23 Mac 2012

Tema masalah Remajewwwwww bulan ini ialah 'Lari ikut kekasih'

Itulah berita sejak 2 menjak ni, yang tak boleh tahan tu lari ikut boipren tu. Best sangat ke boipren ko tu.  Lelaki yang baik takkan biarkan korang buat benda yang merepek-repek macam ni. Tiba-tiba teringat citer jujur aku dayus. Cara beto melamar Nora Danish. Cute & lawak. Ada satu babak beto cakap "saya takkan kahwin lari dengan awak bla bla bla..".

Pagi tadi dengar sinar fm, Seorang ibu bangga anaknya dapat 5A dalam SPM tapi dalam kegembiraannya terselit kerisauan sebab anaknya taknak sambung belajar lagi. Anaknya (perempuan) nak kahwin dengan sepupunya yang sebelah rumah...huhuhu.

Sebagai anak sulung, ibu tadi sangat berharap anaknya akan sambung belajar dan sanggup membiayai dekat mana pun si anak nak sambung belajar. Ibu ni risau kalau dihalang anak ni akan ambik jalan yang tak sepatutnya. Perbincangan telah dibuat diantara ibu budak lelaki ni (anak kakaknya) dan ibu budak lelaki ni menggalakkan perkahwinan ni.

Sangat Dilemakan?. Tapi aku tertarik dengan pandangan seorang pemanggil ni. Dia cakap buat cara win win situation. Boleh kahwin tapi dengan syarat mesti sambung belajar. Pemanggil ni cakap, terangkan kenapa dia perlu belajar 
1) Tiada jaminan yang suami dia takkan mati dulu kalau betul berlaku macam mana nasib dia selepas suaminya meninggal lebih teruk lagi kalau ada anak-anak. Kalau ada pelajaran boleh kerja & tampung kehidupan.
2)Kalau berlaku penderaan, penganiayaan dalam rumahtangga, sekurang-kurang nanti dia ada perlindungan nafkah untuk diri sendiri dan anak-anak.
3)Kesenangan untuk diri & keluarga, jika tiada pun masalah-masalah diatas kalau dia sambung belajar selepas itu bekerja, dia boleh bantu suami.

Memanglah bukan jaminan belajar pandai kerja bagus boleh jadi kaya tapi kalau ikut cakap makbapak hidup lebih berkat. Lainlah kalau ibunya tak kisah langsung dia nak kahwin ke nak belajar ke. Fahamkan remajewww sekarang tak boleh dihalang kehendak diorang. Kerjanya nak lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiii je. Macam dah takde benda lain nak dibuat.

Cabaran kita nak didik anak zaman sekarang. Semoga Allah permudahkan urusan mendidik anak-anak dan mudah dengar kata. Amin.


Daripada sibuk lari ikut boipren baik lari macam baby ni ada jugak faedahnya. Boleh buang lemak-lemak yang ada. hahaha..


Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

siyes takut dgn mslh dunia kini
wah ayat :)