20 Mac 2012

Pertemuan yang tak dirancang itu manis sekali

Semalam punya cerita (19/3/2012)
Plan asal Azam nak pergi KLIA naik motor (nak jumpa mak dia baru balik umrah sebelum bertolak balik naik bas ke Perak) tapikan aku risau pula sebab yang
-pertama-
aku risau dia tak pernah lalu jalan kesana, naik motor.
-kedua-
pepagi buta jalan area itu gelap gelita
-ketiga-
aku ini isteri mithali ahahhaha...*percaya tak?*
cukuplah tiga karang entah apa-apa pula aku merepek

aku tengah belajar nak eja dan taip perkataan dengan betul. Harap-harap menjadi walaupun nampak skema tapi ADA AKU KISAH. kasar sungguh engkau fariza

Kebetulan aku memang dah apply cuti, tujuan cuti tue nak hantar mak kimo tapi sebab dah ada orang hantar jadi bolehlah aku ikut Azam.  ada beberapa perkatan aku tak boleh eja macam buat karangan sebab terlalu skema, geli pula aku baca..hahahhaha.

Kalau ikut jadualnya, mak mertua akan sampai pukul 8.45 pagi. Masing-masing pun dah rancang baik punya nak masuk kerja pukul berapa semua. Sekali tengok flight delayed ke pukul 10.30 gitu. Aduh, pukul berapa pula nak masuk kerja ini. Azam ajak pergi sarapan dulu. Habis sarapan pergi top up TnG, beli surat khabar. Duduk-duduk dekat tempat menunggu tue sambil berfacebooking, Azam baca paper sebab nak membunuh masa (time killer).
masa nak pergi hari tue

Bosan berFB, aku baca paper, Azam pula main angry bird. Tiba-tiba aku rasa macam ada orang perhatikan aku. Pernah tak korang rasa macam ni, kita semua ni kan ada telepati (maksud telepati :daya seseorang untuk menyampaikan sesuatu kpd orang lain yg jauh jaraknya, atau dapat menangkap apa yg ada di benak orang lain tanpa mempergunakan alat-alat yg dapat dilihat), cuba korang test pandang seseorang sambil seru mana dia dalam hati. Mesti orang tue akan pandang korang balik.

Serius nie, masa tu aku tak pandang pun dia lagi, cuma dalam hati aku macam ada orang tengah pandang aku, tue yang aku menoleh kearah dia. Dia pandang aku dengan pandang tak percaya, pelik, terpegun dan yang sewaktu dengannya mula-mula aku takut jugak kenapa dia tengok aku macam tue. Bila otak aku dah dapat scan muka dia dan sampaikan dengan betul yesssss aku konpem itu IRFA Apalagi terjerit-jerit jugaklah kitaorang kat situ. Peluk peluk, laga-laga pipi semua.  Azam seperti biasa muka selamba je. hahaha. Takde reti muka nak heran pun. hahaha.

Sebenarnya masa mula-mula nak datang KLIA ada juga terdetik dekat hati nak bagitau dia aku nak datang KLIA tapi perasaan malu tue menebal betul  tak tau nak nipiskan macam mana. Akhirnya Allah pertemukan kitaorang dengan tak sengaja dan sangat manis.


Ala irfa muka ko tak pakai tabita pun gebu je aku tengok. Aku nak tenung lama-lama muka ko tapi malu. Tak tau nak citer apa dengan ko masa tue huhuhu SPEECHLESS rasanya. Pastu masing-masing bergambar. Terhasillah gambar dekat atas tue. Gila bulat muka aku, dengan selekehnya lagi, eh tapi aku hari-hari memang selekeh pun ahahaha. Borak-borak lebih kurang, irfa pun minta diri masuk opis dia balik.

Aku sambung berFB. Dah hilang bayang irfa barulah Azam tanya "sapa tue?". Aku jawab "kawan, baru pertama kali jumpa". Muka Azam pelik hahaha. Peliklah kot sebab tak pernah jumpa tapi mesranya kemain lagi ahahaha.

Aku dengan Azam terus-terus menunggu mak mertua sampai 10.30, tanda masih merah, bila nak hijau entah. Tepat 10.39 barulah yang merah bertukar jadi hijau bertanda arrival. Fuhhhhh, nak tunggu masuk ke balai ketibaan pun makan 1 jam kan, kitaorang tunggu sampai pukul 12.30 bayang mak mentua takde pun, nampak juga ada beberapa orang yang pergi sama-sama dengan mak mertua dan sampai. Pelik benar pula. Ada saudara Azam yang maknya pun pergi sekali tak puashati talipon ustat yang bawa rombangan umrah tue, rupa-rupanya sebahagian jemaah umrah tue tersangkut lagi dekat jeddah termasuk mak mertua aku. Hangin tak?. Bayangkanlah kitaorang sampai sebelum 8.30 tunggu sampai 12.30 lepas tue pula yang ditunggu masih lagi kat jeddah sana. Sabar jelah. Aku bukan marah dekat mak mertua tapi marah pada agensi yang bawa diorang nie, tak reti ke nak maklumkan pada waris. Kesian waris yang tunggu beriya. Nasib aku tak bawa anak-anak, kalau tak lagi stressss rasanya.

Azam cuba talifon kawan mak mertua yang sama-sama pergi. Makcik tue maklumkan tiket diorang tue dah dijual pada orang lain. Pihak airport dekat Jeddah sanalah yang buat keje macam mana entah...mmm.. Makcik tue cakap "kome baliklah dulu, kitaorang masih dekat jeddah nie, tak payah tunggu, balik bila pun tak tau lagi". huhuhu. Kesian mak mertua aku. Aku bayangkan, dahlah yang pergi kebanyakkannya warga emas. Macam manalah diaorang dekat sana. Sampai hari nie masih lagi takde berita bila diorang boleh balik..mmmm..

Lepas dah konpemkan betul-betul memang diorang tersangkut kat Jeddah. Aku dengan Azam apalagi berdesuppp balik sambil dengar dia membebel marahkan agensi tue. Aku sampai opis dekat pukul 1.30..huhuhu..

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

lah gitu kisahnya.bistu bila baliknya mil ko tu?aku dapat bayangkan suasana kat airport sana..dahla warga tua semua.moga2 cepat lah balik yer

oh aku hantar kuasa telepati la kat ko semalam yer?hebat kan..

azam kover malu..hehe

aku happy dapat jumpa kot.gambar pakai tab ni lagi lawa la..hehe

Cikja berkata...

Tak taulah lagi irfa..takde kabar berita bila diorang punya flight susah sikit kot nak dapat tiket sampai 60 orang...kalau 2 3 orang mungkin boleh selit kat mana2..

tau takpe ..hebat2..ehehhehe..selalunya telepati paling kuat ngan anak2 kita..suami pun sama..

hehhehe..ye ker cover malu..
akupun happy jumpa ko..:)))))..