13 Jun 2012

Hari kedua - Kuala Terengganu

Hari kedua. Jam 6.50 pagi. Azam yang bangun dulu. Panaskan air, masukkan dalam thermos(untuk bekal susu aqil). oh sungguh mithali lakiku Terang dahkan. Bersiap-siap pastu turun sarapan. Waktu sarapan dah dimaklumkan pada jam 6 pagi hingga 10 pagi.

pagi-pagi air oren..feeling mat salleh sangat!
selera sangatlah makan koko crunch pagi2...

Menunya nasi lemak, mihun, bubur nasi, mee kari, roti canai telur, roti telur..macam-macam lagilah..


Fahmi tengah mengecek Aqil punya telo separuh masak..lepas tue masing2 ambik sendiri 3 bijik sorang kalau tak sorang nak ambik 4 biji, Azam tak bagi takut muntah..huahuahua..
Habis sarapan anak-anak dah sibuk nak berkubang kat pool. Tak layankan kesian pula sebab jarang kan nak dapat mandi pool dah alang-alang duduk hotel..layankan jelah tue pun warning dulu tak boleh lama-lama sebab banyak tempat nak pergi.

Aku jadi lifeguard je. Malaslah nak basah-basah, anak-anak sibuk suruh aku mandi sekali. Ayat Azri "ibu takut pengsan ker?"..hahhahahha..sabo jelah..


masa nie oarng tak berapa ramai lagi, naklah Azam mandi teman anak-anak.

budak nie dah tenggelam..hahahhaha..

Hazab nak suruh budak-budak nie naik. Ayatnya "last bu, last"..hahahhaha. Paksa jugak keluar dari pool tue dengan janji esok mandi lagi.

Tempat yang nak dituju ialah Pasar Payang. Jem jugak jalan nak ke Pasar Payang sebab area nie jalan sehala. Dapat Parking berbayar kat area Dataran Shah Bandar. Patutnya parking dah penuh sebab banyak kereta parking kat situ sebab nak ke Pulau Redang tapi orang yang jaga tu bagi kitaorang masuk & dia blok jalan masuk tue pakai kon & kitaorang boleh parking betul2 kat jalan  masuk ;-). dia cakap kitaorang nak ke pasar je jadi dia bagi kalau nak ke Pulau Redang dia tak bagi parking situ sebab selalunya kalau nak ke sana parking kena lama sebab pergi je makan 1 jam perjalanan (naik bot). 

Syukur urusan dipermudahkan. Jalan kaki jauh jugaklah nak ke pasar payang tue tapi oklah parking tempat selamat. Kalau kedepan belum tentu dapat parking dengan kereta banyak macam tu. Masa nie panas terik o..

Masuk je pasar payang. Aqil dah nak mintak cukai. Dia nie kalau dah nampak mainan memang sedihlah ko nak shoping ikut hati. Aduhai budak nie mula-mula aku malas layan sebab banyak lagi kedai nak pegikan tengok-tengok jelah dulu. Wah sekali tue sepanjang jalan pusing2 pasar payang tue dia berzikir sambil tarik baju aku "aqil, nak tue"..suara merengek-rengek.

nampak muka aqil..hahahhahah..merengek tue, dah orang ramai, jalan langgar2 bontot ngan tetek..fuhhhhhhhhh..panas pulak tue...dia boleh merengek, rasa nak makan je budak nie..hahahhaha..

last-last takleh tahan, berenti kat satu kedai nie, pilihlah mana ko suka aqil...Azri & Fahmi sibuk nak beli cenderamata untuk kawan-kawan dia.
Tengok betapa ramainya umat kat pasar payang nie, dahlah jalannya muat2 untuk sorang lalu, kalau berselisih ngan orang kena jalan mengiring..hihihihi. Tapi bestlah ramai-ramai meriah. Rambang matalah kat sini. Pasar Payang ada 2 tingkat. Bawah orang jual makanan. Tingkat atas baju, kain ela, sutera, cenderahati dll.

Tak berapa lamalah kitaorang kat sini sebab tak selesa nak memilih, lepas tue rambang mata. Banyak sangat pilihan tapi harga nya sama je antara satu kedai ke satu kedai, kalau pandai tawar ok kot. Dah dapat apa yang aku nak terus ajak keluar.


2 bijik sekali beli, mende nielah yang aku cari..ekekekekek...
Lepak kejap kat area nie, suruh azam hantar barang-barang yang dibeli kat kereta. Nampak pulak orang naik bot. Anak-anak dah bising nak naik. Tunggu Azam, suruh dia tanya. Aku tanya pastu orang tue jawab aku tak paham..hahahahhaha..


Naik bot nie sehala seringgit seorang. Nak turun atau taknak turun pun takpe maksudnya patah balik naik bot yang sama. Bayar kat jeti seberang.


Sampai dah ke seberang
Mula-mula kitaorang malas nak turun, tapi ada pakcik nie beriya suruh turun kitaorang tanya ada apa kat sini. Dia cakap ada orang buat keropok. Takpehlah dah sampai sini kita jalan2lah tengok tempat orang.

Dah pusing-pusing baru tanya kat pakcik tue apa nama tempat nie..hahahhahaha. Nama tempat nie Kampung Seberang Takir.

gambar dengan signboard, menunjukkan aku dah pernah sampai sini.. :-)
anak-anak suka bila tengok banyak bot..hihihihi..

Pakcik baju belang tuelah yang ajak dengan anak menantu +cucunya. Aku ikut jelah diorang pergi mana muahahhaha..dah jadi macam pemandu pelancong pakcik nie...peramah sangat.

tiba-tiba anak-anak nampak ayam. Gila besar ayam jantan nie besar aqil ada kot...hahahhaha,,batak ok nampak ayam...ekekekekke..
Takde rezeki kitaorang, banyak kedai keropok tutup. So patah balik ke jeti nak balik ke dataran shahbandar balik. Tambang pergi balik kena 5 ringgit je satu family aku. Budak2 kena 50 sen, aqil tak kira. Azam ajak ulang alik 2 3 kali..muahahhahah... takde kerja..

Sedikit gambar yang ada. Nyamankan tengok keadaan-keadaan macam nie...seronoknya bila ingat balik. Suasana tenang. 





Lepas tue terus ke Pantai Batu Buruk. Terengganu nie kan mewah dengan pantai. Cantik cantik pulak tue pantainya. Rugilah kalau tak singgah tapi pantainya takut sikit sebab ombak kuat & tinggi.

Sampai dah kat Pantai Batu Buruk.
Badan tak sihat pulak sejak balik bercuti, dah terMC sehari. Oklah sambung cerita. Masuk je kat sini nampak kereta kuda, dah anak-anak sibuk nak naik. Tanyalah berapa sekali naik. Kalau tak silap aku Dewasa RM10, kanak-kanak RM5. Layankanlah, kata bercuti dengan seronok apa yang anak-anak nak kita layankan selagi mampu. Bukan selalu pun.

naik 2 pusing yang aku ingat kalau lari tamat dalam 2 minit je..hahahhaha..kena bayar RM30. Baru nak rasa kuda tue memecut dah kena pelan balik sebab nak ambik lap...APTB.
Lepas tu anak-anak nampak playground..layan lagi. Aku dengan Azam dah kepenatan sebenarnya sebab cuara panas terik kan. Kat pala otak dok terbayang tilam pastu on aircond sampai tahap beku..muahahhaha..dah tua gitulah badan. Mudah letih.



Aqil nie kat mana-mana nampak mainan konpem aku kena cukai. gggrrrrrrrrrr.. Geram!. Padahal benda yang dia nak dah pernah beli 4 5 kali.

tengah pilih idaman hati..konpem otomen pilihan dia...
Tak lama pun kat sini, nak pegi Masjid terapung pula. Semua tempat yang kitaorang pergi nie dah search siap2 guna google & bantuan GPS. Masjid terapung nie pun dekat dengan pantai ada tasik keliling Masjid nie. Kitaorang tak masuk pun masjid nie. Kitorang bentang tikar &  lepak kat area pantai tapi mengadap Masjid terapung nie. Duduk bawha pokok kepala. ekekekek..banyaknya typo. Ayat yang betul adalah Duduk bawah pokok kelapa bukan kepala lah hahahhaha..Tenangnyalah.





hahahhah..takde kerja!. tipu je nie tak tidur pon..

Memang tau kat terengganu banyak pantai kita bawak tikar siap-siap. Senang nak lepak-lepak. Perasan tak kitaorang tak makan tengahari lagi padahal waktu nie dah dekat pukul 3 petang dah. Sebab cuaca panas sangat kitaorang asyik beli air pastu beli keropoklah, nagetlah, jambu, makanan ringan2 tue yang tak rasa lapar. Anak-anak pun ok.

Lepak lebih kurang 1/2 jam je kot. Lepas tue kitaorang  terus balik hotel. Berehat. Azam siap tido lagi. Anak-anak terlompat-lompat, buat bising, ala dah namanya budak2. Aku? ofcoz online kejap..hihihihi..dah letih sangat tak boleh tidur pula dengan anak-anak terlompat-lompat atas katil macam mana nak tidur.

Dalam jam 6 petang keluar balik nak pergi cari tempat makan yang sedap. Dapatlah cari, tapi tang nak membayarnya pun sedap. Tak sangka kena sampai harga macam tue. Punyalah pusing-pusing nak cari tempat makan paling best & sedap. Agak-agak boleh teringat-ingat bila balik sini. Memang konpem teringat tapi tang harganya..huhuhuhu.

anak-anak aku nie ada tabiat, kalau masuk kereta je tidur..nak kejut punyalah susah..Aqil takpehlah kecik boleh angkat, cuma tak tahan part mengamuk tak puas tido..gggrrrrr...
kan dia dah mengamuk....nangis ajak balik...

sambung tido lagi kat meja makan, nie pun azab gak nak suruh bangun...dah bangun muka mata takleh bukak..

siakap pedas, ketam 4 ekor, udang goreng tepung(salah bagi jadi sotang goreng tepung) untuk sorang makan, kailan ikan masin, sup tulang, ABC, laicikang & freah oren 4 = RM150.00 tunaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... fuhhhhhhhhhhhhhhhh..hebat tak? Semalam makan kat hotel pun tak sampai seratus tau..
Rasanya lebih kurang je kedai tomyam kat sini. Aku cakap dengan Azam dah jangan kenang-kenang bayar mahal sebab dah makan jadi darah daging yang lepas biarkan lepas. Cakap tue nak sedapkan hati sendiri...huahuahuahua..mungkin ketam tue yang menyumbang kepada peningkatan harga.

Habis makan terus ke pantai lagi sekali sebab Azam dah janji dengan budak yang nangis tadi nak beli layang-layang. Layang-layang menda malam-malam nie..hahahhahha...orang jual layang-layang pun dah balik. Masa round kat sepanjang pantai tue nampak gerai jual seafood celup tepung...perut kenyang nie. takpe kita lepak tepi pantai ke dulu..



Bestlah main pasir pantai nie malam-malam. Sejukkkkkkkkkkkkkk je. Lagipun pasirnya tak melekat kat kaki sebab pasirnya kasar-kasar.  Si Fahmi nie pergi main-main timbus selipar dia lepas tue bila kitaorang nak balik, dia lupa mana dia timbus selipar dia dah satu hal memcari...muahhahahha..dah mcm apa je korek2 pasir malam-malam...Azam malas nak layan..di padankan muka je..aku ngan Azri tolong korek2 pasir...kelakar jugak masa carik tue. Seronok! walaupun gerammmmmmmm..hihihihi..

Lepas tue jenguk-jenguklah jugak ke gerai seafood celup tepung nie. Walaupun perut kenyang tapi bila tengok seafood celup tepung nie terus rasa...nakkkkkkkkkkkkkkkkk..jugak..hahhahaha. Aku cakap dengan Azam kita tapau makan kat hotel.  Paling best sotong goreng tepunglah yang lain aku tak heran. Kita pilih benda nie nanti diorang akan panaskan sekejap+ dia potong siap-siap.


Dah beli nie Azam ajak pegi masjid kristal pulak. Sebagai co pilat aku search je kat GPS, tapi malang GPS tak boleh cari jalan ke sana. Aku tak taulah kenapa tak boleh. Kitaorang berpusing-pusing satu Kuala Terengganu. Sampai nak balik hotel pun tak tau..hahahahhaa. Azri dah cuak asyik tanya. "Hotel kita tak jumpa ker?"..muahahhaha..Aku tak risau sangat. Malam tue pulak signal GPS macam susah nak dapat. Last-last tak pergi pun Masjid kristal tue, memang tak dapat cari.

Balik ke hotel Azam ajak ke  Dataran Shahbandar lagi sebab ada pesta pantai. Meriah. Aku ok jelah.

hahahhah..masing-masing dah keletihan!...tapi sampai hotel semuanya cergas makbapaknya yang pancit

wah, khusuknyalah tengok orang nyanyi sambil layan aiskrim

sedap suara adik nie nyanyi, masa nie dia nyanyi lagi sway...berinjut-injut bahu mat saleh kat tepi khemah..hihihihi, mesti dia kagum lagu omputih tapi muziknya dari gamelan...
Tak lama jugak kat sini. Aqil dah merengek ajak balik. Aku pun dah rimas berlengas. Seharian berjalan. Lagipun esok dah nak check put perjalanan nak diteruskan ke Kota Bharu.
Sebelum balik kena cukai lagi dengan Aqil!. Masuk nie dah 3 kali mainan dia beli...dia sesaje. Nasib abang-abangnya tak berapa heran dah dengan mainan nie semua.

Dataran Shahbandar nie dekat je dengan hotel yang kitaorang duduk. Masuk hotel sementara nak tunggu giliran membersihkan badan. Aku dengan Azri bedal sotong goreng tepung yang ditapau tadi..fuhhhhh..sedappppppppppppp. Azam pun dapat rasa sikit je. hihihihi.. yang pelik Azri nie memang tak suka sotong voleh dia yang habiskan. Dia cakap "sedaplah sotong nie". Aku cakap "sejak bila pula pandai makan sotong nie?". 

Azam cakap esok sebelum ke Kota Bahru kita repeat lagi makan sotong celup tepung..yehahhhhhhhhaaaaaa...

Sambung hari ke 3 pulak ye..

Ini telah menjadi SEJARAH

3 ulasan:

Irfa berkata...

bestnya citer ko gi ganu ni..semua tempat kira koverlah ye..aku sempat gi pantai batu buruk tu je..

tapi ganu mmg bestla,,niat nak pegi lagi..nak bawak mak ayah pulak..sian diorang ..w,pun anak ramai tapi aku je yg bawak diorang jalan2..takpelah..aku tak kisah..janji diorang happy

aku rasa ketam tu buat rega mencanak mahal

KakiJalan berkata...

panjangnya cerita..
tapi saya baca semua..

sebab saya nak ke sana .. nanti

Cikja berkata...

irfa
rasanya tak semua..huhuhu
takpe irfa jgn pikir anak-anak lain..makbapa kita ada satu je kat dunia..masa nie kita nak gumbirakan hati diaorang...

aah aku pun rasa ketam tue yang buat harga mencanak..

kaki jalan
memang panjang sebab cover sehari punya cerita taknak ber part part..susah nanti nak cari balik..

pergilah kesana insyaallah best..:-)