26 Jun 2012

Mak kesayangan

Keadaan mak makin merosot. 2 minggu lepas mak jatuh tersembam kat bilik air. Terkoyak kening mak, tapi mak taknak pergi klinik. Takut kena jahit luka tue sebab nampak dalam. Sebelum nie mak boleh jalan pakai tongkat. Bila dah jatuh tersembam tue mak jadi fobia.  Berjalan mesti dengan bantuan.

Kalau aku ada akulah yang pimpin mak ke bilik air. Kalau aku takde dengan Ateh lah. Lagipun bukan kerap mak pergi bilik air. Sehari sekali je. Apalagi yang mak nak buangkan sebab dah 2 bulan mak tak makan. Air masak pun susah. Kalau dapat habiskan sehari secawan pun dah syukur sangat. Sebab yang kerap ada dengan dia Ateh je, jadi kesian kat dia sebab kalau nak pimpim mak tue tak larat sangatlah, badan dia pun bukan besar mana, mak pun macam cuak sikit kalau Ateh yang pimpin jadi aku dengan ateh belikan mak wilcha (wheelchair). Sekarang aku dengan Ateh dah tak berkira pasal duit & masa yang ada untuk mak. Selagi mampu ditunaikan apa-apa yang mak nak selagi tue aku akan tunaikan.

Badan dia lemah sebab takde tenaga sebab tak makan. Pulak tue asyik muntah je. Hilang selera makan tu simptom kanser tue mengganas. Muntah pulak simptom mak ambik ubat tarceva. Boleh klik sini untuk maklumat lanjut. Badan mak makin kurus sangat. Sekarang mak hanya mampu berbaring kalau nak duduk kena orang bangunkan. Duduk pun tak boleh lama-lama, mak cepat letih. Nafasnya macam orang penat. Dah beberapa kali jugak mak batuk darah. Memang Speechless sangat. Kita tak tau keadaan dalaman mak macam mana.

Sekarang bila mak nak mandi, aku & ateh akan mandikan. Apa perasaan aku sebagai anak bila 'terpaksa' mandikan mak dalam keadaan mak sangat uzur?..sedih & terharu. Bila aku sabunkan badan mak, aku buat selembutnya. Aku usap2 muka mak, aku lalukan air dengan pelan. Aku tak sangka akan ada pengalaman macam nie. Tak pernah terbayang pun aku akan lalui saat2 macam nie. 

Kitaorang tak boleh tinggalkan mak sorang bila keadaan mak macam ni. Mesti kena ada orang yang tunggu. Sebelum nie ateh ambik unpadi leave bila keadaan terdesak takde sapa tunggu mak. Aku pun dah beberapa hari masuk lambat 2 jam tunggu abang ayeng balik kerja malam. Nanti tengahari masa rehat ateh balik mandikan mak. Pepagi aku nak mandikan mak taknak sejuk katanya. Lambat 2 jam tue nanti akan tolak gaji (aku yang request mcm tue). Second bos aku suruh buat surat minta time off je untuk beberapa hari nie tapi aku taknak sebab aku tau macam mana perangai bigboss aku. EL & unpaid leave memang dah sebati dah untuk tahun nie.

Semalam pun aku dengan Ateh cuti lagi nak bawa mak jumpa doktor dekat PPUM. Mak lagi suka anak-anak perempuan dia uruskan. Lelaki nie kurang perihatin...huhuhuhu. Bila doktor tengok keadaan mak macam nie, doktor dah boleh agak ubat terceva tue tak beri kesan positif pada kanser mak. Malah mak makin teruk. Tapi bagusnya doktor nie tak buat aku, ateh &  mak rasa putus asa walaupun aku tau doktor dah tau harapan mak tue macam mana. Doktor sendiri bagi beberapa cadangan untuk mak. Buat masa nie mak tetap nak teruskan ubat tarceva, iye kita akan turutkan kemahuan mak. Doktor jugak rujuk mak pada klinik supportive life( betul ker info nie, tapi lebih kurang gitulah)  untuk sokongan & membantu mak mengurangkan simptom2 kanser yang ada. Tarceva adalah last option yang ada untuk kanser mak. Doktor tengok mak macam tue nak kimo balik pun tak boleh sebab  badan mak memang lemah sangat.

Aku tau lambat atau cepat masanya akan tiba. Kitaorang adik beradik sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan yang ada. Tapi mana tau kalau Allah nak tunjukkan keajaibanNya mak boleh sembuh sepenuhnya. Amin.

Tiap kali mak tido, mak akan keluarkan suara macam mengerang-ngerang. Bila aku tanye "mak sakit ker?". "takdelah". huhuhuhu. Ker mak jawab sebab nak sedapkan hati kitaorang. Suara mengerang tu makin kerap. Kalau lepas aku mandikan mak pun nak dudukkan dia kat wilcha pun mak keluarkan suara macam tue, yang tue mungkin sebab mak keletihan.

Minggu lepas Ateh memang nekad nak buat kenduri untuk anaknya & sempena pindah rumah. Ramai jugak sedara mara & kenalan yang dijemput. Cerita mak jatuh bilik air dah tersebar jadi kebanyakkan yang dijemput dapat memenuhi undangan sekaligus melawat mak. Alhamdulillah. Tapikan aku cuma terkilan sikit dengan adab tetamu bila berhadapan dengan orang sakit macam mak tue. 

masa kenduri, duduk tak sampai 5 minit pun dah buatkan mak keletihan..jarang dia turun dari katil tue kecuali nak mandi atau buang air..sembahnyang pun atas tue ambik air sembahnyang pakai spray.. (gambar nie azam yang ambik, sejak kesihatan mak makin teruk aku tak pernah ambik gambar mak sebab nanti aku sedih)


Ramai jugak yang menangis2 bila tengok keadaan mak. Masa aku pakaikan mak baju,  mak cakap "nanti ko bedakkan mak sikit ye..nanti mesti ramai yang peluk2 mak nangis2, ntah apa-apa jelah diorang nie"..huhuhuhu.. Tak kurang jugak yang komplen itu ini macam diorang yang kena jaga mak aku 24 jam. Rasanya kitaorang dah buat sehabis baik jaga mak. Kalau ada kekurangan tue biasalah sebab kitaorang pun ada tanggungjawab sendiri. Senang nak cakap tapi nak buat bukan semua orang mampu. Bila sesekali dia datang kita takde kat rumah kata kita biarkan mak macam tue. Berapa kali dia datang sejak mak sakit. Kita nie memang kat sini, cuma sesekali takde tue mungkin sebab ada urusan yang lain. Tinggalkan mak pun bukan tinggalkan tanpa pengawasan cuma kebelakangan nie mak memang susah nak makan ubat, dia menolak nak makan ubat kecuali ubat tarceva tue Setiap kali jugak kena explain kat diorang  doktor cakap & apa yang kita tanya kat doktor. Secara dasarnya takkanlah kita diam je bila doktor check mak, mesti aku/ateh tanya. Kenapa, macam mana...kiranya memang banyak tanda soal bila jumpa doktor. Cakap & mengarah memang senang!. suruh buat itu buat ini. Ko yang cakap ko buatlah baru tau.

Ada sorang hamba allah nie, aku tak taulah sejak bila pulak dia menuntut jadi ahli nujum. Hamba Allah nie bila balik dia pesan kat Ateh macam nie "ko jagalah mak ko baik-baik, dah tak lama tue mak ko". Boleh cakap macam tue?..sapa yang dia tengah cakap tue?...mak aku tue. dia tak boleh paham ker perasaan Ateh bila dia cakap macam tue. Aku yang dengar pun menyirap darah. Pada aku teruk sangat keadaannya pun dia tak patut cakap macam tue. Dia buat kita rasa down dengan kata-kata macam tue. Lebih baik dia cakap hanya perkataan yang depan tue "jaga mak baik-baik"..itu dah memadai.

Kecewa bila kena macam nie. Manusia nie bila tak kena batang hidung sendiri memang senang cakap. Dari mula mak sakit aku cuba beri perkhidmatan aku sebagai anak yang terbaik. 

Eh, dah jadi sesi luah perasaan pulak kan, nak lapangkan dada sikit. Serius aku sikit pun tak rasa mak susahkan aku. Malah aku berbesar hati buat semua tue bukan semua orang rasa pengalaman macam tue.sebenarnya pengalaman yang menyedihkan semua nie.

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

ish..aku baca pun geram
tapi bukan nak cakap la..mmg ada mulut2 bercakap tak fikir byk kali ni
ko bertuah dapat berbakti pd mak..

suterazen berkata...

Asslamualaikum CikJa,

Berat mata mandang, berat lg bahu mikul nya...saya doa kan moga cikJa adik badik terus kuat hadapi Ujian ni demi ibu tersayang.