26 Julai 2012

Aku bukan kehilangan barang tapi aku kehilangan Emak tersayang - Alfatihah untuk Mak

Lepas peristiwa kehilangan itu ada yang tanya aku "awak ok?". Of coz aku ok, cuma aku perlukan masa untuk merawat kesedihan kehilangan mak tersayang. Mak Menghembuskan nafas terakhirnya dirumah dan dikelilingi orang-orang yang menyayanginya. Tepat jam 2.05 petang hari Khamis 19/7/2012 lagi sehari nak menyambut puasa.

Aku belum ada kekuatan nak mengabadikan detik detik terakhir mak. Insyaallah satu masa nanti akan aku coretkan disini.

Sampai sekarang ni pun aku adik beradik macam tak percaya mak dah takde. Aku rasa macam mimpi. Mimpi ngeri. Aku harap sangat aku bangun nanti mak ada kat sisi aku. Tapi aku tahu itu mustahil!  sebab ini realitinya. Nak tak nak aku adik beradik kena laluinya jugak.

Buat masa sekarang aku masih temankan adik & abang aku kat rumah arwah mak. Aku pun tak tau sampai bila duduk sana. Mungkin sampai masing-masing boleh terima. Redha tetap redha. 

AL-FATIHAH untuk arwah mak KAMSIRAH BINTI SADALI. Semoga Rohmu dicucuri rahmat. AMIN.

Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

alfatihah utk mak
sama2 kita doa moga mak di tptkan dikalangan insan solehah.itu je yg mampu kita lakukan sekarang

aku belum kehilangan ibu dan ayah jd aku x berani komen lebih2 sbb aku x berada di tpt ko.

take care