09 Ogos 2012

20 Ramadhan


Aku masih Hidup. Alhamdulillah. Terima Kasih ALLAH.

Dah siap persiapan raya? Aku?. Takde apa yang nak disiapkan kecuali baju anak-anak je. tue pun tak selesai lagi persiapannya. Kasut, songkok, sampin tak beli lagi. Fahmi asyik remind aku pasal kasut raya dia je naik panik aku jadinya..aishhhhhhhhh. 

Aku punya baju dari 8 helai kain pasang yang jadi 4 je sebab yang 4 lagi malas nak hantar jahit. Kain pasang tue pun  aku beli online dari awal tahun. Aku buat baju memang setahun sekali je time raya. Kasut, henbeg semuanya tiada dalam list raya aku. Pakai je apa yang ada bukan ada orang tau aku pakai benda baru ker lama. Selalunya persiapan raya aku maksud aku diri aku sendiri aku uruskan sendiri, beli sendiri takdelah nak harapkan Azam, Beli pakai duit sendiri tau, Jangan jadi budak-budak sangatlah asal raya je semua nak baru..hahhaha..nak sedapkan hati sendiri.

Rumah?..lagilah takde mende. Langsir 5 tahun dulu elok lagi aku ingat nak pakai yang tue je tapi tak basuh lagi, nak hantar dobi pun tak sempat je. Entahlah sempat nak gantung  langsir tue ke tak. Nasiblah. Bukan ada orang nak raya rumah aku kecuali adik beradik. Ala takat kena kutuk 2 3 das benda biasalah..hahahhahah...dah biasa dahhhhhhhhh...

Kuih Raya? aku dah tempah 2 3 jenis je, jadilah dari takde. Karang pandai2lah Azam kalau nak tambah. Bajet raya macam biasa pakai duit gaji semata-mata. Jadi marilah belanja secara berhemah. oh duit raya pun dah tukar. Ada cerita pelik masa aku nak tukar duit nie. Aku suruh Azam keluarkan duit aku kat bank 400. Bila lepas sahur aku ambik duit tue dalam almari, aku tengok slip bank betullah 400 pastu aku kira duit tue memang 400. Aku masukkan dalam purse. Bila pagi yang sama tue aku nak bagi dekat kakak ipar aku, aku kira balik duit tue jadi 350 je!. aik mana lagi 50. Tak jadi aku bagi kat kakak ipar aku. Pelik. Sampai opis aku geledak beg & purse aku memang takde 50 tue. Adoilah sapa pulak yang cilok duit aku 50 nie. Petang sampai rumah aku carik-carik jugak memang takde. Sampai sekarang jadi misteri kehilangan 50 tue. 50 tue bukan rezeki aku nampaknya.
 
Raya tahun nie raya kat perak dulu. Raya ke 2 nak balik sini sebab dah janji dengan adik beradik aku, nak berkumpul raya ke 3 kat rumah arwah mak @ rumah Ateh.

Pastinya raya yang kosong jiwanya bagi aku. Kosong kosong kosong.......................................


Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

mgkin bank silap kira kot?takpun cicir?

Cikja berkata...

tak mungkin silap sebab pagi tue aku dah kira jugak...huhuhuhu...