29 Jun 2012

cerita kenduri

Gambar aku dah letak dekat fb untuk tatapan adik beradik. Coretan kat sini untuk kenangan aku. 

Tapi sebelum nak mulakan N3 nie aku nak ucap terima kasih kat irfa sebab selalunya dia tak jemu-jemu tinggalkan komen kat setiap N3 aku walaupun kadang-kadang aku tak balas. Kalau N3 aku dah  2 3 hari,  dia tak komen mesti aku tertanya-tanya..hahhahhaa. Sejujurnya setiap kali aku keluarkan N3 mesti aku tunggu komen dia..hehehheheh...Terima kasih banyak2 ye irfa ;-)

Kenduri yang Ateh arrange nie patutnya buat dah lama sebab dia nak buat cukur jambul anaknya tapikan nak tunggu rumah baru tue siap ada je masalahnya, lepas tue pulak ada masalah lain lagi. 

Bila tengok keadaan mak merosot + anak Ateh pun makin membesar dia nekad buat jugak. Ateh gigih cari quotation katering & bincang-bincang pasal majlis. Aku guide lah sikit2 sebab aku pun tak tau sangat nak arrange majlis-majlis nie. Lagi pakai kateringkan. Tapi kalau nak masak sendiri lagilah hazab rasanya. Masyarakat sekarang pun bukan macam masyarakat dulu-dulu sifat merewang kenduri kendara nie tinggi. nie aku cakap diri sendiri jugak..hahhahaha..dasar kalau dijemput kenduri rumah sedara mara datang makan je..hahahhahah Kalau nak harapkan tuan rumah..mmmm..silap gaya malam baru dapat makan..ekekkekekke. 

2 hari sebelum tue aku dah buat dadih lebih kurang 180 bekas. tulah gatal nak tunjuk rajin sangat merasa kena buat dari lepas maghrib sampai pukul 10.30 malam...hahhahhaha.Dengan tak mandinya lepas balik kerja. Dekat 11.00 jugak terdesup balik sebab anak-anak esoknya sekolah aku pulak kerja. Badan dah melekit2 tak mandi..hahhahahha..azabedah betul..

Malam sebelum kenduri aku tido sana. Sambil-sambil jaga mak. Malam tue pulak mak sakit perut macam nak tercirit je..huhuhuhu. Berapa kali malam tue bawak mak pegi toilet. Aku pun tido-tido ayam je ayam pun tak mampu tido macam aku...  Dah tak boleh nak tido sangat pagi-pagi aku dah bangun. Kemas-kemas dapur. Teringat pesan kakida suruh rebus kacang panjang sebab nak buat pecal. Sambil kemas2 ruang tamu  & mop lantai depan dibantu suami, anak-anak, adik beradik dan anak buah-buahan. Gotong royong yang terbaikkkkkkkkkk...suka suka suka...

Pukul 9.30 mandikan mak, siapkan mak semua. Mak dah segar, dah wangi & dah selesa aku pulak siap2 nak mandi. Tu pun kena sound ngan anak buah "cikja tak mandi lagi ker?"..hahhahah..dah nampak  2 3 kerat orang marhaban baru kelam kabut aku mandi. Orang bizi lah kata koooooooo...

Majlis mula jam 10.30 pagi lebih kurang. Majlis dimulai dengan Tahlil kemudian bacaan yasin dan diikuti dengan marhaban (cukur jambul).

nie separuh je..ada lagi yang tak sampai...
Sementara tunggu orang-orang marhaban datang apalagi kalau tak bermandikan flash kamera..tak meriahlah kan...hihihihi
aku ingat nak ambik gambar izz je..pantang camera dihalakan..hahhahah..masing-masing batak..

tengok jejaka yang pakai baju belang tue..mula-mula buat piss sipi sipi je..bila lagi sekali nak ambik gambar..terus dia masuk..hahahhahhahha

tengok jejaka belang-belang lagi..siap pakej  ngan anak beliau(jejaka yang belakang pakai baju belang melintang)...hahhahah..adik apez pun nak enterprem sekali.. saje je bagi izz makanan hahhahahha...coverline katanya...

last-last bini jejaka belang-belang pon joinnnnnnnnnn..hahahhahha..tak dapatlah aku nak tolong...sorrylah teh takde gambar family ko yang proper...hahhahahhaha..nasib dpt adik beradik batak kamera...hahahhahahha...

Masa nie pun orang katering tengah setting meja & hidangan semua. Masa orang marhaban dah datang tue katering nie tak sampai lagi padahal masa tue dah pukul 10. Cuaklah jugak sebab katering nie janji pukul 10 sampai. Bila talipon otw katanya. Jauhlah katakan..Katering nie dari rawang, 1 jam jugak nak sampai. Katering nie je offer harga terbaik masa survey2 harga tue. tue yang Ateh ambik jugak walaupun jauh & kena charge transport tapi still masih berbaloi.

service terbaik, makanan sedap....
Aku biasalah tak boleh duduk setempat, nambak tak gambar kat bawah nie tengah cakap dengan anak buah aku nana. Sebenarnya nana tengah cerita kat aku ada orang cakap aku baya-baya dia..muahahhahhahha... tue yang muka aku tersenyummmmmmmmmmmmmm jeeeeeeeeee..hahhahahha. Gila tak senyum nana tue baru 18 tahun wei, baru masuk matrik kat UIA. Aku cakap ngan nana "oit mcm tue cikja nak up cerita nie dalam fb lah"..dia marahhhhhhhh..hahhahahha..dengkilah tueeeee.....
tengah baca yasin masa nie..

Cuaca masa nie mendung yang tak jadi hujan tapi bertukar panas terik..hihihi. Tu abang aku tengah siram tanah berdebu. Bila angin habis debu2 berterbangan..huhuhuhu...
dibantu dengan assistant kecikkkkkkkkkkk
Sebab buat aqiqah izz, konpemlah ada kambing. Kambing 2 ekor. 1 dibuat golek2, 1 ekor lagi dimasak kari. 2 2 sedapppppppppp... Masing-masing tak sabar....hahhahaha terutama baju hijau yang dokong anak tue..YA ALLAH aku tak taulah berapa banyak dia makan..hahhahahaha. Siap simpan tulang2 rusuknya..sekali petang tue dia keluar pegi mana entah, kitaorang yang bedal..hahahhah.. sekali dia balik tengok tulang2 tue dah takde..kahkahkahkah...nasibbbbbbbbbblah..



Ok time to mencukur..eh ayat yang betul sebenarnya memotong rambut beberapa helai je. Budak nie dah gondol masa umur 40 hari. Cukur jambul nie buat syarat jeeeeeeeeeee...
izz mengenang nasib..ada orang nak runtuhkan rambut pacak dia...hahhaha

masa nie nie dia dah cebik2..hahahha..lawak tengok muka izz masa tue..


tabur duit..ehhehehhehhe..yang tua pun ikut kutip..muahahhahhaha...
Kitaorang target dalam pukul 12 orang marhaban abis makan & saudara mara pulak akan start datang, jadi tempat tak pack sangat. Memang jemput saudara-mara untuk makan tengahari.
sebahagian tetamu...


tengah aminkan doa makan..agaknyalah..hahhhhahah...

time untuk makannnnnnnnn...
eh tadi dah makan-makan nie doa balik..pesal???....belasahlah...

makanan dari katering, apam shomel2 mcm haku  tue aku order ngan kawan sekolah. aku order ateh tukang bayar..muahhahahha

side dish untuk kambing golek
Alhamdulillah makanan pun banyak. Takdelah bergantung ngan makanan katering je. Kitaorang ada order kuih beberapa jenis. Tambah dengan pecal lagi.




Bila dah hujung-hujung tue, tengok boleh dikatakan semua jemputan dah datang, makanan pun banyak lagi. Kitaorang tapaukan mana-mana sedara & kawan-kawan yang nak balik. Oklah kan makanan terlebih daripada terkurang. Takde membazir pun. Tinggalkan sikit je untuk tuan rumah, yang lain tapaukan.

Dalam pukul 4 macam, abis bungkus2 makanan, orang katering pun mulalah mengemas semua. Barulah dapat rehat & menikmati makanan....fuuhhhhhhh..katering pun penat kalau tak katering lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..penatttttttttttttttttt..huhuhuhuhu...




hahhahahha..nampak sangat kaknammmmmmmmmmmmmnya....hahahhahhah....sabotajjjjjjjjjjjjjj..sangat azam nie tau..eh tapi aku gak gatal masuk dalam belog..huahuahua...sajelah buat bahan korang gelak asyik pose gambar muka suciiiiiiiii je kan

my lovely honey..hahhahah...erkkkkkkkk..pelik pulak perkataan tue..hahahhaha.. ini jelah gambar azam yang ada..sebab sepanjang majlis aku suruh dia jadi paparazzi..tue sebab gambar aku banyak..ekekkekek..Azam dah tau gambar tue jadi modal aku dlm belog..ngeh ngeh ngeh..sekarangkan dia dah jadi feminat belog haku..hahhahaha.
Aku balik rumah petang tue nak mandi2 kejap, pastu malam tue datang balik. Tengok sepupu aku pulak sampai, siang lakinya keje tue yang datang malam. Nasib ada tinggalkan lauk sikit dapatlah jugak diorang merasa lauk kenduri..hihihihi..

Cuma terkilan satu je. Bila buat majlis nie dalam keadaan mak uzur, mak tak dapat merasa pun makanan yang ada...sedihhhhhhhhhhhhh sangat. 

Apapun dapat jugak majlis tue berjalan dengan jayanyaaaaaaaaaaa. Alhamdulillah. Makcik koyoooooooooo..eh tiba-tiba...hihihihi..tue hint kat makbapak izz qarin yang dapat duit salam kaut..muahahahahhhhhhhaaa...




Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

cikja..

menitik airmata bila namaku disebut.
aku pasti akan masuk dan baca,komen juga bila ko apdet...aku jugak tertunggu ko apdet tau..

1-kira majlis aqiqah sekali ngan house warming la ni//lawa la umah

2-kambing tu..best best.aku suka en kambin tak kiralah masak apa pun

3-ha'ahla..aku igt sapa tadi sbb ko nampak sweet seventeen sgt dalam ini gambar.nak pulak yang tgh sedap layan cendol@bubur tu..siap kaki pun naik sekali.haha

4-sedih lak part mak x dapat makan sekali..

apa2pun syukur majlis berjalan lancar tiada pembaziran.ko kan majlis bandaran :)