02 April 2012

Penyakit berjangkit & perbuatan setahun tak sekali


Adoilah, mana aqil dapat virus ni, minggu lepas bila aku dah sampai opis mak talipon kata aqil kena chicken pox (Pengasuh bawa aqil pergi rumah kakida jumpa mak). Ngerilah aku dengan chicken pox ni, sakit tau kalau kena. Sebab yang kena budak-budak tak terasa langsung kat badan diorang. Aqil tak demam pun masa kena, relax je. Cuma miang-miang gatallah yang dia tak tahan, menggaru je.  

Doktor cakap jangan makan telur, seafood. Tak boleh kena air & angin suruh duduk rumah diam-diam. Dah seminggu aqil tak mandi, tukar baju je tapi semalam aku mandikan dia, tak boleh tahan tengok muka dia selenge tak mandi huhuhu. Tak boleh keluar rumah? takde maknanya, maknya mana boleh tahan tak keluar rumah selamba je aku bawak dia pergi pasar, kedai makan, pergi joging..hahhahaha.

budak tak mandi pagi, Azri tengah beratur check kedatangan..

Pagi Ahad Azri ada program motivasi kat UM. Kalau ikutkan hati haku ni, aku tak bagi dia pergi. Ala baru darjah 4 lagipun kena bayar RM80 kedekut mak ko nie. Lagipun nie aktiviti luar, pihak sekolah tak terlibat langsung, tue yang aku risaukan. Nenek pula baik hati nak sponsor RM70. Sukalah si Azri tue. Kena berkumpul pukul 7 kat sekolah. Satu keluarga bangun awal.

Lepas azri naik bas je kitaorang bergerak menuju landasan jogging. Inilah perbuat setahun tak sekali, dah bertahun-tahun tak aktif. Aktif kat rumah je mengemas, membasuh, menyapu, mengemop bosannya. Aku, Azam & Fahmi dapt 3 round lebih kurang 20 minit ahahhaha. jadilah. Aqil dapat 1 round, cayalah aqil. eh dia betul-betul lari tau, tapi masa separuh jalan dia minta dokong aduhailah. Sekali ada satu couple (indian) tegur dia "jom ikut auntie". Wah semangat dia lari ikut orang tue siap babai aku kat belakang. Mak ko nie pun dah pancit dah aqil tak larat nak lari,  jalan jelah..ahahahhahah.

Pagi tadi aqil bangun nangis2, cakap kakinya sakit muahahhaha. Mak ko nie pun dah jalan terkengkang-kengkang dah Aqil sakit semua otot-otot haku..fuhhhhhhhhh...

Ini telah menjadi SEJARAH

5 ulasan:

Irfa berkata...

setiap sabtu ahad plan nak bgn awal gi jogging..tapi ada je halangannya eh alasannya.huhu

DrSinga berkata...

doktor manaaaalah yang 'cakap jangan makan telur, seafood. Tak boleh kena air & angin ' tu....

belajar kat mana dia tu....

Cikja berkata...

eh doktor singa,
mmm...memang dia cakap mcm tue klinik kat area2 rumah saya (bukan klinik gomen)..huhuhu..

Maksudnya semua tue takde masalah ye..

DrSinga berkata...

Kalau kat London Paris Venice takpe lah tak mandi yu....
Ni Malaysia.. Berlengas!!
;)

Cikja berkata...

hahaha..tulah pasalnya doktor..saya lap muka dia guna tisu basah je kesian tengok rupanya..baunya jangan citer ..huhuhuhu...