29 Ogos 2012

Mood masih lagi up n down

Ingat nak up cerita raya tapi cari mood tidak kutemui. Kesian belog ni terbiar sepi ada tuan tapi banyak sawang.  Cerita puasa pun sehari je aku up..ehehheehe. Puasa & raya yang luar biasa sebab tanpa mak tercinta pincanglah dunia aku. Kosong kosong kosong.

Azam cakap tahun nie  raya paling meriah bagi dia sebenarnya bila dia cakap mcm tue dia melukakan hati aku (yang tue nantilah kalau aku up cerita raya aku akan ceritakan kenapa azam cakap tahun nie raya paling meriah), sebab aku sedang bersedih kehilangan mak tersayang bagi aku raya yang biasa-biasa je sebab aku tak menghayati raya tue sepenuhnya. Sekadar merayakan.

Aku pun tak ziarah kubur arwah mak. Bukan sebab tak ingat tapi aku taknak ingat yang mak takde, aku masih membayangkan mak masih ada cuma tak boleh jumpa. Walaupun aku tak ziarah kubur mak doa aku sentiasa ada untuk mak. Insyaallah.

Kebelakangan nie aku asyik terima/baca cerita kematian/kehilangan orang tersayang. Aku baru terkejut pasal adik blogger terkenal filla yang meninggal baru-baru nie walaupun aku kenal filla sebab baca belog dia je dia pun tak kenal aku pun tapi serius sedih bila dapat tau. Semalam pula aku dapat berita pasal abang sulung kawan sekolah aku meninggal sebab eksiden. Menggeletar aku. Abang sulungnya eksiden pagi n petang baru waris dapat tau.  Balik kerja semalam sempat aku ziarah kawan aku tue & peluk dia. Sabarlah kawan. Takdir hidup memang kadang-kadang perit. Nasib kita belum tau lagi macam mana.

Jiwa masih kosong, melalui hidup mengikut arus, omputih cakap follow the flow.  Sebenarnya banyak urusan mak yang aku kena selesaikan sebahagiannya aku dah selesaikan selepas beberapa hari arwah meninggal. Selagi tak selesai selagi tue aku tak tenang. Aku kena cuti baru boleh uruskan. aishhhhh..bila nak cuti nie.


Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

azam tak maksudkan hal raya meriah tanpa mak ko..mgkin psl hal lain.jgn sensitif sgt ye ;).

bukan senang kehilangan org tersayang.apa lagi ibu sendiri

so teruskan bersabar ..*peluk erat2*

Cikja berkata...

eheheeh..irfa aku ada sebab kenapa aku cakap mcm tue..kisah yang panjang..tapi takpelah..mcm ko ckp jgn negatif sangat..hihihihi...tq ye nasihatkan aku..huhuhu..kadang2 aku nie lupa diri jap...

*balas pelukkan ko*