10 April 2012

Aku dilanda tekanan

Kalau omputih cakap stresssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
Sila kira berapa huruf S yang ada pada perkataan stress tue. 

Dua tiga menjak nie aku stress dengan anak-anak. Haishhhhhh susah nak bendung perasaan marah geram dengan anak-anak. Kalau mengadu dengan Azam nasihat dia, "rotan je bu, biar dia rasa". mmmm..Takde nasihat lebih bagus ker?. Padahal kalau aku dah marah bukan takat rotan je, memang dah macam belasah anak huhuhuhu. bad mother!.

Azam kalau dah pegang rotan, bukan pukul sekali, aku tengok pun takut, macam kena rasuk setan. Badan anak tue dah macam batang pisang..pergghhhh. Bukan apa kalau dah selalu kena rotan diorang dah tak heran dah dengan rotan tue.

Selalu kalau anak-anak buat aku marah selagi aku boleh sabar, aku sabar. Aku istighfar banyak-banyak supaya aku tak marah-marah dan tak terpukul diorang. Budak-budak tengah nak naik, memang menguji kesabaran. Gaduh adik beradik, usik mengusik sampai nangis. kuat merajuk, taknak dengar cakap. Besar kecik sama aje. Pula tue 2 orang tengah nak membesar lebih kurang sebaya tue yang banyak gaduh dari baiknya. Eh, tapi kalau tengah baik subhanallah baikkkkkkkkkkkkk sangat.

Semalam memang catat rekod aku, pukul anak depan mak. Benda yang aku memang elakkan,  aku tak suka pukul anak depan orang. Paling teruk pun aku gertak je dengan hanger pukul sikit je. Bila masuk kereta nak balik, aku yang menangis. Serius dah 2 3 hari aku nangis pasal anak-anak. mmmm..

Tue sebab aku susah hati nak berjalan kalau takde Azam padahal diorang dah besarkan. Aku risau kalau diorang buat perangai aku tak boleh nak kontrol...HUHUHU. Nie nak pergi rumah mak pun serba salah. Aku tak suka bila mak aku jerit-jerit, aku pun sebel orang asyik nak marah-marah kat anak aku, bukan aku terlalu melindungi anak-anak sampai tak boleh kena marah tapi..mmmm..ntahlah yang pasti aku sebel! Kalau kat rumah aku, diorang bergaduh taknak dengar cakap, aku boikot atau aku buat-buat tak tahu..huhuhuhu..janji jangan ada yang tercedera sudah. Terjerit-jerit buat sakit tekak je, ..huahuahua. Ingat nak lepak-lepak rumah mak pun aku jadi tak selesa. aaarggghhhhhhhhhhhhhh.

Nak salahkan anak-anak 100% pun tak boleh juga. Anak-anak tue cermin diri kita kan?. Tapi dulu aku takde gaduh ngan adik beradik macam anak-anak aku gaduh nie..huahuahuahua.. seingat hakulah. Gaduh dengan Azam sampai melayang pinggan mangkuk, maki hamun pun tak pernah, selalu kalau gaduh dengan Azam on silent mode je..hihihihi.

Manja ke anak-anak aku nie, kadang tak boleh ditegur sikit merajuk tak kena tempat. aishhhh..serius letih melayan anak-anak. Aku kena sentiasa jaga je perasaan diorang jangan ada yang tersentap konpem merajuk. Kalau merajuk tak effect kat orang lain takpe, nie nanti orang lain pun terkena tempias. Dulu aku ingat masa mak yang jaga anak-anak aku, boleh dikatakan setiap hari mak talipon aku cakap anak aku merajuk, taknak pegi sekolah sebabnya nenek tak beli nasi lemak atau ada orang makan lauk yang dia suka sampai habis. Sebabnya tue kadang-kadang tak munasabah langsung!. Tak stress dengarnya. Kalau nak bagi mood kembali kena pujuk, pakai baju semua bagai...perghhhhhh. aku dengar menyirap je. Sekarang syukur jugak diorang duduk taska, degil kalu cikgu marah..bagussssss.



Setiap kali sembahyang aku berdoa supaya anak-anak lembut hati dan aku bersabar untuk didik anak-anak. Sapa yang tak sayang anak kan. Cuba nak buat macam Doktor Fadzilah Kamsah cakap tue masa anak tidur bacakan surah-surah Al-quran kat ubun-ubun, masalah anak belum tidur haku dah tido dulu, kalau diorang tidur dulu aku sibuk buat kerja rumah masuk bilik dah penat tak ingat hape dah...mmm..

Kadang-kadang aku rasa aku gagal jadi ibu yang baik. Sekarang haku stress sampai sakit kepala nak buat hape pun takde mood. Tegang rasa leher haku nie.

Dengan hal kerja lagi..aishhhh. Pertama kali aku hempas talipon kat opis nie sebab geram sangat, cacamerba dah perasaan haku nie.

 

Ini telah menjadi SEJARAH

4 ulasan:

Irfa berkata...

memula...
tarik nafas..hembus
tarik nafas..hembus
sabar cikja

susah nak bg tips sebab aku tak alaminya.anak aku pompuan.lelaki dan pompuan.jarak umur kakak dan abam 4 tahun.abam dan adik..6 tahun.so far yang penah menguji kesabaran aku ialah si hero.dulu..sekarang dah tak sangat.mgkin dah besar.

satu lagi..kawal diri ko.rasa nak marah je.tarik nafas..ko keras dia lagi berkeras..mulut pun kena jaga.jgn sesekali keluarkan kata2 yg buruk spt bodoh,bangang,tak guna.degil dan sewaktu dgnnya.mulut ibu ni bisa.

antara aku dan suami..aku yang garang.suami aku tak penah kuatkan suara dan jentik anak.dia pakai saikologi//anak2 boleh terima nasihat dr ayah dia,cuma aku je yg cepat jugak naik tgn..(tgk keadaan)hehe

Cikja berkata...

Irfa baca balik N3 nie istighfar aku..serius, aku sayang anak-anak aku. budak laki nie bila ada kawan menjadi je perangainya. Setakat nie aku marah tak pernah pulak maki hamun. Laki aku memang garang dengan anak-anak. Tue kadang aku malas nak ngadu dengan dia. Nanti aku jugak yg sentap bila dia pukul anak-anak..huhuhuhu..

aku dah bukan tarik nafas hembus dah irfa oit....aku takut aku tarik tak hembus2 je..hihihi..

meluahkan dekat belog nie macam satu terapi jugak, jangan pula ada yang salah anggap..

terima kasih ye bagi nasihat kat aku..

Irfa berkata...

nasihat la konon yer.
sama2lah cikja..
masa kecik2 dulu mak aku tak tapis pun apa kuar dari mulutnya..sbg anak,aku igt smpai sekarang..itu hebatnya kesan mulut dari kesan pukul.kalau pukul sakitnya kejap je..tapi perktaan smpi kemati akan di ingat..aku jaga sgt mulut dr cakap perktaan tak elok w,pun marah macam mana pun,tak pun kot terbalikkan perktaan tu 'budak bertuah'lagi bagus

Cikja berkata...

hehehhe..betul2 aku pun selalu guna reversed psaikologi...contoh klu anak aku buat silap..aku suka cakap "bijaknyalah anak ibu nie"..hihihi..tapi nada perli..hahahhaha..