07 Jun 2012

Hari pertama di Terengganu.

4 hari berkelana ke negeri orang sangat menyeronokkan. Kenangan manis yang tak akan aku lupakan. Perjalanan dimulakan pada jam 5 pagi waktu selangor bertarikh 2/6/2012..:-P. Bajet pergi over the sea je
buruk sesangat muka..hahahha..maklumlah bersiap 5 pagi
alo-alo shomelnya aqil..


















Sampai termerloh jam 7.20 pagi. Berenti nak sarapan. Orang ramai sangat masa nie,  gerai plak tak banyak yang bukak lagi. Nak beli nasi lemak je kena Q panjang...huhuhuhu. Berhenti lebih kurang satu jam jugak.

Sebenarnya pergi Dungun tu  nak ke majlis kahwin anak makcik aku. Senang citer sepupu akulah yang kahwin. Aku nie jadi wakil pada mak & adik beradik yang lain. Kebetulan dah kesana aku plan dengan Azam ajak dia pergi Kuala Terengganu & Kota Bahru, kelantan sekali. Kebetulan cuti sekolah bolehlah bawak anak-anak cuti-cuti malaysia kan.

Sampai kemaman 3 jam lepas tue. Maknanya jam 10.30 pagi dah sampai kemaman dah tapi tak singgah mana-mana pun masa nie sebab kejar masa nak pegi dungun lagipun perjalanan masih jauh lagi. Sampai dungun lebih kurang jam 1230. 

Masa nie memang lawak sebab cari rumah makcik aku tak jumpa-jumpa walaupun sebenarnya aku dah pegi dah masa hantar ateh kahwin dulu. Dekat 1 jam pusing-pusing. Talipon paman-paman aku. On GPS. Tak jumpa jugak. Aku rasa dah give up dah. Azam muka dah ketat. Anak-anak dah mengelupur...hahhahahha. Bila dah masuk area taman lagi sekali aku gagal memahami arahan..hahahhaha.. nie nak cakap sikit, kalau dengan aku jangan cakap kiri atau kanan aku tak boleh pikir on the spot. Aku mesti gelabah pikir mana kiri mana kanan. Orang suruh masuk kanan aku masuk kiri..hahahhaha. Last-last orang yang bagi arahan pun feed up suruh tunggu kat situ diam-diam dia datang jemput. Patutlah tak jumpa2 aku tengok orang tue dari kanan aku masuk ke kiri..hahahhaaha. Aku cakap dengan Azam jangan cakap dengan sapa2 aku tak paham arahan..hahahhaha.. Azam dah gelak-gelakkan aku. cissssssssssssssssssssssss...yang dia pun ikut je. Memang Azam yang bawak kete aku kan co pilot..hahahha..klu aku bagi salah direction konpem dia pun salah belok kan?...


Sampai-sampai pengantin pun dah nak bersanding tapi sebelum tue kena gelak dulu ngan paman-paman haku..hahahhaha cisssssssssss...jumpa makcik aku kejap terus pergi makan. Anak-anak pun dah kebuluran. Dengan panas teriknya....perghhhhhhhhhhh.. best betul.. huhuhuhu


cantik pelamin & pengantin. Comel!

Belah lelaki makbapak pompuan, belah pompuan makbapak lelaki..

aku tak taulah nape tudung aku kebelakang sangat..hahahahhah..nasib tak senget2..
adik beradik aku semuanya kirim, pening..hahahhaha..tue tengah tengok mana untuk mak pengantin mana untuk pengantin.


jumpa pengantin kejap nak salam kaut..hihihi..

Aku tunggu lebih kurang jelah, adalah dalam setengah jam je kot..hihihi.  Makcik aku ingat aku nak tido sana..huhuhuhu. Lepas tue dia tanye, balik nanti singgah tak..alaaaaaaa..tak dapatlah wahai makcikku. Jadual pack..hukhukhuk. 

Jalan menuju ke Kuala Terengganu adalah jem. Hazab jugaklah tapi sepanjang perjalanan happy je tengok pemandangan sebab kita menyusur laut kan. Seronok!. Sampai hotel lebih kurang jam 4.30 petang.


Alhamdulillah sampai jugak aku ke negeri orang nie, aku ingat aku tak merasa nak jalan-jalan jauh nie..huhuhu

masuk bilik je anak-anak mengadu lapar...nasib beli bun kat tesco sebelum pergi..buat alas perut dulu karang kita jalan2 cari makan.
pemandangan dari bilik...
hahahhaha...anak-anak aku memanglah..tab kecik macam tue pun jadi buat berkubang...asal korang bahagia sudahh...
Lepas dah segarkan badan, kitaorang  nak jalan kaki melawat kawasan sekitar. Kalau ikutkan masa search hotel. Pasar payang hanya 10 minit je berjalan kaki dari hotel ni. lagipun jalan ke tempat yang nak dituju jemmmmmmmmmmmmmmm.  Jalan kaki ada lah yang terbaikkkkkk..

dari bilik je dah nampak ke jemmannya...
Masa sampai lobby bagi kunci kat reception. Orang tu tanya "nak keluar ker, jalan jem tue?". Aku cepat-cepat jawab " kitaorang nak jalan kaki je". hehehhehe..mengambil berat sangat dia hihihihi.

anak-anak aku feeling macam kat negara sejuk je...eh tapi masa nie hujan renyai-renyai.
jem tue sebab jalan tutup, ada hari belia ker menda ntah, tapi race motor2 kena modified..
Kitaorang sampai separuh jalan je. Hujan turun macam lebat jugak rasanya. Bila tanya orang kat situ pasar payang tue buka siang je. Nasib baik tak pergi kalau tak buang peluh je.

Ambik keputusan patah balik ke Hotel. Dinner kat hotel jelah nak keluar jalan jem. Lepas tue rehat-rehat dulu esok baru mulakan perjelajahan.

makanannya biasa-biasa jelah...macam makan kenduri kat rumah makcik aku..ekekkekek..

iye-iye jelah budak nie makan, yang tukang perabis ibu dia jugak...
kan aku dah cakap...suka hati dia je...merangkak, berlari, terjerit-jerit...main tangga..fuhhhhhhhhh...nak tercekik aku makan kejap2 hilang dari pandangan..


ala aku dah abis makan baru nak mula...takleh tunggu dah aqil dah sangat tak terkawal...
Habis untuk hari pertama kat Terengganu. Esok siri penjelajahan Hari kedua pulak.....
Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

1-oh ke Ganu ko ye

2-masa aku ke sana dulu pun jalan jem giler nak gi pasar payang..sudahnya tak pegi pun..lalu je.huhu

3-anak2 aktif ni mmg ginila..2 minit je duk diam..tp pk +,diorang sihat.oklah tu