24 April 2012

Balik kampungMU

2 minggu lepas ikut Azam balik kampung, jenguk MIL. Kalau Azam balik hari biasa memang tak merasalah nak ikut balik. 

Perkara yang paling aku tak suka bila nak jalan jauh, packing baju. TAK SUKA!. 5 orang punya baju aku nak kena pikir sorang berapa helai nak bawak+berapa hari. 

ah, lupakan packing baju tuelah. Bertolak jumaat pukul 11 malam sebab tunggu Azri balik tusyen sampai kampung pukul 2 pagi. Dalam kereta membuta jelah kerja aku..hihihi.

Aktiviti biasa kalau kat kampung tidur je kerja haku. Biasalah menhantu hahhaha. Entahlah kenapa kalau dekat kampung rasa mengantuk je mungkin sebab tak tau nak buat apa. Kalau kat rumah sendiri macam-macam aku boleh buat sampai tak ada masa nak rasa mengantuk. Azam cakap aku kalau kat rumah macam orang gaji huhuhu. Nak buat macam mana takde orang gaji semua kerja buat sendiri..hihihi..ORANG GAJI satu!.

Lepas sarapan pagi tue Azam ajak beli lauk kat pasar TAPAH. Ikutkan jelah. Sampai pasar MIL tanya nak masak apa. Aku cakap "ikut suka maklah". Pastu kena sound dengan Azam "ibu masak satu lauk, mak masak satu lauk". Pulak dah..huhuhu..Secara jujurnya aku tak pandai tunjukkan skill masak aku kat rumah MIL. Kalau kat rumah sendiri akulah MASTERCHEF!..hihihi.Aku lebih suka tolong-tolong MIL masak. Aku dibesarkan dengan cara masak yang sempoi. Jarang masak gulai, kari bagai. Tekak aku pun memang susah nak terima kari, masak lemak semua. Aku lebih suka goreng, tumis, sayur bening, sambal belacan, masak mesti pedas tahap boleh cirit birit..hihihi. 

Pernah aku masak nasi ayam untuk jamu PIL datang rumah. Sekali Azam complaint sup aku masin sangat nanti PIL tak boleh makan sebab diorang ada darah tinggi.huhuhu. Selama nie memang rasa macam tuelah aku masak. Terpaksa adjust rasa sup tue. Tue yang aku takut bila aku masak rasanya terlalu masin untuk diorang. Ikut tekak aku sedap je. 

Oleh sebab nak selamatkan keadaan + mengambil hati laki. Senang cerita kita buat bbqlah...hihihi..takat kuah asam pastu perap memperap sap sap soi. Beli readymade punya bahan perap. kalau termasin bukan salah haku salah bahan perap beli readymade tue..hihihi. Tu pun MIL cakap kuah asam aku pedas sangat huhuhu..padahal cili padinya 5 6 bijik je yang lain cili besar. Takat yang aku rasa kuah asam tue sedikit masin mungkin sebab belacannya..huhuhuhu. Rasanya aku je yang melantak kuah asam tue semangkuk besar..huwaaaaaaaaaa. Nasib baik aku buat 2 versi pencicahnya. Kuah yang tue penyelamat haku, MIL cakap tak pedas..hihihi. of cozlah mak, cili api potong 3 bijik+bawang+tomato bubuh kicap perah limau je.

elok mak ko mengangkang kat situ..hahhahahha

Penatlah main bakar2 nie..hahahhaha..nak tercabut tapak kaki keluar masuk keluar masuk..ambik itu ini..aishhhh

entah apa digebang si Azam sampai semua orang kena pandang dia....

person in crime...hihihihi..

Habis bakar-bakar dan makan-makan perut pun kenyang. Mandi Solat terus tidur petang dari pukul 3 sampai 5.30. Semua manusia dalam rumah itu ketiduran hahaaha..macam kena jampi.

Petang nie ada pasar malam kat tapah. Meriah pasar malamnya. ada ker pasar malam yang tak meriah?. Perut kenyang. Jadi lawatan nie sekadar menjenguk pasar malam tue. Sekarang pasar malam nie kat tapak baru. Dalam pada tak nak beli tue terrrrembat jugaklah tudung 2 helai + baju..hahhahahha. Syoklah jalan-jalan sekali ngan MIL, Azam jadi baik hati mensponsor hasil belian haku..hahahhaha. tapi Azam memang baik hati pun :P

Esoknya lepas Zohor baliklah kita. Azam cakap balik petang-petang..huhuhu..Oh no, kasut sekolah anak tak basuh lagi. Dari kampung pukul 3.30 petang sampai 6.30 petang berenti makan malam dulu sampai rumah tak kuasalah aku nak masak..fenatttttt..walaupun dalam kereta aku tidurrrrrrrrr  je..hahahhahaha..APTB. Basuh kasut sekolah pukul 8 terus kapur esoknya kering dah..hahahhahah (masuk mesin je senang spin terus)


Ini telah menjadi SEJARAH

3 ulasan:

Irfa berkata...

oh baru aku pasan azam asal perak ker?samala ngan laki aku.aku pun sama..bila depan mil jd kaku,pandai goreng ikan je..hahaha

Cikja berkata...

aah laki aku org tapah road..laki ko dr daerah mana?

hehehehe...kalau aku goreng ikan pun aku tanye mcm mane nak goreng..muahahhaha..mesti MIL aku ingat aku tak pandai masak...merendah diri lagi baik :P

Irfa berkata...

cik abe aku..mak dia asal manjoi,ipoh dan ayahnya lenggong..

mmg tu..kalau potong kacang panjang siap tanya nak potong lurus ke potong serong..kelakar kan?