09 Julai 2012

MAK...............

Semakin hari keadaannya semakin merosot. Dari boleh jalan, bertatih, kemudian disorong guna wilcha dan sekarang langsung tak boleh bangun. Hanya katil tue jadi tempat mak menghabiskan masa. Saat bertukar minit, minit bertukar jam, jam bertukar hari......tidur adalah keadaan yang baik untuk mak menghilangkan rasa sakit dan bosan. 

Dari minggu lepas mak dah mula guna lampin pakai buang. Mak dah hilang upaya nak duduk lama-lama. Mungkin jugak hilang rasa nak 'membuang'. Kadang-kadang mak tak sedar pun dia dah B****. Mak sangat lelah. Mak tiada pilihan bila kami cadangkan mak mesti guna lampin pakai buang. Mak tak perlu risau kami anak-anak mak akan cuci kotoran mak. Tak perlu malu sebab kami anak-anak mak. Kami lagi kasihan melihat mak bila mak keletihan, mengaduh bila didudukkan. 

Kami hanya mampu lap badan mak. Bukan kami tak boleh mandikan mak atau kami tak kuat angkat mak tapi mak dah tak upaya. Kami kasihan tengok mak. Bila dah terlalu kerap guna lampin pakai buang, punggung mak dah mula melecet kemerah-merahan. Setiap kali kami salin lampin tue kami buat selembut boleh supaya mak tak kesakitan. Sejak dua menjak nie airmata mak asyik mengalir. Kenapa?.

Aku? Sebolehnya taknak dah menangis. Ikrar aku selagi boleh aku jaga & uruskan mak selagi tu aku akan buat. Taknak mengeluh. Setiap masa kalau aku ada kat rumah mak aku tanya mak & layan mak sebaik-baiknya. Tanya dia nak makan, minum atau nak salin lampin.  Mungkin dasarnya aku nie happy go lucky, kasar tapi jujur aku nak mengelak dari airmata aku jatuh. Masa mula-mula mak pakai lampin, mak mengalami kesukaran membuang. Perut sakit memulas-mulas tapi takde 'benda' yang nak dikeluarkan. Mak sampai menggigil-gigil. "Allah, Allah..sakitnyaa"..tue je yang mampu mak sebut. Masa tue aku baring kat sebelah mak, aku usap-usap belakangnya.

adik aku yang berkorban jaga mak...

Sekarang ni mak nak anak-anak mak ada dekat dengan dia. Kalau salah sorang takde mesti mak tanya. Aku Sayang MAK!.
Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

smti

Maya Ariffin berkata...

Aku sayang mak ko gak.. Eh!
Hargai setiap detik tu jah. Aku rindu nak mandikan abah aku, nak suapkan abah aku, pakaikan baju abah, sikat rambut abah, pakaikn bedak kat muka abah yg comel.... Peluk abah rapat2 kaau boleh nak absorb, amik seme rasa sakit yg abah tanggung... Now even abah dah xde, aku rindukan semua tu, rasa mcm baru smlm. Kerana sayang, kesukaran tu semua jadi kemanisan yg kalau diputar semula dunia, takkan aku tukrkan dgn apa sekalipun.
Aku kenal kau, dan syukur smpt kenal mak kau sebagai seorang mak yg istimewa... Aku doakan mak dimudahkan Allah, dan aku doakan korg adik beradik diberikan kekuatan terus...