30 April 2012

2 kali menangis

sebab baca novel bidadari bidadari surga. Sedih dan terbaiklah novel tue. 

Aku dah bosan baca novel  cinta asyik asyik kena kahwin paksa, mula -mula tak cinta lepas tue jatuh cinta pula. Miskin cinta orang kaya halangan keluarga..ala dah muak...hehhehehe..

Sekarang nie kan tengah demam Pesta buku, jadi sana sini dok sibuk tayang buku-buku yang dibeli kat sana. Ada pulak yang cakap boleh download. Apalagi sebagai seorang pembaca tegar mendownloadlah kerja haku.

Karya penulis indonesia bernama tere liye nie mengisahkan Seorang kakak bernama laisa. Dikabarkan sakit tenat. Adik-adiknya berusaha tidak terlewat untuk bertemu kakaknya buat kali terakhir. Sepanjang perjalanan kesemua adiknya, untuk bertemu kakaknya banyak cerita terimbas. Kakak yang banyak berkorban untuk adik-adiknya walaupun kakak laisa bukan sesiapa pada mereka. Cerita lanjut sila google & download.

Ada 2 lagi karya dia yang patut aku baca & aku dah siap-siap download. MOGA BUNDA DISAYANG ALLAH & HAFALAN SOLAT DELISA. Tunggu masa lunch boleh baca sikit-sikit. Citer Hafalan Solat Delisa tue aku dah tengok filemnya memang sedih huhuhu...tapi aku baca sipnosisnya kat novel lagi detail ceritanya daripada citer yang difilemkan. Aku salute pelokon cilik yang jadi delisa tue walaupun dia bukan islam tapi dia berusaha menghafal ayat-ayat dalam solat untuk berlakon dalam cerita nie. kagum betul!. 

Aku baru baca page 12 MOGA BUNDA DISAYANG ALLAH dah terasa auranya tak sabar nak tunggu masa free. 

Patutnya hari nie aku ikut opismate pergi Pesta buku, tapi tak jadi sebab haku tak boleh cuti. Tapi aku dah kirim 2 novel dari penulis indonesia jugak LASKAR PELANGI & SANG PEMIMPI . Novel-novel nie pun dah difilemkan dan ceritanya sangat menarik.

Lepas ini aku bisa ngomong jowo..hihihi. Fasih sekali jowonya. Kapan lagi kita bisa ketemu...hahahhahha...




Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

PASAL NI KE KO NANGES?ADUHAI..AKU PUN BARU JE ABIS BACA SATU NOVEL TAJUK M.A.I.D..SAMA LA CAM KO CAKAP..KAWEN PAKSA..KELUARGAKAYA PASTU JATUH CINTA
SIB BAIK NOVELNYA TAK BOSAN SGT

mcm best je..free ke download ni?

Cikja berkata...

aah..
memang bestlah ceritanya irfa..
suasananya mendamaikan walaupun hanya gambaran dalam novel nie.

free download..klu bayar baik aku carik novelnya secara nyata..huhuhu