31 Julai 2012

Mahal tapi berbaloi

Hari kelima mak meninggal (hari isnin) aku sambung cuti lagi sebab nak uruskan hal-hal arwah mak. Dari Socso ke PPUM kemudian lajak ke JJ bukit tinggi *sekarang dah tukar nama AEON*

Aku bawak voucher yang aku dapat masa Annual Dinner bulan satu dulu. Punyalah sayang nak guna sebab konon-kononnya nak belikan baju raya anak-anak huhuhuhu. Sale memang merata kat AEON tue tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..tetaplah mahal walaupun ada diskaun 50%-70%. Tak jadi aku nak beli baju raya anak-anak. Beli kat pasaraya hari-hari sudahhhhhhh. hihihihi..

Pastu Azam ajak ke bahagian Produk elektrik, aku pula tuju tempat periuk belanga. Satu tujuan aku nak beli pan non stick dengan harapan nanti senang nak buat roti jala *yang entah tahun bila*. Terpandang pan tefal. eeeeeeeeeee..suka suka suka, belek-belek harga. Congak-congak cukup voucher aku nie. Harganya RM109.00 ada mcm2 harga sebenarnya walaupun bentuknya lebih kurang RM109.00 tue paling murah untuk saiz 26cm.

gambar google

Lebih kuranglah macam gambar kat atas tue tapi aku punya rasanya cantik lagi sikit sebab pemegang tue warna coklat2 maron. nak jugak ckp sendiri punya cantik..hihihihi.

Pastu Azam ajak aku tawaf ke bahagian periuk2 steamboat & dia berkenan nak beli macam kat bawah nie memang dah lama berkenan dengan periuk tue harganya tak silap aku RM199. Masa tue kat tangan aku dah ada tefal. Azam cakap bolehlah beli tambah sikit je nanti. Aku cakap mana cukup voucher tue kalau beli tefal + periuk steamboat nie. Azam suruh aku letak balik tefal. Sukahati dia je. Dan dan tue muncung aku panjang..hahhahaha.. Akhirnya aku menang!..ehehhehehhe..Alasan aku steamboat tue masak sesekali je tapi tefal nie boleh jadi barang yang digunakan sentiasa.

kredit to duniacarasaya.blogspot.com

Abis membayar tefal idamanhatiku. Turun bawah nak beli barang2 nak masak berbuka kononnya. Sekali ternampak lamb yang dah siap marinate. Rembat 3 ketul. Dekat-dekat dalam pukul 6.30 petang mcm tue aku pun grill lamb atas tefal. Masak sempurna ok, tak melekat, daging lembut & juicy dagingnya. Sedappppppppppppp... Memang terbaiklah tefal. Lepas nie impian aku nak beli periuknya pulak lah *sapa nak kasi voucher kat aku lagi nie*. eh tapi kalau dapat daging liat pun tak guna pakai tefal agaknya..hihihihihihi..

Semalam buat serawa durian pastu buat lempeng..wah bestlah buat lempeng takyah pakai minyak langsung. cantik masaknya. Tak melekat plak tue..Harus aku cuba buat roti jala pulak pas nie.


Ini telah menjadi SEJARAH

5 ulasan:

Acik Erna berkata...

salm cikja..Al Fatihah buat arwah mak cikja..
lagi saat..acik selalu baca tefal..tapi tak pernh pulak tu harganya mahal..
teringin jugak..mn taukn suatu hari nanti dpat jugak acik beli

Cikja berkata...

terima kasih kak.
Aah memang mahal kak tapi berbaloi beli...saya sebab ada voucher klu tak nak beli keluar duit sendiri pun pikir 3 4 kali agaknya...

Irfa berkata...

aku pun selalu gak intai tefal ni cuma belum mampu beli tapi aku ada beli kat cosway kuali mahal tu.x melekat..mmg bagus sgt.aku beli pakai kupon tambah duit sikit je

Cikja berkata...

Irfa tapi nak kena jga betul2..aku ada gak kuali besar non stik mcm tue tapi sebab jaga tak betul abis calar2 periuk tue nak pakai pun dah tak selamat sebab karatnya dah terkeluar...sayang je..

Tanpa Nama berkata...

Nak kata bukan iklan tapi mcm iklan :) kalau rasa nak beli tefal lagi try la tgk kat sini http://www.facebook.com/BarangSaleUk murah2 jgk.