray lagi sekali...

Lepas Xray lagi sekali tue, ambik ubat terus balik rumah...sampai rumah dekat pukul 11 rasanya...nasibbbbbbbbbbbb esoknya cuti merdeka...huhuhu.


Hari Isnin aku cuti, petangnya aku jumpa ustazah azri nak ucap terima kasih & update pasal Azri sebab sebelum nie ustazahnya asyik hantar SMS tanye khabar. Macam tak sedap pula kan. Lagipun pagi isnin  tue aku mintak izin supaya Azri boleh pakai baju sekolah kebangsaan. Baju sekolah agama kan susah nak pakai kalau tangan bersimen camtu tapi sebab azri nie taknak nampak lain ngan kawan2 nya tetap jugakla pakai baju sekolah agama..macam mane dia pakai tue pandai2 la dia padahal ustazahnya dah minta izin dengan guru besar dah...sukahati diala.

Masa jumpa ustazah nielah dia cerita azri jatuh macam mane..hahahhaa..terus kena jeling ngan Azam..ekekeke. Ala biasalah budak2 kerjanya berlari je tak reti nak jalan ustazah yang nampak tue cakap dia lari dengan kawan2 nak ke kantin..tue yang azri jatuh tue..yang Azri plak cakap kawan dia tolak dari belakang maksudnya masa dia tengah lari tue kawannya tolak...tue yang jatuh terseret hampir2 masuk longkang...aisshhhhhhhhh.  Aku tak salahkan sesiapa pun dah namanya budak-budakkan. Sekarang dah jadi macam nie jadi pengajaranla kat dia dan kawan kawan dia sebab ustazahnya cakap sapa lari2 nanti jatuh, tangan bersimen macam azri..muahhahahha... Sedappppppppppp???..hahahha..tue ayat aku kat Azri.

Seminggu lepas tue kena jumpa buat check up n Doktor Xray  nak tengok tulang tue dah ok ker tak n doktor cakap tulang tue dah lurus cantik...tapi kena simen balik..huhuhu.

seminggu je nie..habis kena conteng2..muahhahaha...bila simen baru azri warning jangan conteng kotor dia cakap..hahahhahha..
Mula2 kena simen pakai baju mandi cebok semua aku buatkan lepas seminggu Azri berdikari sendiri sekarang semua dah boleh buat tanpa bantuan..hihihihi.

tengok anduh pun dah tak pakai...dah mcm robotcop...ekekekke..

Minggu depan 5/10/2012 appointment ngan doktor. Harap-harap dah boleh bukak, simen tue pun dah macam belacan..eeeee..geli....

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

ini lah bab yg merisaukan aku dgn bdk lelaki ni.dia pun sama naik x duk diam..suka pulak cari alasan.konon kawan buat.anak bujang aku tu samalah.pesan berbakul2 tp balik skolah baju macam belacan.aku cakap 'kalau gi skolah belajar saja takkan baju macam ni punya kotor'

Cikja berkata...

baju sekolah jangan ceritala irfa..kalah orang pegi kebun..huhuhu..

memang tak penatla buat pesanan penaja kat anak-anak nie..mmm