22 Jun 2012

Hari ke 4 - Kota Bahru & kembali ke 'pangkal jalan'

Dalam Pukul 7 pagi Azam turun alihkan kereta. Depan hotel ni betul-betul jalan raya, patutnya memang tak boleh parking kat situ tapi sebab parking belakang sangatlah menyeramkan atas nasihat pak guard hotel tue, suruh parking depan nanti sebelum pukul 8 pagi alihkan ke belakang.

Aku dengan anak-anak bersiap. Azam naik atas je dia cakap nanti sarapan dekat hujung deretan bangunan hotel nie. Dia cakap ada kedai makan kat situ. Oh, aku ok je. Senang cerita.

nasib ada cermin besar kat tangga hotel nie...boleh ambik gambar complete sefamily kalau tak asyik tak cukup ahli je..hiks..

nak check out sudah...hotel nie ada 3 tingkat kot..hazab jugaklah naik tangga dengan beg2 tue semua..hahahahha..

depan hotel

Tido semalam kena bayar RM150.

jom pergi sarapannnnnnn..

Masuk je kedai dah kena sapa dengan tuan kedai yang peramah sangat. Aku duduk je ada satu pakcik nie tetiba cakap jawa dengan aku bila aku cakap dengan tokei kedai aku dari banting selangor...hehehhehhe..Terkejut den, Kat Kelantan pun ada orang jaweeeeeeeee..hahhahahha... 

Tengok menu kat kedai tue, nampak macam ada sup. Aku nie memang hantu sup jugak. Aku tanye tokei kedai (makcik). Makcik tue cakap mee celup. wah memang langkah kanan. Salah satu menu yang aku carik juga nie so aku order. Azam nasi lauk, fahmi mee goreng tambah 2 kali..hahahhaha, Aqil & Azri nasi ayam. 

Mee Celup nie sama tapi tak serupa dengan mee sup. Maksud aku kuahnya memang suplah tapi dia lain tang persembahannya, yang aku makan tue dalam tue ada daging, paru, perut sayur kangkung, ikan bilis goreng. Memang sedappppppppp. 

Makan sambil cerita dengan tokei kedai (pakcik). Aduh peramah pulak pakcik nie dia tunjukkan tempat2 yang menarik kat area kota bahru nie. Ada satu tempat yang aku terkilan tak pergi, wakaf che yeh.  Aku memang tau wakaf che yeh tempat glemer area KB, tapi bila ada yang cakap ala barangnya semuanya sama je. Jadi aku buat keputusan taknak ke sana. Dari cerita pakcik nie kat situ diantara yang paling murah barang2nya kalau nak di bandingkan dengan pasar siti khadijah. Tempat tue bukak malam je pulak tue. Adoilah rugi2.
makan pagi macam makan tengahari pulak...percayalah nielah makanan yang bertahan dalam perut kitaorang sepanjang jalan balik sampai kat cameron highland..huhuhuhu..

nielah restoran tue..serius baik sangat tokei kedai tue...dia cerita pasal zaman dia jadi pensyarah kat UM (kalau tak silap)..orangnya sangat merendah diri...Pakcik nie cakap kalau datang KB, datang ke kedai dia semula nanti dia bagi plan tunjuk mana-mana tempat menarik area KB nie..
Sebenarnya sepanjang 4 hari kat negeri orang aku jumpa dengan orang yang sangat-sangat baik. Tak sangka dapat layanan yang macam tue. Dari cerita nak parking kereta, pakcik yang ala-ala pemandu pelancong kat seberang takir tue, nie pulak kat KB memang aku rasa pengalaman manis yang aku tak boleh lupakan. Pakcik yang cakap jawe dengan aku pun baik sangat. Siap pesan masa kitaorang naik kereta tue. Pesan macam bapak kepada anaknya. Sangat terharu!.

Lepas sarapan nie kitaorang menuju ke Pasar Siti Khadijah. Dengan niat nak melihat sendiri pasar yang popular nie...hahahhahha..tak boleh blah dengan niat nak tengok???????...macam tak percaya je..hahahhahha..

Atas nasihat pakcik kedai tadi, kita parking kat parkson. Senang pakcik tue cakap. Memang senang kereta tak panas keluardari parking kereta melintas jalan dah sampai pasar. Lagipun kalau parking kawasan area pasar tue sesak kot lagipun konpem susah nak dapat parking.

sampai jugak akhirnya...

bestttttttttttt..cuma sayang tak dapat merasa kuih2 tradisonal kat KB nie. Tue pun sebab ada opismate bagiatu "akak rasa tak kuih2 kat sana, nampak pelik tapi rasanya sedap"..huhuhuhuhu..rugi2..

telur ikan apakah itu yang besar sangat..

gambar wajib!..menandakan aku dah sampai kat sini...
Bawah nie aku tak menjelajah sangat pun, aku terus naik ke tingkat 2. Nak carik sutera untuk mak. Malam tue mak talipon, aku tanya mak nak apa. Aku cakap aku belikan sutera ye. Mak cakap "boleh jugak". 

Eh sebelum pergi pasar nie  kitaorang dah siap-siap topup cash..huhuhuhu. Aku bawak 1k dah licin kat KT..huahuahua. Hebat!..kumpul bertahun nak habiskan tak sampai 2 hari settle..hukhukhuk...

Jom naik...


Waduh, memang rambang mata sampai tak tau nak pilih yang mana. Sutera memang cantik cantik tapi malang aku tak minat..hahahhahha. Azam nak belikan pun aku tolak. Lecehlah pakai sutera. 
pilih kak, pilih..murah murah..

sempat pisssssss..hahhahahha

tengah digoda untuk membeli sutera..hahahhahha.."pakai kad kredit pun boleh kak, murah kak saya bagi harga borong"..hahhahahha..minta maaflah dik, akak tak minat sutera lagipun akak takde kad kredit...ekekkekek..tapi terbeli jugak kain ombak rindu 2 helai, kesian pulak aku tgk budak nie beriya promote..kesian katanya..hahhahahhaha..

lupa pulak kat  anak buah paling kecik kat rumah tue..hahhahahha..belikan selai baju kelantan..nak belikan baju ganu...tak sesuailah..tue tanahair dia..hahhahah

kahkahakah..tengok aje katanya. Merembat narita lagi satu sebab ateh nak satu. Kat sini murah lagi sikit berbanding kat KT.

Simpan barang dalam kereta naik ke Mall sebab nak cucuk duit lagi..hukhukhuk.. memang sakan sangatlah....balik cuti kita makan maggi yeeeeeeeee..hahhahahhha..

ko hambikkkkkkkkkkkk...sampai tak nampak belakang...kena susun elok2 nie kalau tak memangtak muat..

sempat jugakkkkkkkkkk diorang nie...pantang betul diorang jumpa benda alah nie..nie kerusi idaman Azam nie..ada niat nak rembat satu..hahhahahha..

Lepas tue perjalanan dimulakan..bai bai KB. Baliklah ke 'Pangkal Jalan' tapi perjalanan balik nie tak berapa indah..hihihihi..oit jauhnyaaaaaaaaa..nak sampai rumah.

12.50 baru sampai sini..huhuhuhu...keluar dari KB tadi lebih kurang 12.00 tengahari

Azam nak cuba keropok losong...

sedapppppppppp..makan panas2 ...hihihihi..cicah ngan sosnya mmmm..enak sekali..tapi azam tak lalu..hahahhah..apalah..

nampak ada orang jual ETOK, tapi banyak terlepas...nie pulak dia jual kat seberang jalan. Sebab kasih isteri yang memang teringin nak rasa ETOK nie Azam sanggup berenti & seberang jalan..hihihihi..

Azam beli 3 bungkus...hihihi..sedaplah rasa ETOK nie, Rasa pedas2, masin luar bila makan manis isinya...tapi masa mula2 nak makan tak tau kopek..aku gigit kasi pecah..kalau yang besar renyah sikit cengkerangnya..kalau yang kecik kerasssssss ooo..mau gigi aku yang pecah..hahhahahha..nie pun Azam tak sukaaaaaaa..


jalan Gua Musang..huhuhuhu...

budak-budak nie pun dah tak lalu nak tido..hahhahahaha...kelantan pun tak lepas-lepas lagi...besar kelantan nie kan...

Sampai atas Cameron Highland jam 6.34 petang, berenti kejap Nak membuang, sejuknyaaaaaaaa..kat CH, bila nak turun tanah rata jalam jeeemmmmmmmmmmmmm...sebab ada pasar malam kat brinchang huhuhuhu...jem melekat-lekat terpaksa main lane paling kiri...AZAB betul lah CH nie...

Dengan jem yang melekat-lekat tue boleh Fahmi nak terberak..hahahhahha...adoilahhhhhhhhhh...nak pecut pun tak tau macam mana. Azam memang dah keletihan. Akhirnya dapat berenti jugak kat area pasar malam tue. Orang memang ramai. Dengan tak makannya lagi..huhuhuhu..beli jelah burger tepi jalan pastu ada pulak budak mengidam stoberi coklat..cariklah jugak. Nasib dapat. Aku je yang tak lalu makan abiskan stoberi coklat anak-anak ngan makan ayam percik kongsi dengan Azam. Aku asyik terpikir nak turun tue buat aku berdebar-debar. Iyelah dengan gelap lagi jalan belok maut punya..fuuhhhhhhhhhh..mesti ngeri.



Seperti yang dijangka. Jalan memang tak boleh blah betul. Aku memang tak boleh tido. Fahmi dah kemabukkan. Azam sampai 2 kali berenti termuntah..huhuhu. aku offer nak bawak kereta dia tak bagi..Kalau bawak pun mesti mcm kura-kura kot..gelopppppppppppp..dah kiri gaung kanan hutan. 

Dari Brinchang 8.50 malam sampai tapah lebih kurang 1 jam 30 minit tak silap aku. Sampai rumah jam 3 pagi..fuhhhhhhhhhhh. Banyak kali jugak Azam berenti muntah, kesiannnnnnnnnn. Aku hampir sampai tapah mengantuk gilaaaaaaaaaa..Aku tidur sampai rumah..hahahhahha.. Tak guna punya bini...Aku macam sedar2 ayam je bila nampak azam berenti kejap2..tue yang aku tau dia muntah tue,,huhuhuhu..

Masuk-masuk rumah je mandi sikit-sikit terus masuk tidur masing-masing. Bangun dekat pukul 7..huhuhu. Terus sms opismate kata masuk lambat sebab nak punggah bonet tue..huhuhuhu.
hasil yang berjaya dijaring. Aku punya sikit je yang lain dah bahagi-bahagi ngan adik beradik & kawan2..
Azam cakap 2 kali naik CH, 2 kali dia mabuk..tobat taknak naik lagi..hahhahahhaa. Tapi aku happylah dengan percutian kali nie. Seronok sangat walaupun hati tak berapa tenang sebab pikirkan mak.

Ok tamat dah....

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

suka suka suka
tamatlah sudah kisah percutian ko ye
rm1k cuti2 ganu dan kelate.hebak demo

aku suka etok..wajib beli kat stesen bas kota bharu.sebelah parkson yg ko singgah tu

negeri termiskin di malaysia..apa yg best yer?hehe

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.