01 Jun 2012

Semalam bawa mak ke PPUM

Memang ada appointment dengan klinik onkologi. Aku pergi dengan abang ayeng. Senang sikit pergi berdua sebab mak dah tak larat jalan. Aku parking kereta, abg ayeng pimpin mak & ambik wilcha. 

Lama jugak tunggu turn nak jumpa doktor. Masa tengah tunggu turn tue ada seorang makcik dari perlis temankan suaminya nak buat kimo. Makcik tue tegur aku..hihihi. Aku nie memang ada masalah jadi 'peramah' kadang-kadang. Selalu aku senyum-senyum je kalau orang pandang-pandang,  nak tegur macam "sapa yang sakit", "dari mana?" memang jarang-jarang berlaku.

Makcik tue dah 3 tahun berulang dari perlis sejak suaminya disahkan kanser kolon. Lupa nak tanye stage berapa. Tapi makcik nie ada anak yang duduk kat sri damansara. Kalau anaknya tak dpaat cuti dia pegi ppum naik komuter pergi hospital. Gigihkan. Makcik & pakcik nie pesara kerajaan. Banyaknya aku jadi pendengar setia bila dia cerita pasal suaminya. Rawatan-rawatan kanser. Pengalaman dia jaga suaminya kat PPUM. Loghat perlisnya kuat..hihihihi. Hampir-hampir aku gagal memahami apa yang dia cakap sampai makcik tue kena ulang 2 3 kali..muahahhaha kena pulak dia selitkan word2 inggeris...hahahahaha..adoiyalah. Batak betul aku nie. Last-last perbualan tue, dia interviewlah aku sikit-sikit. Makcik tue tanye aku "adik masih mengaji lagi ker dah kerja". korang baca dengan loghat perlis. "kerja makcik". "oo..kerja kat mana?". "Port Klang". "abis tue duduk sendirilah?". mmmm..kat sini aku dah tau point makcik tue..hihihihi...mesti dia ingat aku nie tak kawin lagi...hahahhaha. "aah duduk sendiri, maksud saya duduk asing dengan mak sebab dah kawin". "Laaaaaaaaaaaaa, dah kawin ker, makcik ingat belum kawin lagi"..sambil tepuk paha aku. Aku senyum je "anak saya yang sulung dah darjah 4 makcik". Patulah dia tanya aku dah mengaji lagi ker dah kerja. Mesti dia tengok muka aku macam budak belum habis belajar..hahahhahah. Point kat sini, biar badan gemuk janji muka muda..ekekekkeke..nak jugak kan.

Tak lama lepas tue datang kawan senegeri dia, ehehhehe dah kebetulan  no mak naik. Terus sorang mak pergi bilik doktor. Sekali masuk terpandang doktor pompuan muda pakai skirt. Dalam hati aku 'boleh tahan doktor nie'. Muka manis. Bila dah tanye itu ini kat doktor semua. Eh, tapi sebelum tue sempat jugak gaduh-gaduh sikit ngan doktor pasal report MRI mak..hahahhaha. Sampai aku talipon Ateh konpemkan sebab dia yang bawak mak pergi buat MRI aritue. Doktor cakap kenapa mak tak buat MRI sebab report takde dalam rekod mak. aik peliklah. Bila dah cakap buat & aku cakap "MRI tue depan secret resepikan?". "aah betullah tue". Takkan adik aku salah tempat. Terus nurse tue talipon MRI depart. Sekali memang betul ada buat cuma rekod tak dimasukkan dalam sistem. Ceh sabo jelah aku.

Masa doktor tue keluar kejap nak tengok laporan MRI tue aku berdua je dengan mak dalam bilik doktor. Mak tanye aku "nie bukan doktor mastura kan?". Aku cakap bukan sebab dia cakap dia nak rujuk doktor mastura dulu untuk sessi radioterapi. Mungkin doktor nie junior doktor mastura (doktor yang attend kes mak). Mak tanye sapa nama doktor tue. Aku pun belek cop doktor atas meja..hihihi. "oo..nama dia ina sharliny". mak pun "ooooo". pastu aku tengok lagi nak tengok bin sapa " ha, anak perempuan?". terkejut haku..hahahhaha. Doktor tue india!...ekekkeke. Mukanya macam melayu fasih berbahasa melayu!. Rupanya bukan melayu..hihihihi. Mak cakap "nasib masuk tadi mak tak cakap assalammualaikum"..ekekkekeke. mak cakap lagi "patutlah seksi"..muahahhahaha. Kitaorang gelak2 dalam bilik doktor. 

Bila doktor masuk balik dalam bilik, doktor cakap mak tak perlukan Radioterapi sebab kaki mak yang sakit tue bukan sebab kanser tapi sebab osteoporosis (tulang reput). So doktor bagi ubat tahan sakit untuk 2 minggu. Tengok sakit tue ada kurang tak. Nanti 2 minggu lagi jumpa doktor balik.

Kimo yang 8k pun dah beli. huhuhuhu. 30 biji untuk 30 hari.

Ini telah menjadi SEJARAH

4 ulasan:

Irfa berkata...

1-wah!best.best.biar gemuk janji muka 'baby face'

2-makcik tu ada niat nak buat ko jadi menantu kot

3-mmg pun ..kdg2 tgk muka cam melayu tapi bukan..ramai kawen campur takpun sebab makan nasi campur.hehe

4-pasal mak..doa je yg mampu

bai

KakiJalan berkata...

alhamdullilah bukan kanser..
tapi macamana boleh diagnos kanser mula mula...
kesiann mak kena therapy

Cikja berkata...

irfa..
ekekkeke..takde maknanya nak jadikan menhantu..anak2 dia dah kawin semuanya..terima kasih atas doa tue irfa..

Kakijalan
Mak saya memang kanser paru2 stage 4..saya ada buat ne3 masa mula2 mak diagnos kanser..

Cikja berkata...

kakijalan
baru saya perasan ayat saya tue buat awak keliru..maksud saya sakit tulang mak bukan sebab kanser mak merebak ke tulang tapi mungkin terlalu banyak kimo & radioterapi & ubat-ubatan buat tulang mak reput...