04 Mei 2012

2 cerita yang buat aku menangis lagi

Selesai sudah siri pembacaan aku. Aku rasa karya terbaik yang pernah aku baca. Pengisiannya tak sia-sia. Takde cinta yang meleret-leret bosan.

MOGA BUNDA DISAYANG ALLAH.

Cerita pasal seorang pemuda bernama Karang yang ada sentuhan ajaib untuk kanak-kanak. Karang memang suka kanak-kanak tapi ada satu peristiwa yang membuatkannya jadi bersedih sepanjang 3 tahun dan paling memburuk Karang jadi pemabuk tegar ok tak ayat haku ngeh ngeh ngeh. Melati seorang anak comel berumur 6 tahun tapi menjadi buta, pekak dan lebih parah dia tak terkawal suka mengamuk. Bukan faktor semulajadi Melati jadi macam tue, tapi ada kejadian yang tak terjangka menyebabkan dia kehilangan upaya tersebut. Tiba-tiba Bunda Melati meminta bantuan karang untuk memulihkan anaknya. Macam mana seorang pemabuk tegar nak pulihkan seorang kanak-kanak buta , pekak sekaligus bisu nie. SILALAH BACA




Rupa-rupanya ceritanya diilhamkan daripada kisah nyata. Patutlah cerita  bagus banget. huahuahua walaupun ada sesetengah perkataan & ayat aku tak paham tapi bukan masalah nak tau jalan cerita keseluruhannya. 

Habis cerita tue aku sambung baca cerita kat bawah nie. Betul, dalam buku lebih syok ceritanya. Nasib aku tengak Filem dulu baru baca bukunya. Kalau tak Mesti aku kecewa bila tengok filemnya. Banyak watak yang ditukar. Contoh macam watak Ustaz Rahman dalam filem watak tue sebenarnya dari watak Ubai + Ustaz Rahman sendiri. 2 watak jadi satu. Tentera (smith) yang menyelamatkan Delisa tue dalam filem dia tak masuk islam pun tapi dalam buku dia mengucap syahadah saat terjumpa Delisa yang bercahaya walaupun masa tue Delisa luka teruk terdampar. Lepas tue watak Sarjan Ahmed pun takde dalam filem disatukan jugak dengan watak smith rasanya.  Watak Sophi dalam buku hanya nurse tapi dalam filem jadi watak Sophi jadi doktor.


Pengakhiran cerita dalam filem dengan dalam buku pun sedikit berbeza. Aku lagi puas tau akhirnya cerita nie dalam Novel dari dalam filem. Terbaekkkkkkkkkkk.


Sekarang aku nak sambung pula baca cerita yang kat bawah nie. Dah dapat dari hari isnin lepas tapi macam sayang nak baca..hahahahaha..boleh macam tue?. Habis bajet aku nak beli henbeg, baju,  bla bla bla...ekekkekekek


Takpe aku rela takde baju baru, henbeg baru..janji dapat buku. suka suka suka..

Ini telah menjadi SEJARAH

4 ulasan:

Irfa berkata...

download free tu kat mana?nampak gaya aku pun kena cari novel ni..lebih suka baca novel dr filem sbb lebih menghayati

Cikja berkata...

ko google je..tajuk2 buku tue..tapi klu ko nak senang nak aku emailkan pun boleh jugak..

Irfa berkata...

oh.ok aku try

Cikja berkata...

tapi kalau tak boleh aku boleh email..cuma risau email kena tendang sebab attachment tak menepati piawaian..huhuhu..