28 Jun 2012

Ayat yang keluar dari mulut mak buat aku sedihhhhhhhhhhh

Cerita semalam. Status kat bawah nie aku tak boleh nak balas satu-satu sebab aku pakai tab susah nak balas..huhuhuhu..tak sangka pulak tiba-tiba ramai yang komen. Terima kasih semuanya.


Mula mak ingat aku akan tinggalkan mak sorang kat rumah tapi mana boleh aku buat macam tu. Akhirnya memang aku EL.  Macam biasalah, bila aku ada dengan mak aku yang mandikan mak, layan dia nak itu ini. Tapi mak ni bukan jenis cerewet malah kita yang banyak tanya dia nak apa, kalau tak mak diammmmmmmmm je.

Dalam pukul 9 macam tue mak rasa nak buang air besar, cepat-cepat aku bawak pegi bilik air dah alang-alang sampai bilik air aku nak mandikan mak terus. Sementara tunggu mak nak buang air besar aku masak air panas.

Masa nak jirus badan mak tiba-tiba mak cakap macam tue. Sedih sangat aku bila mak cakap macam tue. Meleleh-leleh airmata aku. Terima kasih jugak pada yang komen, nie pun tak boleh nak balas satu-satu...




Ya ALLAH..adakah ini petandanya?. YA ALLAH aku tak bersedia sebenarnya cakap kat mulut tapi hakikatnya aku sebenarnya susah nak terima ..huhuhuhu. Ya ALLAH aku masih tak malu memohon padaMU Engkau panjangkan usia ibuku & sembuhkan penyakitnya. Kasihani Ibuku seperti mana dia mengasihaniku.

Jangan pertikaikan bila aku yang jaga mak. Jangan cakap kan anak nie ada, anak tue ada  boleh jaga. Betullah mak ada ramai anak (5 je pun). Tapi aku ada SORANG je MAK.

Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

aku tak mampu nak komen
aku tgh makan macaroni tp rasa macam telan batu kerikil..tak tertelan rasanya.

semoga yang terbaik utk mak