07 April 2012

Meja tv untuk emak tersayang

wah tajuk bukan main lagi jiwang karat 18.

Akhirnya setelah berbulan menunggu penuh keterujaan, siap juga rumah mak. Kalau ikutkan dah siap hujung bulan 3, tapi ada masalah dengan permohonan TN*B. Bila dah lulus tak boleh masukkan letrik juga sebab kena tunggu lagi biasalah kerenah agensi-agensi nie macem-macem.


Jadi pindahlah mak dari rumah sewa ke rumah idaman mak nie. Sebelum nie banyak barang-barang kat rumah lama kitaorang tak angkut sebab kebanyakkannya dah reput..hihihi. Meja makan takde, almari baju, katil pun ada yang patah, rak pinggan. Kat rumah baru pinggan simpan dalam kabinetlah baru kemas. Mana orang pakai rak pinggan lagi dah.

Bila masuk rumah baru semuanya kena beli baru glup glup glup. Sebelum nie aku dah cakap dengan Ateh nak belikan meja makan. Konon nak buat surprise kat mak, syaratnya aku nak pilih sendiri sebab aku nak cari meja makan moden lagak macam rumah sendiri wakakakka.
gambar ehsan pakcik google, meja makan macam nie idaman hati hamba
gambar ehsan pakcik google, kalau taknak yang bersofa sangat, macam nie pun cantik juga simple.
gambar ehsan pakcik google, yang nie paling stylo, i likeeeeeeeee..
Tapi tulah takde rezekilah mak nak pakai meja macam nie sebab keterujaan mak melampau batas sampai tak sabar nak beli meja makan dan dan tue jugak. Pergi  satu kedai perabut nie, tengok-tengok  janji meja makan terus beli, yang paling kelakar Ateh citer sebab pergi kedai tue hari ahad jadi takde pekerja yang nak bawak lori hantar ke rumah. Mak nak jugak meja tue sampai rumah hari tue juga jadinya kerusi bawak naik kereta Ateh, meja tue pulak bawak naik kereta tokey kedai tue dan paling best 2 2 kereta tue kereta MYVI. Boleh?...hahhahah..alahai mak haku. Ateh cakap layannnnnnkan je..hahhaha..iyelah dah mak hendak..zasssssssss layannnnnnnn.

So, tak dapat beli meja makan aku kenalah ganti dengan barang-barang lain sebab dah niat nak hadiahkan mak sesuatu kat rumah baru. Tanya Atih dia cakap meja tv takde lagi. Petang isnin tue jugak aku pegi kedai perabut. Tengok-tengok aku berkenan yang ini. Tawar menawar dengan tokey. Bila tokey nak bukak bil tanya alamat semua. Aku suruh dia tunggu kejap,  tunggu sms dari Ateh sebab aku tak tau alamat rumah baru. Ada sedikit perbualan dengan tokey tue

"u, nak kasi orang hadiah ye"
"a,ah"
"baguslah u kasi hadiah mahal kat orang"
"ala, takdelah orang, mau kasi mak lah"
"ooo..mak kalau kasi  mahal pun takpe sebab semua pun dia sudah kasi sama kita"
"tau takpe"

Alahai apalah sangat takat meja TV tue, kalau nak bandingkan jasa mak lahirkan  dan besarkan aku rasanya takde satu benda pun boleh ganti aku balas jasa-jasa mak. 

Tokey tue cakap dia boleh hantar dalam pukul 7 lebih. Jadi aku bagitau Ateh jelah. Aku pun balik rumah. Aku pesan kat Ateh kalau sampai nanti sms aku. Dalam pukul 8 lebih tue mak talipon. Aku dah agak mesti meja TV dah sampai.

"kak, ko hadiahkan almari tv ye"
"aah, cantik tak?"
"cantikkkkkkkk..mak suka sangat" (nangis ok mak haku)
"laa..belikan hadiah pun nangis"..(ahahhaha..sengal punya anak, cakap mcm tue sebab kalau tak haku pun nangis sama)
"iyelah mak suka sangat, cantikkkk mak suka, sayang anak mak, kat mak"
"lorrr..mestilah sayang"
"Terima kasih ye"
"sama-sama"

Aku suruh Ateh ambikkan gambar, sebab aku tak boleh pegi rumah mak bila Aqil ada dengan aku. Aqilkan kena Chicken pox tak  berani aku nak bawak dia ke rumah mak karang berjangkit kat mak ke kat izz ke..lagi haru. Inilah rupa meja TV tue. :))))

Meja tv terapung namanya nie.. ahahhaha..semak betul aku tengok wayar2 tue..aishhhhhhhhh


Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

huhu..tiba2 aku pun sebak.
ko tahu mak aku jarang puji kalau anak bagi hadiah.aku tahu dia terharu tapi mungkin x biasa puji-pujian ni so kami jarang dgr mak puji.tp beza ngan mil aku..w,pun aku cuma bagi apa2 w,pun tak mahal tetap jugak dia cakap 'ini si >>> bagi'..tak baik kan aku cakap cam ni tp itulah kenyataan

selagi boleh nak bahagiakan org tua sementara mrk masih ada