30 Jun 2012

Yang mana?


Hari ni hari sabtu. Aku kerja hari ni tapi setengahari. Balik nanti banyak benda nak buat. Nak basuh cadar yang dah 3 minggu tak basuh huhuhu..kepam dah baunya. uweekkkkkkkk. Kebiasaan aku, seminggu sekali aku basuh. Minggu lepas baru nak basuh air takde, adoilahhhhhh..habis terbengkalai semua acara basuh membasuh. Aku suka basuh pagi, petang dah kering malam dah boleh pasang balik. Bukan takde cadar lain tapi aku suka yang betul2 baru basuh...bila tido tue fuhhhhhhhhhhhh...best je rasanya..hihihihi..

Perenggan kat atas tue mukadimah je yang aku nak cerita pasal nie sebenarnya. Hari tu kan Azam ada tanya aku tahun ni raya kat mana dulu. Kitaorangkan buat sistem giliran. Laju je aku jawab "patutnya kat sini dulu". Sebenarnya tahun lepas kat sini jugak sebabkan ada majlis kahwin, Azam yang nak kat sini dulu, bukan salah aku..sapa suruh buat kenduri time raya hihihi dasar pompuan nie. Jadinya sistem giliran tue dah lari dari kebiasaannya. Patutnya jadualnya macam nie 2009(p),2010(s),2011(p),2012(s) perak(kampung Azam) warna merah selangor(kampung aku) warna biru. Tapi sekarang jadual nie jadi mcm nie 2009(p),2010(s),2011(s),2012(s). Tahun 2013 baru kat perak..huhuhuhu. Aci tak kalau aku still ikut jadual yang pertama. Pentingkan diri ker aku?. Bila aku cakap dengan Azam, Azam diam je.mmmmmm... 

Bukan tak seronok raya kat perak, cuma aku nak raya kat sini dengan mak taukan keadaan mak aku macam mane. Kalaulah mak mertua aku boleh raya kat rumah aku tahun niekan besttttttttt..lagipun adik beradik mak mertua aku semuanya kat sini...tapi tuelah...mmmmmmm.....Aku teringin jumpakan mak aku ngan mak mentua aku. Mak aku tue simpan perasaan bersalah dia dengan mak mentua aku.mmm..padahal mak aku tak salah punnnn..huhuhuhuhu..aishhhhhhhhhh...

Nak raya pun takde mood tapi baju raya dah tempah 8 pasang..muahhahahha. dasar pompuan nie.. takpelah aku ikutlah mana-mana. Kalau Azam nak raya kat sana jugak ikutlah. Diakan suami, Dia ada hak atas aku. Takkan raya-raya nak gaduh ngan suami ..hihihihhihi.. segan jugak dengan mak mentua ..huhuhu.. asyik raya kat selangorrrrrrrrrrrr....je..huahuahuahua.. nanti diorang ingat aku queen kontrol pulak.

oitttttttt..puasa pun tak lagi..hahahhahahahha...dah kira giliran nak raya kat mana..ekekekkekekek...



aku kan berpikiran jauhhhhhhhhhhhhhhh...



Ini telah menjadi SEJARAH

3 ulasan:

Irfa berkata...

cikja..
tahun lepasn raya posa dan raya jahi semua kat kg aku..igt tahun ni nak raya belah Perak.aku yg cadangkan kat en suami..

citer besan kecik2 ati ni biasa berlaku..selagi boleh cuba rapatkan ye

Cikja berkata...

baguslah irfa....aku bukan tak suka raya kat sana..cuma ada sebab yg rasanya aku perlu raya kat sini..tapi tulah bergantung jugak pada Azam...

huhuhu..tulah pasalnya..berat kes besan kecik2 ati nie.....

Irfa berkata...

baca boleh komen aku tu mcm nyampah lak.byk betul salah eja ;(