04 Julai 2012

Ap cer?

Bergaya sangat buat perkataan separuh-separuh macam tu..hihihihi.. ayat penuhnya APA CERITA?

Mengada sangat kan..ngeh ngeh ngeh..

2 Hari aku cuti, jaga mak. Aku jaga siang je. Lepas maghrib aku balik rumah. Uruskan rumah aku pula. Dengan anak-anak lagi. Baru-baru nie kan ada sessi ambik laporan adab pelajar kat sekolah. Aku tak sangka Azri yang pendiam tue boleh ada 12 kesalahan & kebanyakkan kesalahan tue tak buat kerja sekolah yang cikgu bagi. Dia adalah murid yang paling banyak kesalahan dalam kelas dia, kawan-kawan yang lain cuma takat 2 3 kesalahan je. Adoilahhhhhhhhhh..tue sebab aku tak boleh balik malam-malam sangat & aku kena pastikan dia siapkan kerja sekolah kalau ada. Bertambah serabut kepala otak aku. Nasib prestasi dia ok...cuma perangai jelah nak kena monitor. Fahmi tak payah cerita sebab perangai dia memang dah boleh agak..huhuhuhu...macam mana kat rumah macam tuelah kat sekolah.

Mana nak tengok mak, mana nak tengok anak-anak. fuhhhhhhhhhhh... mencabar sangat kehidupan tahun ni. Hidup dalam tekanan je.

Keadaan mak makin uzur walaupun dah 2 hari nie dia boleh makan nasi 2 sudu. Makan cara mak. Mak dah tak boleh telan pepejal. Nasi tue pun dia hisap2. Aku ingat lepas 2 bulan mak tak makan makanan pepejal saluran tekak mak mungkin mengecut, tue yang mak susah telan. Mak pun dah ingat-ingat lupa. Semalam masa aku mandikan mak, tak lama pun kurang dari 10 minit je. Dah siap aku bilas badan mak, aku nak keluar nak ambik tuala belum sempat aku melangkah keluar aku tengok mak nak angkat kaki. Lebih kurang macam gambar kat bawah nie lah..tapi kaki kanan  masih kat bawah, kaki kiri je dia nak naikkan ke atas. Masalahnya mak tak boleh dah nak imbang badan, masa dia naikkan kaki kiri tue badan dia dah condong nak jatuh ke tepi...bayangkan aku yang tengok nie panik, nasib aku sempat pegang dia kalau tak mak dah jatuh.  Tapi sebelum aku sempat tampung badan mak, mulut aku dulu terjerit, "mak buat apa nie!, kalau jatuh macam mane!?"..huhuhuhu..aku takde niat nak tengking mak macam tue sebenarnya tapiiiiiiiiiiiii..aku panik+terkejut...aku pulak yang tercungap-cungap macam tak cukup napas...fuhhhhhhhhhhhhh..

goodlah kalau ada toilet macam nie..

Mak jawab "mak penatttttttttttt"..sambil nafas dia macam baru lari pecut. Jadi aku cepat2 ambik kain aku balut badan mak aku papah mak sambil peluk dia, tenangkan. Aku dudukkan mak kat wilcha. Lelah sangat mak, padahal mak cuma duduk je. Aku yang sabunkan, siramkan tapi kudrat mak tak larat betul. Muka mak terkejut dengar aku menjerit tadi..huhuhuhuhu.. Betullah jaga orang tua sakit perlukan kesabaran yang tinggi. Pertama kali aku mandikan mak siap berpeluh2..selalu aku buat dengan santai je.

Masa nak angkat naikkan ke katil, mak memang dah kehilangan kudrat betul. Terpikir aku nie macam mana nak baringkan mak kat katil. Nak tak nak aku kena dukung mak.  Mak cakap "ko kuat angkat mak kak"..huhuhuhu.. Aku cakap "tue sebab aku tak boleh kurus mak, nanti aku tak kuat angkat mak..hehehhehe". Aku pun tak sangka aku kuat angkat mak. Lebih kurang macam nie aku angkat mak, tapi takdelah kain tue tangan aku je yg ampu badan mak. Selalu abang aku je yang kuat angkat mak macam nie. Tapi aku angkat tak jauhlah takat dari birai katil ke tengah katil je...

sayu tengok gambar nie....
Semoga Allah permudahkan urusan mak. Tak sanggup tengok mak dalam kesakitan. Sekarang kalau nak sakit kitaorang hanya mampu bagi mak ubat tahan sakit je. Lepas tue mak akan tertidur. 

Pastu macam biasa lepas anak-anak balik surau terus aku balik, dalam kereta tiba-tiba Azri cakap "ibu, macam mane nie kerja tusyen tak siap lagi esok dah tusyen, malam nie nak siapkan kerja sekolah"...adoilahhhhhhhhhhhhhhhhhhh..budak nie. Memang terbakar aku..bayangkan last dia tusyen hari jumaat dia ada masa sabtu sampai selasa. 4 hari tue..tapi dia tak buat kerja tusyen tue. Aku suruh dia siapkan semuanya...nasiblah kalau kena tido pukul 12 pun... sabarnyalah aku. Penat wei hari-hari nak membebel..huahuahua...

Hari nie aku dah kerja macam biasa. semalam sebelum balik dah cakap dengan mak hari nie aku tak datang sebab dah kerja. Tapi malam nanti insyaallah nak jenguk mak kejap. Esok nak ke nilai pula, atas urusan kerja.. hukhukhuk.. Rasa macam nak berenti kerja jelahhhhhhhhhhhhhhhhhhh..huhuhuhu

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

NAPE SKOLAH HERO AKU TAK PANGGIL MAK AYAH AMBIK REPORT KAD YER?ADA ORG KATA BUDAK DRJAH 1 TAKDE AMBIK REPORT KAD.AKU PUN RISAU KALAU CIKGU BGTAU PERANGAI DIA KAT SKOLAH..boleh tahan gak ni

AKU KAGUM TENGOK GAMBAR TU.MAK DIA KOT?TAKKAN BININYA PULAK KAN..MAMPU KAH AKU BUAT MCM TU PD MAK AYAH AKU.

NENEK AKU SAKIT DULU,MCM TU LAH PAKCIK AKU JAGA NENEK AKU..
SAMPAILAH SAMPAI NENEK AKU 'PERGI'.KAGUM AKU KAT PAKSU AKU TU

Cikja berkata...

Iyelah tue kot...budak darjah satu masih tahap main2 lagi tue....

mak dia kot, nampak tua sangat dari dia..kita kalau takde dlm situasi tue memang kita akan ckp kita tak boleh tapi bila betul2 berada dlm situasi tue memang kena boleh jugakkkkkk...takde pilihan..sebab makbapak kita mesti kita sayangkannnnnnnn...

eh memang aku salute kat pakcik ko..bukan senang..lagi2 anak lelaki nie nak buat semua tue...huhuhuhu...