21 Jun 2012

Hari ketiga - Kuala Terengganu ke Kota Bahru

Macam biasalah bangun pagi-pagi sarapan dulu. Duduk dekat sini tak terasa nak cari sarapan pagi kat luar. Lagipun tak tau kat mana sarapan yang sedap area nie, baik jangan buang masa. 

Selamat pagi semua!!!...
pemandangan dari kafe

menunya pagi tue..ada nasi dagang, soto, apalagi haa..lupalah..hahhahahha..

aku makan memang tak berenti, sampai sengkak perut..muahahhahaha..tabiat buruk!...mana tak gemukkan

aqil menu sama macam semalam!...

Lepas habis sarapan layan anak-anak mandi pool lagi. Lastday sebelum check out, lagipun semalam dah janji kan. Hari kedua kat pool takde ambik gambar pun, kat tab ada rasanya sikit malas nak transfer. huahuahua...Kali nie Azam tak mandi sebab ramai pulak hari nie kat Pool. Aku dah tentu malas nak basah-basah. Tak lama lepas tue perut aku sakit nak memerut aku naik bilik sendiri. Dah sampai bilik aku mandi terus kemas beg2. Bila Azam dengan anak-anak naik, dia bising aku lama sangat kat bilik hihihihihi..ala tue pun nak bising nyampah! padahal aku readykan semua benda nak check out.

Sebelum pergi mandi pool kitaorang posing sakan kat laluan ke bilik...depan lif pun jadi ekekekekke..

2 orang kesayangan...

 tadi bila tengok abang2nya dipeluk ibu, dia pun menyelit sama..jeles budak nie..hahhahahah..tersepit pun  tersepitlah...

tangga...

pasangan  sejoli..hakhakhak... tengoklah ibu dia jugak jadi mangsa bawak mainan..beg pun tak sempat dizip..

oklah jom check out lah. Check out pukul 10.30 pagi. Nak cepat sebab nak singgah pasar payang lagi sekali dengan harapan orang tak ramai sangat.

beg 2 je..yang lain semua mainan aqil...dia malas bawak pulak tue...

settlekan apa-apa yang patut...

aqil mengada tau buat gaya macam tue muahahhahhaha...bajet macho sangat...
Lepas check out terus tuju Pasar Payang lagi sekali. Nak beli barang kenang-kenangan sikit untuk kawan-kawan & adik beradik. Aku beli kain batik. Azam beli souvenir untuk kawan-kawan kerja dia. Beli baju t shirt untuk anak-anak (baju yang dibawa dah kehabisan)..muahhahaha. Aku tengok ada yang beli periuk kukus, macam best je nak beli tapi mana mau letak pulak. Kereta dah sendat dengan 2 bijik narita.

Keluar je dari Pasar payang terus menuju ke Pantai Batu Buruk lagi sebab anak-anak nak makan sotong celup tepung lagi. Eh, ibu dia pun sebenarnya nak jugak ..hihihihi. Tak puas makan malam tadi.

siang-siang baru ada orang jual layang-layang...tapi tak beli pun sebab kereta penuh...huhuhu..pujuk anak-anak ..layang-layang kat selangor pun boleh beli...

ambik sampai 3 ketul sotong besar2 tapak tangan aku..tamak!..oh tapi licin ok semuanya..sedappppppppp. Fahmi malam tue tak dapat rasa, sekali dia rasa siang nie fuuhhhhh...makan pun berebut-rebut...hahahhaha..batak!..
Habis melantak semua. Pesan kat anak-anak kurangkan isi 'tangki' masing-masing sebab lepas nie perjalanan jauh. Jadi pegilah toilet sebelah gerai tue. Kagum aku tengok toilet nie. Masuk kena bayar 2 posen sorang. Masuk-masuk je karpet semuanya siap ada tv bagai dah macam dalam rumah. Belakang Fahmi pintu oren tue bilik mandi, mandi kena bayar 1.00 seorang.


laluan ke toilet..belakang aqil tue pintu masuk...

bersih bilik airnya selesa nak membuang...
Lepas semua urusan mengosongkan 'tangki' selesai kitaorang pun mulakan perjalanan pada Jam 12.55 tengahari.
ntahlah Azam suruh ambik gambar nie aku ambik jelah..hahahhaha..pape entah azam. Gerai-gerai seafood celup tepung semuanya kat belakang kompleks nie...
Setiap kali ada pintu gerbang + signboard macam nie mesti azam suruh snap..ekekekke...layankannnnnnnn...

eh nie masjid kristal kan?...dpt tengok dari atas jambatan apa ntah menuju ke kota bahru..huhuhuhuhu...sabo jelah..lain tahunlah nampaknya dpt kesana..
Terbengkalai cerita ganu nie. Banyak benda pulak 2 3 menjak nie. kat draf je cerita nie, nak sambung pun dah hilang mood + tak berapa ingat..hahhaha.. Kena tengok gambar2 yang ada baru boleh recall balik cerita2nya. 

Ok sambung. Keluar dari Pantai Batu buruk pukul 12.55 tengahari kan?. Perut kenyang pulak tue abis masing-masing mata kuyu je termasuklah Azam. Jalan pulak tak sangkut-sangkut. Akhirnya tewas jugak Azam nak teruskan perjalanan tue. Berenti kat tepi hutannnnnnnnnnn..mana ntah..hahhahahha..




Semuanya tido kecuali aku. Aku jadi jaga. Ngeri pulak aku nak ikut tido. Dahlah kat tepi hutan walaupun dalam kereta tertutup tetap jugak berjaga-jaga..huhuhuhu..tengok gambar kat atas tue nampak tak kat luar tue hutannnnnnnn. Tak lamalah Azam lelap, bagi dia dalam 15-20 minit ok dah. Lepas tue boleh teruskan perjalanan dah. Kalau ikut rekod yang ada..masa nie jam 2.03 petang. Rekod kata ko..hahahha..mampu buat macam aku rekod masa bagai..hahahhahah

Aku tak taulah nie gambar kat mana. Azam nampak sawah padi nie terus berenti tepi jalan pastu melintas ke seberang jalan dan ambik gambar nie...hahahhaah. Sanggup berenti tue..aiyakkkkkkkkkkkk..laki haku nie...
Sikit pun tak berseni ambik gambar nie..hhahhahahhaa...ampun bang..

aku duduk jelah dlm kereta..anak-anak sepanjang jalan ke kota bahru tido je...apalah diorang nie taknak menikmati pemandangan sepanjang jalan bukan senang nak sampai negeri orang kan...aku suka tengok stail rumah-rumah & suasana kalau keluar ke tempat orang...serius sepanjang jalan aku tak tido langsung...

Jauh rupanya dari Kuala Terengganu ke Kota Bahru bertolak pukul 12.55 tengahari sampai dekat pukul 5.30 petang. Itu tolak campur berhenti-henti + jalan jem sikit sikit. Pusing-pusing sikit kat kota bahru sebab nak cari hotel bajet. Kali nie kita main redah je. Tak buat booking pun sebab niat nak carik hotel biasa-biasa je. Bukan susah nak cari hotel bajet kat KB nie. Aku carik guna GPS je..hihihihi. 

Akhirnya aku pilih hotel Al-Quds. Hotel nie betul-betul depan KB Mall  bawah flyover. Boleh seberang jalan je nak ke KB Mall. Aku tak pergi pun KB Mall nie. Aku ingat sama jelah ngan soping2 kompleks lain kan...So taknak buang masa kat situ baik pegi tempat yang takde kat tempat aku sekarang..hehehehhehe..

ambik gambar dari depan hotel...
bilik pun ok dapat 2 katil queen..memang sedang2 elok untuk aku sefamily...

gambar bilik air nie Azam yang ambik..admire pulak dia dengan bilik air pink nie..hahahhaha..oh not my taste..
bilik air yang luas & simple mandi 5 orang pun hokey je...
Lepas bersihkan diri kitaorang siap-siap nak ronda2 kawasan KB. Teringin nak pergi Pantai Cahaya Bulan. On GPS, dari hotel lebih kurang 20 KM jugak.

sampai dah...

curamlah pantainya...

anak-anak aku memang aku tak bagi mandi2 kat semua pantai yang aku singgah sebab bahaya..hihihihi..ombaknya mengerikanlah..dapat main pasir pantai pun anak-anak aku dah gumbira sangat...ngeh ngeh ngeh
dah janji nak belikan layang-layang..huhuhu..terpaksalah beli jugak..bila layang-layang dah naik atas aqil takut..hahahha..padahal dia yang beriya suruh beli...APTB..
Kejap je pun naikkan layang-layang tue, tak sampai 15 minit pun..angin kuat kan cepat jelah layang-layang tue naik. Kat depan pantai nie banyak gerai jugak. Kitaorang ingat makan kat salah satu gerai yang adalah kat situ. Sebab banyak sangat gerai sampai tak tau nak pilih yang mana..huhuhuhu. Jadi pilih ikut hati & tawakal supaya tak terkena macam semalam..hehehehhe.

gerai nie yang jadi pilihan...
Ketam celup tepung...

Makanan yang berasaskan celup celup....

kahkahakhak..dah macam nenek tua gayanya...

menu malam tue sotong 3 ekor(besar), ketam 2 ekor, ikan kembung sekor(sedapppppppp..manis), udang besar 2 cucuk, semuanya celup tepung. Pastu Tomyam campur nasi putih 4, air kelapa 5..semuanya 70 ringgit sahaja...fuhhhhh..kira oklah tuekan..
Aku rasa hari tue kalau cek kolesterol aku sekeluarga mesti mencanak naiknya.. hahahhaha.. dah dari pagi melantak seafood je kerjanya..anak-anak pun memang dah jatuh cinta betul dengan sotong celup tepung tue...

Abis makan lepak kejap lagi kat tepi pantai..menikmati angin malam.. fuhhhhhhhh..bestnya dengan bunyi desiran ombak pantai walaupun gelap gulita tak nampak apa2 kat laut tue..hahhahahha..tetap rasa nyamannnnnnnnnnnnnnn..




Malam pun makin larut jadi baiklah kita berangkat pulang ke sarang..hehehhehe. Rasanya masa nak pegi punya jauh. Masa nak balik..aikkk..dekat je pun hahhahaha. Saiko sangat.

Masa otw balik ke hotel tengok jalan jem kat satu area nie. Pastu tengok ada khemah-khemah. Jenguk lagi nampak wayang kulit!...oitttt..konpem kena singgah nie. Oh rupanya ada pesta thai. Kiranya aku nie langkah kanan betullah cuti-cuti kali nie. Kat Ganu ada pesta pantai kat Kelantan ada pesta thai.

Wayang kulit nie susah nak tengokkan. Pertama kali tengok secara live..hihihihi. Masa mula-mula sampai diorang tengah bercerita je lagi. Wayang kulit tue tak digerakkan lagi. Ceritanya aku tak paham..hahahhaha.. Orang gelak aku ikut gelaklah.


belakang kanvas...hihihihi..

tue dia..Aqil duduk depan sekali lebih kurang selangkah je nak sampai kanvas tue..aku risau dia ambik pedang mainan dia pegi cucuk kanvas tue. Budak nie bukan kira...aku tarik dia kebelakang..tak sampai seminit kedepan balik..adoilahhhhhhhhh..jakun pun agak2 lah Aqil..
Pesta thai nie banyak yang diperkenalkan masakan thai. Macam-macam ada. Sebab kitaorang dah kenyang makan kat pantai batu buruk jadi langsung tak teringin nak beli & rasa. Sekarang baru menyesal..hahahhaha. Ada mangga pulut. Ada kerabu kaki ayam. tengok gambar kat bawah nie kerabu ikan keli pulakkkkkkkkkk..adoi..sungguh menyesal tak rasa.


nama menu pun dalam bahasa thai...susah nak sebut..ekekekke

 

Pukul 11 balik hotel.  Masing-masing pun dah kepenatan  sangat. So, kat KB nie tak tau mana lagi tempat yang best. Tapi kalau masa panjang boleh je nak google tempat-tempat menarik. Tengok jam pun dah larut malam. Badan kena rehat jugak. Esok dah nak balik dah..

budak nie dalam kereta tidu..time orang nak tidur dia main-main..gggrrrrrrrrrrrrr..

lantak sanalah..mak ko dah tak larat..baik tido...hahhahahha..aqil kena tido kat lengan aku baru boleh tido..pesen apa ntah budak nie..aku ingat kalau dah tak menetek tue bolehlah aku tido gaya bebas..nie tetap jugak kena statik...aishhhhhhhhh..


Sambung hari ke 4 pulak.....last

Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

banyak part aku nak komen tapi kena belek balik en3.hehe


1-best giler la jalan2 ko ni..semua tpt kover la

2-eh!ko gi toilet sebelah gerai tu ker.aku cari smpi sudah tak jumpa toilet sbb segan pulak nak masuk tpt org tumpang mandi + tido tu.kalau tak silap itu mcm tpt tumpangan org yg jaga sedara sakit di spital tapi takde tpt nak tumpang rehat.maaf kalau aku salah

3-sedapnya makan2 celup tepung kat pcb tu.aku pun baru sekali kesana.masa form 5.huhu